Wednesday, February 29, 2012

Siri Buat Duit

1) Buat Duit dengan Katering, Hizamnuddin Awang & Imran Yusuf - RM14.00
2) Buat Duit Dengan Baiki Handphone, Asyraff Hafdzan Abdullah - RM17.50
3) Buat Duit Dengan Salun, Mahsuri Ayu - RM14.50
4) Buat Duit dengan Jaga Budak, Masnah Ali & Imran Yusuf - RM14.50
5) Buat Duit dengan Tadika, Rashidah Rafie Abd Rashid - RM17.00
6) Buat Duit dengan Pasar Malam, Johar Seman - RM16.00
7) Buat Duit dengan Kedai Jahit, Rashidah Mat Nor - RM14.00
8) Buat Duit dengan Kraf Tangan, Rashidah Mat Nor - RM14.00
9) Buat Duit dengan Seminar, Samsudin Wahab - RM15.00
10) Buat Duit dengan Video Kahwin, Rizal Abd. Rashid - RM14.50
11) Buat Duit dengan YouTube, Zamri Mohamad - RM18.00
12) Buat Duit sebagai Ejen Unit Amanah, Sunthara Segar - RM16.00
13) Buat Duit dengan Affiliate, Azahar Abdul Rahman - RM14.50
14) Buat duit sebagai Ejen Insurans & Takaful, Sunthara Segar - RM17.00
15) Buat Duit dengan Foto, Muhamad Bin Ali - RM14.50
16) Buat Duit dengan Jual Pakaian, Saat Sulaiman - RM13.50
17) Buat Duit dengan Restoran, Junaidah Hamdan - RM15.50
18) Buat Duit dengan Lembu, Johar Seman - RM14.00
19) Buat Duit dengan Tuisyen, Osman Affan - RM15.50
20) Buat Duit dengan Blog, Yazid Yahya - RM14.50
21) Buat Duit dengan Cenderamata, Abdullah Badrishah - RM14.00
22) Buat Duit dengan Cendawan, Mohd Fakhrulrazi Safiai & Rusila bt Yusof - RM13.50
23) Buat Duit dengan Ikan Keli, Mohd Fakhrulrazi Safiai - RM14.00

Tuesday, February 28, 2012

Amalan dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad

Amalan dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad
Terbitan: PTS
Harga: RM3.50

Amalan-amalan kesukaan Nabi Muhammad memberikan pengamalnya nilai kerohanian yang tinggi. Setiap amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad berdasarkan dalil yang kukuh daripada wahyu Allah. Sebagai umatnya, wajar setiap amalan yang dilakukan oleh beliau menjadi ikutan sebagai petunjuk jalan menuju Allah.

Doa adalah senjata bagi orang beriman. Berdoa dengan penuh pengharapan kerana Allah sentiasa mendengar. Pendek ataupun panjang doa bukan ukuran, tetapi kerendahan hati dan keyakinan menjadi nilai di sisi Allah. Nabi Muhammad sentiasa berdoa walaupun beliau kekasih Allah.

Buku kecil ini menghimpunkan koleksi amalan dan doa kesukaan Nabi Muhammad yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan dan doa ini dipetik daripada koleksi hadis-hadis sahih dalam kitab Riyadus solihin susunan Imam Nawawi.

Mulakan Kerja dengan Doa

Mulakan Kerja dengan Doa
Terbitan: PTS
Harga: RM3.80

Setiap kerja perlu disertakan dengan doa. Usaha dan kesungguhan dan diiringi doa menjadikan kerja lebih bermakna. Doa menjadikan kita tenang menghadapi cabaran dan rintangan. Doa dan harapan membuahkan tawakal dalam diri insan.

Buku ini menghimpunkan koleksi doa yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian pekerja.

Monday, February 27, 2012

Akidah : Pemahaman & Perpecahan Umat Sepanjang Zaman

Akidah : Pemahaman & Perpecahan Umat Sepanjang Zaman
Penulis: Dr Engku Ahmad Zaki
Terbitan: Must Read
Harga: RM19.90

Persoalan akidah merupakan persoalan yang amat penting dalam kehidupan Muslim. Akidah yang benar lagi mantap dapat menyelamatkan seseorang Muslim daripada kancah kesesatan. Oleh sebab itu, setiap Muslim berkewajipan mempelajari, memahami, menghayati dan seterusnya mempraktikkan persoalan akidah Islam agar mereka beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Namun, akhir-akhir ini gejala ajaran sesat, fenomena murtad dan masalah sosial semakin membarah dalam sendi masyarakat Islam. Kesemuanya berpunca daripada ketipisan atau ketohoran akidah yang bertapak dalam jiwa sanubari setiap Muslim. Generasi Rasulullah SAW dan para sahabat merupakan contoh terbaik dalam hal ini. Mereka memiliki akidah yang kental, ibadah yang konsisten dan perhiasan akhlak yang terbilang sehingga mereka muncul sebagai generasi terbaik dan cemerlang dalam segala lapangan hidup.

Buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan akidah, pemahaman ilmu yang benar dan pengamalan yang konsisten di samping perhiasan akhlak terpuji di kalangan umat Islam agar mereka lahir sebagai umat yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah SAW dan para sahabat.

25 Pahlawan Islam

25 Pahlawan Islam
Penulis: Shafie Abdul Rahman
Terbitan: Must Read
Harga: RM20.00

Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.

Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkanlah diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.

Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kinidalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya-Allah.

Friday, February 24, 2012

Hikmahnya Dakwah Rasulullah: Ilmu Perbandingan Agama

Hikmahnya Dakwah Rasulullah: Ilmu Perbandingan Agama
Penulis: Yussamir Yusof
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM17.00

“Wahai Ahli Kitab, marilah berpegang kepada satu ketetapan yang tidak ada perselisihan di antara kami dan kamu..." Surah Ali Imran, ayat 64.

Dua perkara yang diseru oleh Allah. Menolak perbezaan yang memecah belahkan, dan mencari persamaan yang boleh menyatukan.

* Benarkah agama di dunia mempunyai persamaan?
* Adakah semua agama menyeru kepada Tuhan yang satu?
* Bagaimanakah Rasulullah dan nabi-nabi berdialog sewaktu menyebarkan agama Islam?
* Benarkah Bible adalah kitab penganut Kristian yang tidak boleh disentuh atau dibaca oleh orang Islam?

Hikmahnya Dakwah Rasulullah, membimbing kita berdakwah melalui pengalaman tokoh pendakwah berpengaruh di dunia. Pelajari bagaimana berdakwah dengan gaya yang lebih mesra, profesional dan tepat.

Thursday, February 23, 2012

Sejarah Agama Yahudi

Sejarah Agama Yahudi
Penulis: Muhammad Khalifah Hasan Ahmad
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM25.00

Sering diperkatakan tentang kezaliman Israel di Palestin. Bagimana seluruh dunia dapat menyaksikan kekejaman demi kekejaman yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin Kita juga sering mendengar bagaimana ganasnya penguasan Yahudi di dalam system ekomomi dan politik dunia. Pernah kita mendengar tentang Agama Yahudi? Ia merupakan salah satu agama tertua dunia.

Buku ini merupakan sebuah buku yang amat padat dengan maklumat dan informasi yang berguna kepada kita untuk mengetahui tentang sejarah dan asal-usul agama Yahudi. Amat penting bagi kita umat Islam agar kita lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dengan dakyah, propaganda dan tipudaya agama Yahudi yang sentiasa berusaha untuk menghapuskan dan memusnahkan umat Islam walau dengan apa cara sekalipun. Maka untuk memahami gerakan dan strategi Yahudi dan Zionis moden amat penting bagi kita untuk megetahui tentang agama Yahudi yang menjadi asas pegangan mereka. Kerana ini berkait rapat dengan sejarah bangsa Yahudi itu sendiri dan perancangan penguasaan mereka terhadap dunia ini.

Tuesday, February 21, 2012

Seindah Nama Semurni Peribadi

Seindah Nama Semurni Peribadi
Penulis: Ustaz Sharhan Shafie
Harga: RM35.00

Bonus VCD Seindah Nama Semurni Peribadi

Nama-nama mulia bayi Islam lelaki & perempuan.
Doa & zikir pilihan khusus ibu hamil agar anak lahir selamat, sihat, rupawan, soleh & solehah.

Saturday, February 11, 2012

Wangian Syurga Dalam Cintamu

Wangian Syurga Dalam Cintamu
Penulis: Faizal Osman
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM21.90

Himpunan 40 kisah cinta Islami dalam Wangian Syurga Dalam Cintamu.

‎~ Kisah cinta mereka lebih asyik dari kisah cinta Romeo & Juliet, lebih hebat dari kisah cinta Mumtaz & Shah Jehan. Kisah cinta mereka kukuh di atas landasan syariat. Kisah cinta mereka dipandang Allah, bermula di dunia, berkekalan di syurga. ~

Tuesday, February 7, 2012

At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Qur'an; Surah As Saff

At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Qur'an; Surah As Saff
Penulis: Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM10.00

Tuan Guru selain memimpin harakatul dakwah terbesar di negara ini, dengan segunung hambatan masa, berkejaran mengisi program, di sela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja, menyampaikan tazkirah dan pelbagai program berorientasikan ilmu. Gabungan di antara ilmu dan segudang pengalaman di medan amal islami, maka terbitlah karya ini bagi menambah koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kitab tafsir ini mengandungi mutiara yg berharga sebagai bekalan di jalan dakwah, menjelaskan kapada kita tentang kewajipan amal jamaie sebagai jalan untuk meninggi dan memperkasakan agama islam. kitab ini juga menjelaskan tentang generasi al-quran dan para rasul yg dihadapkan dengan pertembungan iman dan kufur, hak dan batil. Islam yg diserukan mendapat hambatan dan kekangan namun perjuangan ini terus mendapat dokongan pencinta kebenaran. islam tidak mampu disirnakan oleh musuh Allah SWT walaupun pelbagai modus operandi yg mereka melakukan, cahaya Islam terus menerangi buana ini , menerjah kuping telinga manusia.

Terima kasih kepada semua warga kerja JUNDI yg sentiasa mendokong kerja penerbitan yg melelahkan ini, tidak lupa juga kepada pengarang kitab ini yg memberikan peluang kepada kami. Penerbit mengucapkan jutaan penghargaan kepda para pembaca yg sentiasa menunggu buku-buku terbitan kami, memberikan komentar yg menyalakan api semangat untuk kami terus menyuburi ladang dakwah yg luasnya tidak bertepi. Kami tidak pernah menutup hati dan telinga untuk menerima teguran daripada khayalak yg tulus untuk melihat pembaikan dalam buku-buku yang kami terbitkan. Selamat membaca kami ucapkan.

Tuan Direktur

Tuan Direktur
Penulis: Hamka
Terbitan: Pustaka Dini
Harga: RM15.90

Tuan Direktur ialah sebuah naskah yang ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya lemak-lemak santan yang menyusupi segenap deria jiwa. Setiap faedah dan amaran dari cerita atau katanya halus melekat di ruang sanubari mengajak kita mensempadani atau menaledani. Ingatkan pesan panjang ini, yang menikam kelobaan kita untuk mencari dan terus mencari sampai tidak tahu berhenti.

Al-Ikhwan Al-Muslimun - Siapa Kami & Apa Yang Kami Inginkan

Al-Ikhwan Al-Muslimun - Siapa Kami & Apa Yang Kami Inginkan
Penulis: Amer Syamakh
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM19.00

Buku ini menjelaskan hakikat gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun, mulai dari ideologinya, tujuannya, paradigma berfikirnya, hingga pandangan-pandangannya. Tidak bijak rasanya menghakimi sesuatu sebelum mengetahui hakikatnya. Dan untuk menghakimi siapa sesungguhnya gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun, inilah bukunya.

Monday, February 6, 2012

Menuju Kesatuan Fikrah Aktifis Islam

Menuju Kesatuan Fikrah Aktifis Islam
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM18.00

Islam adalah sebuah sistem universal yang lengkap mencakup seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara, bangsa dan tanah air, pemerintahan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan. Islam adalah kultur dan perundang-undangan, sains, dan hukum. Islam adalah materi, usaha dan kekayaan. Islam adalah jiad dan dakwah, tentara dan ideoologi. Sebagaimana islam dan sekaligus ibadah yang benar.

Sunday, February 5, 2012

Nashaihul 'Ibad Imam Nawawi (Nasihat-Nasihat Agama Kepada Calon Penghuni Syurga)

Nashaihul 'Ibad Imam Nawawi (Nasihat-Nasihat Agama Kepada Calon Penghuni Syurga)
Penulis: Abu Mazaya Al-Hafiz
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM60.00

Nasihat-nasihat agama dan tuntunan bagi manusia menuju ke hadrat Allah swt. Sangat penting bagi siapa sahaja yang ingin selamat dalam merentasi pelbagai rintangan dan halangan di dunia menuju kehidupan di syurga.

Saturday, February 4, 2012

Agar Al-Quran Menjadi Teman

Agar Al-Quran Menjadi Teman
Penulis: Dr. Majdi al-Hilali
Terbitan: Zaman
Harga: RM25.00

Apakah Anda juga mencari kebahagiaan, ketenangan, dan kedamaian hati? Merindu mendekatkan diri kepada-Nya? Menginginkan hati Anda benar-benar hidup?
Al-Quran menyeru kita untuk mendapatkan semua itu. Wahai orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kepada sesuatu yang memberi kalian kehidupan (al-Anfâl [08]: 24).

Al-Quran benar-benar akan menumbuhkan iman di hati—betapapun kerasnya hati itu—dan membuatnya dahaga akan cinta kepada Allah; rasa yang mengalahkan cinta dan takut kepada siapa dan apa pun selain-Nya.

Al-Quran adalah ruh dan sumber tenaga hati. Siapa yang kehilangan Al-Quran, ia kehilangan peluang besar untuk hidup secara hakiki, kehilangan kesempatan menikmati kebahagiaan, keridaan, dan surga dunia.

Al-Quran bukan lembaran teori. Ia tidak akan mewujud dalam kenyataan jika kita tidak bersungguh-sungguh memetik manfaatnya.

Disertai kisah, pengalaman, dan pesan para ulama klasik dan kontemporer, buku ini hadir menemani para pencinta Al-Quran untuk membaca Kitab Suci secara substantif: untuk mendapatkan petunjuk, obat jiwa, dan perubahan diri menjadi lebih baik, lebih berhasil, dan lebih bahagia.

Friday, February 3, 2012

Untuk Muslimah yang Tak Pernah Lelah Berdakwah

Untuk Muslimah yang Tak Pernah Lelah Berdakwah
Penulis: Rochma Yulika & Umar Hidayat
Terbitan: Pro U Media
Harga: RM15.00

Buku ini tidak hanya menjadi rujukan mengapa dakwah penting dilakukan Muslimah, namun juga bagaimana kesuksesan berdakwah boleh pula diraih para Muslimah. Penulis menjelaskan pentingnya keseimbangan diri bagi para Muslimah manakala kesuksesan berdakwah hendak dicapai, yakni menjaga keseimbangan fikriyah, ruhiyah dan jasadiyah. Ketika keseimbangan potensi terjaga, produktivitas dakwah akan teraih. Melalui formulasi 4T, penulis juga memberikan resepi sederhana bagaimana kesuksesan berdakwah tergapai.

Rakaizud Dakwah - Konsep Dasar Gerakan Dakwah

Rakaizud Dakwah - Konsep Dasar Gerakan Dakwah
Penulis: Dr. Majdi al-Hilali
Terbitan: Media Insani
Harga: RM26.00

Konsep-konsep berdakwah diperjelaskan didalam buku ini.

Thursday, February 2, 2012

Kutemui Cinta-Nya

Kutemui Cinta-Nya
Penulis: Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya. Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.

Wednesday, February 1, 2012

Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi

Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi
Penulis: Us. Hj. Nik Azran Mohamad & Us. Hj. Mahadi Hj. Isa
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM35.90

Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini.

Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi HRP memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi 2 siri bagi memudahkan pembaca memilikinya.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawaIslam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslim yang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang Satu dan Muhammad itu pesuruhNya harus sama-sama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim. Amin..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”