Thursday, March 31, 2011

Soal Jawab A-Z Tentang Munakahat Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya

Soal Jawab A-Z Tentang Munakahat Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya
Penulis: Tuan Hj Dr Zahazan Mohamed
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Buku ini berkisar tentang soal jawab munakahat yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Turut disertakan penerangan yang mudah difahami, terperinci dan menyeluruh. Kepada calon-calon suami dan isteri, buku ini amat sesuai untuk dimiliki sebagai mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera yang dinaiki, tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenar walaupun dilanda badai atau karam di tengah lautan.

Diharapkan buku yang disampaikan dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami ini mendatangkan manfaat yang besar kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan serta bahan kuliah untuk dibaca selepas solat berjemaah atau di dalam usrah dan tazkirah keluarga. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah majlis pertunangan, perkahwinan dan hari ulang tahun.

Wednesday, March 30, 2011

Nota Jutawan, Nota Kewangan

Nota Jutawan, Nota Kewangan
Penulis: Irfan Khairi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan Dr. Irfan Khairi selepas Nota Jutawan, Nota Motivasi dan Nota Jutawan, Nota Perniagaan. Pendekatan yang santai dan mudah dalam bentuk peta minda, menjamin buku ini juga amat menarik perhatian pembaca yang rata-rata memberi tumpuan kepada tip-tip atau inti sari mengenai motivasi, perniagaan dan keusahawanan. Walaupun secara santai dan bersahaja, namun idea-idea yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik, bijak dan berhemah, Insya-Allah.

Tuesday, March 29, 2011

Berubah Untuk Malaysia Baru (Di antara 1Malaysia, Negara Islam, dan Malaysian Malaysia)

Berubah Untuk Malaysia Baru (Di antara 1Malaysia, Negara Islam, dan Malaysian Malaysia)
Penulis: Rizuan Rahman
Terbitan: Media Bistari
Harga: RM10.00

Berubah Untuk Malaysia Baru diilhamkan dari pergelutan politik, sosial dan ekonomi semasa. Kebanyakan persoalan dalam hal-hal tersebut tidak terjawab dengan sempurna, sama ada analisis yang dilakukan dalam media massa mahupun oleh para ahli akademik di pusat pengajian tinggi.

Isu pergolakan politik antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, isu remaja yang semakin hilang jati diri, ekonomi bumiputera yang masih perlu dibantu biarpun selepas DEB 20 tahun tamat, ekonomi yang berlegar di kalangan elit tertentu sehinggalah infrastruktur yang dibina tidak mengikut keperluan rakyat dan hanya mementingkan keuntungan sesetengah pihak tidak pernah diberikan jawapan yang tepat oleh pemerintah mahu pun para pengkaji.

Dalam masa yang sama, Malaysia diberitakan akan menjadi negara maju dalam tempoh kurang 10 tahun dari sekarang. Jadi, bagaimanakah bentuk negara maju itu kelak. Sedangkan kadar kemiskinan masih tinggi tetapi dimanipulasi angkanya, kadar hak asasi manusia masih sederhana, kebebasan media, kebebasan IPT masih terbelenggu, generasi muda cenderung untuk meniru budaya barat secara total manakala dasar pelajaran pula masih kabur dalam menyediakan pemimpin masa hadapan.

Buku ini akan cuba menjawab secara jujur permasalahan tersebut dengan hujah yang jelas dan tepat. Semoga buku ini dapat menambah pemahaman rakyat Malaysia mengenai persoalan penting yang berlegar di sekeliling mereka menjelang 2020.

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
Penulis: Tun Dr Mahathir Mohamad
Terbitan: MPH
Harga: RM100.00

In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.

This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir's extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bĂȘte noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.

At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why.

Monday, March 28, 2011

Sumbangan Peradaban Islam Pada Dunia

Sumbangan Peradaban Islam Pada Dunia
Penulis: Prof. Dr. Raghib As-Sirjani
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM130.00

Prof. Dr. Raghib As-Sirjani berusaha mengungkap kembali kejayaan Islam. Ia menulis buku ini sebagai persembahan untuk peradaban Islam. Sebuah peradaban mengagumkan yang telah menarik perhatian para pengkaji dan peneliti objektif dari Barat.

Sunday, March 27, 2011

Ensiklopedia Sejarah Muhammad (Set Lengkap 3 Jilid)

Ensiklopedia Sejarah Muhammad (Set Lengkap 3 Jilid)
Penulis: K.H. Moenawar
Terbitan: PTS
Harga: RM330.00

Seluruh aspek kehidupan Nabi Muhammad, baik dalam ibadat, dahwah, akhlak, muamalat, qiyadah (kepimpinan) mahu pun yang berkaitan dengan pembinaan umat perlu dicontohi, diikuti dan ditaati sebagai bukti iman atas kerasulan beliau. Jadi, bagi memenuhi impian ini, pecinta Muhammad bin Abdullah memerlukan rujukan yang lengkap meliputi kehidupan Nabi Muhammad sehingga susuk tubuh beliau diikuti secara menyeluruh.

Banyak buku sejarah Nabi Muhammad yang beredar di tengah masyarakat yang hanya memuatkan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting, tanpa menghuraikan lebih terperinci peristiwa itu sehingga pembaca sukar memahami kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Dalam buku ini, semua perincian dan ketelitian kehidupan Nabi Muhammad termuat sehingga menjadikan kehadirannya cukup memberikan kesan di hati pembaca.

Penulis buku ini, Moenawar Chalil menghasilkan karya bermutu dan menjadi rujukan penting untuk mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang Nabi Muhammad.

Saturday, March 26, 2011

Agar Allah Memberi Jalan Keluar

Agar Allah Memberi Jalan Keluar
Penulis: Abu Firly Bassam Taqiy
Terbitan: Sarjana Media
Harga: RM19.90

Ibarat tangan, buku ini akan mengganding anda untuk bergerak bersama menjemput pertolongan Allah. Agar segala persoalan hidup kita diberikan jalan keluar oleh-Nya.

Friday, March 25, 2011

Kumpulan Cerpen Cinta Kun Fayakun

Kumpulan Cerpen Cinta Kun Fayakun
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00

“Kumpulan Cerpen - Cinta Kun Fayakun” ini menghimpunkan 13 buah cerpen hasil nukilan seorang penulis muda berbakat besar. Koleksi cerpen ini memaparkan ideologi penulis dalam membicarakan tentang isu-isu sejagat, rakaman peristiwa dan realiti kehidupan. Penghasilan cerpen ini merupakan wadah dan saluran untuk mengajak pembaca sama-sama mendasari erti kehidupan, kecekalan, kasih sayang dan sebagainya demi menghargai kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan.

Thursday, March 24, 2011

Think Dinar! Muslim Kaya Hari Ini, Super Kaya di Masa Depan

Think Dinar! Muslim Kaya Hari Ini, Super Kaya di Masa Depan
Penulis: Endy J. Kurniawan
Harga: RM45.00

Percayakah anda:
Biaya haji turun setiap tahun?
Biaya sekolah semakin murah?
Biaya hidup semakin rendah?
Jika anda berfikir DINAR!

Sejak masa para sahabat Rasulullah SAW sampai sekarang, satu Dinar selalu cukup untuk membeli satu ekor kambing. Ini membuktikan hanya Dinar, satu-satunya investasi (mata wang) yang terbukti anti inflasi!

Banyak yang mengira ketika bicara Dinar, kita bicara tentang emas atau wang emas semata. Padahal ketika bicara Dinar, kita bicara investasi, ekonomi dunia, kebijakan politik, kesejahteraan umat manusia dan segala aspek kehidupan.

Di masa kini dapat dipastikan mereka yang Think Dinar! (berfikir Dinar) akan lebih sejahtera dari mereka yang berpikir investasi dan kewangan secara konvensional.
Di masa depan, akan terbukti mereka yang Think Dinar! akan menjadi yang selamat dari berbagai permasalahan krisis di masa depan.

Buku ini akan mengungkap Dinar secara utuh bukan hanya sebagai alat investasi tapi juga solusi masa kini dan masa depan bagi Anda. Secara lengkap pembaca akan mendapatkan ilustrasi berbagai bentuk investasi dan membandingkannya dengan Dinar.
Anda akan takjub melihat bagaimana Dinar dapat membantu mengatasi solusi masalah Anda (menabung untuk haji, biaya pendidikan, hari tua, bahkan membayar hutang) dan umat manusia secara keseluruhan.

Islam pernah menjadi pemimpin peradaban dengan Dinar. Kerananya tidak ada cara lain untuk mengembalikan peradaban umat, kecuali mengembalikan investasi kita pada Dinar.


Berfikir kaya hari ini dan super kaya di masa depan?

Berfikir untuk menjadi tangan yang memberi dan bukan meminta?
Jawabannya mudah saja: Think Dinar!

Wednesday, March 23, 2011

Haram Merokok

Haram Merokok
Penulis: Adil Akhyar
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM24.00

Fatwa beberapa ulama muktabar menyatakan, hukum merokok adalah haram dan ianya jelas dinyatakan berdasarkan firman Allah yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195).

Namun tidak ramai yang tahu mengapa rokok dikatakan haram yang disamakan dengan minuman arak sejenisnya. Buku ini membantu pembaca mengetahui lebih lanjut mengenai haram merokok. Semoga buku ini dapat memberi panduan kepada semua.

Tuesday, March 22, 2011

Ali Bin Abi Thalib: The Glorious

Ali Bin Abi Thalib: The Glorious
Penulis: Abdurrahman Asy Syarqawi
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM26.80

Sayidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Sayidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad SAW semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Sayidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah SAW lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda. Sayidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

Umar Bin Al Khathab: The Conqueror

Umar Bin Al Khathab: The Conqueror
Penulis: Abdurrahman Asy Syarqawi
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM26.80

Sayidina Umar bin Al-Khathab merupakan salah seorang khalifah di dalam Khulafa' al-Rasyidin. Beliau merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah SAW. Sayidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam selepas kewafatan Saidina Abu Bakar. Ikuti kisah perjuangan beliau dalam menegakkan agama Islam dalam siri ini.

Abu Bakar Al-Siddiq: The Successor

Abu Bakar Al-Siddiq: The Successor
Penulis: Abdurrahman Asy Syarqawi
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM25.80

Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq telah banyak menyumbang jasa terhadap Islam dan umatnya. Antaranya beliau telah mengikuti Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, dan beliau telah berjaya menyelamatkan negara Islam daripada kehancuran disebabkan ramai yang telah berpaling tadah dan memberontak, setelah mereka mengetahui Nabi Muhammad SAW telah wafat. Jangan ketinggalan mengikuti kisah kegigihan beliau dalam menegakkan agama Allah.

Monday, March 21, 2011

Laksamana Cheng Ho

Laksamana Cheng Ho
Penulis: Imran Yusuf
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Pada 15 hari bulan Mac 2002, seorang ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut Inggeris, Gavin Menzies telah berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia ialah bahawa armada China merupakan kumpulan orang pertama yang meredah Lautan Atlantik untuk sampai di benua Amerika. Ini bererti armada China ‘menemui’ Amerika 70 tahun lebih awal daripada tokoh Eropah terkenal Christopher Columbus.

Sudah menjadi asas kepercayaan para ahli sejarah barat bahawa Columbus adalah orang yang pertama menemui Amerika. Apabila teori Gavin Menzies tersebar, maka tercetuslah polemik di kalangan cerdik pandai dan seluruh masyarakat dunia. Beliau menerima beribu-ribu surat dan beratus ribu e-mel yang memberikan pelbagai maklumat dan bukti bagi menyokong teori Gavin Menzies. Namun tidak kurang juga yang membantah. Apa pun, melalui surat dan e-mel itu beliau telah mendapat banyak maklumat baru bagi menguatkan hujah beliau. Maklumat itu telah mendorong beliau menulis buah buku kontroversi, 1421: The Year China Discovered the World.

Lebih kurang 600 tahun sebelum ucapan Gavin Menzies itu, iaitu pada tahun 1381 seorang budak berumur 11 tahun telah ditawan oleh tentera China Dinasti Ming yang menyerang wilayah Yunnan. Yunnan adalah sebuah kubu kuat puak yang penyokong tentera Mongol. Sudah menjadi amalan kerajaan China pada masa itu, kanak-kanak yang ditawan akan dikembiri sebelum dijadikan pembantu kepada putera serta dayang dan kerabat diraja di istana maharaja. Semenjak dari hari itu, bermulalah kehidupan kanak-kanak itu sebagai seorang yang dikembiri atau diistilahkan sebagai sida. Nama kanak-kanak itu ialah Ma Ho atau Ma Sanbao.

Sesungguhnya Tuhan itu sangat adil, kerana walau pun terpaksa menjalani yang berbeza dari lelaki yang normal, Ma Ho telah ditakdirkan menjadi salah seorang pelaut, navigator, laksamana, diplomat serta duta kerajaan Ming yang paling berkuasa pada masa itu. Dari seorang budak kampung yang dilahirkan di sebuah kampung di pedalaman Yunnan, Ma Ho dibawa ke istana maharaja dan menjadi seorang yang terkenal dan sangat dikenang jasanya sehingga ke hari ini. Sesudah dilantik menjadi laksamana, beliau diberi gelaran Cheng Ho. Di kalangan masyarakat Inggeris namanya lebih dikenali sebagai Zheng He.

Sunday, March 20, 2011

No Excuses! (Edisi Bahasa Melayu)

No Excuses! (Edisi Bahasa Melayu): Jangan Berdalih Lagi untuk Berjaya
Penulis: Brian Tracy
Terbitan: PTS
Harga: RM34.00

No Excuses! (Edisi Bahasa Melayu) menerangkan kaedah yang boleh digunakan bagi mencapai cita-cita yang diidamkan dengan tiga matlamat dalam hidup kita iaitu kejayaan dalam keperibadian sebagai manusia yang mulia, kejayaan dalam perniagaan dan kewangan dan juda kejayaan dalam kesihatan dan kekeluargaan. Terdapat 21 bab kesemuanya dan setiap satu menunjukkan cara bagi menjadi lebih berdisiplin dalam setiap matlamat hidup.

Saturday, March 19, 2011

Dalam Mihrab Cinta - The Romance

Dalam Mihrab Cinta - The Romance
Penulis: Habiburrahman el-Shirazy
Terbitan: Ihwah Publishing
Harga: RM35.00

Dalam Mihrab Cinta The Romance merupakan penyempurnaan dari novel Dalam Mihrab Cinta versi sebelumnya yang bersambung. Dalam Mihrab Cinta The Romance ini menceritakan perjalanan seorang santri yang telah difitnah di sebuah pesantren terkenal di Jawa.

Habiburrahman El-Shirazy yang sudah terkenal mahir dalam menggoreskan tinta-tinta emasnya di dunia novel islami telah melancarkan novel Dalam Mihrab Cinta The Romance ini pada Disember 2010 lalu. Dalam Mihrab Cinta the Romance mirip jalan ceritanya dengan versi yang telah difilemkan. Sehingga mampu membuat anda tenggelam dalam membaca novel ini.

Friday, March 18, 2011

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Penulis: Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Buku ini diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak. Saya percayai alaf baru ini adalah milenium yang baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam 'tempayan emas', langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari. Generasi 'Y' yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.

Thursday, March 17, 2011

Menyukat Ikhlas Diri, Menggapai Reda Allah

Menyukat Ikhlas Diri, Menggapai Reda Allah
Penulis: Misbah Em Majidy
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM19.00

Ikhlas adalah amaliah (tindakan dan perbuatan) berasaskan hati. Seseorang mungkin saja mengaku ikhlas dalam melakukan sesuatu. Tetapi, hanya Allah saja yang mengetahuinya, walaupun semua ini diliputi oleh kepandaian manusia dalam membungkus rapat-rapat apa yang ada dalam hatinya. Sepandai-pandai manusia menyembunyikan apa yang ada dalam hatinya dengan segala tipu daya, sesungguhnya Allah akan tahu hakikat ketulusan yang sebenarnya daripada orang yang mengaku ikhlas tersebut. Ini kerana ikhlas adalah urusan dan tugas hati, dan cuma Allah saja yang tahu pendirian hati para hamba-Nya.

Memang benar, lidah adalah kayu pengukur untuk mengetahui isi hati tetapi lidah tidak bertulang dan tidak selalu dapat dipercayai. Realiti membuktikan, akibat lidah dapat menyebabkan peperangan antara negara. Lidah juga dengan kelunakan serta kepandaiannya juga mampu menghancurkan besi mahupun membakar dunia. Lantas, firman Allah memberi peringatan kepada setiap insan.

"Ada dari sebahagian manusia, yang bicaranya amat menakjubkanmu dalam kehidupan duniawi. Tapi Allah membuktikan atas apa isi hatinya, ternyata ia sebenarnya adalah seorang musuh yang amat jahat.” (Al-Baqarah: 204)

Wednesday, March 16, 2011

Sekolah Cinta Rasulullah - Kisah Suka Duka Generasi Muslim Pertama

Sekolah Cinta Rasulullah - Kisah Suka Duka Generasi Muslim Pertama
Penulis: Dr. Nizar Abazah

Versi Bahasa Malaysia
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM27.50

Versi Bahasa Indonesia
Terbitan: Zaman
Harga: RM44.00

Inilah kisah persahabatan terhebat sepanjang sejarah. Inilah cermin hidup generasi yang dididik langsung dan lulus dari madrasah Rasulullah. Dari generasi ini lahir pemimpin cemerlang, mujahid gigih, penguasa adil yang berhasil mengalami lonjakan peradaban yang belum pernah ada sebelumnya.

Bagaimana kondisi generasi muslim pertama, para sahabat Rasulullah saw.?
Bagaimana mereka satu per satu jatuh hati kepada Nabi dan ajarannya yang suci?
Bagaimana Rasul mengajar hingga hati mereka bergetar untuk menerima ajaran yang benar?
Bagaimana Rasulullah menyikapi para sahabat yang watak dan perilaku mereka berbeza-beza?
Bagaimana mereka tumbuh di Mekah lewat tentangan demi tentangan yang teramat berat?
Bagaimana mereka hidup di Madinah ketika semua orang musyrik Arab memusuhi mereka?
Bagaimana Nabi mengubah kesetiaan kepada kabilah menjadi kesetiaan kepada Islam?
Bagaimana kesedaran mereka ditempa hingga peradaban gemilang tercipta?

Para graduan sekolah cinta Rasulullah ini dirakam indah Al-Quran: "Allah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan dari-Nya. Mereka dimasukkan-Nya ke syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, golongan Allah itulah yang beruntung.” (al-Mujadilah: 22)

Tuesday, March 15, 2011

Begini Sayang

Begini Sayang
Penulis: Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Mendidik anak yang masih rebung merupakan cabaran bagi setiap ibu bapa. Ia merupakan tempoh usia yang kritikal dalam pentarbiahan anak-anak. Perasaan ingin tahu anak pada usia ini meluap-luap, lantas pelbagai soalan dilontar, terkadang mencabar ibu ayah menjawabnya. Terkadang juga, disebalik pertanyaan anak ada tarbiah bukan untuk anak semata-mata, tetapi untuk diri ibu bapa jua- inilah tarbiah dua hala.

Monday, March 14, 2011

Matahari

Matahari
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Menghimpunkan 18 buah cerpen tarbiah yang mempunyai pelbagai tema iaitu alam persekolahan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan dan umum. Cerpen Matahari 1; Matahari 2; dan Bulan ini berlatarbelakangkan alam persekolahan; cerpen Tidak Ingin Kau Pergi dan A.I.E. berkenaan sahabat di universiti manakala Mencari Ilahi berkenaan dua orang yang awalnya tidak sependapat tetapi akhirnya menjadi sahabat. Cerpen Ekspedisi Cinta; H.I.V.; Menjemput Bidadari; dan Masyitah ini berkisarkan mengenai perjalanan dan konsep cinta mengikut syarak yang berlainan pengakhiran.

Cerpen Ikhlas berkenaan dengan ibu dan anak perempuannya; Kisah Seorang Arnav berkenaan dengan bapa dan anak lelakinya; manakala Hari-hari Terakhir berkenaan dengan suami isteri, ibu bapa dan mentua. Cerpen Warkah Dari Palestina dan Aku Memanggil Kamu berlatarbelakangkan peperangan; Mana Tuhan Kamu mempunyai latarbelakang peristiwa yang bakal terjadi; Sang Penyeru ada unsur kisah dakwah nabi-nabi terdahulu manakala 999+1 pula seakan konsep Sang Penyeru, bezanya ialah cerpen ini berlandaskan kisah benar tetapi tidak diakhiri dengan kematian watak utama. Semua cerpen ini diletakkan di bawah tema bahagian umum.

Sunday, March 13, 2011

Tafsir Al-Quran Per Kata Resam Othmani

Tafsir Al-Quran Per Kata - Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah Bahasa Melayu
Terjemahan: Dr. Ahmad Hatta, MA.
Terbitan: Maghfirah
Harga: RM110.00
  • Tafsir ijmali yang ringkas, tidak hanya sekadar terjemahan, yang disusun berasaskan kata per kata dari setiap ayat Al-Qur'an.
  • Mudah dibaca dan difahami, sama ada secara kata demi kata atau pun secara ayat demi ayat.
  • Disusun dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir yang mu'tabar (diakui).
  • Lengkap dengan Asbabun Nuzul, yang boleh memberi penjelasan tentang keadaan dan latar belakang turunnya tiap-tiap ayat.
  • Ditambah dengan adanya terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur'an.
  • Saiz: A5 Berat: 1.5 kg
PERCUMA - Sarung Bag Tafsir

Saturday, March 12, 2011

Kisah-Kisah Mualaf Dunia

Kisah-Kisah Mualaf Dunia
Penulis: Nisrina Lubis
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00

Terdapat 36 kisah mualaf dalam buku ini. Dan mereka datang dari latar belakang yang berbeza. Peter Sanders, misalnya seorang jurufoto bertaraf dunia, meraihnya melalui lensa kameranya ketika mengabadikan Ka'abah dan ibadah haji di Kota Mekah. Jerald F.Dirks yang semakin jauh mendalami ajaran agamanya terus merasa 'haus', ia kian ganas menderanya. Jemima Goldsmith, kerana ketakjubannya kepada peradaban Islam membuatnya tidak lagi menggantikan statusnya sebagai puteri seorang Komander Tentera British menjadi seorang muslimah.

Kisah mereka sangat meruntun hati.

Friday, March 11, 2011

EQ: Menjana Kecerdasan Emosi

EQ: Menjana Kecerdasan Emosi
Penulis: Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd Aziz, Abdul Rashid Mohamad
Terbitan: PTS
Harga: RM15.50

Kajian Mayer, Caruso, dan Salovey (1999) membuktikan kecemerlangan individu turut dipengaruhi oleh kecerdasan emosinya. Orang yang memiliki kecerdasan intelek lebih cemerlang apabila beliau juga turut memiliki kecerdasan emosi.

EQ: Menjana Kecerdasan Emosi menyediakan pelbagai bentuk aktiviti bagi membantu guru mencungkil bakat dan kebolehan emosi pelajar bagi berhadapan dengan realiti dengan lebih yakin.

Tanggungjawab menjana kecerdasan emosi di dalam bilik darjah bergantung pada kebijaksanaan guru. Setiap pelajar mempunyai potensi kecerdasan emosi. Sekiranya guru dapat mencungkil bakat dan kebolehan emosi ini, maka pelajar mampu berhadapan dengan realiti dengan lebih yakin.

Thursday, March 10, 2011

Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit

Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit
Penulis: Ustaz Raflis Sabirin
Terbitan: MMP Communications Sdn Bhd
Harga: RM32.00

Bukan menidakkan kemampuan perubatan moden namun aspek penjagaan kesihatan serta kaedah merawat penyakit turut termaktub dalam al-Quran yang menjadi panduan hidup sepanjang hayat umat Islam.

Buku Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit membongkar ilmu perubatan yang terkandung dalam al-Quran melalui kupasan ayat-ayat untuk membantu menyembuhkan penyakit berdasarkan amalan.

Penulisnya, Raflis Sabirin, berkata sebahagian besar isi kandungan buku ini adalah pengalaman beliau selama 27 tahun mengubati penyakit menggunakan ayat al-Quran serta koleksi siri kesihatan tulisannya yang dimuatkan dalam majalah Milenia Muslim sepanjang 2010.

Buku setebal 264 halaman ini turut menyediakan gambar herba yang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit seperti kencing manis, jantung, kanser payu dara, angin ahmar dan ketumbuhan selain dijelaskan cara penyediaannya berserta ayat yang perlu dibaca.

Ia memperincikan kaedah merawat sendiri menggunakan kalam Allah dan herba pilihan seperti buah keras, jambu batu, kulit manggis, lidah buaya, kulit limau nipis, halia tua, daun sanna, telur ayam kampung, air zamzam dan madu lebah asli.

Penulis turut mengajak pembaca merenung dan memikirkan hakikat kehidupan yang semakin maju dengan segala kemodenan hingga menjurus kepada pelbagai penyakit, tidak ketinggalan penyakit rohani hingga menyebabkan berlaku gejala sosial.

Justeru, di samping mendapat manfaat daripada kalimah Allah untuk mengubat pelbagai jenis penyakit, secara tidak langsung usaha menjadikan al-Quran sebagai rujukan akan mendekatkan manusia dengan Penciptanya.

Wednesday, March 9, 2011

Catatan Hujung oleh Ahmad Lutfi Othman

Catatan Hujung
Penulis: Ahmad Lutfi Othman
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM20.00

Berakhirnya 1998, Tahun Reformasi itu, tiada lagi buku politik hasil tangan Ahmad Lutfi Othman, hinggalah ke hari ini, November 2010. Padahal dalam tahun 1998 itu sahaja kita sempat membaca tidak kurang tiga buah buku politik hasil karangannya – Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?, Anwar Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dan Malaysia Tanpa Anwar. Sehangat dan serancak semangat dan suasana Reformasi 1998 itu, sehangat dan serancak itulah pula minda dan tangan Ahmad Lutfi bekerja menghasilkan buku politik semasa. Dan sehangat itulah juga isi kandungan buku-buku tersebut, walaupun tidak semestinya membawa jeritan yang sama.

Tuesday, March 8, 2011

Israel Menjarah Organ Tubuh Muslim Palestina

Israel Menjarah Organ Tubuh Muslim Palestina
Penulis: Abdi Al-Haqq & Tim Kajian Zionis
Harga: RM45.00

Seandainya ada sekelompok orang yang datang ke rumahmu dan menendangmu keluar dengan brutal kerana mereka mengaku bahwa tanah itu adalah milik mereka, padahal keluargamu secara turun-temurun sudah menempati rumah itu dan secara sah memiliki tanah itu, apakah kamu akan diam saja dan dengan senang hati menyerahkan rumah tersebut? Bahkan sekawanan semut pun akan melawan saat sarang mereka dirosak! Hey... inilah yang terjadi di Palestina! Dan penjajahan itu dilakukan oleh para pemuja Setan yang secara sistematis ingin menguasai dunia, zionis Yahudi terlaknat. Mengapa kita tidak mahu peduli?

Kata "laknat" mungkin masih terlalu sopan untuk disandingkan pada kata "Israel". Dalam buku "Israel Menjarah Organ Tubuh Muslim Palestina" ini, mata kita akan dibuka untuk melihat fakta yang terjadi, bahwa para tentara Iblis itu tidak hanya membunuhi penduduk awam Palestina dengan serentetan peluru hingga jasadnya berlubang-lubang, akan tetapi para doktor Israel masih menambah kebiadaban itu dengan mempreteli organ-organ vital dalam mayat penduduk Palestina untuk diperjualbelikan! Kemudian menjahit kembali dada yang terbelah itu dengan jahitan amat kasar, dan mengirimkan jenazah yang sudah tanpa ginjal, jantung, bahkan bola mata itu kepada keluarganya. Sungguh sadis! Bahkan membacanya saja kita akan merasa mual dan ikut merasa sakit.

Mengapa Yahudi Israel boleh melakukan hal menjijikkan seperti itu? Mengapa dunia seolah bungkam dengan apa yang dilakukan zionis Israel? Mengapa media internasional bisu dan kaku jika membicarakan kebiadaban Yahudi? Sementara untuk bernostalgia dengan tragedi holocaust yang dilakukan Nazi atas Yahudi, seluruh dunia ikut bersimpati. Berbagai buku ditulis, berbagai film yang menyentuh hati dibuat, seperti "Life is Beautiful", sehingga kita ikut menitiskan air mata untuk mereka.

Sesungguhnya holocaust yang lebih menakutkan tengah terjadi di dunia detik ini, saat kita telah begitu sering tersenyum sambil mengatakan "Peace...!" namun pada kenyataannya, tidak ada kedamaian di Palestina kecuali dalam hati mereka yang merindukan perjumpaan dengan Tuhan! Apakah kita mengidap autis sehingga tidak tergerak untuk mempelajari lebih dalam kiprah Yahudi terlaknat ini?

Membaca buku ini kita akan mengerti ke-arogan-an Yahudi, yang bahkan presiden Amerika pun berada di bawah ketiak mereka. Kita juga akan faham bahwa sejak kanak-kanak, pendidikan formal telah mengajarkan murid-murid di Israel membenci orang Arab, membenci Palestina, dengan segala dongeng dusta yang mereka karang-karang, membuat anak-anak yang seperti kertas polos itu terprogram menjadi monster tak berhati bagi non-Yahudi.

Monday, March 7, 2011

Solat Berjemaah: Asas Kekuatan Peribadi, Masyarakat Dan Ummah

Solat Berjemaah: Asas Kekuatan Peribadi, Masyarakat Dan Ummah
Penulis: Ustaz Mohammad Subki & Abdul Rahman Al-Hafiz
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Solat berjemaah mengajar kita prinsip mengiktiraf hak orang lain. Seorang imam tidak boleh memimpin solat sesuka hati tanpa persetujuan makmum dan mengambil kira keupayaan makmum.

Muaz bin Jabal pernah ditegur Nabi semasa menjadi imam kerana memanjangkan solatnya. Justeru, imam harus mengambil kira agar solat, doa atau khutbahnya (jika solat Jumaat) tidak terlalu panjang demi menjaga kemaslahatan umum. Semakin tinggi kehalusan budi dan seni berbahasa maka semakin tinggi jugalah sesebuah tamadun itu.

Seperti kata seorang budayawan, "Umat yang ada akar dan jati diri itu adalah umat yang ada identiti budaya yang tinggi." Maka solat berjemaah mendidik umat untuk berbudaya tinggi. Tinggi budaya adalah salah satu ciri yang perlu ada bagi sesebuah tamadun yang terbilang.

- Tuan Guru Sheikh Haji Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki -

Sunday, March 6, 2011

Rasulullah Is My Doctor

Rasulullah Is My Doctor
Penulis: Jerry D. Gray
Terbitan: Sinergi
Harga: RM40.00

Thibbun nabawi (pengubatan ala Nabi Muhammad saw.) ini seharusnya melekat erat dalam hati setiap Muslim dalam kehidupan sehari-hari kerana contoh terbaik dan doktor terbaik bagi umat Islam adalah Firman Allah SWT melalui lisan Muhammad saw. dan buku yang ditulis saudara Jerry ini membuktikannya.

Saturday, March 5, 2011

41 Kelebihan Rasulullah SAW

41 Kelebihan Rasulullah SAW
Penulis: Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-Sulami
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM8.00

“Maklumat dalam risalah kecil ini adalah merupakan pilihan pengarangnya daripada riwayat yang sahih, tidak ada yang boleh diputuskan sebagai daif. Inilah keistimewaan risalah ini berbanding dengan kitab-kitab yang lain”. (Tahqiq Bidayah al-Sul, ms. 12)

Kandungan buku ini keseluruhannya menunjukkan kepada ketinggian darjat Rasulullah SAW, maka kita sebagai umatnya wajib menyayangi Baginda dengan mengikut petunjuk dan ajarannya yang sebenar, bukan hanya sekadar mencipta slogan atau cogankata yang ditulis untuk dilaungkan.

Friday, March 4, 2011

Kembara Dua Kota – Mendamba Cinta Ilahi

Kembara Dua Kota – Mendamba Cinta Ilahi
Penulis: Nor Dalilah Abd Rashid
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM20.00

Mengerjakan haji adalah kemuncak penyerahan jiwa seorang hamba kepada PenciptaNya dan seharusnya dilakukan dengan penuh jiwa kehambaan. Sesungguhnya dalam ibadah haji ini terkandung sejuta kenikmatan dan kerahmatan dari Allah SWT pada hambaNya. Justeru itu, mengapa kita mengguhkannya dan menanti hari esok untuk menggarap kenikmatan dan kerahmatan ini jika kita mampu menunaikannya seawal mungkin? Usia muda bukanlah alasan untuk tidak menunaikan haji. Sebaiknya, rukun Islam ke-5 ini tidak ditangguhkan sekiranya seseorang itu berkemampuan kerana tiada siapa yang tahu bila kita akan dijemput menemui Ilahi.

Thursday, March 3, 2011

Allah is Calling

Allah is Calling
Penulis: Zainudin Hashim
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Sesungguhnya persoalan hidayah adalah tugas dan kerja Allah SWT, walaupun mungkin dari segi zahirnya seseorang itu kelihatan tidak beriman dan mungkin juga jelas menentang-Nya, namun dari segi batinnya tiada seorangpun yang tahu bahawa dia benar-benar cenderung dan suka kepada kebenaran, khususnya Islam, satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Bagi kita yang memang lahir daripada keluarga Islam, tidak mudah untuk menghukum seseorang terutama dari individu yang bukan Islam, bahawa mereka adalah ahli neraka dan pasti akan kekal menghuni di dalamnya. Tetapi persoalannya di sini, pernahkah kita berjumpa mereka dan berkata sesuatu mengenai Islam sebelum menjatuhkan apa-apa hukum terhadapnya sebelum mengatakan bahawa mereka memang ahli neraka.

Itulah kesilapan yang memang semulajadi ada pada diri kita yang memang suka menjatuhkan hukum kepada individu tertentu terutama di kalangan bukan Islam, malah ia jadi trend di kalangan kita. Sepatutnya kita sudah berubah menjangkau lebih daripada itu, iaitu menjadi golongan yang bersedia untuk memimpin mereka ke jalan selamat di dunia dan akhirat dengan menjadikan ‘Sirah Nabi Muhammad’ sebagai inspirasi untuk berdakwah.

Justeru, buku ‘Allah is Calling’ ini diharapkan menjadi sumber bacaan kepada kita untuk menilai semula apakah peranan yang telah kita laksanakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan menyeru seramai mungkin manusia ke jalan makruf dan meninggalkan jalan-jalan mungkar bertepatan dengan ikrar dan sumpahan kita dalam setiap solat fardu yang kita lakukan.

Sesungguhnya individu-idividu yang tercatat dalam buku ini adalah segelintir daripada mereka yang mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah, walaupun mereka terdiri daripada bangsa yang jahat, dilaknat dan dibenci Allah iaitu Yahudi, namun terdapat di kalangan mereka sebenarnya yang cenderung dan minat kepada Islam, apapun ia bukan perkara mustahil bagi Allah SWT dan tidak tidak seorangpun yang mampu menghalangnya jika Dia mahu berbuat demikian.

Sejarah telah membuktikan bahawa Abdullah Bin Salam di zaman Rasulullah s.a.w., Ka’ab al-Ahbar dan Wahb Bin Munabbih juga adalah berketurunan Yahudi, tetapi mereka adalah segelintir Yahudi yang telah berjasa kepada perkembangan Islam dan mati kerananya.

Wednesday, March 2, 2011

Bila YB Berbicara Parlimen Islam

Bila YB Berbicara Parlimen Islam
Penulis: Fathi Yakan
Terbitan: Syabab Global
Harga: RM17.90

Cabaran pentadbiran berkonsepkan Islam begitu kuat dirasakan pada masa kini dengan berbagai halangan dan rintangan yang perlu ditempuh oleh seorang pejuang Islam. Justeru buku ini menjelaskan fungsi dan peranan mereka serta memapar penerapan nilai-nilai Islam yang perlu ada dalam sesebuah sesebuah pentadbiran yang dinamik, efektif dan relatif. Oleh itu, perlunya usaha menjelaskan tentang matlamat dan halatuju yang dimainkan oleh perwakilan Islam tersebut untuk menafikan tanggapan masyarakat yang memandang sinis tentang keupayaan sistem Islam. Moga usaha tersebut berhasil dengan bantuan Allah S.W.T.

Justeru, peranan dan fungsi siasah ini perlu difahami oleh semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan visi dan misi sesebuah gerakan Islam, supaya setiap gerak kerja yang dilakukan mampu difahami, dilaksanakan dan pentingnya dijelaskan kepada masyarakat umum. Oleh itu, pendekatan terhadap keupayaan melaksanakan sesuatu perkara itu bukanlah nilaian utama sebaliknya bergantung sejauh mana perwakilan umat Islam itu berjaya meyakinkan sistem pentadbiran yang ada demi kesejahteraan negara.

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA
Konsep Dan Pandangan Mengenai Fiqh Politik Dan Parlimen

BAHAGIAN KEDUA
Beberapa Langkah Dalam Menghadapi Pilihan Raya

BAHAGIAN KETIGA
Lampiran Dokumen

Tuesday, March 1, 2011

101 Rekreasi Hati

101 Rekreasi Hati
Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Kartunis: Nik Wafdi Nik Jaafar
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM17.00

Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).

Keistimewaan buku ini:

• Sesuai dibaca semua peringkat umur.
• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
• Mendekatkan pembaca kepada hadis.
• Senang difahami dan dihayati.
• Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan.
• Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
• Sebagai bimbingan kepada remaja.

Renung-Renungkan & Selamat Beramal

Renung-Renungkan & Selamat Beramal
Penulis: Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali (Prof Izzi)
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Buku ini adalah himpunan kata-kata motivasi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, negarawan, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya. Sasaran kata-kata motivasi ini ialah semua yang sudi membaca dan menghayatinya. Skop persoalan kata-kata ini pula merentasi soal ketuhanan, kerasulan, iman, ibadah, akhlak, kesihatan, pendidikan, cinta, hiburan, alam akhirat, kekeluargaan, kemasyarakatan, rumah tangga, jihad, motivasi, psikologi, nasihat, iktibar dan sejarah. Anda mesti memiliki buku ini kerana ianya merupakan rujukan segera (quick reference) yang amat bermanfaat untuk bacaan senggang dan bahan tazkirah, nasihat dan pengajaran kepada yang memerlukan.