Pages

Sunday, January 31, 2010

Rahsia Bisnes Orang Korea

Rahsia Bisnes Orang Korea
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Orang Korea membuktikan bangsa yang tidak mempunyai pengalaman bisnes dan pencapaian ekonomi yang baik juga boleh berjaya dalam bidang itu. Rahsia itu ada pada orang Korea dan buku ini akan menyelongkar satu persatu inti pati rahsia itu.

Bab 1 Keistimewaan Orang Korea
Bab 2 Rahsia di Sebalik Rahsia
Bab 3 Jeneral Baru Ekonomi Asia
Bab 4 Korea antara Dua Sempadan
Bab 5 Orang Korea dan Confucianisme
Bab 6 Budhisme dalam Budaya Niaga Korea
Bab 7 Resipi Kejayaan Korea
Bab 8 Semangat Waja
Bab 9 Sanggup Belajar
Bab 10 Jati Diri Bangsa Korea
Bab 11 Mempertahankan Kemakmuran
Bab 12 Kuasa Pekerja
Bab 13 Orang Asia Boleh
Bab 14 Kebangkitan Usahawan Korea
Bab 15 Kisah Seorang Usahawan
Bab 16 Formula Kekayaan Kim
Bab 17 Semangat Usahawan Muda
Bab 18 Sekali Air Bah
Bab 19 Tangani Konflik
Bab 20 Sikap Optimistik
Bab 21 Nasib dan Takdir
Bab 22 Peluang dalam Kesukaran
Bab 23 Pragmatik dan Dinamik
Bab 24 Pengguna yang Patriotik
Bab 25 Dunia Tanpa Sempadan
Bab 26 Kuasai Teknologi Maklumat
Bab 27 Pembaharuan Teknologi
Bab 28 Teknologi dan Kualiti Produk
Bab 29 Dasar dan Strategi Ekonomi Korea
Bab 30 Imej dan Reputasi
Bab 31 Kembali kepada Asas
Bab 32 Industri Kecil dan Sederhana
Bab 33 Budaya Kerja Timur dan Barat
Bab 34 Tip Berurus Niaga di Korea Selatan

Saturday, January 30, 2010

Koleksi Karya Prof. Hamka

1) Kedudukan Wanita Dalam Islam - RM14.00
2) Lembaga Hikmat - RM12.00
3) Keadilan Ilahi - RM15.00
4) Merantau Ke Deli - RM16.50
5) Lembaga Hidup: Perhiasan Insan Gemilang - RM27.50
6) Lembaga Budi: Perhiasan Insan Cemerlang - RM17.50
7) Di Bawah Lindungan Kaabah - RM6.90
8) Ghirah: Cemburu & Kebencian Terhadap Islam - RM15.00

Semua buku di atas terbitan Pustaka Dini.

Friday, January 29, 2010

Penipuan Evolusi

Penipuan Evolusi
Penulis: Harun Yahya
Harga: RM39.00

Thursday, January 28, 2010

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam
Penulis: Paizah Hj. Ismail
Terbitan: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Harga: RM22.00

Kekeliruan terhadap hal dan juga kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam begitu jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah wanita yang mengambil sikap membisu terhadap apa jua perkara yang menimpa diri mereka. Dan ada pula yang bersifat agresif dengan melaungkan gerakan pembebasan wanita yang berfahaman liberalisme barat, yang ada kalanya jauh tersasar dari landasan ajaran Islam. Ini menambahkan kekeliruan yang sedia ada. Perkara ini harus diambil berat kerana pandangan melampau oleh golongan sebegini telah mendorong masyarakat antarabangsa mahupun masyarakat Islam sendiri memandang sepi undang-undang jenayah Islam dalam membela nasib wanita.

Penulis juga mengetengahkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya fenomena tersebut dengan menampilkan hujah-hujah, idea yang bernas di samping nas-nas syariat yang boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam masyarakat terutamanya di negara ini.

Wednesday, January 27, 2010

Wasiat-Wasiat Rasulullah S.A.W.

Wasiat-Wasiat Rasulullah S.A.W.
Pengaruhnya terhadap pembentukan peribadi individu & masyarakat
Penulis: Dr.Muhammad Bakar Ismail
Terbitan: Jasmin Enterprise

Siri 1
Harga: RM38.00

Siri 2
Harga: RM38.00

Siri 3
Harga: RM45.00

Tuesday, January 26, 2010

Bagi Golongan Yang Berpemikiran

Bagi Golongan Yang Berpemikiran
Penulis: Harun Yahya
Harga: RM38.00

Monday, January 25, 2010

Bursa Saham Menurut Pandangan Islam

Bursa Saham Menurut Pandangan Islam
Penulis: Sya'ban Muhammad Islam al-Barwary
Terbitan: Jasmin Enterprise
Harga: RM20.00

KANDUNGAN

- Pendahuluan
- Bentuk-Bentuk Bursa Saham
- Bursa : Jenis, Syarat Penubuhan Dan Peranannya
- Bentuk-Bentuk Pentadbiran Bursa Saham Dan Sistem Kerjayanya
- Pengedaran Saham-Saham Di Bursa : Tinjauan Daripada Perspektif Hukum Islam
- Pengedaran Obligasi (Bonds) Dalam Bursa Menurut Perspektif Hukum Islam
- Transaksi Bursa Saham : Tinjauan Perspektif Hukum Islam

Sunday, January 24, 2010

Inilah Islam Oleh Sayyid Qutb

Inilah Islam
Penulis: Sayyid Qutb
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM8.40

Saturday, January 23, 2010

Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan

Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan
Penulis: Abu 'Urwah
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM10.50

Buku ini merupakan kajian berkenaan sistem-sistem Islam. Perlu diingatkan bahawa kajian tentang Islam dari segi sistem-sistemnya ini hanyalah sebagai satu pendekatan untuk memudahkan pembaca melihat pelbagai sudut Islam. Ia tidak bertujuan untuk membahagi-bahagikan Islam kepada juzuk-juzuk tertentu secara terpisah-pisah. Ini kerana Islam adalah satu sistem iktiqad yang bersandarkan tauhidullah di mana daripadanya terbit segala konsep dan asas yang utama. Sifat, konsep-konsep dan asas-asas Islam yang berhubung jalin di antara satu sama lain inilah yang telah membolehkan umat Islam beramal dan menghayati seluruh ajarannya.

KANDUNGAN
  • Sistem Kerohanian Dalam Islam
  • Sistem Akhlak Dalam Islam
  • Sistem Sosial Dalam Islam
  • Sistem Ekonomi Dalam Islam
  • Sistem Politik Dalam Islam
  • Sistem Hukuman Jenayah Dalam Islam
  • Sistem Pengadilan Dalam Islam
  • Sistem Pentadbiran Dan Pengurusan Dalam Islam

Friday, January 22, 2010

Terapi Ruqyah: Pendinding Diri Daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan

Terapi Ruqyah: Pendinding Diri Daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan
Penulis: Rohidzir Rais
Terbitan: PTS
Harga: RM4.50

Buku ini disusun bagi membantu pembaca yang tidak mempunyai asas bahasa Arab ataupun asas perubatan Islam. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembaca mengamalkan sendiri jampi serapah apabila menghadapi masalah yang berkaitan. Buku ini juga boleh membantu pembaca untuk menilai kriteria pengamal perubatan tradisional, sama ada ia mengikut syarak atau tidak.

Di dalam buku ini pembaca akan:

* Mengetahui hakikat sihir dan bagaimana ia berlaku.
* Mengenali jenis-jenis sihir.
* Mengenali jin dan syaitan serta jenis-jenisnya.
* Rawatan bagi penyakit jasmani seperti luka, deman dan sebagainya.
* Rawatan bagi penyakit rohani seperti kemurungan, susah tidur dan sebagainya.
* Mengenali terapi daripada alam semula jadi seperti madu lebah, habbatus sauda' dan sebagainya.

Thursday, January 21, 2010

Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran Berjalan: Rahmat Bagi Seluruh Alam

Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran Berjalan: Rahmat Bagi Seluruh Alam
Penulis: Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Jasmin Enterprise
Harga: RM35.00

Buku RAHMAT BAGI SELURUH ALAM ini, merupakan sebuah buku yang cuba memaparkan semula keagungan manusia pilihan, Nabi Muhammad S.A.W.. Buku ini lebih merupakan buku sirah seorang tokoh dari segala tokoh, kekasih Allah dan junjungan umat, yang ditulis dengan gaya bahasa tersendiri dan sorotan peristiwa agung dari sudut yang berbeza. Mudah-mudahan dengan membaca buku ini dapat mendorong dan mengawal setiap gerak-geri orang mukmin dalam menjalani hidup dan kehidupan sesuai dengan teladan telah dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W..

Dengan kata lain, buku ini ditulis untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan meningkatkan kualiti cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan cara beramal dengan Sunnahnya.

Wednesday, January 20, 2010

Kebangkitan Islam - Di Antara Perselisihan Yang Dibenarkan Dan Perpecahan Yang Dicela

Kebangkitan Islam - Di Antara Perselisihan Yang Dibenarkan Dan Perpecahan Yang Dicela
Penulis: Dr. Yusuf al-Qardhawi
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM18.50

Monday, January 18, 2010

Khidmat Masyarakat: Peranan Wanita Di Zaman Rasulullah S.A.W.

Khidmat Masyarakat: Peranan Wanita Di Zaman Rasulullah S.A.W.
Penulis: Prof. Madya Dr. Layth Su'ud Jasim
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM8.50

Buku ini berjaya memberi gambaran sebenar dan juga praktikal kepada peranan dan aktiviti wanita muslimah generasi awal bersama-sama dengan para lelaki muslim (sahabi) untuk membangunkan aspek-aspek kemasyarakatan yang lebih sesuai dan intim dengan wanita.

Oleh kerana buku ini bertitik tolak daripada sumber-sumber hadith yang juga berkait rapat dengan sejarah awal Islam, buku ini perlu difahami dan ditelaah supaya ia dapat memberi satu gambaran sebenar bagaimana bentuk peranan dan keterlibatan wanita Islam dalam masyarakat.

Persoalan apakah abjadiat dan susun cara seseorang waninta muslimah untuk bangun dan tampil dalam masyarakat, Insya Allah dapat dijawab oleh buku yang cukup bernas ini.

Wednesday, January 13, 2010

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Penulis: Fathi Yakan
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM12.00

Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap orang Muslim supaya dengan sifat-sifat tersebut ia benar-benar menjadi seorang Muslim.

Bahagian pertama ini menjelaskan syarat-syarat yang wajib ada pada setiap orang yang menggabungkan dirinya dengan agama Islam.

Matlamat dari bahagian ini adalah untuk menjawab seluruh persoalan-persoalan ini disamping menerangkan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam ke atas seorang Muslim supaya penggabungan mereka ke dalam agama Islam menjadi penggabungan yang sah dan benar dan seterusnya ia menjadi seorang Islam yang benar.

Bahagian kedua buku ini pula menerangkan kewajiban beramal untuk menegakkan Islam dan kewajiban menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah.

Bahagian ini juga menerangkan ciri-ciri atau sifat-sifat Harakah Islamiyyah, sasaran-matlamatnya, cara-cara pergerakannya, falsafahnya, cara atau jalan kerjanya serta sifat-sifat yang wajib ada pada diri orang yang menggabungkan diri dengannya.

Tuesday, January 12, 2010

10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh

10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh
Penulis: Mohd Rumaizuddin Ghazali
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Tokoh 1: Mustafa Al-Syiba’iy :Tokoh Nadhah Syria Yang Gigih
Tokoh 2: Dr Yusuf Musa : Ulama Reformis dan ahli Falsafah al-Azhar
Tokoh 3: Sejarah Hidup dan Pemikiran Mahmud Shaltut
Tokoh 4: Muhammad ‘Imarah : Pemikir Islam yang Unggul dari Mesir
Tokoh 5: Muhammad al-Ghazali: Pemikir Dakwah dan Pembela Islam
Tokoh 6: Pemikiran Abu Hassan Ali al-Nadwi: Satu Tinjuan Ringkas
Tokoh 7: Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi: Imam Masjid al-Azhar
Tokoh 8: Syeikh Muhamad al-Mutawalli al-Sya’rawi: Tokoh Tafsir Mesir Abad 21
Tokoh 9: Wahbah Al-Zuhayli: Mufassir dan Ahli Fiqh Terkenal Abad Ini
Tokoh 10: Yusuf al-Qaradhawi: Sejarah Hidup dan Pemikiran

Monday, January 11, 2010

Pengantar Syariah Dan Teori Fiqh

Pengantar Syariah Dan Teori Fiqh
Penulis: Ustaz Abdul Latif Muda
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM19.50

KANDUNGAN

BAHAGIAN A: SYARIAH DAN FIQH
BAHAGIAN B: KEDUDUKAN SYARIAH ISLAM
BAHAGIAN C: TEORI HAK
BAHAGIAN D: HARTA
BAHAGIAN E: TEORI PEMILIKAN
BAHAGIAN F: TEORI AKAD

Sunday, January 10, 2010

Fiqh Sirah Oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali

Fiqh Sirah
Penulis: Syeikh Muhammad Al-Ghazali
Terbitan: Pustaka Salam

Harga Siri 1: RM35.00
Harga Siri 2: RM38.00

Saya telah bersungguh-sungguh untuk memberikan para pembaca gambaran sebenar tentang sirah Rasulullah S.A.W.. Saya juga berusaha menonjolkan hikmah dan tafsiran kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Kemudian saya biarkan hakikat-hakikat yang ditonjolkan itu memberi kesan kepada jiwa pembaca tanpa sebarang tokok tambah atau muslihat. (Penulis)

KANDUNGAN

Bab 1: Kerasulan Dan Pemimpin
Bab 2: Dari Keputeraan Sehingga Kerrasulan
Bab 3: Jihad Dakwah
Bab 4: Hijrah Yang Menyeluruh
Bab 5: Asas-Asas Pembinaan Masyarakat
Bab 6: Perjuangan Berdarah
Bab 7: Tahap Baru
Bab 8: Ibu-Ibu Yang Beriman
Bab 9: Teman Tertinggi

Saturday, January 9, 2010

Pengantar Ulum Al-Qur'an

Pengantar Ulum Al-Qur'an
Penulis: Rosmawati Ali @ Mat Zin
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM20.00

KANDUNGAN

Bahagian A - Mukaddimah Ulum Al-Qur'an
Bahagian B - Al-Qur'an
Bahagian C - Wahyu
Bahagian D - Nuzul Al-Qur'an
Bahagian E - Penyusunan Al-Qur'an
Bahagian F - Sebab Nuzul
Bahagian G - Ayat Makki Dan Madani
Bahagian H - Tafsir Dan Ta'wil
Bahagian I - Kitab-Kitab Tafsir

Friday, January 8, 2010

Iman & Harakah - Pengajaran Hadis Ghulam, Ahli Sihir Dan Rahib

Iman & Harakah - Pengajaran Hadis Ghulam, Ahli Sihir Dan Rahib
Penulis: Hisyam Soqr
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM12.00

Cara saya menulis buku ini:

1. Menyalin hadis yang diriwayatkan oleh ulama hadis berdasarkan Sahih Muslim, Sunan Tarmizi dan Musnad Imam Ahmad. Selepas itu saya merujuk huraian Imam Nawawi terhadap hadis riwayat Muslim.

2. Memastikan betul apa yang disandarkan kepada para ulama mengenai perkara yang saya anggap penting dalam menghuraikan hadis ini.

3. Hadis riwayat Muslim merupakan asas dalam menghuraikan hadis ini. Selepas itu saya menyebut perselisihan atau penambahan dalam meriwayatkan hadis ini yang terdapat dalam riwayat lain pada setiap petikan hadis. Saya juga menyebut kesan langsung perselisihan atau penambahan tersebut dan melakukan komentar terhadapnya.

4. Saya juga menyebut makna dari segi bahasa bagi kalimah-kalimah yang susah difahami di samping menyebut rujukannya. Begitu juga dengan hukum-hukum fikh dan pendapat ulama ketika mereka menghuraikan hadis ini. Semua ini disebut pada setiap petikan hadis.

5. Dalam menghuraikan hadis ini, setiap petikan hadis saya bahagikannya kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi matan hadis, makna kalimah. Pengajaran dan kajian secara langsung yang jelas dapat dilihat melalui nas hadis serta komentar terhadapnya. Bahagian kedua pula di bawah tajuk Pengajaran Di Sudut Dakwah mengandungi pengajaran dan kajian secara tidak langsung yang terdapat di dalam nas hadis, ataupun cuba membawa sesuatu yang baru dan memperluaskan skopnya dalam membincangkan perkara-perkara yang telah disebutkan di bahagian pertama, ataupun komentar terhadap masalah-masalah penting yang ada hubungan dengan tajuk yang diperbincangkan.

6. Di akhir perbincangan, saya iringi dengan satu tajuk kecil "Setiap Orang Mempunyai Peranannya" untuk menjelaskan persoalan tugas dan pembahagiannya dalam amal Islami. Kemudian saya menyebut rujukan dan kandungan buku.

- Penulis -

Thursday, January 7, 2010

Pengantar Ilmu Mantik

Pengantar Ilmu Mantik
Penulis: Ab. Latif Bin Muda & Rosmawati Binti Ali @ Mat Zin
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM20.00

Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal, manusia dapat mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar dengan yang salah. Kesesatan dan kemusnahan manusia juga disebabkan mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu akal yang bersifat positif jika diarah untuk kebaikan, menjadikan seseorang itu mulia, sekiranya pula diarahkan untuk tujuan kemaksiatan dan kejahatan, menyebabkan manusia itu binasa dan hina.

Al-Qur'an menyebut banyak kali berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentang bukti-bukti kekuasaanNya untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji, mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepadaNya.

Buku ini disusun khas untuk panduan pencinta ilmu dan dalam menangani kekurangan sumber dan kekurangan buku rujukan dalam bidang Mantiq khasnya dan bagi para pelajar yang menghadapi peperiksaan di peringkat Sekolah Tinggi dan Universiti. Melalui buku ini, penulis membuat susunan yang lengkap, kemas, tersusun dan olahan bahasa yang mudah difahami berserta contoh semasa.

Buku ini mengandungi perbincangan mengenai Mantiq Qadim dan Hadith yang disusun di dalam bahagian-bahagian yang berasingan.

Wednesday, January 6, 2010

Perkara Aneh & Ganjil Di Dunia

Perkara Aneh & Ganjil Di Dunia
Penyusun: Jaafar Al-Siddiq
Penerbit: Pustaka Azhar
Harga: RM18.00

Sejak akhir-akhir ini, dunia dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang bertentangan dengan norma-norma akal manusia yang disifatkan sebagai "ajaib tapi benar", meskipun perkara-perkara ajaib itu diluar pemikiran manusia namun ianya lebih memperlihatkan kekuasaan Allah S.W.T. ke atas kehidupan manusia yang membanggakan teknologi dewasa ini.

Buku ini memuatkan sebilangan besar kejadian ajaib itu melampirkan bukti-bukti yang nyata dan tidak dapat dinafikan malah dibenarkan pula oleh firman Allah S.W.T. dan keterangan hadis Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya apa yang dipaparkan di dalam buku ini merupakan koleksi peristiwa ajaib yang berlaku sepanjang sejarah hidup manusia. Yang semestinya kita mengambil pengajaran dari apa yang terjadi bahawa betapa Allah S.W.T. berkuasa ke atas setiap penciptaanNya. Semoga para pembaca menjadikannya sebagai renungan dan muhasabah diri dalam menempuh perjalanan hidup yang mencabar iman dan tauhid kepada Allah S.W.T.

Tuesday, January 5, 2010

Pengantar Ulum Hadis (Edisi Kedua)

Pengantar Ulum Hadis (Edisi Kedua)
Penulis: Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM22.50

KANDUNGAN

BAHAGIAN A - MUQADDIMAH ULUM HADIS
BAHAGIAN B - HADIS
BAHAGIAN C - HADIS SUMBER KEDUA SYARIAT ISLAM
BAHAGIAN D - SEJARAH HADIS
BAHAGIAN E - MENERIMA DAN MERIWAYAT HADIS
BAHAGIAN F - PENGKELASAN HADIS
BAHAGIAN G - KITAB SUNAN SITTAH
BAHAGIAH H - ISTILAH DAN NAMA HADIS

Monday, January 4, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis: Dato' Ismail Kamus
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM55.00

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Sunday, January 3, 2010

Perbahasan Sejarah Perundangan Islam Dan Mazhab Fiqh

Perbahasan Sejarah Perundangan Islam Dan Mazhab Fiqh
Penulis: Ustaz Abdul Latif Muda
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM26.50

Keistimewaan buku ini adalah kerana ia merupakan satu-satunya buku ilmiah yang julung kali dihasilkan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai beberapa ciri tertentu, antaranya: Membahaskan secara terperinci pelbagai mazhab fiqh dahulu dan sekarang yang juga merangkumi mazhab-mazhab yang telah lupus dan hanya tinggal nama sahaja. Penulis juga menyentuh mengenai mazhab-mazhab yang dianggap banyak menyeleweng daripada dasar sebenar Islam. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat faktor timbulnya ajaran sesat kerana tidak mengetahui dasar serta sejarah Perundangan Islam.

Saturday, January 2, 2010

Hukum Zakat

Hukum Zakat (tajuk asal Fiqhuz Zakat)
Penulis: Dr Yusuf al-Qaradawi
Terbitan: Litera Antara Nusa
Harga: RM96.00

Buku ini merupakan terjemahan lengkap kitab Fiqhuz Zakat karya Dr Yusuf al-Qaradawi. Banyak masalah baru dibahas pengarang dalam buku ini, yang dapat mengungkapkan ibadah zakat sebagai suatu sarana bagi ummat Islam dalam melaksanakan kewajiban agamanya, dan dalam membangun tata kehidupan sosial ekonominya yang lebih sesuai dengan tuntunan agama.

Friday, January 1, 2010

Jatuhnya Sebuah Tamadun

Jatuhnya Sebuah Tamadun: Menyingkap Kebangkitan dan Kejatuhan Empayar Khalifah Islam
Penulis: Mohamad Nurhakim
Terbitan: PTS
Harga: RM23.00

Menerangkan sejarah kebangkitan peradaban Islam bermula dari zaman Nabi Muhammad sebagai pengasas sehingga kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah sebagai khalifah terakhir umat Islam. Lengkap dengan senarai empayar Islam yang mencipta peradaban, sumbangan kepada dunia serta punca kejatuhannya. Disusun mengikut kronologi sejarah, lengkap dengan peta, gambar serta maklumat tambahan yang menyokong pemahaman pembaca.