Sunday, September 30, 2012

Tiket Haji daripada Tuhan

Tiket Haji daripada Tuhan
Penulis: J. Rahmat
Terbitan: PTS
Harga: RM19.50

Bagi setiap individu Muslim, pasti mempunyai cita-cita dan niat menunaikan haji ke Tanah Suci. Namun, tidak semua hamba-hamba-Nya terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. 

Tiket Haji daripada Tuhan mengisahkan J. Rahmat, ahli geologi yang sudah bekerja 20 tahun sebagai pegawai di sebuah syarikat minyak dan gas negara. Namun, kehidupan beliau cukup sederhana. Sejak mula bekerja, beliau menggunakan sebahagian besar gajinya bagi menguruskan anak-anak yatim, anak-anak miskin, dan orang terlantar. 

Suatu hari, keajaiban berlaku apabila beliau mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang mengumpulkan wang untuknya ke Tanah Suci. Dari sini, bermula sebuah kisah yang penuh asyik, sedih, dan padat dengan pengajaran haji daripada sudut yang berbeza iaitu Tuhan memilih tetamu-Nya dan melayaninya dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Fiqh Imam Syafie

Fiqh Imam Syafie
Penulis: Ridzuan Ahmad
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Fiqh Imam Syafie mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan biografi Imam Syafie. Antara maklumat menarik adalah: Kita mengetahui bagaimana beliau mampu menonjol dalam pelajaran walaupun miskin. Kita juga melihat kehebatan Imam Syafie yang diminta berfatwa seawal umur 15 tahun.

Bahagian kedua membincangkan asas pemikiran fiqh Imam Syafie. Pelbagai informasi unik diketengahkan, antaranya: Kita mengetahui asas dan kaedah Imam Syafie dalam mengeluarkan hukum. Kita juga meneliti dan memahami setiap satu istilah unik dan penting seperti zahir al-nas, istihsan, dan al-ihtiyat. Fiqh Imam Syafie membuka jalan perkenalan kita dengan tokoh agung ini.

Travelog Budak Mentah

Travelog Budak Mentah
Penulis: Hafizul Faiz
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM19.00

"Setiap yang tua pernah muda, namun setiap yang muda tidak semestinya tua. Perjalanan hidup punya cerita yang berbeza bagi setiap manusia meskipun datangnya mereka daripada sulbi yang satu iaitu Nabi Adam dan Hawa a.s. Hafizul Faiz anak muda gigih, membaca, memikir dan menulis setiap yang dilaluinya. 

Jujur berkongsi dan jelas hala fikirnya, bukan semua orang sudi berkongsi cerita, apatah lagi cerita dirinya sendiri... namun untuk dakwah, untuk perkongsian beliau mengambil jalan yang jarang dipilih oleh rakan seusianya malah mungkin yang berganda usia daripadanya."

Mens Sana In Corpore Sano

Mens Sana In Corpore Sano
Penulis: Subky Abdul Latif
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

 Semoga 29 sorotan rencana yang dimuatkan dalam ‘Kumpulan Kupasan Politik Yang Kejang’ ini dapat membawa pembaca melalui ruang lingkup liku-liku kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya. Sesungguhnya ia adalah jihad yang mesti dilalui dan ia tidak pula suatu yang senang tetapi ia tidak pula suatu yang sukar. Jalan ke Putrajaya itu sentiasa tertutup untuk perubahan. Pengalaman yang banyak dan panjang mengajar mengapa perjalanan itu suatu yang mustahil sebelum ini? Hanya hujung dasawarsa pertama dan awal dasawarsa kedua alaf baru ini ruang menuju perubahan politik dan sosial itu terbuka. Semua yang dimuatkan dalam buku ini adalah bagi membantu pembaca memahami apa yang sudah terjadi dan yang sedang terjadi.

Saturday, September 29, 2012

Pakej Read Easy Phonics Beginner's Level

Pakej Read Easy Phonics Beginner's Level (Early Reading Series)
Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
Terbitan: One Stop Computer and Language Consultancy
Harga: RM39.90

Kandungan Pakej: 8 Buah Buku, 1 VCD Panduan dan 6 Keping Kad Imbas 

Mengenai Produk 

Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca dalam Bahasa Inggeris. Ia juga dapat membantu bukan pengguna Bahasa Inggeris untuk memahami bahasa tersebut dengan mudah. 

Keistimewaan Produk 
- Sistem Fonetik 
- Suku kata mudah 
- Bermakna dan berulang 
- Dua warna 
- Berima 
- Kurang Gambar

Kumpulan Lengkap Amalan Nabi Yang Diremehkan

Kumpulan Lengkap Amalan Nabi Yang Diremehkan
Penulis: Haifa Binti Abdullah ar-Rasyid
Terbitan: Al-Salam Publishing
Harga: RM30.00

Selain ikhlas, dalam beribadah kepada Allah Ta'ala kita diperintahkan untuk berittiba' (mengikuti) sunnah (ajaran) Rasulullah S.A.W. Namun, bila mengengok realita yang ada, kini umat Islam lebih banyak meninggalkan ajaran Nabinya. Ada yang meninggalkan karena kurangnya perhatian dan cenderung meremehkan ; ada pula yang justeru mengolok-olok, menolak terang-terangan, bahkan memerangi orang-orang yang menghidupkan sunnah. Na'udzu billahi. 

Menghidupkan sunnah Nabi artinya memahami petunjuk beliau S.A.W. mengamalkan dan mensosialisasikannya di tengah masyarakat, serta menganjurkan orang lain untuk mengikutinya dan melarang dari menyelisihinya. Rasulullah S.A.W. telah mewanti-wanti dengan sabda beliau, "Hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk, pegang teguhilah dan gigitklah kuat-kuat dengan gigi gerahammu." - HR. Abu Dawud dan Tirmidzi 

Buku istimewa ini menguraikan berbagai amalan sunnah Nabi yang diremehkan oleh kebanyakan kaum muslimin, di antaranya masalah thaharah, shalat, safar, haji dan umrah, serta berbagai adab mulia dan muamalah lainnya. Sunnah yang dimaksud buku ini adalah sunah yang bermakna 'mandub' dan 'mustahab'. yaitu segala sesuatu yang diperintahkan Rasulullah S.A.W. dalam bentuk anjuran, bukan dalam bentuk pewajiban ; walaupun dalam beberapa amalan di antaran para ulama ada yang lebih menguatkan untuk mewajibkan. Dengan dikupas secara ilmiah, mudahan Anda semakin mantap untuk menghidupkan dan mengagungkan sunnah Nabi yang ada dalam buku ini.

Potret Salafi Sejati

Potret Salafi Sejati
Penulis: Tim Ulin Nuha
Terbitan: Al-Qawam
Harga: RM36.00

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku (sahabat), kemudian orang-orang sesudah mereka (tabi’in), kemudian orang-orang sesudah mereka (tabi’ut tabi’in) (HR. Bukhori dan Muslim) 

Mengikuti jejak para salafussoleh adalah suatu keharusan. Sebab, hati mereka adalah sebaik-baik hati manusia, ilmu mereka adalah sedalam-dalam ilmu manusia, paling sedikit bebannya, paling lurus jalan hidupnya,paling baik akhlaknya, dan paling paham terhadap Al Quran maupun As-Sunnah. Mereka adalah suatu kaum yang dipilih oleh Allah SWT untuk menolong Nabi-Nya dan menegakkan Agama-Nya.

Zamrud Yang Indah - Himpunan Kisah-Kisah Para Wali Allah

Zamrud Yang Indah - Himpunan Kisah-Kisah Para Wali Allah
Penulis: Prof Dr Jaudah Muhammad Abu Al-Yazid
Terbitan: Jasmin
Harga: RM20.00

Wednesday, September 26, 2012

Menzalimi Anak Tanpa Sadar

Menzalimi Anak Tanpa Sadar
Penulis: Nurul Chomaria
Terbitan: Aqwam
Harga: RM27.00

Ketahui 12 kesalahan yang sering terjadi dalam mendidik anak, di antaranya: Orang tua yang tak faham agama; Menolak keberadaan anak kerana menganggapnya sebagai beban; Menzalimi anak dengan ketidak adilan, berlaku kejam dan kasar, otoriter, dsb; Tidak menyayangi anak; Melupakan nafkah anak; Tidak memperhatikan pendidikan anak; Tinggal di lingkungan buruk yang tidak mendukung perkembangan positif anak; Tak mendidik anak dengan agama;

Syajaratul Ma’arif (Tangga Menuju Ihsan)

Syajaratul Ma'arif (Tangga Menuju Ihsan)
Penulis: Syaikh Al-'Izz bin bin Abdus Salam
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM50.00

Inilah “Syajaratul Ma’arif” sebuah kitab klasik, karya terbaik dari seorang ulama besar Al-’Izz bin Abdus Salam. Dengan penguasaan fikih yang mendalam serta wawasan yang luas, ia berbicara banyak hal dengan sangat rinci, diantaranya; Tentang ihsan, bagaimana berakhlak dengan nama dan sifat Sang Maha Rahman, perintah dan larangan Allah yang bersifat zahir maupun batin, amalan-amalan hati, amalan-amalan angota tubuh, tentang maslahat dan mafsadat, serta pembahasan lain yang semuanya disertai dengan nash-nash yang valid dari Al-Qur’an dan Sunnah.

40 Wasiat Emas Saidina Ali Abi Talib

40 Wasiat Emas Saidina Ali Abi Talib
Penulis: Dr Muhammad Dhani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Saidina Ali Ibn Abi Talib adalah Khalifah Islam vang keempat selepas Uthman Ibn Affan. Ketokohan beliau sebagai peminpin tidak dapat dinafikan oleh umat Islam. Saidian Ali karrama Allahu Wajhahu terkenal dengan kebijaksanaan dan keberaniannya. Dua ciri ini amat penting bagi seorang pemimpin ulung umat Islam bagi meneruskan perkembangan Islam ke serata dunia. 

Buku ini dimulakan dengan latarbelakang Saidina Ali untuk tatapan umat Islam. Kita perlu mengenali dengan mendalam sejararah hidup Khalit'all-khalitah Islam yang sanggup berkorban jiwa raga dan harta bencla mereka untuk Islam. Mereka adalah golongan yang dijamin mendapat syurga Allah s.w.t. Dengan mencontohi serta mengikut jejak langkah mereka dengan penuli keikhlasan. insyaAllah kita juga akan mendapat syurga Allah s.w.t. 

Buku ini juga dimuatkan dengan 40 wasiat emas Saidina Ali karrma Allahu wajhahu yang wajar dihayati olel kita semua. Wasiat-wasiat ini ibarat yang lampu suluh untuk membimbing manusia ke jalan yang benar bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Siapa Teroris Dunia?

Siapa Teroris Dunia? 
Penulis: Dr Haitsam Al-Kailani
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM20.00

Buku ini membahas tentang gerakan Israel sebagai satu-saunya negara yang didirikan di atas tapak terorisme.

Dr Mohamed Mursi: Dari Penjara Ke Istana, Presiden Mesir Nan Hafiz

Dr Mohamed Mursi: Dari Penjara Ke Istana, Presiden Mesir Nan Hafiz
Penulis: Hepi Andi Bastoni
Terbitan: Alam Raya
Harga: RM15.00
 
Buku ini bertutur tentang biografi  Dr Mursi, dimulai dari masa kecil hingga terpilih sebagai presiden. Kemudian menuturkan detik-detik Revolusi Mesir, proses pilihanraya umum hingga terpilihnya dia menjadi Presiden.

Tuesday, September 25, 2012

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu
Penulis: Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Terbitan: Kitaabul Ilmi
Harga: RM50.00

Seseorang yang mahukan kejayaan di dalam menuntut ilmu agama tidak akan mampu melakukannya dengan mudah, namun dia perlu mengikuti petunjuk dan bimbingan yang dianjurkan oleh para ulama. Sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk menuntut ilmu agama, maka pastikanlah diri anda tekun untuk terus membaca dan menela'ah buku-buku yang sarat dengan petunjuk dan bimbingan yang berharga yang di antaranya adalah buku ini yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin supaya dengan panduan yang diberi akan dapat memperkukuhkan lagi usaha kita di dalam meraih kejayaan dan redha ilahi.

Buku ini di antara kandungannya, ia memuatkan defini ilmu serta keutamaannya, adab-adab di dalam menuntut ilmu, faktur-faktur yang memberi kesan yang baik dalam meraih ilmu, kaedah menuntut ilmu dan bentuk-bentuk kesalahan yang perlu dihindari, bagaimana bermu'amalah dengan kitab, prioriti kitab yang perlu dibaca, contoh kitab-kitab terbaik yang perlu diutamakan, Fatwa-fatwa dalam persoalan ilmu, akhlak para penuntut ilmu, sikap terhadap perselisihan para ulama, kenapa ulama berselisih, nasihat buat penuntut ilmu, bahaya berbicara tanpa fakta dan ilmu, sikap menyelewengkan nama ulama, persoalan berpuak-puak, keutamaan mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya, serta beberapa panduan yang lain.

Akidah Akhir Zaman

 Akidah Akhir Zaman 
Penulis: Muhammad Zuhaili Saiman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM16.00

Akidah ini memimpin manusia untuk melihat (memerhati dan berfikir) alam semesta bagi mengenal siapa Penciptanya. Mengajar manusia bahawa alam ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya(semula jadi) tanpa ada Penciptanya. Mengajar sekalian manusia akan alam ini milik Penciptanya. Bahkan mengingatkan manusia akan kehidupan di dunia dan kehidupan selepas kematian. Dengan erti kata yang lain, akidah ini memimpin manusia ke arah perspektif yang lebih meluas untuk melihat sambil berfikir mengenai makhluk dan Penciptanya, dunia dan Akhirat, alam yang nyata dan alamyang ghaib.

Monday, September 24, 2012

Hukum-Hakam Azan & Iqamat

 Hukum-Hakam Azan & Iqamat 
Penulis: Ustaz Muhammad Haidzir Hussin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Azan dan iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah. Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat, malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat Islam. Buku ini perlu dimiliki kerana ia menyentuh isu dan hukum berkaitan azan serta iqamat secara terperinci, menukilkan pendapat-pendapat ulama secara ilmiah, menjawab permasalahan yang berkaitan dengan azan serta iqamat dan memberikan panduan berguna bagi para muazin.

Sakinah Mawaddah

  Sakinah Mawaddah
Penulis: Norfaradina Ab Ghafar
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM15.00

Berpisah itu kata manusia punca derita. Kata orang medan sengsara. Namun bagi Sakinah dan Mawaddah, perpisahan mengajar mereka erti kehidupan. Perpisahan mendidik mereka makna ketabahan untuk menjadi dewasa. Berkali-kali sepanjang usia mereka perpisahan datang menerpa. Namun jika bukan diri sendiri yang mengheret kaki untuk terus melangkah, lantas siapakah yang harus disandar harapan untuk memimpin tangan mendorong ikhtiar untuk hidup yang seterusnya? Sakinah dan Mawaddah, dua beradik yang terpisah kerana kerenah manusia. Namun mereka tetap cekalkan hati, terus berjalan mengembara atas dunia. Kerana janji Allah itu pasti. “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan kuperkenankan permintaanmu.” Mereka percaya doa mereka untuk kembali bertemu akan termakbul jua akhirnya. Kerana Sakinah dan Mawaddah adalah pelengkap kepada sebuah perasaan yang indah. Sakinah, ketenangan. Mawaddah, kasih sayang.

Padanya Ada Hikmah

Padanya Ada Hikmah
Penulis: Prof. Dr. Muhaya
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00
 
Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kasih yang tidak ada manisnya. Mungkin kita lupa, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia, dia menyertakan sayangnya dan menyisipkan kasihan-Nya. Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama hikmah.

Inilah 35 kisah penuh hikmah, yang terinspirasi daripada pengalaman Prof. Dr. Muhaya. Sekiranya ada yang bertanya seberapa mirip pengalaman Prof. Dr. Muhaya pada kisah yang diceritakan, jawapannya dapat dibaca pada halaman 'Bagaimana buku ini seharusnya dibaca'.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat
Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.

Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.

Saturday, September 22, 2012

Rahsia Simbol Yahudi

Rahsia Simbol Yahudi
Penulis:Ibnuyaacob
Terbitan: Moon Media
Harga: RM24.00
 
Membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, Peace, Walt Disney, Nazi, Dollar dan pelbagai lagi.

Rothschild - Yahudi Kepercayaan Dajjal

Rothschild - Yahudi Kepercayaan Dajjal
Penulis:Ibnuyaacob
Terbitan: Moonmedia
Harga: RM26.00

Buku ROTHSCHILD - YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL ini sangat PENTING DIBACA OLEH UMAT ISLAM, isu mengenai Dajjal seperti yang dikemukakan dalam buku ini sangat jarang disentuh dan apa yang diperkatakan dalam buku ini bukan tentang Dajjal itu sendiri, tetapi peranan yang dimainkan oleh orang kepercayaannya, yang jelas telah menghuru-harakan dunia (terutamnya dunia Islam) sejak beberapa kurun dahulu.

Thursday, September 20, 2012

Urutan Mesra Buat Si Manja

Urutan Mesra Buat Si Manja
Penulis: Dr Elaine Fogel
Terbitan: PTS
Harga: RM38.00

Kuasa sentuhan dan urutan sudah dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan yang baik kepada bayi anda. Antara kebaikan mengurut bayi adalah seperti berikut: 
- Membantu perkembangan dan tumbesaran badan bayi 
- Meningkatkan perkembangan otak bayi 
- Bayi lebih sihat dan selamat daripada serangan penyakit 
- Memberi ketenangan dan keselesaan kepada bayi 

Mengurut bayi juga mempunyai manfaat yang besar kepada ibu bapa. Antaranya: 
- Mengurangkan stres dan tekanan perasaan 
- Meningkatkan keyakinan dan kemahiran mendidik anak 
- Membina hubungan erat dan berkekalan dengan anak tersayang

Anak Kita Memang Pintar Cerdas - Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak

Anak Kita Memang Pintar Cerdas - Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak
Penulis: Hasan Mohd. Ali
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00


KANDUNGAN

Bab 1 Pintar Cerdas 
Bab 2 Fungsi Otak 
Bab 3 Persediaan Menjelang Perkahwinan 
Bab 4 Merangsang Janin Semasa Hamil 
Bab 5 Rangsangan Selepas Kelahiran 
Bab 6 Rangsangan Melalui Bahan Permainan 
Bab 7 Rangsangan Melalui Pemakanan 
Bab 8 Peranan Sekolah 
Bab 9 Menjadi Ibu Bapa Profesional

Tuesday, September 18, 2012

Risalah Al-Mustarsyidin - Tuntunan Bagi Para Pencari Petunjuk


Risalah Al-Mustarsyidin - Tuntunan Bagi Para Pencari Petunjuk
Penulis: Al-Harits Al-Muhasibi
Penerbit: Qisthi Press
Harga: RM70.00

Bustan Al-Wa'izhin - Suluh Penyucian Jiwa


Bustan Al-Wa'izhin - Suluh Penyucian Jiwa
Penulis: Ibnul Jauzi
Harga: RM70.00

Buku ini adalah karya klasik yang berkisar tentang bimbingan untuk selalu mengingat Allah, menggapai redhaNYA dan meraih kebahagiaan di akhirat. Buku ini bukan hanya memperingatkan manusia tentang tipu daya syaitan, namun juga menggambarkan pedihnya kematian, suasana alam kubur, perihal Hari Kiamat, situasi Padang Mahsyar, keadaan Syurga, Neraka, dan titian Shirath. 

Dengan buku ini, kita akan dituntun untuk menjadi seorang Muslim yang ikhlas, soleh, dan bertakwa, serta mengetahui kekurangan diri di hadapan-NYA. Sehingga, kesedaran jiwa kita pun akan tergugat untuk selalu berusaha meraih Redha-NYA

Ya Hanana - Qasidah & Selawat

Ya Hanana - Qasidah & Selawat
Bacaan Oleh: Al-Habib Syeikh Bin Abdul Qadir As-Sagaf
Harga: RM19.90

KANDUNGAN:
1. YA HANANA 
2. SOLATUN BISSALAMIL MUBIN 
3. NURUL MUSTOFA 
4. YA HABIB 
5. BUSYRA LANA 
6. AHLAN WA SAHLAN BINNABI 
7. YA THAIBAH 
8. QAD TAMMALLAH

Monday, September 17, 2012

Qasidah Burdah - Al-Habib Syeikh Bin Abdul Qadir As-Sagaf

Qasidah Burdah
Bacaan Oleh: Al-Habib Syeikh Bin Abdul Qadir As-Sagaf
Harga: RM19.90

Kebangkitan Gerakan Islam: Analisis Strategi & Polisi AKP Turki Memenangi Pilihanraya Umum

Kebangkitan Gerakan Islam: Analisis Strategi & Polisi AKP Turki Memenangi Pilihanraya Umum
Penulis: Ahmad Dzakirin
Terbitan: Alam Raya
Harga: RM25.00

Kasyafatus Sujak

Kasyafatus Sujak Syarah Safinatun Najah
Penulis: Abd Mu'ti Muhammad Nur
Terbitan: Darul Kutub Islamiyah
Harga: RM23.00

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM16.00

Thursday, September 13, 2012

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret
Penulis: Zabidi Mohamed
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM30.00
 
Memang lucu apabila bekas seorang bekas majistret berkongsi kisah dan pengalaman di dalam Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Dari Penjara Pudu merentas ke negeri Serambi Makkah, kisah-kisahnya amat menggelikan hati, namun tidak sepi dari nilai-nilai tarbiah. 

Dia di Mana-Mana

Dia di Mana-Mana
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM30.00 

Tidak dapat dinafikan bahawa kekuasaan Allah meliputi seluruh kejadian alam yang dicipta-Nya. Mengakui keesaan dan kekuasaan Allah itu adalah cabang iman sebenar. Apabila kita mengamati ayat-ayat Allah itu degan kesedaran tentang kekuasaan-Nya, pastilah timbul rasa yang mengagumkan. Tinggalkanlah sejenak segala kesibukan kita, nescaya kita akan dapat merasai kekaguman itu. Topik yang dikupas oleh penulis adalah tentang kejadian manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, angkasa raya, dan sumber rezeki. Melalui perbincangan pelbagai peristiwa dan makhluk yang dicipta oleh Allah, tentu para pembaca akan menyedari kekuasaan Allah yang wujud pada setiap saat dan tempat.

Jin dalam Al-Quran

Jin dalam Al-Quran
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00 

Ketika al-Quran dan sunah mengkehendaki kita percaya kepada perkara yang ghaib termasuk jin, ia bertujuan membawa kita menyedari betapa sedikit pengetahuan kita. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi sekelumit gambaran tentang pelbagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, sama ada yang dikenali mahupun yang belum atau tidak pernah dikenali hakikatnya sama sekali. Memang sejak mula lagi al-Quran mengingatkan ada wilayah tertentu dalam kehidupan ini yang mana akal dapat berperanan dan ada pula yang ditetapkan-Nya berada di luar kemampuan akal. Allah SWT tidak memberi kemampuan itu kepada manusia kerana wilayah itu tidak diperlukan dalam melaksanakan kehidupan seharian sebagai hamba dan khalifah di permukaan bumi ini. Cukuplah dengan akal yang ada pada manusia dalam setiap gerak dan langkahnya. Atau boleh jadi Allah SWT menerangkan tentang jin, syaitan, dan malaikat bagi menyedarkan kita banyak perkara yang tidak diketahui, termasuk selok-belok kita sendiri.

Agar Haji Tidak Sia-Sia

Agar Haji Tidak Sia-Sia
Penulis: Misbah Em Majidy
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM22.00 

Perbaruilah janjimu di hadapan Allah dengan mengakui segala keesaanNya. Dekatkan diri selalu kepada Allah ketika di Muzalifah. Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih haiwan korban. Lemparkanlah syahwat, kerendahan, kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jumrah (Jamarat). Cukurlah aib-aib lahir (kotoran) dan batinmu (dosa) ketika mencukur rambut. 

Tinggalkan kebiasaanmu yang selalu menurut kehendak (keinginan nafsu)mu, dan masuklah kepada perlindungan ke Masjidil Haram. Berputarlah di sekitar Baitullah dengan sungguh-sungguh mengagungkan Pemiliknya dan menyedari Kebesaran dan Kekuasaan-Nya. Beriltizamlah kepada Allah dengan penuh keredaan atas setiap ketentuan Allah dan rendahkan diri engkau di hadapan KebesaranNya. 

Tinggalkanlah apa saja selain Allah dalam hatimu ketika engkau melaksanakan tawaf perpisahan. Sucikan batinmu untuk menemui Dia (Allah Azza wa Jalla) pada hari pertemuan dengan Dia, ketika kau berdiri di Safa. Tempatkan dirimu pada pengawasan Allah dengan membersihkan seluruh perilakumu di Marwah.” Maka, lakukanlah dengan niat yang betul lurus dan sempurna, agar hajimu tidak menjadi sia-sia.

Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta Allah

Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta Allah
Penulis: Selamat Amir
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM13.00 

Sentuhlah jiwamu dengan ayat-ayat cinta Allah merupakan sebuah nukilan daripada seorang penulis muda yang menjelaskan mengenai kalimat-kalimat al-Quran yang ringkas, namun mampu menjadi motivasi kepada manusia yang berpegang kepadanya. Ini kerana, walaupun ringkas, namun ia mempunyai maksud tersirat yang panjang. Ianya menusuk sanubari sesiapa yang berpegang padanya.

Mauizhah: Catatan Bimbingan dari Seorang Guru

Mauizhah: Catatan Bimbingan dari Seorang Guru
Penulis: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM28.00

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Maushili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: "Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?" "Benar katamu wahai tuan guru." Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Maushili seterusnya: "Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati." 

Yang dimaksudkan dengan ilmu itu ialah syariat yang menjelaskan hukum-hakam dan peraturan Allah SWT. Sementara hikmah ialah kebijaksanaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia. Jasad dan tubuh manusia akan mati jika keperluan makan minumnya disekat, demikian juga rohani (jiwa) manusia akan mati jika tidak diberi ilmu dan hikmah yang menjadi santapannya. 

 Oleh itu, ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia, setiap manusia yang mengajar dan belajar ilmu akan mendapat manfaat masing-masing di dunia dan akhirat. Hayati bimbingan Tok Guru agar kita lebih belajar tentang hidup ini.

Tuesday, September 11, 2012

Mengenali Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj

Mengenali Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj
Penulis: Ahmad Juraij
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00

Sirah Nabawiyah (Ar-Rahiq Al-Makhtum)

Sirah Nabawiyah (Ar-Rahiq Al-Makhtum)
Penulis: Syeikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Harga: RM58.00

Ar-Rahiq Al-Makhtum adalah sebuah karya besar dan lengkap tentang riwayat hidup Nabi Muhammad yang ditulis oleh Syeikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri.

Keajaiban Langit Daripada Kesaksian Juruterbang Muslim

Keajaiban Langit Daripada Kesaksian Juruterbang Muslim
Penulis: Anas Al-Qauz
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM25.00
 
Terdapat 21 kisah yang disajikan dalam buku ini, kesemuanya ditulis berdasarkan kisah benar. Semoga kisah-kisah ini dapat menjadi nasihat dan pengajaran kepada kita semua. Amin.

Rahasia Di Balik Rahasia (Sirr al-Asrar)

Rahasia Di Balik Rahasia (Sirr al-Asrar)
Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Terbitan: Risalah Gusti
Harga: RM28.00

Rahasia Di Balik Rahasia ini adalah terjemahan dari kitab Sirr al-Asrar karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Rahasia Di Balik Rahasia, menyingkap tentang sufisme, menunjukkan bagaimana praktik lahiriyah seperti shalat, puasa, zakat dan haji, yang mengandungi suatu kekayaan dimensi batin yang harus ditemukan dan dinikmati, jika tindakan lahiriah ingin dilakukan dalam satu tata cara yang disukai (dikehendaki) Allah SWT. 

Buku ini dianggap salah satu di antara karya besar mistisme sufi klasik dari Syekh Abdul Qadir Al-Jailani (1077 – 1169), pendiri tarekat Qadiriyyah, persaudaraan sufi terbesar pertama yang menyebar ke seluruh dunia Islam.

Mengapa Israel Begitu Kejam

Mengapa Israel Begitu Kejam
Penulis: Rizem Aizid
Terbitan: Diva Press
Harga: RM20.00

Tentu belum lepas dari ingatan kita saat bangsa Israel menyerang Palestin habis-habisan. Tua-muda, wanita, hingga anak-anak warga keturunan Palestin yang tidak berdosa pun menjadi korban kekejaman kaum penjajah itu. Belum lagi adanya tragedi Mavi Marmara yang menyebabkan 19 orang aktivis kemanusiaan tewas dalam penyergapan tentara Israel.

 Sebenarnya, apa tujuan mereka melakukan tindak kekejaman itu? Dan, mengapa mereka mempunyai sifat kejam seperti itu? Sejatinya, kekejaman Israel tersebut tidak boleh lepas dari sifat, karakter, dan watak Bani Israil (nenek moyang mereka) di zaman kelahirannya dulu. Bahkan, dalam al-Quran pun telah dijelaskan bahawa bangsa Yahudi atau Bani Israil adalah bangsa pertama dan satu-satunya yang berani membunuh nabinya sendiri.

Lalu, apa sajakah karakter-karakter dari bangsa Israel tersebut? Jawapannya ada dalam buku ini. Secara detail dan komprehensif, buku ini akan menjelaskan tentang karakteristik dan sifat-sifat asli bangsa Israel tersebut dan tentunya berlandaskan pada firman Allah dalam al-Quran.

Tuhan Sedang Menguji Kita

Tuhan Sedang Menguji Kita
Penulis: Ustaz Kazim Elias
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM19.90

Monday, September 10, 2012

3 Artisek Jihad Modern

3 Artisek Jihad Modern
Penulis: Shalih Al-Hami
Terbitan: Kafayeh
Harga: RM27.00 
 
Dr Abdullah Azzam (Afghanistan)
Ibnul Khaththab (Chechnya)
Abu Mush'ab Az-Zarqawi (Iraq)
 
Biografi, Prinsip Perjuangan, Strategi Pergerakan, Inspirasi Kejayaan dan Nasihat-Nasihat Bimbingan

Yusuf al-Qaradhawi & Kebangkitan Rakyat

Yusuf al-Qaradhawi & Kebangkitan Rakyat
Terbitan: ABIM
Harga: RM22.00

Mesir: Sebelum Dan Selepas Dr Mursi

Mesir: Sebelum Dan Selepas Dr Mursi
Penulis: Riduan Mohamad Nor; M. Abd. Malik Abd. Karim
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM25.00

Wednesday, September 5, 2012

Kaedah BDN - Teknik Mudah Cepat Membaca Jawi

  Kaedah BDN - Teknik Mudah Cepat Membaca Jawi
Penulis: Wan Azhar Mahmood / Mohd Azly Ibrahim
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM29.00

Modul Jawi BDN berserta perisian ini merupakan satu kaedah baharu yang dibangunkan khas untuk membantu mereka (golongan yang bermasalah untuk menguasai Jawi) supaya lebih mudah untuk membaca dan sekali gus memahaminya. Modul ini juga turut diperkenalkan di institut pendidikan tinggi dan juga kepada bukan Islam yang mempunyai minat untuk mempelajari dan membaca tulisan Jawi tanpa perlu mengikuti pembelajaran secara formal. 

Berdasarkan daripada testimonial pelajar dan orang awam yang telah mempraktikkan kaedah ini, didapati mereka mampu membaca tulisan Jawi dengan lancar dalam tempoh lima hingga sepuluh jam sahaja selepas diberikan pendedahan dan pendekatan pembelajaran menggunakan Kaedah Jawi BDN ini. Keberkesanan 

Kaedah Jawi BDN terbukti mampu membantu mereka yang lemah dan buta Jawi. Modul Jawi BDN ini turut dilengkapi dengan Perisian Jawi BDN yang bersifat mesra pengguna. Sebanyak 450 patah perkataan telah diprogramkan dalam perisian ini bagi memudahkan carian perkataan dan apa yang lebih menarik, pengguna masih boleh menambah perkataan atau ayat-ayat sendiri mengikut kesesuaian tajuk serta keperluan pelajaran.

Energi Dan Keajaiban Surah Al-Fatihah

Energi Dan Keajaiban Surah Al-Fatihah
Penulis: Haji Abdul Rahman Bin Mohd Adil
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM17.00
 
Sesungguhnya surah al-Fatihah mengandungi energi dan kehebatan yang amat menggagumkan. Iblis pun tidak sanggup mendengarkan surah ini semasa diturunkan Allah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Abdillah.

Misteri & Rahsia Surah Al-Ikhlas

Misteri & Rahsia Surah Al-Ikhlas
Penulis: Haji Abdul Rahman Bin Mohd Adil
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM13.00

Kehebatan surah al-Ikhlas adalah kerana ia mengandungi kemuncak tauhid @ iman. Ia juga adalah amalan para sahabat & surah yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Antara kemuliaan surah ini adalah: 1. Mengakui keesaaan Allah SWT & 1 bantahan kepada orang Yahudi & Nasrani yang mengatakan Allah memiliki anak. 2. Surah ini mengandungi nama Allah yang agung. Apabila seseorang berdoa dengannya, pasti doanya dimakbulkan. 3. Disunatkan membacanya ketika hendak tidur pada malam hari, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Buku ini cuba mendedahkan rahsia & kehebatan kandungan surah al-Ikhlas. Semoga menerusi buku ini, para pembaca akan beroleh ilmu yang bermanfaat serta menjadi panduan kepada umat Islam supaya dapat beramal dengannya, Insya Allah….

Tuesday, September 4, 2012

Dahsyatnya Dajal Dan Simbol Syaitan

Dahsyatnya Dajal Dan Simbol Syaitan
Penulis: Drs. H. Toto Tasmara
Terbitan: Inteam
Harga: RM28.00

Dalam hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda bahawa di antara beberapa tanda datangnya hari kiamat adalah munculnya Dajal (al-Masih ad-Dajal) dan keluarnya bintang melata besar dari dalam bumi – dabbatan minal ardhi. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, serta Ashabus Sunan).

Tentera Allah Membela Para Rasul

Tentera Allah Membela Para Rasul
Penulis: Aleya Amirul
Terbitan: Syeikh Publisher
Harga: RM25.90