Monday, February 28, 2011

Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa

Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
Penulis: Mardiana Mat Ishak
Terbitan: PTS
Harga: RM19.50

Memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak. Suami dan isteri sama-sama memiliki peribadi serta akhlak yang baik supaya menjadi ikutan kepada anak-anak. Pasangan yang baik mengamalkan sifat-sifat serta akhlak yang baik sepertimana yang dianjurkan Islam. Dalam mengemudi bahtera rumah tangga yang hamoni, pasangan suami isteri perlu sama-sama memiliki sifat-sifat yang terpuji.

Secara keseluruhannya, buku Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa terhasil daripada pemahaman yang baik mengenai punca terjadinya konflik ataupun masalah biasa dalam rumah tangga serta cara mengatasinya. Buku ini juga memberikan panduan dan tip yang praktikal daripada perspektif Islam supaya kehidupan pasangan suami isteri sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah. Aplikasikan gabungan ketakwaan, kepercayaan, kesetian dan kasih sayang setiap masa sehingga impian setiap pasangan suami isteri menjadi kenyataan sepanjang zaman.

Sunday, February 27, 2011

Lagu-Lagu Hafalan

Lagu-Lagu Hafalan
Terbitan: Raihan Records
Harga: 19.90

Senarai Trek :-

5 Waktu Solat
20 Sifat Allah
12 Bulan-bulan Islam
10 Malaikat
25 Rasul
99 Asmaul Husna
6 Rukun Iman
5 Rukun Islam

Mesut Kurtis - Beloved

Album: Beloved
Artis: Mesut Kurtis
Terbitan: Inteam Records
Harga: 27.90

Senarai Lagu:

Beloved
Ya Allah
I Think Of You (featuring Irfan Makki)
Conver My Greetings
Dhikru Allah
Every Breath Is A Blessing
Anty (al-Hijab)
The Full Moon Of Medina
Never Forget (featuring Maher Zain)
In The Depths Of Night
Beloved (Remix)

Saturday, February 26, 2011

Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu)

Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Dr John Gray
Terbitan: PTS
Harga: RM35.00

Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia.

Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

Friday, February 25, 2011

7 Formulas of Excellent Individuals

7 Formulas of Excellent Individuals: Secrets of Success and Excellence in Distinct Individuals of All Time
Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
Penterjemah: Ashadi Zain
Terbitan: PTS
Harga: RM45.90

The 7 Formulas of Excellent Individuals provides a complete and detailed explanation of the greatest motivational formulas of all times. It delineates the formula that have been successful in producing excellent individuals. Those characters subsequently became the catalyst for the emergence of outstanding communities and countries.

This book is definitely unique compared to other motivational books. One distinct difference is that its main source of reference is that its main source of reference is Quran and Sunnah of Prophet Muhammad, mould to fit present context. Each formula is explained systematically, with evidence and support from experts in the field of excellence.

Thursday, February 24, 2011

Imam Mahdi & Peristiwa Akhir Zaman

Imam Mahdi & Peristiwa Akhir Zaman
Penyusun: Ibnu Ir Fadzil
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM18.00

Persoalan dan perbahasan tentang Imam Mahdi adalah begitu merumitkan. Ini kerana ia menjadi sebab munculnya beberapa golongan-golongan sesat yang akan diperincikan selepas ini. Imam Mahdi adalah watak utama di dalam plot penceritaan tentang Hari Kiamat. Ia menjadi satu elemen penting di dalam menerangkan kejadian kiamat.

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah itu Imam Mahdi? Bagaimanakah rupanya dan sebagainya. Peristiwa pertama yang menjadi titik permulaan Hari Kiamat yang dahsyat, dan juga permulaan bagi segala peristiwa kiamat, ialah kehadiran Imam Mahdi. Buku ini menerangkan bahawa semua petanda-petanda yang menunjukkan Hari Kiamat tersebut yang telah diceritakan sebelum ini akan berterusan sehinggalah manusia tersedar dengan ketibaan Imam Mahdi ini.

Doa Ziarah Di Maqam Rasulullah SAW

Doa Ziarah Di Maqam Rasulullah SAW
Penulis: Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al Linggi
Terbitan: Mawleed Publishing
Harga: RM10.00

KANDUNGAN

Muqaddimah
Keistimewaan Madinah
Adab-Adab Menziarahi Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Doa Ziarah Memasuki Madinah
Bacaan Ziarah Di Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Selawat Ke Atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Doa Selesai Ziarah Di Maqam Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Doa Ziarah Sayyidah Fatimah Al Zahra R.anha
Doa Di Mimbar Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Doa Di Raudhah Al Syarif
Doa Selamat Berpisah Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam
Doa Di Masjid Al Quba'
Doa Menziarahi Perkuburan Baqi'
Doa Menziarahi Syuhada Uhud
Doa Menziarahi Perkuburan Ma'la
Kesan-Kesan Peninggalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Di Madinah Al Munawwarah

Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'

Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'
Penulis: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM150.00

Di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggung jawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam.

Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Qur’an, hadith, mahupun sumber-sumber istinbath yang lain. Jika masih terdapat di kalangan mu’taridhin (golongan yang menentang amalan-amalan tertentu di dalam masyarakat) yang tetap dengan hujah dan pendapat mereka dalam permasalahan khilafiyyah ijtihadiyyah umpamanya, maka mereka dipersilakan untuk mengikut jalan mereka sendiri dan bukanlah bermakna jalan atau pendapat orang lain yang tidak sependapat dengan mereka salah.

Wednesday, February 23, 2011

Rahsia Di Sebalik Kehilangan Balqis & Cara Mengatasi Gangguan Jin

Rahsia Di Sebalik Kehilangan Balqis & Cara Mengatasi Gangguan Jin
Penulis: Ustaz Sharhan Shafie
Terbitan: Sinar Zamdurrani
Harga: RM30.00

Penerangan
* Menyingkap rahsia alam jin & syaitan
* Rawatan Siti Balqis
* Saka & keturunan
* Penyembuhan Al-Quran
* Amalan benteng diri & keluarga
* Benteng daripada Iblis Syaitan
* Keratan akhbar

Tuesday, February 22, 2011

Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta

Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta
Penulis: Rohidzir Rais
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggungjawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambaNya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.

Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.

Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.

Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguranRasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.

Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

Monday, February 21, 2011

Maher Zain - Thank You Allah (Platinum Edition)

Maher Zain - Thank You Allah (Platinum Edition)
Harga: 29.90

Mengandungi 16 lagu termasuk 3 lagu baru Insha Allah Malay Version, Insha Allah Acoustic Version dan Ya Nabi Salam Alayka Arabic Version.

Sunday, February 20, 2011

70 Amalan Benteng (Diri, Keluarga dan Kediaman) Daripada Manusia dan Jin

70 Amalan Benteng (Diri, Keluarga dan Kediaman) Daripada Manusia dan Jin
Penulis: Ustaz Sharhan Shafie
Terbitan: Sinar Zamdurrani
Harga: RM28.00

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja serta pengisian pengajaran di dalam kuliah pengarang dan juga merupakan deretan daripada buku pertama beliau iaitu Menangkis Makhluk Halus yang mana telah mendapat sambutan.

Antara kandungan buku ini:
- Amalan Benteng Diri dan Keluarga
- Amalan Benteng Daripada Kejahatan (Manusia)
- Amalan Benteng Daripada Kejahatan (Iblis dan Syaitan)
- Amalan Benteng (Tempat Kediaman dan Harta Benda)
- Amalan Benteng Diri Daripada (Binatang Buas)
- Ayat-ayat Pembakar Jin
- Kajian Kes

Saturday, February 19, 2011

Madinah: Kota Yang Bercahaya

Madinah: Kota Yang Bercahaya
Penulis: Zuhairi Misrawi
Terbitan: PTS
Harga: RM21.00

Friday, February 18, 2011

Mekah: Kota Suci

Mekah Kota Suci
Penulis: Zuhairi Misrawi
Terbitan: PTS
Harga: RM19.90

Mekah Kota Suci menceritakan dengan lengkap perihal kota suci Mekah sebelum kemunculan Islam, semasa zaman nabi sehingga menjadi moden. Sejarah Mekah penuh dengan pergelutan. Inilah kota yang direbut pelbagai kelompok. Teristimewa, perebutan itu dimenangi oleh mereka yang mempunyai komitmen demi memelihara dan melindungi Kaabah.

Thursday, February 17, 2011

Perang Kelang: Sengketa Anak-Anak Raja

Perang Kelang: Sengketa Anak-Anak Raja
Penulis: Salleh De Ran
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

1866, bumi Selangor mula digegarkan dengan perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Sengketa bermula apabila Raja Mahadi tersingkir daripada jawatan Orang Besar Daerah Kelang. Akibat keputusan itu, timbul rasa tidak puas hati di pihak Raja Mahadi. Raja Abdullah pula semakin menjadi kaya dan berpengaruh. Kekuasaannya meliputi kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Ampang, Petaling dan Kanching. Dengan bantuan Baba Teck Cheng, Raja Mahadi menjadi saudagar terkenal dan pengaruhnya mula melebar. Raja Abdullah pula mengikat perjanjian dan menerima nasihat Inggeris tanpa memikirkan musibahnya. Sengketa antara puak Hai San dan puak Ghi Hin untuk merebut kawasan perlombongan pula semakin memburukan keadaan. Di tengah gelora persengketaan itu, Raja Mahadi tampil menuntut haknya daripada Raja Abdullah. Perang Kelang pun bermula....

Wednesday, February 16, 2011

Ku Dambakan Cintamu Ya Rasulullah

Ku Dambakan Cintamu Ya Rasulullah
Penulis: Nik Muhammad Nasri Nik Malik
Penerbit: PTS
Harga: RM16.00

"Tak kenal maka tak cinta," Pepatah Melayu sudah lama menyebut demikian.

Allah menyebut, "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi." (surah al-Ahzab: 45-46)

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan 'Nabi,' dengan tugas, dengan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain.

Sekiranya ada seorang raja yang hebat, baginda akan menghantar utusan yang hebat, Begitu juga Allah, raja bagi segala raja, pastinya Dia mengutus utusan yang terbaik di kalangan hamba-Nya. Beliau mengutuskan Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan manusia.

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, adalah himpunan yang khusus mengenai Nabi Muhammad dengan olahan tersendiri. Ia bagi menarik perhatian pembaca khususnya generasi muda supaya mengenali Nabinya, mengetahui latar belakangnya, melahirkan rasa cinta sekaligus menurut jejak langkahnya. Dengan cinta kepada Nabi Muhammad, cintanya tersusun dan terarah. Mungkin cinta umatnya kini terpisah antara alam dunia dan alam akhirat, namun cintanya akan mempertemukan dengan Nabinya, kekasihnya di akhirat kelak.

Tuesday, February 15, 2011

Kem Bestari Solat Tahap 2

Kem Bestari Solat Tahap 2
Penulis: Sapiah Abdul Wahap
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM4.90

Objektif:

• Murid dapat mengetahui dalil, hukum-hukum dan syarat-syarat wajib dan sah dan waktu solat dengan lebih terpeinci.
• Murid dan memahami dan melakukan solat berjamaah dengan betul.
• Murid dan menyebut lafaz azan dan iqamah dengan lancar dan mempraktikkannya.
• Murid dapat menhetahui dan menerangkan cara-cara melakukan tayamum dan solat jenazah mengikut tertib.
• Murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah pilihan dengan betul dan lancar.
• Murid dapat membaca dan menghafaz wirid-wirid dan doa selepas solat.

Kem Bestari Solat Tahap 1

Kem Bestari Solat Tahap 1
Penulis: Sapiah Abdul Wahap
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM4.90

Objektif:

• Murid dapat mengetahui dan mengamalkan cara-cara berwuduk dan solat dengan sempurna.
• Murid dapat membezakan antara rukun dan sunat dalam wuduk dan solat.
• Murid dapat membaca dan menghafaz surah-surah pilihan dengan betul dan lancar.
• Murid dapat mengetahui dan menghindari perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan solat. Murid dapat memahami sumber air yang dibolehkan untuk berwuduk.

Monday, February 14, 2011

Mushaf Al-Tasneem bersama Pen Digital Audio

Mushaf Al-Tasneem bersama Pen Digital Audio
Harga: RM595

Mengandungi:
  • Mushaf Al-Tasneem
  • Pen Digital Audio
  • Fon Telinga
  • USB Kabel
  • Manual Pengguna
Ciri-ciri:
  • Kualiti Cetak
  • Kualiti Kertas (Dicetak di atas kertas berkualiti tinggi dari Jepun)
  • Kualiti Audio
  • Terjemahan:
    • Bahasa Inggeris (Dr. Preece Abdul Shakour Duncan)
    • Bahasa Melayu (Dato' Ustaz Mahamud Abdul)
  • 3 Qari Termasyhur:
    • Sheikh Abdul Rahman Al-Huzaifi
    • Sheikh Mohamad Ayoub
    • Allahyarham Sheikh Abdul Baset Abdul Samad

Alat bantuan terkini untuk belajar dan menghayati Al-Qur'an.

Disyorkan kepada pelajar, mualaf, pelajar baru mempelajari Al-Qur'an dan yang telah mahir membaca Al-Qur'an.

"Patut dimiliki oleh setiap keluarga Muslim"

"Alat bantuan efektif laksana guru Al-Qur'an di sisi anda"

"Cara baru yang berkesan untuk belajaran dan latihan membaca Al-Qur'an ketika membaca sendiri"

Sunday, February 13, 2011

Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi 2011)

Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi 2011)
Penulis: Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Binti Abdul Rahman
Penerbit: PTS
Harga: RM35.00

KANDUNGAN

Bab 1 Sejarah Muhammad Bin Abdullah
Bab 2 Dakwah pada Zaman Mekah
Bab 3 Hijrah ke Habsyah
Bab 4 Hijrah ke Madinah
Bab 5 Peperangan Badar
Bab 6 Peperangan Khandak
Bab 7 Peperangan Keturunan Quraizah
Bab 8 Perjanjian Hudaibiah
Bab 9 Peperangan Khaibar
Bab 10 Perutusan Muhammad kepada Pemerintah
Bab 11 Pembukaan Kota Mekah
Bab 12 Peperangan Hunain
Bab 13 Peperangan Tabuk
Bab 14 Muhammad Meninggal Dunia

Saturday, February 12, 2011

Hijrah Iman

Hijrah Iman
Penulis: Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr
Terbitan: Al Baasith Resources
Harga: RM15.00

Ikutilah minda dan roh perjuangan penulis di dalam meruntuh berhala di dalam aqidah manusia untuk kembali ke fitrah suci. Inilah mesej penting yang anda akan temui melalui imbauan kebenaran yang sebenar, ketajaman minda, kejituan fakta dan keunggulan Islam sebagai agama yang datang dari Allah SWT.

Friday, February 11, 2011

Bijak Berbicara Mencuit Rasa (Edisi Jimat)

Bijak Berbicara Mencuit Rasa
Penulis: Badrul Sani
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM19.00

"Kebolehan Badrul Sani memukau audiens... membuatkan anda perlu menyelongkar rahsia bicara beliau melalui buku panduan ini."
Shamsul Qamar, Presiden Kelab Debat UIAM

Fahamilah ciri-ciri bicara perniagaan, pidato, ceramah, ucapan rasmi dan perbualan yang meyakinkan, memberi kesan emosi serta dapat menjada tindakan. Ketahuilah penyebab timbulnya rasa gentar untuk berbicara di khalayak ramai dan kaedah untuk menangani masalah ini. Jauhilah sikap yang ada pada pembicara kecundang dan ambillah iktibar daripada pembicara gemilang.

Hayatilah rahsia cemerlang berbicara. Fahamilah tahap penerimaan audiens. Berbicaralah dengan bahasa yang unik, isi yang menarik dan intonasi yang hebat. Iringilah bicara anda dengan bahasa badan yang sesuai.

Thursday, February 10, 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM25.00

"Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa aku memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakwah Ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami Islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam Kitab-Nya, seperti diserukan Rasul-Nya dan difahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan...."

-Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi-

Wednesday, February 9, 2011

Kumpulan Cerpen Di Ufuk Fajar

Kumpulan Cerpen Di Ufuk Fajar
Penulis: Aminah Mokhtar
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

Manifestasi cinta yang hakiki. Di Ufuk Fajar melestarikan pengabdian cinta, kepada Yang Khaliq, kepada insan, kepada watan. Istiqamah dalam amanah kehidupan, dalam setiap muhasabah mencari erti cinta yang qanaah. Menelusuri setiap liku kehidupan dengan semangat jitu membangunkan kejayaan. Di Ufuk Fajar, sebuah catatan panjang mengenai kehidupan yang jujur, kehidupan yang sakit dan kehidupan yang sejahtera, dalam diri manusia.

Tuesday, February 8, 2011

Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah

Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah
Penulis: Muhammad Rashidi Abdullah
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Melalui buku ini penulis merungkaikan persoalan-persoalan berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui beliau. Menyedari dirinya tidak memiliki tahap pengajian yang tinggi seperti penulis-penulis lain, beliau sentiasa memohon agar Allah mempermudahkan penulisan ini, justeru memberkatinya. Namun, keinginan yang terlalu kuat bagi berdakwah membuatkan beliau menjadikan penulisan sebagai medan bagi meneruskan misi sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi dengan hanya mengharapkan redha daripada Allah jua.

Monday, February 7, 2011

Pendidikan Spiritual Oleh Said Hawwa

Pendidikan Spiritual - Rujukan Lengkap Tarbiyah Ruhiyah Menggapai Cinta Ilahi
Penulis: Syeikh Said Hawwa
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM45.00

Siri buku ini terdiri dari tiga buah buku iaitu (1) Buku Tarbiyatuna al-Ruhiyah (Pendidikan Spritual), yakni buku ini, (2) Buku al-Mustakhlash fi Tazkiyyat al-Anfus (Buku Ringkasan Tentang Penyucian Jiwa), (3) Buku Mudzakirat fi Mandzail as-Shiddiqin wa al-Rabaniyyin (Bagaimana Mencapai Darjat Siddiqin dan Rabbaniyyin).

Beberapa hal yang memotivasikan penulis untuk menulis ketiga-tiga siri tersebut di atas, antara lain:

1. Keperluan gerakan Islam (Harakah Islamiyah) kontemporer yang tercermin dalam diri para ulama dan aktivisnya terhadap teori atau konsep yang jelas, baik mengenai tasawuf mahupun perjalanan spritual.

2. Masih kurangnya buku tasawuf yang ditulis berdasarkan perspektif Ahl al-Sunnah wal al-Jamaah dan berbagai mazhab fiqihnya, sehingga penulis merasakan kesulitan menunjukkan kepada orang lain sebuah buku tasawuf yang komprehensif.

Kebanyakan penulis buku tasawuf menjadikan ilmu ini sebagai ilmu khas (specialized science), padahal semua orang memerlukan pengetahuan di bidang ini kerana banyaknya hal yang berhubung kait dengan keperluan mereka sendiri, seperti kesihatan mental, kesucian jiwa dan hal-hal lain yang memang diperlukan semua orang.

Sunday, February 6, 2011

Indahnya Hidup Berjuang

Indahnya Hidup Berjuang
Penulis: Mohd Rapi bin Mohd Nor Al-Jundi
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM16.00

Jihad fisabilillah adalah satu jalan yang paling mulia untuk ditempuhi, diikuti dan dihayati. Tanpa ada kemahuan dan tolakan batiniah, insan tidak akan sanggup menempuh medan yang penuh dengan keperitan, mehnah dan tribulasi ini. Hanya keyakinan kepada perintah Allah SWT untuk berjihad dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan idola sahaja yang mampu memikul beban tugas serta amanah yang amat berat, tetapi ianya amat manis sekali.

Kalimah jihad atau syahid adalah kalimah yang paling suci dan murni, kalimah yang dicintai oleh Allah SWT menyebabkan orang mukmin menghayati jalannya, kalimah dan jalan yang diterjemahkan oleh para rasul, para mujahid dan para syuhada. Mujahid tidak takut terhadap gertakan untuk dibunuh kerana kematiannya adalah syahid dan ia telah menunjukkan perjuangannya dan jihadnya telah dibeli oleh Allah SWT. Kekasihnya yang dirindu selama ini dengan bayaran syurga yang penuh dengan nikmat kesenangan itu.

Saturday, February 5, 2011

Storms Of My Grand Children (Edisi Bahasa Melayu)

Storms Of My Grand Children (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: James Hansen
Terbitan: PTS
Harga: RM33.00

- Tsunami 2004 menelan 230 000 nyawa di 8 buah negara
- Jumlah bencana alam meningkat di seluruh dunia
- Perubahan mendadak iklim tempatan
- Banjir yang luar biasa melanda Malaysia
- Eksploitasi melampau kepada hasil bumi

Apa yang mahu dirisaukan? Cuaca di tempat kita tidak banyak berubah pun?

Itu memang benar, tetapi pernahkah kita terfikir akibat daripada perubahan iklim dunia? Lebih memburukkan keadaan, ia hampir ke kemuncaknya. Secara analoginya, ia seperti mikrofon yang diletak terlalu hampir dengan pembesar suara. Isyarat yang dihantar ke pembesar suara menyebabkan gangguan dan menghasilkan bunyi yang membingitkan telinga. Kita pasti tidak tahan mendengarnya. Ekploitasi melampau kepada bumi ini bukan sahaja memberi ancaman kepada jutaan spesis, tetapi kepada kelangsungan hidup manusia sendiri.

Masa kita semakin suntuk! Tindakan segera boleh memberikan faedah tambahan kepada semua pihak. Malangnya tidak semudah itu ia berlaku. Buku ini ditulis bagi membantu membetulkan keadaan. Kita perlu agresif! Sekiranya tidak dalam tempoh yang singkat kesedaran ini boleh hilang. Ingat, masa kita semakin suntuk!

Friday, February 4, 2011

Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim

Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim
Penulis: Salim A. Fillah
Penerbit: Pro-U Media
Harga: RM43.00

Menjadi muslim adalah menjadi kain putih. Lalu Allah SWT mencelupnya menjadi warna ketegasan, kesejukan, keceriaan dan cinta: rahmat bagi semesta alam. Aku jadi rindu pada pelangi itu, pelangi yang memancarkan celupan warna Ilahi. Telah tiba saatnya derai berkilau Islam tak lagi terpisahkan dari pendar menawan seorang muslim. Dan saksikan bahwa aku seorang muslim.

Thursday, February 3, 2011

Wahai Anakku Yang Tercinta

Wahai Anakku Yang Tercinta
Penulis: Drs Al-Ustaz Pauzi Haji Awang
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM15.00

Sebuah buku tasawuf terjemahan karya asal Aiyyuhal Waladul-Muhibb oleh Imam al-Ghazali. Menerangkan persoalan dan amalan tasawuf, membimbing para pembaca memahami konsep dan teori ilmu tasawuf. Menghayati amalan dan menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran sesat untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Wednesday, February 2, 2011

Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan

Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan
Penulis: Ustaz Abdul Hadi Awang
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM15.00

Buku ini membicarakan persoalan penting di alaf baru ini, persoalan Palestin yang sekian lama bumi Isra’ yang dijarah oleh Yahudi bangsa terlaknat. Isu Palestin yang sentiasa bersimbah darah, penghuni Gaza yang dibantai dengan sadis oleh regim Zionis dan sekutunya. Buku ini mengheret kita untuk merasa tersentuh dengan peranan dan tanggungjawab sebagai muslim terhadap bumi Isra’ (Palestin), serta menguak kembali pintu sejarah susur galur bumi Palestin sehingga terbentuknya negara haram Israel semenjak 15 Mei tahun 1948.

Tuesday, February 1, 2011

Dapatkan Majalah As-Sunnah Edisi Januari 2011

Majalah As-Sunnah Edisi Januari 2011
Harga: RM12.00