Pages

Wednesday, November 30, 2011

Menuai Hidayah Iman

Menuai Hidayah Iman
Penulis: Muhammad Hasan al-Basri
Terbitan: PTS
Harga: RM19.90

Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah.

Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai.

Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.

Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.

Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.

Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.

Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.

Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.

Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.

Magnet Rezeki dengan Solat Duha

Magnet Rezeki dengan Solat Duha
Penulis: Muhammad Mokhtar
Terbitan: PTS
Harga: RM10.90

"Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat." - Hadis Riwayat Tirmizi.

Tuesday, November 29, 2011

SHAIDUL KHATHIR - Cara Manusia Cerdas Menang Dalam Hidup

SHAIDUL KHATHIR - Cara Manusia Cerdas Menang Dalam Hidup
Penulis: Ibnu al-Jauziy
Terbitan: Pustaka Maghfirah
Harga: RM60.00

"Buku paling bagus dan paling menarik yang pernah saya baca adalah Shaid al-Khathir karya Ibnu al-Jauziy. Dalam pandangan saya, buku ini adalah buku terbaik yang pernah ditulis oleh ulama besar ini. Sulit bagi kita untuk tidak membaca buku ini. Selain tidak berat dan tidak sulit, buku ini menggambarkan kejujuran penulisnya, keluasan cakrawala ilmunya, kekayaan pengalamannya, kecermatan analisanya, dan kelurusan pikirannya. Buku ini merupakan buah kehidupannya.

Saya menyarankan Anda untuk membaca buku ini. Isinya sangat menarik, sarat dengan pesan moral, penuh dengan pengalaman-pengalaman manusia yang cukup panjang. Bahasanya lugas dan penyampaiannya sederhana sehingga mudah dicerna dan dipahami oleh setiap orang.

Buku ini telah dikomentari oleh begitu banyak cendekiawan dan diterbitkan berbagai bahasa, selalu laris di pasaran dan bisa diterima oleh banyak kalangan, seolah-olah buku ini baru saja ditulis. Buku ini telah memberikan manfaat yang tidak terhitung kepada umat ini. Siapa yang ingin menulis, menulislah sepertinya dan tirulah pola yang digunakannya." ('Aidh Abdullah al-Qarni, penulis buku La Tahzan)

Negara Khilafah Islam - Munculnya Kekuatan Global Baru

Negara Khilafah Islam - Munculnya Kekuatan Global Baru
Penulis: Abu Abdullah
Terbitan: Pustaka Thariqul Izzah
Harga: RM20.00

Meski masih ada segelintir orang yang pesimis terhadap upaya pelaksanaan syariat Islam dalam bingkai negara Khilafah Islam, Namun Rasulullah menyatakan bahwa terwujudnya kembali negara Khilafah yang mengikuti manhaj Nabi untuk yang kedua kalinya, merupakan perkara yang pasti! Buku ini mengupas berbagai kondisi menjelang kemunculan kembali negara Khilafah Islam; baik itu kondisi politik global, ekonomi, militer dan pertahanan, hingga ke pertarungan ideologi kontemporer yang saat ini mewarnai konstalasi politik global. Mencermati fenomena ini, pilihan umat Islam hanya dua: menjadi pejuang atau pendukung upaya penegakkan syariat Islam di dalam bingkai Negara Khilafah; atau menjadi pecundang yang akan dilindas oleh takdir yang akan memenangkan Islam.

Monday, November 28, 2011

Fiqh Jenayah Islam

Fiqh Jenayah Islam
Penyusun: Abu Mazaya al-Hafiz, Abu Izzat al-Sahafi
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM60.00

Fiqh Sunnah Imam Syafie

Fiqh Sunnah Imam Syafie
Penulis: Al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad Al-Asfahani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM35.00

Kitab Fiqh Al-Sunnah lmam Syafie adalah sebuah kitab fiqh yang sepatutnya dimiliki dan dibaca oleh setiap individu yang mendalami pengetahuan Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Perbahasan dan kandungannya yang lengkap dan mantap, merangkumi hamper kesemua aspek amalan dalam kehidupan seperti solat, puasa, zakat, haji. Fara’id, hokum-hukum jinayat dan muamalat serta banyak lagi. Diperkuatkan lagi dengan nas-nas serta daripada al-Quran dan al-Sunnah, amat berguna bagi setiap individu Muslim. Ia juga dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman yang wajib diketahui dalam membingbing tatacara hidup yang berlandaskan peperintah dan larangan Allah s.w.t.

Kitab ini dapat menyuburkan budaya membaca dan keilmuan di kalangan masyarakat masa kita yang agak kurang gemar membaca dan menambahkan ilmu. Sebaliknya mereka kini lebih cenderung ke arah budaya hiburan melekakan, pergaulan bebas, meremehkan perintah dan larangan Allah s.w.t. seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.

Semoga kitab ini dapat memberikan manfaat buat para pembaca dengan menjadi pembimbing dalam segenap aspek dalam kehidupan seharian yang berlandaskan nas dan dalil yang sahih daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bukannya berdasarkan amalan-amalan bidaah yang memyebabkan amal ibadah kita tidak diterima Allah s.w.t. Selain itu juga dengan ilmu yang kita peroleh berenaan ibadah ini dapat kita kongsikan bersama ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita.

Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita

Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita
Penulis: Syeikh Ahmad Jad
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM38.00

Padat dengan hukum-hukum fikah yang merangkumi bab taharah (bersuci), solat, puasa, zakat, haji, tentang perkahwinan, harta warisan dan lain-lain lagi. Rujukan untuk semua bukan sahaja wanita atau kaum hawa sahaja.

Setiap perbahasan dan huraian disokong dan diperkuatkan oleh dalil Al-Qur'an dan Hadis. Fokusnya adalah menyentuh tentang permasalahan wanita dan yang ada sangkut pautnya dengan wanita.

Amat padan dengan komen pengarangnya yang mahu mempersembahkan karya yang luar biasa, khas untuk Puteri-puterinya dan juga saudara-saudara perempuan di kalangan muslimah. Pelbagai perkara yang ditekankan di dalam agamanya hanif (lures) dengan cara yang mudah dan ringan. Sebuah karya yang sesuai dengan tuntutan dan keperluan zaman sekarang. Tujuan utamanya untuk menghindari perkara¬perkara khilafiah dan permasalahan fikah yang sukar difahami oleh sebahagian besar golongan terpelajar apatah lagi oleh kaum wanita secara umumnya.

la mudah difahami kerana huraianilya sistematik dan diminimakan khilafiah (perbezaan pendapat) yang membingungkan. Sebuah rujukan yang perlu berada di setiap rumah, perpustakaan atau pusat pengajian.

Sunday, November 27, 2011

IMAM MUDA

IMAM MUDA
Penulis : Ustaz Zulkifli Mat Arof
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM20.00

Imam secara umumnya adalah ketua di dalam solat berjemaah. Imam juga boleh diertikan sebagai pemimpin atau ketua di dalam sesuatu urusan. Imam seharusnya seseorang yang memiliki peribadi yang mulia, tinggi ilmunya serta bijak akalnya. Imam solat secara khususnya perlu menguasai dengan baik berkenaan hukum-hukum yang berkaitan dengan solat.

Buku Imam Muda – Panduan Lengkap Imam, Bilal dan Solat Berjemaah tulisan Ustaz Dzulkifli Mat Arof ini sangat sesuai sebagai bahan bacaan dan panduan buat para imam, bakal imam dan bakal pemimpin usrah di sekolah-sekolah. Buku ini mengandungi panduan solat berjemaah muafiq atau masbuq, bacaan al-Fatihah, azan dan iqamat, solat ketika peperangan, sujud sahwi serta panduan pengurusan jenazah. Buku ini dipersembahkan dengan ringkas tetapi padat dan disertai gambar-gambar yang menarik.

Semoga ramai Muslim di luar sana yang akan beroleh manfaat dari buku ini. Selamat membaca dan selamat beramal!

JEJAK 5 RASUL DI TURSINA

JEJAK 5 RASUL DI TURSINA
Penulis : Ustaz Taha Hassan al-Qusyasyi
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM20.00

Buku ini dihasilkan adalah atas dasar permintaan dan kehendak daripada sebahagian pelajar yang memerlukan keterangan dan penjelasan yang lebih tepat dan ringkas sebagai panduan kepada mereka untuk memahami dan mengerti hakikat dan kebenaran peristiwa sejarah serta lokasi di sekitar kawasan Semenanjung Sinai. Tidak ada pengetahuan sejarah yang lebih baik untuk dipelajari dan diselidiki melainkan catatan tersebut menceritakan tentang sejarah kehidupan para nabi dan rasul. Lebih-lebih lagi teori pensejarahan ini diambil dari sumber al-Quran dan hadis. Tidak syak lagi bahawa segala fakta yang dinukilkan darinya adalah benar dan tepat.

Seperti yang sedia maklum, penulisan ini bukanlah bahan rujukan utama bagi huraian sejarah kisah-kisah para nabi dan rasul. Akan tetapi, penulisan ini hanyalah merupakan satu kajian dan panduan umum untuk mereka yang ingin memahami dan mengetahui secara asas tentang peristiwa sejarah yang berlaku berserta keterangan lokasinya.

Di dalam penulisan ini, ia terkandung 11 tajuk utama yang membicarakan tentang sejarah kehidupan Nabi Soleh AS, Musa AS, Harun AS, Ilyas AS dan Ilyasac AS serta tumpuan lokasi historiografinya di sekitar kawasan Semenanjung Sinai

KELEBIHAN SELAWAT

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH
Penulis : Maulana Muhammad Zakariya
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM24.00

* Dengan setiap pembelian buku ini, anda akan dapat sekeping CD Nur Selawat.

Buku Kelebihan Selawat ini merupakan khazanah yang cukup berharga buat umat Islam. Buku hasil tulisan Maulana Muhammad Zakariya yang berasal dari India ini mengandungi penceritaan dan hujah-hujah dari al-Quran dan hadis berkaitan kelebihan-kelebihan berselawat.

Sebilangan besar ahli kalam bersetuju bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kecelaan bagi mereka yang tidak berselawat ke Nabi Muhammad SAW apabila nama baginda disebut. Orang yang sedemikian dipanggil orang bakhil, zalim, orang yang dibinasakan dan sebagainya. Antara kelebihan selawat yang disebut di dalam buku ini ialah Allah dan para malaikat menghantarkan rahmat buat orang yang berselawat, darjat mereka ditinggikan di sisiNya serta amalan selawat itu menjadi penebus dosa. Orang yang membaca selawat juga akan dipenuhi dan dicukupkan keperluannya oleh Allah SWT.

Tidak rugi orang yang rajin berselawat. Rasulullah SAW akan memberi syafaatnya kepada mereka yang rajin berselawat. Semoga dengan membawa buku ini, akan menambahkan kecintaan kita kepada Allah dan rasul. Seseorang juga akan terdorong untuk banyak berselawat kerana melihat banyaknya hikmah dan kelebihan daripada amalan yang mulia itu.

Sesungguhnya selawat merupakan ibadah yang sangat dicintai oleh Allah.

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH
Penulis : Boestamam Ahmad & Farah Safura Muhammud
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM20.00

Kehidupan berumah tangga merupakan satu ruang untuk membina bahagia dan ceria. Bahagia itu diharapkan berkekalan di dunia dan hingga ke akhirat. Namun, kebahagiaan sesebuah rumah tangga hanya akan terbina oleh beberapa faktor penting, antaranya restu orang tua kedua-dua belah pihak, pemahaman dan pelaksanaan syariat Islam di dalam rumah tangga serta sifat saling bertolak ansur antara pasangan suami isteri. Restu orang tua amat perlu dalam menjaga keberkatan dan keharmonian sesebuah rumah tangga.

Oleh itu, tindakan menikah tanpa kebenaran sama ada di dalam ataupun di luar negeri bukanlah satu pilihan bijak. Meskipun dalam situasi tertentu, perkahwinan yang berlaku itu sah menurut syariat, tetapi perkahwinan itu tidak sah menurut undang-undang negara. Perkahwinan itu perlu didaftarkan bagi mengelak sebarang kesulitan di masa akan datang. Perkahwinan itu perlu disiasat oleh pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum boleh disahkan dan didaftarkan di Pejabat Agama kawasan yang terlibat.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan semakin hari semakin ramai orang yang mengambil jalan bernikah tanpa kebenaran sebagai jalan penyelesaian. Antara faktor yang menyebabkan mereka memilih jalan itu ialah tidak mendapat restu ibu bapa, ingin berkahwin satu lagi serta tidak tahu akan syarat dan undang-undang perkahwinan di Malaysia. Sesungguhnya berkahwin tanpa kebenaran akan mengundang lebih banyak kesulitan di kemudian hari berbandingkeseronokanyang sementara. Semoga generasi masa kini akan berfikir panjang sebelum menikah agar memilih jalan yang baik dan murni untuk menikah. Titik awal pernikahan akan mempengaruhi keberkatan dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Saturday, November 26, 2011

Pikatlah Hatiku: 30 Bisikan Hati Isteri

Pikatlah Hatiku: 30 Bisikan Hati Isteri
Penulis: Hasan Mohd. Ali
Terbitan: PTS
Harga: RM17.90

Kandungan buku ini memberi penekanan istimewa kepada persoalan 'bagaimana' bukan kepada 'apa' dan 'mengapa'. Penulisan dijuruskan kepada mengajak para pembaca terus mempraktik beberapa cadangan yang dikemukakan bagi setiap satu persoalan yang dibincangkan. Dengan cara ini diharapkan pembaca memperoleh manfaat secara langsung dan yakin dapat mempraktik saranan-saranan yang dibuat tanpa ragu-ragu.

Sehingga Al-Quran Terpahat Di Hati

Sehingga Al-Quran Terpahat Di Hati
Penulis: Mohd Salleh Abdul Razak
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Buku Sehingga al-Quran terpahat Di hati merupakan suatu usaha penulis dalam gagasan menggalakkan umat Islam menghafaz al­Quran sebagai garis panduan hidup yang mampu memerintah dan memimpin manusia. Al­Quran merupakan satu mukjizat yang kekal dan abadi untuk selama­lamanya khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Inilah nikmat yang mampu menunjuk dan memimpin manusia agar berjaya mentadbir hidup di dunia ini menuju kepada hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Apabila al­Quran terpahat di hati, setiap anggota tunduk akur pada arahan al­Quran, setiap langkah tersusun mengikut rentak al­Quran, setiap tindak tanduk terbias daripada cahaya al­Quran dan setiap gerak­hidup selari di atas landasan al­Quran. Itulah harapan. Itulah impian. Bukanlah mustahil bahawa daripada usaha yang kerdil, mampu mencetus sesuatu yang luar biasa.

Fahamilah Perasaanku! 30 Luahan Perasaan Suami

Fahamilah Perasaanku! 30 Luahan Perasaan Suami
Penulis: Hasan Mohd. Ali
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. Daripada luahan pertama, 'iktiraflah kelelakianku' hingga ke luahan 30, 'janganlah terlalu mengawalku' menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.

Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalahisteri.

Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi.

Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.

Friday, November 25, 2011

MUNTAKHAB AHADITH

MUNTAKHAB AHADITH
Terbitan: Klang Book Centre
Harga: RM40.00

Di dalam kitab ini menerangkan keutamaan (fadhilat) dan kepentingan Kalimah Tayyibah, Sembahyang, Ilmu dan zikir, IkramulMuslim, Tashihun-niat, Dakwah dan Tabligh dan Meninggalkan Percakapan Sia-sia melalui hadith-hadith Nabi s.a.w.

DIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W.

DIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W.
Penulis: Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid
Terbitan: Klang Book Centre
Harga: RM40.00

Buku ini amat berguna kepada muslimin dan muslimat untuk dihayati dan mengambil isi kandungannya sebagai panduan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak yang dikasihi.

Thursday, November 24, 2011

BIDADARI RASULULLAH

BIDADARI RASULULLAH
Penulis: Syawana Aziz
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM18.00

Aurat adalah apa saja yang kalau kelihatan dia merasa malu. Wanita istimewa di zaman kegemilangan Rasulullah sangat memelihara yang disebut aurat, kecantikan dan perhiasan tubuh badan wanita apabila dilihat oleh orang lelaki.

25 SIRAH KENABIAN PARA ANBIYA'

25 SIRAH KENABIAN PARA ANBIYA'
Penulis: Muhamad Ali Imran
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM35.00

Nabi adalah orang yang mendapat wahyu dari Allah untuk dirinya sendiri. Seorang nabi tidak perlu menyampaikan perintah Allah itu untuk orang lain. Hal ini, berbeza dengan tugas seorang rasul. Rasul adalah seorang nabi yang berkewajipan untuk menyampaikan wahyu dari Allah untuk dirinya sendiri, juga kepada orang lain. berdasarkan riwayat hadis, jumlah nabi menurut para ulamak adalah 124.000 sedangkan rasul berjumlah 313 (315 menurut pendapat yang lain).

Wednesday, November 23, 2011

Al-Quran Kitab Cinta - Menyelami Bahasa Kasih Sang Pencipta

Al-Quran Kitab Cinta - Menyelami Bahasa Kasih Sang Pencipta
Penulis: Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy
Terbitan: Hikmah
Harga: RM30.00

Dengan pemikiran yang logis dan bahasa yang menyentuh, Dr. Said Ramadhan Al-Buthy mengajak kita menggali Al-Qurâan untuk menemukan rahasia mendapatkan cinta Ilahi. Tidak mudah memang, tetapi ulama yang ceramahnya mampu menyebabkan isak tangis ribuan jamaah ini meyakinkan kita bahwa cinta-Nya bisa digapai dengan kekuatan nalar dan hati sekaligus. Inilah buku penyejuk dahaga bagi yang mendamba cinta dan kasih sayang-Nya.

Nasihat Untuk Qiyadah dan Kader Dakwah

Nasihat Untuk Qiyadah dan Kader Dakwah
Penulis: Iman Santoso
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM45.00

Kesalahan, kekeliruan dan kekhilafan adalah tabiat manusia. Penyimpangan perilaku ini bisa dilakukan oleh siapapun, baik dia seorang muslim biasa, ustadz, aktivis dakwah, maupun murabbi. Bahkan qiyadah (pimpinan) dakwah juga bisa mengalami/melakukannya. Karena mereka bukanlah malaikat yang bersih dari kesalahan. Untuk itu pada saat perilaku ini muncul, karena kekhilafannya, diperlukanlah nasihat. Seseorang akan mudah menerima nasihat dari kita apabila nasihat tersebut disampaikan dengan cara bijak dan santun. Sebaliknya apabila nasihat tersebut disampaikan dengan cara kasar apalagi ada rasa kebencian, maka akan sangat sulit nasihat tersebut bisa diterima. Buku ini secara khusus berisi nasihat-nasihat untuk para aktivis dakwah dan kaum muslimin pada umumnya.

Tuesday, November 22, 2011

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah
Penulis: Muslim Kelana
Terbitan: PTS
Harga: RM19.50

Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik.

Monday, November 21, 2011

Anak Apak

Anak Apak
Penulis: Subky Abdul Latif
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM25.00

MEMOIR, Politik Kewartawanan yang diberikan judul ANAK APAK, membentangkan pengalaman hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di tengah-tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam kesengsaraan musim Jepun melanda Tanah Melayu.

MEMOIR ini diberi judul ANAK APAK justeru Apak mahu mendidik dan menyekolahkan saya sepertinya dan kemudian keluar sebagai ahli ilmu agama mengikut jejaknya menjadi Tok Guru kepada masyarakat dan ummah. Tetapi saya tidak menjadi Tok Guru seperti Apak. Ada sebabnya; kejatuhan ekonomi, sawah tidak menjadi, getah yang menjadi sumber kemakmuran rakyat tiba-tiba tidak berharga lantaran Perang Korea yang berlaku pada awal tahun 50-an.

Apak tidak menjadi aktivis politik dan tidak berminat dalam dunia persuratkhabaran tetapi saya menjadi wartawan dan aktivis politik sepenuh masa.

Saya terdedah dengan alam politik sejak zaman kanak-kanak dan boleh memahami politik sejak remaja, tetapi tidak pernah bercadang untuk menjadi orang politik. Pada saya ketika itu, adalah lebih senang hidup sebagai orang yang memahami politik tetapi tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik supaya kita disenangi oleh semua dan dapat diterima oleh semua. Akan tetapi kekalahan teruk PAS di Kelantan pada hujung tahun 70-an sesudah berkuasa sejak tahun 1959 menyebabkan saya terasa seolah-olah demokrasi seperti akan berakhir di Malaysia.

Semoga Memoir ANAK APAK ini dapat memenuhi maksud sebuah penulisan buku berbentuk memoir dan dapat memberikan perkhidmatan dalam bidang penulisan memoir dalam persuratan Melayu untuk tatapan masyarakat. Tiada apa-apa yang dapat saya tinggalkan kepada masyarakat melainkan Memoir ini.

Riba; Anda Berperang Dengan Allah

Riba; Anda Berperang Dengan Allah
Penulis: Hisham Ahmad
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Hal amalan dosa riba sama seperti amalan dosa-dosa yang lain. Untuk tidak melakukannya, memerlukan ilmu dan iman. Sudah tentu seorang yang takutkan azab Allah akan mengambil endah isu riba ini sedangkan seorang yang biasa dengan maksiat, tidak akan ’ambil pusing’. Apakah seorang penzina itu mengambil peduli untuk tidak mengamalkan riba?

Oleh itu pendekatan pemyelesaian yang disarankan dalam buku ini ialah dengan mengembalikan diri kita kepada perkara asas dan utama iaitu penghayatan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan menyedarkan diri kita bahawa kita sememang dan sebenarnya telah berada atas jalan yang benar dan betul untuk mendapatkan kemuncak kebahagian yang hakiki di Syurga Allah.

Cuma kita perlu kekal dan kukuh dalam penghayatan kedua panduan tersebut dan banyak bersabar. Perjalanan hidup masih jauh dengan ujian-ujian yang menanti disepanjang perjalanan khususnya dari anasir godaan dan kedengkian musuh No. 1, Syaitan yang terkutuk.

Berbanding ilmu atas dosa-dosa lain yang telah menjadi pengetahuan umum, ilmu berkaitan riba lebih khusus, bersifat semasa dan payah. Namun kerana kepentingannya, ilmu ini mesti dituntut dan difahami.

Buku ini menghajatkan matlamat agar pembaca-pembaca muslim dapat:-

- Mempunyai kefahaman mencukupi mengenai Riba;
- Bermotivasi kuat untuk membuat tindakan sepatutnya atas Riba;
- Meninggalkan atau menjauhi Dosa Riba itu dan berdakwah (amal makruf & nahi mungkar) menentangnya.

Sunday, November 20, 2011

Islam the Misunderstood Religion

Islam the Misunderstood Religion
Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM21.00

It is surprising that Islam is gaining momentum in the West amidst negative media coverage. The surge of new converts on hostile ground proves that Islam is a true religion that needs reckoning by the West. On 7th October 2002, it was reported in St. Petersburg Times that “Every year, about 20 000 people in the United States convert to Islam, according to a study conducted by the Council on American-Islamic Relations.”

On 22nd February 2004, Nicholas Hellen and Christopher Morgan reported in The Sunday Times that “More than 14 000 white Britons have converted to Islam after becoming disillusioned with western values, according to the first authoritative study of the phenomenon. Some of Britain’s top landowners, celebrities and the offspring of senior Establishment figures have embraced the strict tenets of the Muslim faith.”

The intention of writing this book is not to create enmity or dissension, but to convey the truth about Islam. We pray to Allah that it will benefit everybody, Muslims and non-Muslims alike.

Dr. Danial bin Zainal Abidin graduated from Alexandria University, Egypt and is a licensed medical practitioner. He is also the managing director of Danial Zainal Consultancy in Malaysia, a panelist for several TV programs in Malaysia, a columnist and author of 12 books.

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu
Penulis: Salim A. Fillah
Terbitan: PTS
Harga: RM18.50

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu hadir istimewa untuk wanita yang mendambakan kedamaian atmosfera syurga. Betapa wanita solehah tidak pernah alpa dalam setiap sedutan nafas mereka, demi memburu nikmatnya. Kudusnya mereka sehingga membuatkan para bidadari mencemburui, dek menyaksikan mekarnya cinta para suami.

Bagaimana pula mereka yang bergelar lelaki? Seperlunya mereka juga tahu, bagaimana mahu memperlakukan wanita dengan seadilnya. Sudah tentu berdasarkan landasan yang diredai oleh Allah. Lelaki itu perlu menjaga tanpa mengekang, menghormati kebebasan namun tetap melindungi, menenangkan jiwa dan merawat lara.

Antara kupasan menarik dalam buku ini adalah:

- Isu kepimpinan, waris, dan agama
- Fesyen itu trend ataupun tuntutan agama?
- Kategori cinta manusia
- Konsep berhijab
- Pernikahan, apakah tujuannya?
- Kehebatan seorang ayah
- Kisah insprirasi rumahtangga yang mendidik jiwa
- Keagungan seorang ibu

Jadikan Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ini sebagai panduan, bagi memahami teman seperjalanan. Syurga…, destinasi abadi.

Saturday, November 19, 2011

Goji Goat

Goji Goat
15 paket x 21 gram
Keluaran: Musafir Hijrah
Harga: RM35.00

Gabungan Susu Kambing & Goji

Goji telah digunakan di China sebagai rawatan untuk penyakit kencing manis bertahun lamanya dimana kandungan polisakarida dalam goji dapat membantu untuk menyeimbangkan gula dalam darah dan tindak balas insulin. Goji juga mengandungi beaine, dimana boleh mencegah penyakit bengkak hati dan kerosakan saluran darah yang biasa terjadi terhadap pesakit kencing manis. Malah Saintis Cina moden telah mengenalpasti bahawa Goji dapat membantu dalam penyesuaian penglihatan di tempat gelap ( cerah ke gelap ). Juga membantu penglihatan yang lebih baik di tempat yang bercahaya suram ini kerana Goji amat kaya dengan Zeaxanthin dan Lutein yang melindungi mata dan membaiki penglihatan. Bukan itu sahaja penduduk cina percaya Goji banyak memberikan mereka khasiat dan tenaga dalam membantu kehidupan harian mereka yang aktif.

Mustajab Losyen Tangan Dan Badan

Mustajab Losyen Tangan Dan Badan
Mengandungi 130 ml
Harga: RM22.00

Mustajab Losyen Tangan Dan Badan

“Diperkayakan Dengan Kolagen”

Mustajab Losyen Tangan Dan Badan ekstrak Teh Hijau yang diperkayakan dengan kolagen ini mampu memberi perlindungan, kelembutan dan menyihatkan kulit anda. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih anjal dan cerah. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara guna disapukan secara lembut pada permukaan kulit yang bersih. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih anjal dan cerah

Mengandungi 130 ml dalam setiap botol. Diluluskan oleh KKM NOT090101412K

Mustajab Day & Night Cream

Mustajab Day & Night Cream
Mengandungi 60 ml
Harga: RM35.00

“Diperkayakan Dengan Kolagen”

Mustajab Day & Night Cream Pati The Hijau yang diperkayakan dengan kolagen dan vitamin E difomulasi untuk membantu melindungi kulit dari sinar UV serta mengstrukturkan kulit disamping melicin dan mencerahkan wajah secara semulajadi. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara guna disapukan secara lembut pada permukaan kulit yang bersih. Amalkan setiap pagi dan malam.

Mengandungi 60 ml dalam setiap botol. Diluluskan oleh KKM NOT090500467K.

Friday, November 18, 2011

Talbis Iblis (Perangkap Setan)

Talbis Iblis (Perangkap Setan)
Penulis: Ibnul Jauzi
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM36.00

Kitab yang berjudul asli "Talbis Iblis" ini, merupakan salah satu kitab warisan peninggalan semenjak abad ke-5 Hijriyah, yang boleh diibaratkan pundi-pundi yang berisi permata bernilai tinggi, hasil goresan tangan ulama ternama, Ibnul Jauzi Al-Baghdadi.

Kalau boleh diibaratkan ubat, maka kitab ini termasuk ubat yang pahit rasanya, tapi sangat hebat khasiatnya. Tidak ada satu pun kelompok umat yang lolos dari sasaran penulis. Yang sakit diubati agar sembuh dan yang sihat dihimbau agar menjaga kesihatannya, sehingga semua umat Islam tidak terasuki berbagai macam virus yang disisipkan iblis alias setan, sebab dalam menggoda manusia, iblis tidak pandang bulu, apakah dia ulama atau orang awam, kiai atau santri, qari' atau mustami', ahli ibadah atau orang yang mengamalkan Islam ala kadarnya. Inilah yang hendak ditekankan penulis, agar setiap Muslim berawas diri dari perangkap setan, dengan berbagai macam kiatnya.

Fikih Sunnah

Fikih Sunnah (5 Jilid)
Penulis: Sayyid Sabiq
Tahqiq & Takhrij: Muhammad Nashiruddin Al-Albani
Terbitan: Cakrawala Publishing
Harga: RM450.00

Kajian yang terdapat dalam buku Fikih Sunnah ini mencakupi berbagai aspek kehidupan yang harus diketahui oleh setiap Muslim. Di samping itu, juga dipaparkan dengan gaya bahasa yang mudah dicerna dan lengkap. Lebih dari itu, penulis berusaha untuk tidak mengangkat perbezaan pendapat yang terjadi di antara para ulama. Namun, jika tidak dapat dimungkinkan kerana permasalahan yang mengharuskannya, penulis mengemukakannya dengan sekilas.

Kiranya, buku ini sangat penting untuk dimiliki kerana di dalamnya mengupas banyak hal yang berkaitan erat dengan masalah-masalah yang kerap kali, bahkan hampir setiap hari kita lakukan; baik yang berhubungan langsung dengan Allah - seperti shalat, puasa, zakat, haji - maupun yang berhubungan dengan sesama –seperti maslah kerja sama (syirkah, mudharabah), pernikahan, perniagaan, pertanian dan sebagainya.

Pentingnya buku ini untuk dimiliki juga karena sekian banyak hadits yang terdapat di dalamnya yang mencapai 3000 hadits sudah ditakhrij dan ditahkik oleh Syekh Muhamad Nasiruddin al-Albani, sosok ulama yang tidak asing lagi bagi kaum Muslimin; seorang muhaddits kenamaan yang kredebilitasnya di bidang hadits tidak diragukan lagi. Selain beliau, ulama hadits al-Azhar juga turut serta menakhrij dan menahkik hadits yang terdapat dalam buku ini. Sehingga, buku Fikih Sunnah yang diterbitkan Cakrawala ini semakin lengkap dan merupakan edisi termutakhir.

Thursday, November 17, 2011

Sifat Solat Nabi Yang Sahih

Sifat Solat Nabi Yang Sahih
Penulis: Allamah Dr. Hassan Ali Al-Saqqaf Al-Quraisyi Al-Hasyimi
Harga: RM35.00

Wednesday, November 16, 2011

Khilaf - Perselisihan Pandangan Dalam Agama

Khilaf - Perselisihan Pandangan Dalam Agama
Penulis: Abdul Muizz
Terbitan: Must Read
Harga: RM25.00

Secara fitrah, manusia sememangnya dikurniakan kekuatan dan cara pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Atas fenomena tersebut, terbitbanyak perbezaan pandangan di kalangan mereka seterusnya membentuk pelbagai aliran.

Oleh kerana perbezaan pandangan tanpa batasan semakin membarah, membuatkan mereka semakin jauh menyimpang dari syariat Islam yang diiktiraf oleh Allah SWT sebagai satu-satunya cara hidup. Kemudian diutus para nabi dan rasul untuk membimbing manusia menuju keredaan Allah SWT. Kehadiran para nabi dan rasul Allah SWT bertujuan sebagai guru dan pembimbing kepada manusia. Menceritakan khabar gembira buat mereka yang taat mengikuti Islam secara sempurna dan memberi peringatan azab pembalasan di akhirat kelak kepada mereka yang ingkar. Dengan itu disertakan bersama utusan-utusan Allah SWT, kitab yang menjadi rujukan buat manusia.

Justeru, peranan kita adalah berusaha mengejar kelayakan semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dalam pencarian terhadap kebenaran yang hakiki. Dengan kesungguhan itu, moga dibimbing ke jalan yang lurus. Ia mencakupi aspek aqidah, ibadat, cara hidup dan syiar syariat Islam yang ulung. Kesimpulan secara umum yang boleh diambil, sesungguhnya perbezaan pandangan ataupun khilaf antara manusia dikenal pasti terbahagi kepada tiga bahagian.

Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya

Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM35.00

Buku ini banyak mendedahkan pelbagai amalan sunnah selepas mengerjakan solat fardu. Amalan-amalan selepas mengerjakan solat fardu ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang tidak ada tolok bandingannya. Penulis telah menghuraikan tentang amalan-amalan sunat selepas solat dengan membawakan beberapa dalil daripada hadis Nabi SAW dan pendapat para ulama muktabar.

Tuesday, November 15, 2011

Belajar Hidup Dari Hidup Rasulullah

Belajar Hidup Dari Hidup Rasulullah
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Maghfirah Pustaka
Harga: RM44.00

Saudaraku...
Bukankah Allah telah memuliakan kita, dengan diutusnya seorang Rasul?!
Bukankah Rasulullah yang telah menyelamatkan anda dari buruknya perilaku?!
Bukankah Rasulullah yang mengajari bagaimana anda menjadi manusia unggul?!

Saudaraku...
Begitulah kiranya Allah menjelaskan kepada manusia, hakikat Muhammad bin Abdullah menjadi Rasulullah

Maka, pertimbangkan apabila yang membuat anda ragu untuk menjadi sosok peribadi unggul nan mulia?! Semuanya ada di sini...
Rasulullah telah menjadikan diri, sikap dan akhlaknya untuk diikuti dan diteladani.

Multiple Intelligences For Islamic Teaching

Multiple Intelligences For Islamic Teaching
Penulis: Ariany Syurfah
Terbitan: Arkan Leema
Harga: RM30.00

Kecerdasan majmuk (Multiple Intellegences) telah menjadi keperluan yang tidak terpisahkan dari perkembangan zaman yang sedang terjadi. Buku ini dirancang sedemikian rupa agar cabaran mengoptimalkan kecerdasan majmuk anak terjawab. Sumbernya tentu terbatas pada ajaran-ajaran Islam formal, kerana buku ini ditulis agar anak mampu memahami dan mengimplementasikan pesan-pesan Islam secara menyenangkan dan menggembirakan mereka.

Selamat Jalan Pejuang

Selamat Jalan Pejuang
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Gema Insani
Harga: RM33.00

Dalam buku ini, penulis menceritakan kisah hidup beberapa ulama yang meninggalkan jejak bagi perjuangan islam. Mereka adalah ulama-ulama kontemporer yang tetap hidup, walau jasadnya telah mati. Tetap berbicara, walau mulutnya tidak bergerak. Tetap dikenang, walau sudah menghilang.

Monday, November 14, 2011

Ubat, Doa dan Penyembuhan serta Khasiat Surah-surah al-Quran

Ubat, Doa dan Penyembuhan serta Khasiat Surah-surah al-Quran
Penulis: Ustaz Sharhan Safie
Harga: RM25.00
Percuma CD Audio Doa-doa

KANDUNGAN

1. Hakikat doa
2. Adab-adab berdoa dan syarat-syarat makbulnya doa
3. Waktu mustajabnya doa
4. Doa harian dan pengertian doa
5. Doa-doa dalam al-Quran
6. Doa-doa rawatan
7. Kelebihan surah-surah dalam al-Quran
8. Wirid an-Nur

Sunday, November 13, 2011

Mudahnya Berkahwin dalam Islam

Mudahnya Berkahwin dalam Islam
Penulis: Muzayyanah Abdullah
Terbitan: PTS
Harga: RM5.00

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan itu pasti lahirnya daripada sebaran cinta, rindu dan kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak. Lengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga demi mencapai impian anda.

Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui:

- Hukum Berkahwin
- Pemilihan Calon Isteri dan Suami
- Mahar dan Walimatul Urus
- Tanggungjawab Suami dan Isteri
- Cerai dan Rujuk
- Poligami
- Dan Pelbagai Isu Perkahwinan yang Lain

Saad Abu Waqas

Saad Abu Waqas
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Kisah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Beliau adalah panglima yang gagah berani, yang didoakan oleh Nabi Muhammad SAW makbul doanya dan tepat panahannya. Beliau adalah Saad Abu Waqas.

Saturday, November 12, 2011

Jalan Mengenali Kesempurnaan Rasulullah SAW

Jalan Mengenali Kesempurnaan Rasulullah SAW
Penulis: Syeikh Yusof Ibn Ismail Al Nabhani
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM18.00

Penawar Bagi Hati

Penawar Bagi Hati
Penyusun: Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM28.00

Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.

Cebisan Hati Manusia

Cebisan Hati Manusia
Penyusun: Ibnu Ir Fadzil
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM18.00

Setiap manusia mempunyai hati yang memandu mereka menuju ke arah dua lorong, sama ada baik, mahupun buruk. Apabila kita berfikir tentang diri kita sendiri, kita akan dapati bahawa di satu ketika, kita berkeinginan untuk melakukan kebaikan, dan satu ketika yang lain, adalah sebaliknya.

Sudah pasti, itulah peranan hati yang menjadi pemandu untuk diri seseorang tersebut. Oleh itu, bagaimanakah ingin menjadikan hati anda umpama seorang pemandu yang berhemat? Penulisan ringkas ini menceritakan segala-galanya.

Ringkasan Riyadhus Solihin

Ringkasan Riyadhus Solihin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM50.00

Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Solihin ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi'i iaitu al-Iman al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariah Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi.Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia.

Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani.

Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh imam al-Buhari dan imam Muslim sahaja.Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masaalah akidah,syariat dan akhlak.

Friday, November 11, 2011

Manajemen Halaqah Efektif

Manajemen Halaqah Efektif: Agar Halaqah Menjadi Bergairah dan Produktif
Penulis: Muhammad Sajirun
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM22.00

"Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi dari tarbiyah dimulai segalanya." Itulah ungkapan Asy-Syahid Hasan Al-Banna yang mengabadi. Dengan begitu, halaqah sebagai perangkat tarbiyah memiliki peran sentral dalam dakwah dan tarbiyah. Rumusnya adalah, apabila halaqah berjalan ideal maka kualitas dakwah dan tarbiyah akan dijamin andal.

Buku ini membahas bagaimana mengelola halaqah supaya efektif. Ditulis penuh inspirasi, karena membawa sudut pandang baru yang terkadang kita lupakan. Selama ini buku yang beredar adalah bagaimana seharusnya mengelola halaqah menurut murabbi. Tapi tidak dalam buku ini. Ia berusaha menjelaskan apa yang sebanrnya diharapkan oleh para mutarabbi agar halaqah menjadi efektif. Hasil survei penulis ke beberapa sekolah menengah atas, juga kepada kader pemula dan pendukung menjadikan buku ini lebih valid.

Hanya Untukmu Anakku - Panduan Lengkap Pendidikan Anak Sejak Dalam Kandungan Hingga Dewasa

Hanya Untukmu Anakku - Panduan Lengkap Pendidikan Anak Sejak Dalam Kandungan Hingga Dewasa
Penulis: Ibnu Qayyim
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Harga: RM80.00

Thursday, November 10, 2011

Syukur, Istighfar & Muhasabah

Syukur, Istighfar & Muhasabah
Penulis: Muhammad Azhar
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM16.00

Tahu diri. Itulah rahsia supaya seseorang milki ketenangan di bumi dan kehidupan setelah bumi, akhirat. Allah merumus, jika kamu syukur pada apa yang ada, maka akan ditambah. Jika manusia beristigfar, Allah tidak segan akan membentangkan nikmatnya berupa harta, keturunan dan hujan yang menjanjikan kesuburan. Dan Allah nyatakan bahawa setiap hamba wajib melakukan muhasabah diri demi kejayaan esok.

Kita dituntut untuk bijak demi memperolehi kejayaan dan keberuntungan. Adakah kita selama ini kurang berhasil?. Adakah kita khuatir keberhasilan akan hilang?. Bila kita sudah tahu jalan kejayaan dengan syukur, istigfar dan muhasabah, maka kita perlu risau dan cemas dengan ‘hantu kecemasan dan hantu kegagalan’.

Syukur, istigfar dan muhasabah adalah 3 pintu kebijaksaan yang membuka lorong-lorongnya dengan menggiurkan. Kala kita tidak mahu menuju 3 pintu itu, entahlah bencana apa yang akan terus menghantui. Maka, wajib kita mengusirnya sekarang juga hantu kegagalan itu.

Andai Rasulullah Bersama Kita

Andai Rasulullah Bersama Kita: Beginilah Nabi Mengajar Cara Menggauli & Melayani Isteri
Penulis: Wan Ji Wan Hussin & Saifulamri M. Hussain
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah uswatun hasanah, teladan paling baik bagi kaum lelaki dalam mempergauli isteri-isterinya dengan cara yang makruf, membahagikan giliran, nafkah dan kasih sayang serta tuntutan kemarahan dan kecemburuan isteri-isterinya. Bahasa cinta Rasulullah SAW kepada isterinya dalam bentuk sentuhan telah baginda amalkannya dalam kehidupan seharian. Dan segalanya itu boleh kita kutip sebagai pedoman untuk kita amalkan dalam melayari bahtera rumahtangga.

Pada suatu ketika, pernah Rasulullah SAW melintas sekumpulan kaum wanita, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah SAW memberi salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab; “Kami sengaja mahu Rasulullah mendoakan untuk kami.”

Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar dengan sikap para wanita itu, tetapi Rasulullah SAW masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Begitu Rasulullah mendidik kaum wanita.

Rasulullah yang bijak menggunakan segala ruang dan peluang untuk membuat perasaan para wanita dan isteri-isterinya gembira dan terhibur.

Wednesday, November 9, 2011

Panduan Usrah

Panduan Usrah
Penulis: Ustaz Idris Ahmad
Terbitan: Sarjana Media
Harga: RM4.00

KANDUNGAN

MUQADDIMAH
BAB 1: RUKUN USRAH
BAB 2: SIFAT / CIRI NAQIB YANG DINAMIK
BAB 3: PERBINCANGAN DALAM USRAH
BAB 4: PANDUAN PERLAKSANAAN USRAH
BAB 5: ADAB-ADAB USRAH
BAB 6: AKTIVITI LUAR USRAH
BAB 7: KESAN PELAKSANAAN USRAH
BAB 8: CIRI-CIRI HARAKAH ISLAMIAH
BAB 9: MATLAMAT JAMAAH ISLAM

Tuesday, November 8, 2011

Menjadi secantik Aishah isteri Rasulullah

Menjadi secantik Aishah isteri Rasulullah
Penulis: Nur Sarah
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM10.00

Ingin menjadi cantik? Mari menjadi secantik Aishah.

Monday, November 7, 2011

Kisah Teladan Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthum & Khaulah Bt Tha’la

Kisah Teladan Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthum & Khaulah Bt Tha’la
Penulis: Ahmad Jadd
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00

Buku kisah wanita dalam Al-Quran ini adalah buku yang mengisahkan tentang riwayat hidup tiga peribadi besar iaitu Zainab Bt Jahsy, Ummu Khulthun dan Khaulah Bt Tha’labah di dalam Al-Quran.