Wednesday, January 29, 2014

Ahmad Ammar: Satu Kematian Yang Hidup


Ahmad Ammar: Satu Kematian Yang Hidup 
Penulis: Mejar (B) Mohammad Qayyum 
 Terbitan: Casamas Resources 
 Harga: RM19.00

 Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau yang merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang "syahid yang tertangguh". Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk di Syria. 

 Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyanyangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. "Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.

Friday, January 24, 2014

Dahsyatnya Ramalan Rasulullah - Kumpulan Hadits Lengkap Rasulullah tentang Masa Depan Umat dan Dunia


Dahsyatnya Ramalan Rasulullah - Kumpulan Hadits Lengkap Rasulullah tentang Masa Depan Umat dan Dunia 
Penulis: Syaikh Musthafa Muhammad Abu al-Mu'athi 
 Terbitan: Salamadani, Bandung 
 Harga: RM40.00 

 Mungkin tidak banyak di antara kita tahu bahawa Baginda memiliki mukjizat dapat meramal peristiwa yang akan terjadi. Nubuwwah Rasulullah itu bersifat pasti kerana dibimbing oleh wahyu Allah. Syaikh Mustafa menulis lebih dari 125 ramalan yang terdiri dari 555 hadis secara tematik dan runut. Hingga kini ramalan-ramalan Rasulullah telah terbukti dan akan terus terjadi. Dengan mempelajari buku ini, keimanan kita nescaya akan semakin kuat kerana melihat dahsyatnya ketepatan ramalan Rasulullah SAW.

Wednesday, January 22, 2014

Pembimbing Ke Tanah Suci Edisi Kemas Kini


Pembimbing Ke Tanah Suci Edisi Kemas Kini 
Penulis: Haji Wan Mohd. Nor bin Haji Che Mohamed 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM13.00 

 Buku ini adalah sebuah buku panduan lengkap perjalanan dan bimbingan bagi melaksanakan ibadah fardhu haji, umrah, dan ziarah ke Tanah Suci. Bimbingan amalan dan doa diatur secara mudah, ringkas, dan lengkap, iaitu langkah demi langkah bermula dari rumah sehingga ke rumah selepas kembali dari Tanah Suci.

99Q Kecerdasan berasaskan ASMAULHUSNA


99Q Kecerdasan berasaskan ASMAULHUSNA 
 Penulis: Sulaiman Al-Kumayi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM65.00 

 Buku ini menyingkap rahsia serta makna tersirat di sebalik nama-nama Allah. Ilmu yang wajib difahami oleh semua yang bergelar Muslim. Di sebalik nama, terkandung khasiat yang tak ternilai harganya. Setiap nama Allah membawa pengertian yang mendalam dan khasiat yang ajaib bagi yang mengamalkannya. Bila selesai baca buku ini pastiya, bukan sahaja mengenal Allah melalui apa yang dihati, lebih mengingati Allah apa yang dinyanyi malah mendekati Allah dengan apa yang diaplikasi. Terhasilnya buku ini sedemikian rupa maka tidak keterlaluan buku ini merupakan manual kehidupan bagi muslimin dan muslimah yang perlu ada “di tangan” sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.

8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior

8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior 
 Penulis: Muhamad Akhmal Hakim bin Roslan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00

 "Buku ini adalah untuk mereka yang mahu meningkatkan kecerdasan dan 'kuasa sukses' dalam diri mereka. Sejarah ilmuwan-ilmuwan Islam yang diceritakan adalah menarik dengan kandungannya yang mudah difahami. Buku ini patut dimiliki setiap muslim bagi menjadi “superior” lantas menggandakan tahap sukses dalam kehidupan seharian mereka."

Tuesday, January 21, 2014

Saat Perpisahan Terakhir


Saat Perpisahan Terakhir 
 Penulis: Yusuf Al-Haj Ahmad 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00 

 Sesungguhnya bahagian manusia dari dunia ialah umurnya, jika digunakannya pada perkara yang berfaedah di negeri akhirat maka dia telah berjaya dalam perniagaannya, namun jika digunakannya dalam maksiat-maksiat dan keburukan-keburukan sehingga menemui Allah atas kesudahan yang buruk itu maka dia termasuk orang-orang yang rugi, dan berapa ramai orang yang rugi telah berada di bawah tanah. Orang yang berakal ialah orang yang menghisab dirinya sebelum dia dihisab oleh Allah, takut dari dosa-dosanya sebelum ia menjadi penyebab kebinasaannya. 

Berapa ramai manusia yang berterusan atas dosa-dosa kecil lalu terbiasa dengannya dan menjadi ringan atasnya tanpa pernah memikirkan suatu hari mengenai kebesaran yang diderhakainya, lalu ia menjadi penyebab su'ul khatimah (kesudahan yang buruk). Salaf soleh sangat takut dari kematian su'ul khatimah, Sahal At-Tusturi berkata: "Para siddiqin takut dari kematian su'ul khatimah pada setiap langkah dan pengerakan."

Monday, January 20, 2014

Jana Duit Dengan Membayar Hutang


Jana Duit Dengan Membayar Hutang 
 Penulis: Anuar Haniff & Dr. Mohd Nizal Haniff 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM14.00 

 Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca buku ini adalah:-
• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. 
• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik. 
• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal. 
• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN, kenderaan, perkahwinan serta perumahan. 
• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.
 • Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’. 
• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan harta/aset anda.

Wednesday, January 15, 2014

Kegemilangan Nadamurni & The Zikr (CD)


Kegemilangan Nadamurni & The Zikr (CD) 
 Terbitan: Inteam Records 
 Harga: RM19.90 

 Dengarkan seleksi lagu-lagu nasyid retro terbaik daripada dua kumpulan legenda, Nadamurni & The Zikr: 

 Assalamualaikum - Nadamurni 
Sepohon Kayu - The Zikr 
Indahnya Hidup Bersama Ilahi - Nadamurni 
Isteri Solehah - The Zikr 
The Bright Of Light - Nadamurni 
Air Mata Keinsafan - The Zikr
Rindu - Nadamurni Dinul Huda - The Zikr 
Harapan Pada Ayah Dan Ibu - Nadamurni 
Mengemis Kasih - The Zikr 
Munajat - Nadamurni 
Rasulullah - The Zikr 
Nun Di Sana - Nadamurni 
Antara Dua Cinta - The Zikr 
Sifat 20 - Nadamurni 
Dunia Baru Islam - The Zikr 
Haji Menuju Allah - Nadamurni

Wanita-Wanita Syurga


Wanita-Wanita Syurga (Percuma Buku Doa-Doa Mustajab untuk Wanita) 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM17.00 

 Kisah-Kisah Srikandi Agung yang terdapat dalam buku ini: 

 Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w. 
Fatimah Binti Muhammad, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w. 
Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang 
Rumaisa' Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal 
Nusaibah Bintiu Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.

Isabella


Isabella 
 Penulis: Abdul Latip bin Talib 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Ini adalah bahagian pertama menceritakan kisah kehidupan Isabella sejak dilahirkan sehingga menjadi ratu. 

Isabella dilahirkan dalam istana dengan penuh kemewahan, hidupnya mula berubah setelah kematian ayahnya. Beliau dianiaya oleh abang tirinya yang tamakan kuasa. Keadaan Isabella menjadi lebih sengsara apabila ibunya mengidap sakit mental. Isabella terpaksa hidup di bawah pengawasan abang tirinya yang kejam. Isabella hampir menjadi mangsa perkahwinan politik yang diatur abang tirinya. Akhirnya Isabella berkahwin dengan Ferdinand putera Aragon, bintangnya cerah sehingga berjaya menjadi ratu. 

 Bahagian kedua nanti akan menceritakan pula bagaimana seorang perempuan yang pada masa kecilnya hidup menderita, bersikap lemah lembut dan penyayang boleh bertukar watak menjadi kejam dengan memaksa orang Islam menukar agama, dihalau keluar dari Sepanyol malah ramai yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup sehingga pada zamannya tidak ada lagi umat Islam di Andalus...

Saturday, January 4, 2014

Smart Love - 98 Tip & Petua Menjadi Pasangan Suami Isteri Paling Bahagia


Smart Love - 98 Tip & Petua Menjadi Pasangan Suami Isteri Paling Bahagia 
 Penulis: Doktor Muhammad Yasir Musaddadi 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM15.00 

 Jangan sesekali rumahtangga muslim dihiasi dengan suara syaitan, baik berupa nyanyian, muzik, filem yang melihatkan aurat. Hendaklah pula sepasang suami isteri selalu memperbanyakkan zikir dan wirid bersama-sama. 

Setiap pasangan suami isteri hendaklah indah tutur katanya, ibadahnya, pergaulannya dan selalu mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t. Tidak ketinggalan juga mengamalkan kandungan Al-Quran dalam setiap langkap kehidupannya. 

Dalam buku ini diberi panduan dan petua bagi suami isteri untuk menambat hati pasangannya dan menjadikan rumahtangga di bumi ini laksana syurga yang begitu indah.

Travelog Kembara Bumi Syria


Travelog Kembara Bumi Syria 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM12.00 

 Kehadiran buku Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan Syria ini amat tepat pada masanya untuk menjelaskan perjuangan rakyat Syria yang disorot daripada sudut sejarah dan perkembangan kontemporari. Semoga usaha murni Dr Zulkifli ini akan membantu memberikan pencerahan khususnya kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangan rakyat Syria adalah tulen dan wajib dibantu daripada segala aspek khususnya bantuan kemanusiaan.

Sirah Nabi: Perjalanan Hidup Insan Agung


Sirah Nabi: Perjalanan Hidup Insan Agung 
 Penulis: Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM68.00 

 Meneladani Rasulullah Saw merupakan salah satu faktor yang membuatkan hati manusia tergerak untuk mencintai baginda. Lantas, jika sudah mencintai baginda, hati akan terdorong untuk berusaha mencari faktor-faktor yang dapat mendekatkan diri dengan baginda. Maka, semenjak fajar Islam menyingsing, umat Islam sudah berlumba-lumba menonjolkan keindahan Islam dan menyebarkan sirah hidup Rasulullah Saw yang mengharumkan dunia. 

Sirah Rasulullah Saw adalah semua perkataan, perbuatan dan akhlak baginda yang mulia. Saidatina Aisyah, isteri baginda berkata, “Akhlak baginda ialah al-Quran.” 

 Mengingatkan bahawa al-Quran ialah Kitab Allah dan himpunan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, maka tubuh yang berakhlak al-Quran seperti ini tentu merupakan manusia paling baik dan paling sempurna akhlaknya serta paling berhak mendapatkan kecintaan seluruh makhluk. 

Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah sebuah karya Sirah Nabi Saw yang telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan buku Sirah Rasulullah Saw anjuran Rabithah Alam Islami (Liga Dunia Islam), di Mekah al-Mukarramah.

Friday, January 3, 2014

Hafiz Hamidun - Zikir Terapi Diri 2 (CD)


Zikir Terapi Diri 2 
Artis: Hafiz Hamidun 
Harga: RM21.90 

 Track List: 
 Rabbi Zidni, Ilahi Last, Zaljalali Wal Ikram, Malikul Haq Allahu Ya Rahman, Maghfirah, Tubna Ilallah, Karimu Antallah Subhanallah Walhamdulillah, Habib Rabbibil Mustofa

Thursday, January 2, 2014

Zikir Zindagi - Ustaz Haslin Baharim


Zikir Zindagi 
 Artis: Ustaz Haslin Baharim 
 Terbitan: UNIC Records
 Harga: RM19.90 

 Track List: 

Jago-Jago (Urdu) 
Allah Beri Agama Untuk Yang Disayangi,
Zikir Istighfar 
Awasilah Anakmu, 
Zikir Munajat 1, 
Didiklah Anak Dengan Tiga Perkara 
Zikir Munajat 2, 
Bersedekahlah, 
Zikir Munajat 3, 
Bertawakallah 
Zikir Perlindungan Dari Api Neraka, 
Zikir Tubna Ila Allah 
 Doa Keselamatan, 
Bila Allah Sayang, 
Cemburulah 
Beribadahlah, 
Zikir Ya Latif, 
Isteri Solehah 
Siru Fi Himallah

Memahami Kehebatan dan Hak Wanita


Memahami Kehebatan dan Hak Wanita 
Penulis: Dr. Zubaidi W. Hj. Rahmat; Harun Arrasyid Haji Tuskan 
 Terbitan: Crescent News 
 Harga: RM35.00 

 Buku ini merungkai kehebatan dan keistimewaan wanita.

UNIC - Doa | Menampilkan Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre


UNIC - Doa | Menampilkan Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre 
 Terbitan: UNIC Records 
 Harga: RM19.90 

Wednesday, January 1, 2014

Pelita Hidup VI: Demi Islam & Perjuangan - Hijjaz


Pelita Hidup VI: Demi Islam & Perjuangan 
 Artis: Hijjaz 
 Terbitan: Hijjaz Records 
 Harga: RM25.90 

 Track List: 

Surah Ali-Imran 169-172 Bersatu Kita Teguh, Anak Gaza, Doa (Qunut Nazilah) Islam Agama Dagang, Wahai Kaum Muslimin, Hadith (Kelebihan Mati Syahid) Wahai Muslimin Wahai Muslimat, Inilah Jalan Kita, Masyarakat Islam Hadith (Mengharap Pertolongan Allah), Berjuangan Dan Berkorban, Pejuang Al Qassam

Surah Al-Kahf And The Modern Age


Surah Al-Kahf And The Modern Age 
 Penulis: Sheikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM40.00 

 An analytical study of Surah al-Kahf of the Qur'an that seeks to explain the reality of a mysterious European Jewish-Christian alliance that is waging unjust war on Islam and oppressing Muslims while pursuing a sinister global agenda on behalf of the Euro-Jewish State of Israel.