Tuesday, August 31, 2010

Indahnya Amalan Doa

Indahnya Amalan Doa
Dato' Ismail Kamus
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM35.00

Buku Indahnya Amalan Doa diterbitkan sebagai susulan kepada buku Indahnya Hidup Bersyariat yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini.

Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

Monday, August 30, 2010

Mendidik Anak Perempuan

Mendidik Anak Perempuan
Penulis: Abdul Mun’im Ibrahim
Terbitan: PTS
Harga: RM18.50

Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri. Justeru, buku Mendidik Anak Perempuan menyampaikan ilmu-ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir, sehingga mereka berumah tangga kelak.

Antara kandungan buku ini:

− Kaedah mendidik anak sejak lahir serta amalan-amalan yang baik semasa menyambut
kelahiran anak.
− Pengaruh keadaan sekeliling kepada pendidikan anak.
− Kaedah ganjaran dan hukuman dalam pendidikan anak.
− Cara menerangkan kepada anak perempuan berkenaan perkara-perkara yang dilarang
agama.
− Mengajar anak perempuan ilmu rumah tangga sehingga mereka bergelar ibu.
− Ilmu-ilmu penting lain dalam mendidik anak perempuan yang jarang diketahui oleh ibu
bapa.

Pastinya tidak rugi memiliki buku yang informatif ini.

Didik Anak Gaya Rasulullah

Didik Anak Gaya Rasulullah
Penulis: Prof. Dr. Huzaemah
Terbitan: PTS
Harga: RM39.90

Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.

Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.

Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.

Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.

Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.

Sunday, August 29, 2010

Riba dan Isu Kewangan Semasa

Riba dan Isu Kewangan Semasa
Zaharuddin Abd. Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Saturday, August 28, 2010

Siri Baca. Dengar & Amal

1) Surah Yasin, Tahlil & Doa, RM19.90
2) Surah Hafazan, RM19.90
3) Surah Amalan Ibu Mengandung, RM19.90
4) Doa & Zikir Selepas Solat, RM19.90
5) Al-Ma'thurat, RM19.90

Setiap siri disertakan dengan bonus CD

Friday, August 27, 2010

Kamus Al-Quran

Kamus Al-Quran
Dato' Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff
Terbitan: PTS
Harga: RM95.00

KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAMUS INI
  • Menyenaraikan makna setiap perkataan yang bersesuaian dengan penggunaannya dalam pelbagai bentuk.
  • Menyenaraikan bilangan perkataan yang diulang di dalam ayat-ayat al-Quran.
  • Menjelaskan makna lafaz al-Quran dengan metode pentafsiran yang ditetapkan oleh sarjana tafsir iaitu:
    • Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran.
    • Mentafsirkan al-Quran dengan al-Ma`thur.
    • Mentafsirkan al-Quran dengan pendapat-pendapat ulama.
  • Tafsir lafaz al-Quran bersandarkan Asbab al-Nuzul (tujuan penurunan ayat) untuk memahami makna perkataan dengan lebih tepat.
  • Menggunakan syair bagi menjelaskan maksud suatu perkataan.
  • Menghuraikan tafsir ayat berdasarkan qiraat (bacaan) yang berbeza.

Thursday, August 26, 2010

Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir?

Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir?
Penulis: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Pertembungan “Islam-Melayu dan Melayu-Islam” mutakhir ini lebih dibauri dan dikaburi oleh “presenting problems” berbanding “the real problems”. Mungkin ini disebabkan wujudnya ramai golongan yang berkepentingan sama ada dalam parti, pertubuhan dan perkumpulan orang-orang Melayu. Golongan “opportunists” Melayu ini berselindung di sebalik perjuangan agama atau bangsa untuk terus mendapat “keuntungan” jika Melayu-Islam terus berkrisis. Dan kemungkinan ini juga disebabkan wujudnya golongan fanatik agama atau chauvinis bangsa yang sudah lebur sifat rasional, kasih sayang dan adab susilanya dalam menghadapi perbezaan pendapat. Sesungguhnya, semua perkara yang disebutkan di atas akan menjadi teras penulisan dalam tajuk-tajuk berikutnya. Pada tajuk-tajuk yang lebih khusus itu, saya akan memperincikan apa yang disentuh secara sepintas lalu dalam mukadimah ini. Apa yang pasti ialah buku ini mengetengahkan satu pola pemikiran yang konsisten walaupun pada subjek dan isu yang pelbagai. Dan pemikiran ini dihidangkan secara mudah walaupun gagasannya besar dan adakalanya agak ilmiah.

Kritikan, teguran, pujian atau sekadar pandangan dalam buku ini mengundang respon yang sama terhadap saya. Oleh itu, saya dengan hati terbuka menerimanya. Kita tidak boleh taksub ketika menegur ketaksuban orang lain. Justeru, pandangan yang saya kemukakan nanti adalah lahir dari hati yang penuh sedar bahawa pasti ada pandangan lain yang lebih tepat.

Soal kepimpinan dan politik akan menjadi pendahulu bicara saya. Diikuti oleh soal pendidikan, kemudian disusuli oleh isu-isu yang berlaku dalam negara dan akhirnya menjengah kepada persoalan antarabangsa. Sesungguhnya jika kepimpinan telah betul dan mantap, maka agenda mendidik umat akan dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat. Dengan ini akan terbentuklah kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam negara. Hanya setelah itu barulah kita akan mampu memberi sumbangan menyelesaikan masalah antarabangsa.

Dan tumpuan saya lebih terarah kepada kepimpinan parti-parti politik pimpinan Melayu-Islam justeru merasakan ia tetap relevan dalam dekad-dekad yang mendatang. Namun dimensi pandangan “ketiga” ini tentulah agak sedikit berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang-orang dalam parti sendiri. Anggaplah perbezaan itu satu sumbangan justeru tidak ada siapa pun yang tidak memiliki “blind spot” dalam penilaian dan pemerhatiannya. Jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah… tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah.

Wednesday, August 25, 2010

Dapatkan Buku Khalifah-Khalifah Yang Benar

Khalifah-Khalifah Yang Benar
Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM55.00

Tuesday, August 24, 2010

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Bagaimana Islam Memerintah Negara
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Buku 'Bagaimana Islam Memerintah Negara' mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Monday, August 23, 2010

Dapatkan Koleksi Novel Terbaru

1) Aku Bukan Malaikat - Rudy Hirdy, PTS, RM22.00
2) Bara Cinta Canberra - Ilham Hamdani, PTS, RM21.50
3) Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu - A. Ubaidillah Alias, PTS, RM18.00
4) Tasawuf Cinta - M. Hilmi As’ad, PTS, RM17.00
5) Lasykar Pelangi - Andrea Hirata, PTS, RM28.00
6) Ku Seru Nur Kasih - Noorfadzillah Omar, PTS, RM26.00
7) Biarawati Qaseh Puteri - Moh Dat Molok, PTS, RM17.00
8) Stanza Cinta - Nurull Halawati, Galeri Ilmu, RM19.50
9) Perindu Pelangi - Siti Munirah A. Rashid, Galeri Ilmu, RM19.00
10) Atas Nama Cinta - Wahyu Sujani, PTS, RM17.00
11) Hakikat Cinta - M. Hilmi As’ad, RM17.00

Sunday, August 22, 2010

I Love You Too

I Love You Too
Penulis: Hj Badrul Hisham Shari
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga: peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu! Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.

Saturday, August 21, 2010

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
Zamri Mohamad, Imran Yusuf
Terbitan: PTS
Harga: RM18.50

Friday, August 20, 2010

Masjid Itu Hidupku

Masjid Itu Hidupku
Penulis: Mohd Gunawan Che Abd Aziz
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM19.90

Buku ini membongkar fungsi masjid sebagai tempat yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah s.w.t. Ia merupakan tempat yang mulia dan suci di sisi Islam. Masjid menjadi lambang kepada syiar Islam, pusat pengembangan agama dan pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam.

Kelebihan buku ini ialah cara persembahan kandungannya yang unik dan tidak membosankan. Setiap hikmah masjid dibentangkan dalam bentuk seakan-akan "separa novel". ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kebosanan di hati pembaca.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua bagi mengetahui hikmah sebenar masjid dan amalan-amalan yang patut dilakukan bagi mengimarahkannya.

Thursday, August 19, 2010

Koleksi Buku Tentang Solat

1) Dahsyatnya Qiamullail - Mahmudin Abdullah, PTS, RM10.90
2) Hebatnya Kuasa Istikharah - Imam Musbikin, PTS, RM11.90
3) Pesona Solat Tahajud - Muhammad Salleh, PTS, RM14.90
4) Rahsia Air Mata Khusyuk - Muhammad Hasan al-Basri, PTS, RM14.50
5) A Comprehensive Prayer Formula - Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, Telaga Biru, RM26.00
6) Formula Solat Sempurna - Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, Telaga Biru, RM25.90

Wednesday, August 18, 2010

Fiqh Dakwah Oleh Syaikh Mushthafa Masyhur

Fiqh Dakwah
Syaikh Mushthafa Masyhur
Terbitan: Al-'Itishom
Harga: RM165.00 (1 set - 2 jilid)

Jilid 1 - RM65.00
Jilid 2 - RM100.00

Tuesday, August 17, 2010

Riwayat Bidadari Syurga

Riwayat Bidadari Syurga
Munif Ahmad (Hijaz)
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM25.90

Riwayat Bidadari Syurga adalah himpunan kisah hidup para serikandi Islam di awal penyebaran agama suci ini. Penerbitan buku ini bertujuan untuk membawa semua pembaca menghayati dan mencontohi ketaqwaan dan perjuangan mereka didalam menegakkan agama Allah sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta mereka tanpa sangsi.

Monday, August 16, 2010

Lagi Koleksi Buku Rumah Tangga @ Baitul Muslim

1) Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah - Zamri Mohamad, RM19.50
2) Di Jalan Dakwah Ku Gapai Sakinah - Cahyadi Takariawan, RM100.00
3) Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A. Fillah, RM40.00
4) Istriku Bidadariku - Isham Muhammad Asy-Syarif, RM26.50
5) Agar Pernikahan Seindah Impian - Muhammad Albani, RM20.00
6) Kado Pernikahan Untuk Istriku - M. Fauzil Adhim, RM60.00
7) Indahnya Malam Pengantin - Abu Ezzat Al-Mubarak, RM30.00
8) Fiqih Cinta - Abdul Aziz Ahmad, RM68.00
9) Kado Pernikahan Buat Mempelai - Dr Karim Asy-Syadzili, RM60.00
10) Bahagianya Merayakan Cinta - Salim A. Fillah, RM60.00

Sunday, August 15, 2010

Siri Kisah Teladan Para Nabi Oleh Amru Khalid

Membaca Teladan Mengungkap Hikmah Teladan Para Nabi
Amru Khalid
Harga: RM115.00 (1 set - 3 jilid)

Friday, August 13, 2010

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM12.00

Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Thursday, August 12, 2010

Koleksi Novel Terpilih

1) Syahadah Gadis Ateis - Imran Haaz, RM16.00
2) Ketupat Cinta - Faisal Tehrani, RM23.90
3) Tautan Hati - Fatimah M. Noordin, RM29.90
4) Sayang Sepenuh Hati - Eka Fahara, RM19.90

Wednesday, August 11, 2010

Diari Ramadan

Diari Ramadan
Nik Abdul Aziz Nik Mat & Ahmad Fadzli Fauzi
Harga: RM24.00

Tuesday, August 10, 2010

Buku Kisah-kisah Nabi & Rasul

1) Sejarah 25 Rasul - Luqman Hakim, Al-Hidayah, RM16.00
2) Kisah-Kisah Para Nabi & Rasul - Abdullah bin Ahmad Mubarak, Al-Hidayah, RM39.00
3) Kisah Para Nabi: Teladan Bagi Orang Berakal - Ibnu Kathir, Darul Fajr, RM69.00
4) 25 Kisah Para Nabi & Rasul - Hj. Abdul Rahman B. Mohd Adil, RM32.00

Sunday, August 8, 2010

Lagi Koleksi Buku Berkenaan Palestin

1) Dari Semenanjung Gaza Ayat-Ayat Allah Berbicara - Muhammad Lili Nur Aulia, RM12.00
2) Palestin Tak Pernah Gentar: Fatwa Kontemporari & Penyelesaiannya - Zulkfili Mohamad Al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noordin, RM20.00
3) HAMAS Pejuang Kota Suci Baitul Muqaddis - Maszlee Malik, RM13.90
4) Palestin Dijajah: Di Manakah Solahuddinya - Zainur Rashid Zainuddin, RM18.00
5) Yahudi Menggenggam Dunia - William G. Carr, RM25.00
6) Al-Aqsa Dalam Bahaya - Maszlee Malik, RM12.00
7) Masjid Al-Aqsa, Kiblat Pertama & Tanah Suci Ketiga - Dr. Mushtafa Abdul Jawwad Ahmad Rasywan, RM5.00

Saturday, August 7, 2010

Lagi Koleksi Buku Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah

1) Menangani Anak Bermasalah - RM19.90
2) Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang - RM19.90
3) Langkah Bijak Usahawan Terbilang - RM39.90
4) Petua Menangani Stres Harga - RM19.90
5) Menempuh Gerbang Perkahwinan - RM19.90
6) Menerobos Sempadan Diri - RM19.90

Friday, August 6, 2010

Koleksi Buku Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah

1) Petua Menjadi Pelajar Sekolah Menengah Gemilang - RM19.90
2) Strategi Menghadapi Peperiksaan - RM19.90
3) Petua Pelajar Cemerlang - RM26.00
4) Menangani Sifat Marah - RM19.90
5) Petua Untuk Sentiasa Ceria - RM19.90
6) 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang - RM19.90
7) Petua Membuat Orang Jatuh Cinta - RM19.90
8) Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif - RM19.90

Thursday, August 5, 2010

Dapatkan Pasport Rasulullah


Pasport Rasulullah
Harga istimewa: RM28.00
Harga biasa: RM29.90
Terdapat dalam 2 warna: merah & hijau
Dapatkan sekarang!!!

Wednesday, August 4, 2010

Tafsir Fi Zhilalil Quran (Edisi Lengkap)

Tafsir Fi Zhilalil Quran
Sayyid Quthb
Edisi Lengkap (1 set - 12 jilid)
Harga: RM850.00
Dapatkan sekarang!!! Stok terhad!!!

Tuesday, August 3, 2010

Koleksi Tafsir Al-Quran

1) Tafsir Fi-Zhilalil Qur'an, Juz Amma' - Sayyid Quthb, RM85.00
2) Syaamil Al-Quran The Miracle 15 in 1 - RM210.00
3) Tafsir Fi-Zhilalil Qur'an (1 set - 12 jilid) - Sayyid Quthb, RM850.00

Monday, August 2, 2010

Syaamil Al-Quran The Miracle 15 In 1


Syaamil Al-Quran The Miracle 15 in 1
Terbitan: PT Sygma Examedia Arkanleema (Bahasa Indonesia)
Harga: RM180.00

The Miracle 15 In 1

1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Article