Pages

Thursday, August 30, 2012

Zikir Keamanan - Hazamin Inteam


Album: Zikir Keamanan
Artis: Hazamin Inteam
Terbitan: Inteam Records
Harga: 19.90

Riwayat Bidadari Syurga


Album: Riwayat Bidadari Syurga   
Artis: Munif Ahmad  
Terbitan: Hijjaz Records   
Harga: 25.90

1. Sumayyah (Versi Okestra) 
2. Zinnirah 
3. Ratu Balqis 
4. Aisya Humaira 
5. Siti Khadijah 
6. Ratu Syahadah 
7. Riwayat Adam Dan Hawa 
8. Pesona Zulaikha 
9. Demi Cinta Zainab 
10. Siti Mariam 
11. Bidadari (Versi Okestra) 
12. Ainul Mardiah 
13. Di Sebalik Bayangmu (Fatimah Dan Ali) 
14. Hurul Ain 
15. Rabiatul Adawiyah 
16. Halimatus Saadiah

Juzuk Amma & Terjemahan


Album: Juzuk Amma & Terjemahan
 Artis: Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim 
 Terbitan: Hijjaz Records 
 Harga: 19.90

Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim - Gemersik Munajat (CD)

Album: Gemersik Munajat 
 Artis: Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim 
 Terbitan: Inteam Records 
 Harga: 19.90

Sullam al-Mubtadi (Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar)


Sullam al-Mubtadi (Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar)
Penulis: Al-Alim Al-Amil Wa Al-Allamah Al-Kamil Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM18.00

Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab kecil yang diberi nama Sullam al-Mubtadi Fi Makrifah Tariqah al-Muhtadi iaitu Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar iaitu karangan Al-Alim Al-'Allamah Amin Al-Khair Al-Fahamah Maulana Wa Qudwatuna AI-Syeikh Daud Bin Al-Marhum Al-Syeikh Abdullah A1-Fathani. 

Kitab ini membicarakan tentang ilmu Usuliddin atas jalan ahli Sunnah wa al-Jama'ah dan juga berkenaan hukum Fiqah. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi, maka sebuah kitab besar akan diterbitkan iaitu syarah bagi kitab ini yang diberi nama kitab Kifayah al-Muhtadi iaitu karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma'il al-Fathani. 

Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan agama. 

Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah perkataan asalnya. Kitab ini amat digalakkan kepada pembaca supaya mempelajarinya melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang pengajian pondok supaya ilmu yang kita perolehi lebih mantap dan diberkati.

Membersihkan Diri dan Masyarakat Daripada Bid'ah dan Khurafat


Membersihkan Diri dan Masyarakat Daripada Bid'ah dan Khurafat
Penulis: Syeikh Muhmmad Al-Ghazali, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, Syeikh Wahbah Al-Zuhaili
Penterjemah: Prof.Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM35.00

Bid'ah dan khurafat boleh diumpamakan sebagai barah atau kanser dalam agama. Sekiranya tidak dicegah dan diredakan dari awal dan akarnya, ia mampu memusnahkan akidah umat Islam. Lebih-lebih lagi bagi kita umat akhir zaman ini yang semakin besar dan hebat cabarannya. Dihimpit oleh kepesatan serta perkembangan teknologi dan kemodenan. Zaman yang dipenuhi dengan godaan nikmat dunia yang melekakan. 

Di sebalik kepesatan itu sesetengah individu mencari jalan pintas untuk mengisi kekosongan jiwa mencari kebenaran. Inilah yang sering membawa mereka ke lorong yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. AI-Qur'an dan Sunnah tidak dijadikan asas utama di dalam kehidupan. lni boleh melemahkan dan meruntuhkan agama serta umat Islam. Peluang ini sememangnya diintai dan ditunggu-tunggu oleh musuh-musuh Islam. Bagaimanakah cara untuk menghadapi situasi ini agar tidak menjadi barah yang lebih serius dan kronik? 

Pandangan yang diberikan oleh tiga tokoh ulama besar ini iaitu Syeikh Muhammad AI-Ghazali, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan Syeikh Wahbah AI-Zullaili amat bernas. Sememangnya usaha ulama-ulama Islam sejak dari dahulu hingga sekarang dalam memerangi bid'ah dan khurafat ini tidak pernah susut. Lebih-lebih lagi di era informasi dan ilmu di hujung jari dan dunia tanpa sempadan ini. 

Usaha berterusan untuk mempertahankan ajaran Islam yang suci ini adalah teguh dan diteruskan oleh generasi baru yang juga diperteguhkan dengan asas Islam yang sebenar. Dan buku ini merupakan salah satu rujukan dan bacaan untuk usaha murni itu. Maka buku ini amat sesuai untuk semua peringkat masyarakat dalam mempersiapkan diri menghadapi tekanan dan dugaan yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuh dan memusnahkan Islam. Bersamalah kita membersihkan diri dan masyarakat daripada unsur-unsur bid'ah dan khurafat agar hidup kita di dunia lebih bermakna dan berkualiti untuk akhirat yang diberkati.

Gerbang Cinta

Gerbang Cinta
Penulis: Khalid Abdul Rahman Al-'Ikk
Terbitan: Ibnu Katsir
Harga: RM25.00

Pedoman setiap keluarga, pasangan suami isteri, yang bakal menjejaki pelamin, pengantin baru dan yang di ambang pernikahan.

Wednesday, August 29, 2012

Sifat 20 Menuju Ma'rifatullah

Sifat 20 Menuju Ma'rifatullah
Penulis: Amiruddin Syah
Terbitan: Institut Kajian Tasawuf Jakarta
Harga: RM30.00

Al-Quran Waqaf & Ibtida'

  Al-Quran Waqaf & Ibtida'
Penyusun: Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM75.00

Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Perubatan Semulajadi Dari Herba

Perubatan Semulajadi Dari Herba
Penulis: Akmal Hj. M. Zain
Terbitan: Crescent News
Harga: RM20.00

Dewasa ini terdapat pelbagai penyakit yang sukar diubati serta menyebabkan seseorang individu terpaksa menahan penderitaan akibat kesakitan. Terdapat juga mereka yang kehilangan orang yang dikasihi. Walhal setiap masalah ada jalan penyelesaiannya jika diusahakan secara berterusan serta istikamah. Begitu juga dengan penyakit yang dihadapi pasti ada ubatnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa tumbuh-tumbuhan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia. Kandungan zat makanan yang tinggi serta vitamin di dalam sayur-sayuran membolehkan manusia dapat mengekalkan daya ketahanan badan terhadap sebarang jenis penyakit. Di dalam buku ini pembaca akan menemui beberapa tumbuhan yang mendatangkan penyembuhan. Selamat membaca....

Tuesday, August 28, 2012

Buku Pintar Islam

Buku Pintar Islam
Terbitan: Zaman
Harga: RM55.00

Sebuah buku yang menghimpun data-data penting tentang: 

- profil negara-negara dengan mayoritas penduduk muslim 
- organisasi-organisasi Islam internasional dan nasional 
- kekhalifahan-kekhalifahan besar dalam sejarah Islam 
- kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara 
- surah-surah Al-Quran berdasarkan urutan turun 
- indeks tema-tema penting Al-Quran 
- kitab-kitab tafsir dan hadis termasyhur 
- teks Piagam Madinah & khutbah wada
- 99 asmaul husna & 200 julukan Nabi Muhammad 
- panduan salat, zakat, puasa, dan haji 
- masjid-masjid istimewa seantero dunia
- nama-nama bayi muslim dan masih banyak lagi … 

Rujukan abadi para pelajar, mahasiswa, guru, dosen, peneliti, wartawan, dai/mubalig, ulama, pegawai pemerintah, aktivis LSM, dan politisi.

Monday, August 27, 2012

The International Jew And The Protocols Of The Elders Of Zion

The International Jew And The Protocols Of The Elders Of Zion
Penulis: Henry Ford
Terbitan: Dar Al Wahi Publication
Harga: RM45.00
 
The International Jew is relevant to all of us, even if Henry Ford addressed this question to the Americans. Its insights into the roots of today's political situation is astounding and prophetic. The International Jew and the Zionist movement have assumed gigantic proportions affecting the peace of the world.

Wednesday, August 22, 2012

Kisah Cinta Dalam al-Quran

Kisah Cinta Dalam al-Quran
Penulis: Misbah Em Majidy
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM22.00

Secara bahasa kata cinta bererti kasih sayang. Lawan kata cinta adalah benci. Pengertian cinta adalah, kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat, dikira dan dirasa baik. Cinta Allah kepada para hamba-Nya adalah bentuk reda-Nya kepada diri mereka, yang disertai kebaikan-kebaikan Allah terhadap para hamba tersebut. Cinta seorang hamba kepada Allah adalah bentuk penta’dziman (pengagungan) kepada-Nya, yang terwajahkan dalam perilaku ketaatan, kebaktian dan rasa tunduk yang tulus dalam menjalankan amal ibadah dan ubudiyah kepada-Nya.

Banyak Sedekah Menjadikan Hidup Lebih Berkat

Banyak Sedekah Menjadikan Hidup Lebih Berkat
Penulis: Abu Ahmad Abdul Fattah
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Membela orang miskin dan mereka yang susah, adalah perintah agama. Ketika Allah berbicara tentang mata air syurga dan gelas yang isinya minuman kafur, yang dihadiahkan-Nya kepada penghuni syurga, ia menjelaskan tindakan mereka di dunia. Allah hadiahkan kesemua itu kerana, "Dahulu mereka gemar memberi makan orang miskin, anak yatim dan para tawanan." (Al-Insan [76]:8).

Ketika Melafazkan Tiada Tuhan Melainkan Allah

Ketika Melafazkan Tiada Tuhan Melainkan Allah
Penulis: Zainudin Hashim
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Ikutilah kisah menarik para muallaf yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman. Naskah ini juga akan berusaha untuk mendedahkan kedua-dua perbezaan maksud antara dua perkataan yang sinonim dengan orang bukan Islam dan mereka yang cenderung kepada Islam iaitu ‘taufiq’ dan ‘hidayah’.

Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
Penulis: Asadullah Al-Faruq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”. 

Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini. 

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri. 

Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.

Zikir Ibu Mengandung

Zikir Ibu Mengandung
Penulis: Muhammad Mahmud
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Di saat kehamilan, seorang ibu akan mengalami perubahan-perubahan psikologi. Kegelisahan dan kecelaruan biasanya menghampiri. Apatah lagi, ibu itu mengandung anak sulung. Faktor tekanan jiwa atau stress yang mungkin menjadi masalah tersendiri baginya. 

Tapi usah bimbang, jangan khuatir, sebagai seorang muslimah kita mempunyai tips tersendiri untuk mengatasi semua itu. Antara caranya adalah dengan membanyakkan zikir kepada Allah dengan zikir yang sunnahkan. Dengan cara begitu hari-hari ketika mengandung akan terasa lebih bermakna. 

Buku ini juga dilengkapi dengan pengetahuan soal pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada ibu mengandung. Ini sangat menarik untuk dikaji dan didalami, kerana setiap hembusan nafas ibu yang mengandung dapat memberatkan amalnya di akhirat kelak. 

Semoga kita semua diberikan Allah keberkatan dalam setiap usaha kita menjadi insan yang bertaqwa.

Tuesday, August 21, 2012

Pemuda Yang Dirindukan Syurga

Pemuda Yang Dirindukan Syurga
Penulis: Dr Sulaiman Qasim al-Ied
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM20.00

Generasi muda yang hidup pada generasi awal Islam sangat memahami akan kepentingan usia muda mereka. Ini adalah waktu di mana diri terangsang bagi bersaing dan semangat yang berkobar-kobar dimanfaatkan dalam rangka menggapai keredhaan Allah.

Kursus Lengkap Perkahwinan

Kursus Lengkap Perkahwinan - Adab & Bimbingan Menjadi Suami Isteri Berjaya
Penulis: Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM25.00 
 
Buku ini diharapkan dapat membantu generasi muda yang bakal berumahtangga ataupun mereka yang sudah berumahtangga bagi membina keluarga dan generasi yang bahagia atau keluarga sakinah.

Tajwid Ilmi Dan Amali - Mengikut Kaedah Rasm Uthmani

Tajwid Ilmi Dan Amali - Mengikut Kaedah Rasm Uthmani
Penulis: Ustaz Mahadi Dahlan Al-Hafiz
Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid
Harga: RM9.00

Siapakah Thaghut?

Siapakah Thaghut?
Penulis: Dr Hamdan Muhammad
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM18.00 
 
Buku ini adalah edisi pembaikan daripada versi asal yang telah diterbitkan pada tahun 1984. Memandangkan kandungannya yang sentiasa relevan sepanjang zaman maka pihak kami merasakan amat sesuai buku ini diterbitkan semula terutama untuk tatapan generasi muda yang kehausan buku dakwah dan fikrah.

Monday, August 20, 2012

Permata Ilmu Tauhid: Satu Pendalaman Terhadap Iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Permata Ilmu Tauhid: Satu Pendalaman Terhadap Iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Penulis: Syekh Ibrahim al-Laqqoni
Terbitan: Pustaka Jiwa
Harga: RM25.00

Buku ini merupakan terjemahan Syarah Jauhirah al-Tauhid lil Bajuri

Thursday, August 16, 2012

Travelog Luka Air Mata Syria

 Travelog Luka Air Mata Syria
Penulis: Riduan Mohamad Nor, M. Abdul Malik Abdul Karim, Ahmad Ulwan Hassim
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Buku ini mendedahkan secebis daripada lautan pahit maung kehidupan rakyat Syria di bawah pemerintahan keluarga Assad melalui peristiwa berdarah dan penyembelihan beramai-ramai.

Dakwah Fardiyah - Pendekatan Personal Dalam Dakwah

Dakwah Fardiyah - Pendekatan Personal Dalam Dakwah
Penulis: Dr Sayid Muhammad Nuh
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM18.00 
 
 Buku ini membedah secara tuntas tentang dakwah fardiyah, mulai dari definisinya, urgensinya hingga strategi pendekatan yang diperlukan untuk dapat menyentuh mad'u masing-masing. Penulis juga menyertakan contoh-contoh aplikatif mengenai dakwah fardiyah dari kisah hidup Rasulullah dan para sahabat.

Senyumlah

Senyumlah
Penulis: Tuan Ibrahim Tuan Man
Terbitan: VI Venture
Harga: RM17.00

Buku ini lahir dari ilham para peminat Facebook Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendesak agar hasil nukilan beliau berbentuk tazkirah motivasi agama yang disiarkan satu persatu dalam laman Facebook dikumpulkan dalam sebuah buku. Banyak nasihat ini tidak ternilai harganya dan perlu dibaca oleh seramai mungkin untuk sama-sama 'Senyum' tatkala mengharungi ujian Allah di dunia sementara ini.

Tuesday, August 14, 2012

Terjemah Maroqil Ubudiyah

Terjemah Maroqil Ubudiyah: Syarah Bidayah Al-Hidayah
Penulis: Muhammad Nawawi Al-Jawi
Terbitan: Mutiara Ilmu
Harga: RM30.00 
 
Buku ini adalah kitab terjemahan dari kitab syarah Maroqil Ubudiyah 'alaa Matni Bidayatil Al-Hidayah karya Muhammad Nawawi Al-Jawi sedang kitab Bidayatil Hidayah sendiri merupakan karya Imam Al-Ghazali. Maka kitab ini merupakan penjelasan dari  Bidayatil Hidayah yang menghuraikan secara terperinci dan menerangkan setiap bab yang terdapat dalam kitab tersebut.

Soal Jawab Wasiat Islam

Soal Jawab Wasiat Islam: Solusi Permasalah Perwarisan Islam
Penulis: Amir Bahari
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Keistimewaan buku ini:
 
1) Boleh dijadikan sebagai modul panduan dalam menyediakan wasiat Islam
2) Kandungan buku ini dipersembahkan dalam gaya yang cukup menarik, kemas serta padat
3) Maklumat dan rujukan di dalamnya diberikan pendekatan baharu (diadun dalam bentuk soalan dan jawapan yang pendek serta tepat)
4) Teks ditransformasikan kepada bentuk rajah, carta aliran dan jadual agar lebih mudah difahami
5) Turut disertakan dengan panduan mengisi borang wasiat, lampiran berita dan isu-isu terkini mengenai wasiat dan paparan kes sebenar yang berlaku di Malaysia untuk panduan dan pedoman para pembaca

Monday, August 13, 2012

Piagam Kefahaman Islam

Piagam Kefahaman Islam
Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00 
 
Dalam buku ini, Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa telah meletakkan beberapa usul atau kaedah yang patut menjadi pegangan dan pendirian kepada para ulama dalam menghadapi pelbagai persoalan kehidupan.

Diari Pedoman Nuha dan Ulfah

Diari Pedoman Nuha dan Ulfah
Penulis: Noorjehan binti Baharudin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM9.00

Novel kanak-kanak Muslim berserta doa-doa harian

Menanti Fajar Menyingsing: Detik-detik Kebangkitan Rakyat Mesir

Menanti Fajar Menyingsing: Detik-detik Kebangkitan Rakyat Mesir
Penulis: Muhammad Abdul Malik
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00 
 
Naskhah ini wajar menjadi pilihan yang tepat bagi yang ingin meneliti dan mengkaji revolusi Mesir yang berlaku kerana:
1) Dilengkapi catatan harian peristiwa-peristiwa yang berlaku
2) Disusun berdasarkan laporan media cetak & elektronik Mesir
3) Membongkar rahsia-rahsia sebelum & selepas revolusi
4) Kupasan & huraian pengajaran di sebalik peristiwa

Apabila Mualaf Bertanya 40 Soal Jawab Mengenai Islam

Apabila Mualaf Bertanya 40 Soal Jawab Mengenai Islam
Penulis: Al-Jufri
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM22.00

Pengalaman individu mahupun secara berkumpulan mengenai pencarian agama anutannya yang sebenar ternyata begitu pelbagai sama ada dari segi proses kearah itu mahupun tingkat penghayatannya. Buku Apabila Mualaf Bertanya 40 Soal Jawab Mengenai Islam mengungkapkan koleksi pertanyaan yang pernah dibangkitkan oleh sebilangan mereka yang tidak pasti mengenai ajaran Islam. Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah mengislamkan dan mendaftarkan lebih 1,000 orang mualaf sejak 1993, sudah tepat waktunya buku seumpama ini di terbitkan.

Irkam Ma’ana Bahtera Menuju ke Syurga

Irkam Ma’ana Bahtera Menuju ke Syurga
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

"Ya bunayya, irkam ma'ana." Maksudnya, "Wahai anakku, naiklah bersama kami." 

Itulah pujukan Nabi Nuh kepada anaknya, pada saat banjir kilat lagi besar berlaku sebagai hukuman kepada kaumnya. Anaknya ditenggelami air, walhal Nabi Nuh dan mereka yang beriman selamat di atas bahtera. 

Irkam Ma'ana. 
Naiklah bersama-sama kami. Naik ke mana? Persoalan yang muncul dalam hati. 
Mari kita ikut bersama menjadi hamba sebenar Illahi.

Thursday, August 9, 2012

Hakikat Pemikiran Politik Hasan Al-Banna

Hakikat Pemikiran Politik Hasan Al-Banna
Penulis: Dr Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Harga: RM19.90

Melalui buku ini, penulis mengupas pemikiran Hasan Al-Banna tentang siyasah syar'iyah. Penulis cuba merungkai pemikiran politik Al-Banna yang selama ini dipersepsikan sebagai tokoh yang menganjur pelbagai cara termasuk revolusi untuk menegakkan negara Islam. Berdasarkan analisis dan kajian, pembaca akan mendapati bahawa Al-Banna merupakan seorang yang fleksibel dan menolak kekerasan.

Genius Soleh Vol.2 - Adab & Akhlak Mulia

Genius Soleh Vol.2 - Adab & Akhlak Mulia
Terbitan: I M Global Resources
Harga: RM19.90

Senarai Lagu:

1. Alam Kurniaan Tuhan
2. Cantiknya Alam Semesta
3. Adab Bersyukur
4. Allah Tuhan Kita
5. Kasihnya Tuhan Kita
6. Rasul Sebagai Contoh
7. Adab dan Doa Tidur
8. Adab dan Doa Masuk Tandas
9. Adab Solat
10. Adab dan Doa Makan
11. Adab Dengan Ibu Bapa
12. Adab Menuntut Ilmu
13. Adab Bersahabat

Keajaiban Surah-Surah Al-Quran

Keajaiban Surah-Surah Al-Quran
Penulis: Ustaz Sharhan Safie
Terbitan: Vesselmas
Harga: RM18.00

Buku ini menyingkap 114 surah Al-Quran menurut Nabi Muhammad SAW & keluarganya yang merupakan panduan hidup kepada semua manusia sepanjang zaman.


Tahafut Al-Falasifah


Tahafut Al-Falasifah - Membongkar Tabir Kerancuan Para Filosof
Penulis: Imam al-Ghazali
Terbitan: Nuansa Cendekia
Harga: RM50.00

Karya paling monumental sang Hujjatul Islam Imam al-Ghazali  yang secara terbuka menyerang legitimasi dan bahasa seputar logosentrisme berkaitan dengan wujud (being).

Kebangkitan Pos-Islamisme, Analisis Strategi dan Kebijakan AKP Turki Memenangkan Pemilu

Kebangkitan Pos-Islamisme, Analisis Strategi dan Kebijakan AKP Turki Memenangkan Pemilu
Penulis: Ahmad Dzakirin
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM36.00

Perkembangan Islam dan politik di Turki menjadi fenomena yang sangat menarik akhir-akhir ini. Keberhasilan kelompok Islam untuk memengaruhi proses politik nasional setelah mewujud dalam partai politik yang dominan perlu mendapatkan perhatian khusus. Bukan saja karena kehadiran para aktivis Islam yang tergabung dalam AKP (Adalet ve Kalkinma Partisi) ini mampu mengurai persoalan pelik hubungan Islam dan negara, tetapi lebih dari itu, proses panjang gerakan Islam mampu masuk dalam mainstream politik Turki dengan ideologi sekuler paling kuat didunia ini juga patut menjadi bahan diskusi. Dibalik kesuksesan AKP dalam meraih dukungan politik yang kuat di Turki tentu memiliki banyak faktor yang saling berkaitan.

Buku yang ditulis oleh Ahmad Dzakirin ini mencoba untuk melihat sisi-sisi kemenangan kelompok “islamis” yang terlembaga melalui AKP dan pengaruh sosok Recep Tayyib Erdogan dalam mendongkrak popularitas partai. Tentu saja disamping karena didukung oleh kemampuan institusi dalam menggerakkan resources yang dimiliki (Resources Mobilization Theory) ditambah dengan tokoh fenomenal yang memiliki reputasi baik, dinamika sosial politik Turki berpengaruh dalam mengantarkan AKP mendapatkan momentum.

Wednesday, August 8, 2012

Sebelum Aku Bernikah

Sebelum Aku Bernikah
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Sebelum Aku Bernikah, 
Telah aku lamar seorang perempuan, 
Aku kira engkau adalah dia, 
Aku berharap engkau adalah dia, 
Boleh jadi bukan, 
Boleh jadi ya, 
Kerana engkau sahaja aku cinta, 
Bukan tunangku, 
Bukan yang nanti menjadi isteriku, 
Melainkan dia adalah engkau, 
Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku..

Travelog Kehidupan Abadi; Perjalanan Menuju Dewasa

Travelog Kehidupan Abadi; Perjalanan Menuju Dewasa
Penulis: Roza Roslan
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00 

Travelog Kehidupan Abadi, Perjalanan Menuju Dewasa membenarkan saya berfikir dan merenung kembali sebagai seorang lelaki, ayah, dan insan yang sedang menuju kedewasaan yang hakiki. Ini adalah sebuah buku yang tidak khusus buat wanita semata-mata. 
Prof. Madya Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said, Pensyarah Ekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia 

Penulis sentiasa menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusiaan yang menyentuh jiwa. Teguran bersahaja tetapi tepat dapat dijadikan pengajaran kepada semua pembaca. 
Roshanilawatey Jusoh, Pendidik, Kota Bharu, Kelantan 

Sebagaimana siri yang terdahulu, Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa ini meneruskan perjalanan penulis mencari cinta abadi milik Allah. Buku ini adalah sambungan daripada perca hidup penulis. Paling menarik penulis menceritakan kisah lintasan hati seorang anak kecil yang ingin ke luar negara. Ia adalah hasrat hati yang tidak pernah luntur.

Tuesday, August 7, 2012

Melayari Nikmat Rumahtangga

Melayari Nikmat Rumahtangga
Penulis: Sheikh Fuad Saleh
Penyusun: Ustaz Sharhan Safie
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM39.90

Buku ini merupakan hadiah yang terindah daripada penulis yang akan menjadi panduan lengkap buat saudara-saudari yang rindukan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat dalam membina alam rumahtangga.

Merisik Strategi Makhluk Jin

Merisik Strategi Makhluk Jin
Penulis: Ustaz Sharhan Safie
Terbitan: Vesselmas
Harga: RM25.00

Inilah buku yang anda perlukan untuk menguasai strategi jin dan syaitan sehingga anda boleh mengalahkan mereka dan menang dalam hidup anda. Buku ini hebat kerana ia merisik dan mengupas strategi jin, syaitan dan bala tentera syaitan dari kalangan manusia.

Thursday, August 2, 2012

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik

Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik
Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara benar tapi pelik yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan serta bukti-bukti kebesaran Allah.

101 Doa Mohon Makbul

101 Doa Mohon Makbul
Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Kartunis: Nik Wafdi Nik Jaafar
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, tulisan Dr Zahazan Mohamed. Dipersembahkan semula secara santai dan menarik dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan oleh Kartunis Nik.

Buku Pintar Asbabun Nuzul

Buku Pintar Asbabun Nuzul
Penulis: Muhammad Chirzin
Terbitan: Zaman
Harga: RM36.00

Mengerti Peristiwa dan Pesan Moral di Balik Ayat-Ayat Suci Al-Quran 

Buku ini ditulis untuk mengungkap peristiwa-peristiwa di balik turunnya ayat-ayat Al-Quran (asbâb al-nuzûl) dan menyarikan pesan moralnya yang terus relevan dengan keadaan umat Islam sekarang. Diperkaya dengan indeks ayat dan disusun secara sistematik, buku ini memudahkan anda mencari dan menikmati asbabun nuzul sesuai dengan topik yang anda perlukan. Selamat menjelajahi keagungan kalam Ilahi, selamat menyerap inspirasi untuk hidup di bawah naungan Kitab Suci.

Wednesday, August 1, 2012

SMILE

SMILE
Penulis: Irma Hasmie
Terbitan:PTS
Harga: RM13.00

Apabila perubahan membawa kepada kebaikan, ketenangan menjadi teman. Dia penghapus resah dan pengukuh keyakinan.

Cahaya Di Atas Cahaya

Cahaya Di Atas Cahaya
Penulis: Oki Setiana Dewi
Terbitan: Mizania
Harga: RM45.00 
 
Buku ketiga Oki Setiana Dewi