Monday, January 31, 2011

Aku, Buku Dan Cinta

Aku, Buku Dan Cinta
Penulis: Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM17.00

Sunday, January 30, 2011

Gerakan Freemason Sedunia

Gerakan Freemason Sedunia
Penulis: Harun Yahya
Harga: RM25.00

Buku ini memuatkan pendedahan tentang pergerakan Freemason, dan falsafah di sebalik persatuan rahsianya yang penuh berahsia daripada pandangan seorang sarjana Islam.


Pada mulanya, buku ini semacam sebuah lagi buku dakwah, dengan retoriknya yang panjang-panjang membidas Freemason, Yahudi, Kurafat dan Munafiq. Tetapi semua ini berubah pada dua bab akhir buku ini, memaparkan dengan terang-terang (walaupun para skeptik akan masih mempersoalkannya) apakah roh sebenar persatuan ini, apa yang mereka mahu ubah, dan bagaimana mereka mahu melakukannya.

Beberapa perkara dalam buku ini menarik, malah memaparkan bagaimana dengan senyap, pihak Freemason ini berjaya menumpaskan satu per satu negara supaya ‘tunduk’ di bawah falsafahnya. Paling menarik adalah bagaimana Harun Yahya mengaitkan teori Humanisme dengan ajaran aqidah ahli sihir Mesir dan Kabbalah, dan bagaimana ajaran ini disalurkan secara ‘senyap’ dalam pengajaran Darwinisme. Seakan-akan memang, kesemua ‘ajaran sains moden’ ini satu konspirasi yang terancang dan sangat cerdik.

Sebuah buku yang menarik, walaupun tetap didaktik pengolahannya.

Saturday, January 29, 2011

Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik

Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik
Penulis: Sterling Seagrave
Terbitan: PTS
Harga: RM36.00

Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara.

Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik ini mengupas segala jaringan kompleks operasi yang sudah menguasai Timur Jauh dan kini membuat serangan mengejut ke kawasan Barat. Pelbagai kajian dan penyelidikan sudah dilakukan mengenai Empayar China sejak beribu tahun lalu.

Antara kisah yang dikongsi bersama adalah pelbagai cerita pembunuhan dan pengkhianatan, keberanian dan rasuah yang dilakukan maharaja dan jeneral, pengintip dan lanun, dan ramalan perubahan dunia sepanjang dekad akan datang.

Fakta menggemparkan mengenai Cina!
- Komuniti besar yang merangkumi 55 juta ekspatriat (pengembara)
- Jumlah aset terkumpul mencecah 2 trilion dolar
- Rangkaian pengaruh yang bersepadu dan penuh impak
- Platform ekonomi yang nyata kukuh di Lautan Pasifik
- Bercita-cita mempengaruhi ekonomi Barat
- Organisasi yang mempunyai keupayaan kuasa yang hebat Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara

Friday, January 28, 2011

Novel Ijtihad Cinta Karya Sayyid Qutb

Ijtihad Cinta
Penulis: Sayyid Qutb
Terbitan: Pustaka Nuun
Harga: RM20.00

"Jangan cintai apa yang tidak engkau miliki, tapi cintailah apa yang engkau miliki"

Kalimat yang terpampang jelas di cover belakang buku ini seolah pengantar manis untuk sedikit memperkenalkan konflik yang tersaji dalam buku ini. Sebuah buku karya Sayyid Qutb, seorang ulama sekaligus sastrawan handal yang namanya tetap dikenang dan karyanya tetap dibaca sampai sekarang.

Judul asli novel ini adalah Asywak (Duri Dalam Jiwa) dan ditulis pada tahun 1947 sebelum Sayyid Qutb bergabung dalam gerakan Ikhwanul Muslimin. Dalam novel ini, Sayyid Qutb sukses menunjukkan kepiawaiannya dalam mengolah kata dan menyajikan konflik yang pekat dengan empati, melibatkan ilmu jiwa dan penghayatan mendalam. Hasilnya adalah novel yang mendebarkan, membuat pembacanya sulit untuk berhenti walau sejenak membacanya.

Dalam novel ini kita diajak untuk merasai liku-liku perasaan manusia dalam mengolah suatu rasa yang disebut cinta, cinta antara manusia. Kita diajak menyelami dalamnya cinta dan kebodohan sekaligus tarikan magnetisnya. Kita diajar untuk menjadi pecinta sejati yang tidak takut untuk berproses mengubah rasa tidak suka menjadi rasa suka, benci menjadi cinta.

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Q.S. Al Baqarah: 216)

Begitu dalam dan lembutnya Sayyid Qutb dalam bermain kata, pembaca mungkin memerlukan pikiran jernih untuk menangkap pangkal konflik. Mengutip dari pengantar dalam buku ini, di dalam novel ini, Sayyid Qutb secara halus dan lembut mengisyaratkan betapa pentingnya erti keperawanan seorang gadis, karena begitu hal ini diragukan maka persoalan pelik pun akan muncul. Ada perasaan terhina dan luka hati bagai tertusuk duri dan dapat menjadi beban sepanjang hidup.

Membaca buku ini menjadi suatu kenikmatan tersendiri. Begitu banyak hikmah implisit dalam tiap liku-liku perasaan para tokoh yang dihadirkan: cinta, kejujuran, ketulusan, pengorbanan, kepasrahan, keberanian dan sebagainya. Buku ini boleh jadi merupakan kisah cinta yang dialami sendiri oleh Sayyid Qutb. Cinta yang kandas namun tak hilang sampai hukuman mati mengakhiri kehidupannya.

Thursday, January 27, 2011

6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah

6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah
Penulis: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM30.00

Isi kandungan buku ini membincangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami di dalam rangka memahami perkara-perkara khilafiyyah. Buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian pertama membincangkan tajuk:

* Bid’ah
* At-Tark
* Mafhum dan bentuk ibadah
* Hadits dhaif
* Ikhtilaf
* Mempercayai ulama' dan pendapat mereka

Bahagian kedua merupakan petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan:

* Melafazkan niat
* Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
* Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
* Doa qunut di dalam sholat Shubuh
* Kenduri/majlis tahlil
* Talfiq
* Tidak bermazhab dan lain-lain

Wednesday, January 26, 2011

Sistem Kehakiman Islam

Sistem Kehakiman Islam
Penulis: Prof. Dr. Abd Al Karim Zaidan
Penterjemah: Prof. Madya Haji Mohd Saleh bin Haji Ahmad
Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid
Harga: RM40.00

Tuesday, January 25, 2011

Tasawuf Kontemporari

Tasawuf Kontemporari
Penulis: Mohammad Nidzam Abd Kadir
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku ini memberi kefahaman terhadap tasawuf dan bagaimana untuk mengimplementasikannya dalam kehidupan kontemporari pada hari ini. Juga diterangkan berbezaan dan persamaan antara tasawuf dengan tarekat. Tasawuf tidak boleh dipisahkan dengan ilmu syariat dan tauhid. Buku ini juga menerangkan penghayatan sifat mahmudah dan penghindaran sifat mazmumah yang sangat penting termasuk bagaimana mengelak maksiat anggota lahir. Juga disentuh akhlak dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Akhirnya diterangkan beberapa istilah yang tinggi dalam tasawuf seperti uzlah, khalwat, tahajud, keramat, kasyaf, ilham, martabat tujuh, wali, istidraj, mimpi dan Nur Muhammad. Bagaimanapun buku ini tidak menyelami pendekatan tasawuf dan tarekat yang kompleks.

Monday, January 24, 2011

Menziarahi Kekasih Allah Di Hadhramaut, Yaman

Menziarahi Kekasih Allah Di Hadhramaut, Yaman
Penulis: Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al Linggi
Terbitan: Mawleed Publishing
Harga: RM25.00

Buku ini sebagai panduan ilmu bagi sesiapa yang ingin menziarahi Kekasih Allah.

Ibnu Hibban meriwayatkan dalam Sohihnya, bahawa Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Rasulullah SAW berada di Madinah, tiba-tiba Baginda SAW bersabda, “Allahu Akhbar! Telah tiba pertolongan Allah, telah tiba kemenangan, dan telah tiba penduduk Yaman. Hati mereka bersih dan watak mereka lembut. Iman ada di Yaman, fiqh ada di Yaman, dan hikmah ada di Yaman”.

Ulama’-ulama’ dan para kekasih Allah yang terdapat di Hadhramaut, Yaman amat masyhur, terkenal dan ribuan ramainya. Kebanyakannya, jalur nasab mereka berasal dari keturunan Rasulullah SAW yang suci bersih. Seruan dakwah mereka yang tidak pernah putus ini bertebaran sehingga sampai ke segenap penjuru negeri dan di seluruh pelusuk dunia.

Antara ulama’-ulama’ yang sering diziarahi di Hadhramaut ini adalah Imam Ahmad al Muhajir ibn Isa, Imam al Faqih al Muqaddam Muhammad Ali , Habib Abdullah ibn ‘Alawi al Haddad Syeikh Sayyid Abdur Rahman al Saqqaf, Habib Ali al Habsyi dan serta keturunan mereka.

Sunday, January 23, 2011

Perjuangan Muslim Patani - Sejarah Panjang Penindasan dan Cita-Cita Perdamaian Di Patani Darussalam

Perjuangan Muslim Patani - Sejarah Panjang Penindasan dan Cita-Cita Perdamaian Di Patani Darussalam
Penulis: Herry Nurdi
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM16.00

Membincangkan penindasan yang dialami oleh kaum Muslimin, kita selalu teringat negeri-negeri yang jauh. Seperti bangsa Palestin atau Afghan, boleh jadi Iraq, Chechnya, Pakistan, Darfur atau Sudan. Tetapi rupanya saudara kita sendiri yang tidak terlalu jauh, bahkan hampir di depan mata kita, "seolah-olah" kita lupakan.

Muslim Patani, lebih dari 200 tahun mengalami penindasan, penderitaan dan kezaliman. Tanah mereka dirampas oleh penjajajah Siam, dan kini mereka hidup penuh konflik di wilayah selatan Thailand. Tidak boleh menggunakan nama Islam, bahasa Melayu juga dihalang. Mereka pisahkan dari akar budayanya dan dijauhkan dari agamanya. Kejamnya pembunuhan, diugut dengan penculikan, disempitkan semua hak kemanusiaannya. Tetapi tidak banyak yang berbuat dan membantu mereka.

Buku ini mengupas perjuangan Muslim Patani memperjuangkan perdamaian dan kehidupan yang berdaulat di atas nasibnya sendiri. Walau kecil, buku ini mencuba menggambarkan betapa pedihnya penderitaan yang dialami kaum Muslimin di Patani.

Saturday, January 22, 2011

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW
Penulis: Sahrulazmi Sidek
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM17.70

Sebelum mengenali hati budi seseorang, kita cenderung bertanyakan perihal keluarganya. Mengenali latar belakang keluarga, sudah cukup membuatkan jiwa lebih dekat dengan orang yang ingin kita kenali. Begitu juga apabila kita mahu mengenali nabi kita, Muhammad bin Abdullah.

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW dijangka menjawab persoalan-persoalan berikut:

* Berapa ramai sepupu yang nabi ada?
* Ummu Ayman itu ibu susuan ataupun pengasuh nabi?
* Adakah Saidina Hamzah itu sepupu, ataupun bapa saudara nabi?
* Mana satukah bapa saudara nabi? Abu Jahal, ataupun Abu Lahab?
* Siapakah antara kerabat nabi yang memeluk Islam?
* Siapa pula ahli keluarga yang menentang ajaran nabi?

Dekati keluarga nabi dengan, sebuah rumah, sebuah buku Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW.

Friday, January 21, 2011

CODEX: Konspirasi Jahat di Atas Meja Makan Kita

CODEX: Konspirasi Jahat di Atas Meja Makan Kita
Penulis: Rizki Ridyasmara
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM34.00

Tahukah Anda sebenarnya vaksin, ubat-ubatan, banyak makanan dan minuman, ternyata disusupi RACUN yang sengaja dibuat untuk membunuh kita?

Tahukah Anda, untuk menipu pengguna, MSG punya 20 nama yang berbeza?

Tahukah Anda sebenarnya pemanis buatan Aspartame adalah racun bagi tubuh?

Tahukah Anda sebenarnya persetujuan FDA atas Aspartame disebabkan konspirasi Gedung Putih?

Tahukah Anda sebenarnya pencetus Program KB, Dr. Margareth Sanger, seorang rasialis pendukung pembunuhan terhadap orang negro, orang cacat, dan lemah?

Tahukah Anda sebenarnya HIV sengaja diciptakan untuk memusnahkan etnik asli Afrika?

Tahukah Anda sebenarnya berbagai jenis vaksin yang disuntikkan ke tubuh manusia dibuat dari bahan-bahan berbahaya dan menjijikan?

Tahukah Anda sebenarnya ratusan saintis dunia tewas selama dua dekad terakhir ini?

Jika Anda masih tidak percaya dan memerlukan banyak analisa yang menyangkal semua ini, maka Anda telah ditipu habis-habisan oleh Disinformation Unit CIA yang memang bekerja untuk menipu dunia. Novel ini akan mengubah pandangan hidup Anda agar lebih sihat dan waspada.

Thursday, January 20, 2011

Kursus Kesempurnaan Ibadat Haji & Umrah

Kursus Kesempurnaan Ibadat Haji & Umrah
Penulis: Dato’ Hj. Md. Daud b. Che Ngah
Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid
Harga: RM25.00

Sesungguhnya tidak ramai umat Islam boleh memahami ibadat haji dan umrah juga ziarah Madinah yang hendak dilakukan kecuali dengan memahami secara mendalam. Ini adalah kerana ia bukannya amalan harian atau bulanan atau tahunan seperti ibadat yang lain. Ia adalah ibadat sekali seumur. Jarang orang mempelajarinya kecuali ketika hendak ke Baitullah. Oleh itu buku ini digariskan pengetahuan ibadat haji dan umrah ini dengan begitu mudah dan lengkap untuk panduan bersama. Dihuraikan pula perjalanan satu persatu langkah dengan persembahan doanya sekali beserta terjemahan. Semua catatan dan perjalanan haji ini dirujuk kepada pakar yang berketrampilan yang telah menceburkan diri dalam ibadat haji beberapa lama.

Wednesday, January 19, 2011

Lagi Koleksi Buku Amru Khalid

1) Dahsyatnya Ibadah Tafakur - Amru Khalid, RM13.00
2) Muslim Bukan Individuals - Amru Khalid, RM17.00
3) Mari Bersabar - Amru Khalid, RM16.00
4) Ghayyir Nafsaka (Ubahlah Dirimu) - Amru Khalid, RM30.00
5) Pesona Al-Quran - Amru Khalid, RM72.00
6) Dahsyatnya Hidayah - Amru Khalid, RM24.00
7) Quantum Change (Kuantum Perubahan) - Amru Khalid, RM30.00
8) Dengan Nama-Mu Aku Hidup - Amru Khalid, RM58.00

Tuesday, January 18, 2011

Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik

Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik
Penulis: Muhammad Nurani Maarif
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM37.90

Selepas buku Membongkar Misteri Dajjal, penulis bestseller iaitu Tuan Muhammad Nurani Maarif berjaya mengeluarkan buku kedua beliau iaitu “Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik” yang mempunyai kelainannya yang tersendiri.

KEANEHAN DALAM BUKU BELIAU

Berita Arab Saudi mengarahkan Amerika menyerang Iran terdapat dalam buku ini. Ketika beliau menulis setahun yang lalu semuanya kelihatan berbalam-balam tapi kini ketegangan itu makin memuncak. Berbetulan dengan keluarnya buku ini senario yang dulu tertulis sebagai hipothesis kelihatan semacam nyata. Sebetulnya kalam asalnya bukan dari beliau, tapi ada matan nubuwah mengenai insiden itu cuma hurainya dari beliau bagaimana krisis Arab-Iran ini terjadi.

KELAINAN DALAM BUKU BELIAU

Setakat ini belum ada yang membongkar siapa pencetus sebenar di balik angka 2012 & kenapa. Dalam buku ini memberi gambaran apa, siapa & kenapa 2012.

KEINDAHAN DALAM BUKU BELIAU

Gambar dan grafik warna yang mengujakan. Jika anda takjub dengan cerita-cerita aneh 2012 yang pernah anda dengar – tunggu! Baca dan lihat dulu buku ini. Ia diselangi dengan gambran indah galaksi dan cakrasuria bersama ayat al-Quran tentang penciptaan langit. Tauhid anda akan terusik bila membaca dan menatapi grafik ini.

KEJUTAN DALAM BUKU BELIAU

Tahukah anda siapa, bagaimana & di mana IMAM MAHDI akan muncul. Di hujung buku ini beliau abadikan pencarian beliau tentang insan aneh yang disebut-sebut akan muncul sebelum Dajjal. Ada maklumat yang belum pernah anda ketahui akan terjumpa di antara helaian ini.

Monday, January 17, 2011

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia
Penulis: Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Jasmin Publications
Harga: RM16.50

Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman) dan sebagainya.Sebaik sahaja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi perhiasan dunia, perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita dan malam-malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.

Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang berseronok riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?

PERCUMA
Buku "Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni"

Sunday, January 16, 2011

Uswatun Hasanah

Uswatun Hasanah
Penulis: Haddad Alwi
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (iman dan keselamatan) untukmu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman." (surah at-Taubah:128)

Tidak hanya di dunia ini sahaja, bahkan sehingga di akhirat sekalipun Rasulullah masih memikirkan dan mengurus keselamatan umatnya. Semua itu hanya wujud kerana rasa cinta beliau kepada umatnya. Di sisi yang lain, al-Quran menyebutnya sebagai uswatun hasanah, iaitu contoh yang baik. Seluruh kehidupannya penuh dengan kisah teladan dan akhlak yang perlu kita contohi.

Nabi Muhammad sudah wafat lebih 14 abad silam, namun kasih sayangnya tidak pernah mati. Dan Rasulullah harus setiasa dihidupkan dalam hati setiap individu muslim. Maka buku ini memaparkan kisah Rasulullah dari aspek perjuangan, cinta, pengorbanan dan akhlak mulia. Pembaca buku ini dapat mengeratkan ikatan cinta kepada Sang Rasul, lalu terdorong bagi meneladaninya.

Saturday, January 15, 2011

Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama

Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama
Penulis: Mohd Solleh Abdul Razak
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini menggarap peranan ulama dalam mengembalikan kegemilangan untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini seperti peranan yang pernah dimainkan oleh golongan ulama pada era kegemilangan Islam. Ulama silam memiliki keilmuan akhirat yang mantap yang “diwarisi” turun temurun dan pada masa yang sama memiliki kejaguhan dalam menguasai ilmu keduniaan yang bermanfaat untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini para ulama harus keluar daripada kepompong pemikiran dan kelompok mereka untuk bergelanggang di tengah masyarakat secara global dan universal. Mereka harus dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Mereka harus berfikir di luar kotak pemikiran semasa mereka. Ulama juga perlu memperkasa pegangan umat terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka hendaklah bersikap proaktif untuk mengukuhkan budaya murni dalam lapangan politik, ekonomi, teknologi, informasi dan lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup di dalam dan luar negara.

Friday, January 14, 2011

Siri Panduan Hidup - Indahnya Sabar

Siri Panduan Hidup - Indahnya Sabar
Penulis: Dato' Ismail Kamus
Terbitan: Al Baasith Resources
Harga: RM45.00
Bonus VCD Tazkirah

Thursday, January 13, 2011

Wanita Islam: Isu-Isu Dan Pemerkasaan Hak

Wanita Islam: Isu-Isu Dan Pemerkasaan Hak
Penyelenggara: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor & Dr. Nor 'Azzah Kamri
Terbitan: Persatuan Ulama' Malaysia
Harga: RM16.00

Buku ini dihasilkan agar segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam Islam dapat dirungkai serta difahami secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendidikan dan perbincangan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat.

KANDUNGAN

* Salah Faham Tentang Kedudukan Wanita Muslim - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
* Hak-Hak Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW: Menyingkap Sejarah Serikandi Islam - Norsaleha Mohd. Salleh
* Ke Arah Muslimat Berwibawa Dan Cemerlang - Ustazah Wan Tom Binti Wan Mohd Noor
* Wanita, Dakwah Dan Media - Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek
* Pembelaan Hak-Hak Wanita - Puan Kamar Ainiah Binti Kamaruzaman
* Wanita Islam Dan Isu-Isu Gender Masa Kini - Dr. Raihanah Abdullah
* Wanita Islam Di Malaysia Selepas 50 Tahun Kemerdekaan: Pencapaian Dan Cabaran - Dr. Nor 'Azzah Kamri

Wednesday, January 12, 2011

Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah (Edisi Kemaskini)

Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah (Edisi Kemaskini)
Penulis: Zuraimi Ismail
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM13.00

Anekdot kehidupan Nabi SAW dalam bentuk kreatif. Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah. Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa 'hidup'. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri 'visual' yang berlaku di depan mata!

Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelusuri beberapa tahun sebelum kelahiran baginda lagi untuk menggambarkan suasana yang kondusif yang telah disediakan oleh Allah untuk kelahiran kekasih-Nya. Sentuhan Zuraimi Ismail yang sekian lama menulis tentang sirah Nabi dalam majalah ANIS, ASUH dan majalah i, menjadikan buku ini sangat berbeza daripada buku-buku yang pernah ditulis tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Menghayati nukilan kreatif anekdot-anekdot popular yang banyak diceritakan dalam sejarah ini merupakan satu pengalaman membaca yang cukup mengasyikkan. Buku ini menjanjikan satu kelainan. Persembahannya ringan tapi sangat menghiburkan dan memberi kepuasan membaca.

Tuesday, January 11, 2011

Sejuta Cinta Untuk Ibunda

Sejuta Cinta Untuk Ibunda
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM13.00

Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar atas sayang yang ibu limpahkan padaku, peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Ya Allah, bila maghrifah-Mu telah ibu kecapi sebelumku, izinkanlah ibu memberi syafaat untukku. Tetapi jika maghrifah-Mu kukecapi lebih dahulu, maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku, sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan-Mu, ampunan-Mu serta Rahmat-Mu.

Monday, January 10, 2011

Mencintai Suami Jangan Separuh Hati

Mencintai Suami Jangan Separuh Hati
Penulis: Dr. Najah Ahmad Az-Zhihar
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Hentikan bisikan-bisikan halus yang cuba meruntuhkan rumahtangga. Teruskan mengejar redha Ilahi dan syurga tanpa tertinggal perkara dunia. Jadikan fitrah sebagai isteri sebagai tiket mengetuk pintu syurga, insya-Allah.

Sunday, January 9, 2011

Majalah Al Kisah Edisi 25/2010

Majalah Al Kisah (Edisi 25/2010)
Harga: RM22.50
PERCUMA: Almanak Habaib 2011

Saturday, January 8, 2011

Ensiklopedia Qadak & Qadar

Ensiklopedia Qadak & Qadar
Penulis: Ibnul Qayyim Jauziyyah
Terbitan: Jasmin
Harga: RM59.90

Buku ini adalah merupakan rujukan terpenting dalam mengkaji tentang Qadak dan Qadar dan memiliki keistimewaan khas yang dapat memuaskan hati kerana memuatkan pelbagai pendapat.

Friday, January 7, 2011

Siri Ensiklopedia Khazanah Ilmiah Lengkap Terbitan Jasmin

1) Ensiklopedia Sejarah Islam - Dr Ahmad Syalabi, RM59.90
2) Ensiklopedia Puasa - Abdullah Bin Ahmad Al'Allaf, RM45.90
3) Ensiklopedia Haji & Umrah - Syeikh Mahmud Al-Misri, RM59.90
4) Ensiklopedia Bidaah: Menurut Al-Quran & Sunnah - Imam Syatibi, RM55.90
5) Ensiklopedia Adab Islam Berdasarkan Al-Quran - Muhammad Mutawalli Sya'rawi, RM49.90
6) Ensiklopedia Qadak & Qadar - Ibnul Qayyim Jauziyyah, RM59.90

Thursday, January 6, 2011

12 Tokoh Pengubah Dunia

12 Tokoh Pengubah Dunia
Penulis: Khalid Haddad
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Kejayaan Islam tidak lepas dari kecemerlangan pemikiran para intelektual Muslim. Pemikiran yang menembus batas waktu dan memiliki daya luar biasa terhadap perubahan dunia, tidak hanya bermanfaat bagi dunia Islam sahaja, akan tetapi bagi seluruh umat manusia.

Hasil karya mereka adalah bukti bahawa Islam jika diimplementasikan dengan segenap jiwa dan sepenuh hati, akan menjadikannya rahmatan lil ‘alamin. Mereka para tokoh yang mengubah dunia ini hidupnya berkat kerana mewariskan manfaat yang akan membuat kehidupan umat manusia menjadi lebih baik dalam berbagai-bagai sisi kehidupan, baik dalam bidang kedoktoran, sosial, sains, fizik, astronomi dan sebagainya.

DUA BELAS TOKOH PENGUBAH DUNIA iaitu IBNU SINA, JABIR BIN HAYYAN, AL-KINDI, IBNU KHALDUN, ABU RAIHAN AL-BIRUNI, MUHAMMAD JARIR AT-THABARI, ABU BAKAR AR-RAZI, AL-HASAN BIN HAITSAM, IBNU NAFIS, SARIF AL-IDRISI, AL-FARABI dan MUHAMMAD BIN MUSA AL-KHAWARIZMI telah menggoreskan Islam dengan tinta emas dan tercatat dalam sejarah. Kita menyedari, menghargai, bangga, terinspirasi dengan kekayaan dan kecemerlangan para intelektual Muslim yang tidak berhenti memikir dan menghasilkan karya yang mampu mengubah dunia.

Wednesday, January 5, 2011

3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia

3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
Penulis: Ustaz Jaafar Salleh
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM28.00

Sebelum dunia ini dikiamatkan, Islam pasti menjadi agung semula setelah sekian lama Islam bersama penganutnya dipencilkan oleh umat lain. Kini kita di suatu zaman di mana musuh Islam menjadikan umat Islam mangsa kerakusan dan kejahatan mereka.

Seolah-olah apa yang diberitakan kepada kita bahawa nasib umat Islam bagaikan 'telur' di hujung tanduk. Tiada pembela dan tiada siapa mempedulikannya. Itulah cabaran yang besar ke atas umat Islam yang menentukan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah SWT.

Inilah proses yang ditempuhi umat Islam untuk mengembalikan keyakinan mereka kepada Hari Kebangkitan dan adanya Allah s.w.t yang Maha berkuasa. Pasti dan janji Allah s.w.t tidak akan biarkan Islam ini terus dirobek oleh musuh-musuhnya.

Ini tidak akan terjadi sehingga Allah s.w.t datangkan kepada mereka Al Mahdi dan Isa Al Masih. Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang. Untuk mengetahui bagaimana Islam ini berdaulat semula maka anda perlu memiliki dan terus membaca buku ini. Tentunya nanti anda akan tahu yang orang lain tidak tahu tentang kejayaan umat Islam yang berada di akhir zaman.

Tuesday, January 4, 2011

Koleksi Buku Ustazah Siti Nor Bahyah

1) Hadiah Buat Muslimah - RM30.00
2) Ubat Hati - RM19.90
3) Cakar Harimau: Tips Kebahagiaan Rumahtangga - RM19.90
4) Amalan Ibu Mengandung - RM19.90
5) Rahsia Minda Hebat - RM26.00
6) 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang - RM19.90
7) 101 Adab Dan Petua Kecemerlangan Pelajar - RM16.90
8) 10 Terminal Syurga Rumahtangga - RM17.00
9) Panduan Mencerdaskan Minda - RM19.90
10) 31 Ciri Suami Idaman - RM19.90
11) Mak, Abah... Redhailah Anakmu - RM12.00

Monday, January 3, 2011

Koleksi Album Yusuf Islam (CD)

1) I Look, I See 1 - RM24.90
2) I Look, I See 2 - RM24.90
3) Footsteps In The Light - RM24.90
4) Night of Remembrance - RM29.90
5) The Life Of The Last Prophet - RM20.90

Sunday, January 2, 2011

Etika Belajar & Mengajar Al-Quran

Etika Belajar & Mengajar Al-Quran
Karya: Imam Nawawi
Susunan: Ahmad Asri Lubis Abu Samah
Terbitan: Yamani Angle Sdn. Bhd.
Harga: RM18.00

Dalam proses mempelajari, mengajar, membaca dan menghayati al-Quran, ada beberapa adab sopan dan cara-cara tertentu yang sesuai dengan kedudukan dan martabatnya sebagai Kitabllah. Adab tersebut perlu, agar tilawah yang dilakukan memberi kesan dan pengaruh positif terhadap hati dan jiwa. Keterangan lanjut mengenainya dijelaskan dalam buku ini yang disusun oleh Imam Nawawi r.hm. Dengan membaca karya terekemuka ini diharapkan agar kita menikmati kekhusyukan, kelazatan dan kefahaman, dalam interaksi kita dengan al-Quran.

Kandungan buku ini ialah terjemahan kepada ringkasan karya agung Imam Nawawi berjudul At-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran ditambah dengan beberapa artikel pilihan yang berkenaan dengan etika membaca dan menghayati Kitabullah.

Saturday, January 1, 2011

Bilik-Bilik Cinta Muhammad

Bilik-Bilik Cinta Muhammad: Kisah Sehari-Hari Rumah Tangga Nabi
Penulis: Dr. Nizar Abazhah
Terbitan: Penerbit Zaman
Harga: RM48.00

Apa yang dilakukan Rasulullah sehari-hari di rumah?
Bagaimana beliau berinteraksi dengan semua istrinya yang memiliki watak dan perilaku berbeza? Bagaimana beliau menghadapi sikap-sikap spontan mereka?
Apa yang beliau obrolan dengan istri-istrinya, pelayannya, dan para sahabatnya?
Bagaimana beliau makan, tidur, dan bercanda dengan mereka?
Bagaimana beliau menyambut para tamu dan memperlakukan mereka?
Seperti apa beliau berhubungan dengan anak-anak, kerabat, dan tetangga?
Kala rumahtangga dilanda masalah, bagaimana beliau menyelesaikannya?
Bagaimana ibadah Nabi di rumahnya? Bagaimana kehidupan malam manusia teladan ini?

Buku ini memotret kehidupan Nabi di setiap rumah yang pernah beliau tinggali dan singgah, sejak masa kanak-kanak hingga detik-detik terakhir kehidupannya. Dengan kepekaan tinggi, Dr. Abazhah membidik kamar demi kamar itu dengan segenap penghuninya; bagaimana akhlak mereka dan bagaimana tata pergaulan Nabi dengan mereka.

Inilah kisah indah rumah cinta Rasulullah - tempat setiap muslim belajar bagaimana mewujudkan “rumahku syurgaku”. Bukan rumah bebas dari masalah, melainkan keluarga yang berhasil menyelesaikannya dengan indah. Bukan dengan kemewahan harta, melainkan dengan keluhuran akhlak, keagungan cinta, dan kedalaman iman.