Tuesday, February 25, 2014

Memoar Sultan Abdul Hamid II


Memoar Sultan Abdul Hamid II 
 Penulis: Dr. Muhammad Harb 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM48.00 

 Sultan Abdul Hamid II adalah pemimpin Kesultanan Daulah Utsmaniyah (Ottoman) yang cukup dikenal dalam sejarah. Ia bisa disebut sebagai benteng terakhir pemerintahan Daulah Utsmaniyah. Kisah yang cukup terkenal dalam perjalanan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II adalah ketika ia menolak permintaan tokoh pendiri negara Zionis Israel, Theodore Hertzl, agar sultan memberikan sebagian wilayah kekuasaannya di Palestina untuk bangsa Yahudi. Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid II, sehingga membuat marah bangsa Yahudi. 

 Karena ketegasannya itu pula, musuh-musuh Islam tak henti-hentinya merongrong kekuasaan Sultan Abdul Hamid II. Pada masa pemerintahannya, ia harus berhadapan dengan manuver politik orang-orang Yahudi Dunamah yang ingin mendongkel kekuasaanya. Ia juga terus digoyang oleh para aktivis organisasi rahasia Freemasonry, yang menyusup dalam barisan pemuda revolusioner liberal dan menamakan diri mereka “Gerakan Turki Muda” (Young Turks Movement). Kelompok Freemasonry yang terus berusaha menjegal kepemimpinan Sultan Abdul Hamid II juga tergabung dalam organisasi “Al-Ittihad wa At-Taraqqi/ Ittihad ve Terakki” (Organisasi Persatuan dan Kemajuan) 

 Sultan Abdul Hamid II memerintah di tengah kepungan kelompok Yahudi, anggota-anggota Freemason, dan aktivis liberal-sekular. Mereka berusaha melengserkannya dengan berbagai cara, sehingga Turki dengan peradaban Islam-nya kemudian runtuh dan menjadi negara yang sangat sekular. Sejarah dalam buku ini layak untuk dijadikan pelajaran bagi kita semua.

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Cerita Cinta Ahmad Ammar 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM23.00 

 Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik. 

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

Sunday, February 23, 2014

Dahsyatnya Doa Anak


Dahsyatnya Doa Anak 
 Penulis: Ustaz Adam Cholil 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Anak soleh adalah harta yang tidak terhingga nilainya kepada setiap keluarga. Doa yang dimohon oleh anak itu, umpama cahaya yang dapat menerangi kegelapan kubur,berserta haruman yang menjadi penenang dan peneman kubur kedua-dua orang tuanya.

Misteri Bahtera Nabi Nuh


Misteri Bahtera Nabi Nuh 
 Penulis: Ahmad Iqram Mohamad Noor 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 Misteri Nabi Nuh membongkor kisah agung seorang rasul yang menjadi sebutan pelbagai agama, sejarah, dan sains berpandukan Al-Quran, hadith, Bible, dan Veda. Buku ini membuktikan kebenaran Al-Quran terhadap fenomena banjir dahsyat yang pernah melanda suatu ketika dahulu.

Tuesday, February 18, 2014

Al-Quran Al-Karim Al-Haramain


Al-Quran Al-Karim Al-Haramain 
 Saiz: A5 (separuh A4) 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM35.00 

 Didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsira para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilhan terbaik dijadikan panduan hidup. 

 Warna: Merah, Hitam, Hijau, Biru


Friday, February 14, 2014

Fatwa Palestin: Soal Jawab Berkenaan Isu Pergolakan di Palestin


Fatwa Palestin: Soal Jawab Berkenaan Isu Pergolakan di Palestin 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Melalui buku Fatwa Palestin, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan serta hukum berkaitan isu-isu yang berlaku di bumi Palestin, berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith. Buku ini membincangkan persoalan dan menjelaskan hukum seperti berikut: 

- Adakah rakyat Palestin boleh menyerah kalah daripada mempertahankan bumi Palestin? 
- Apa hukumnya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang dikuasai oleh Yahudi? 
- Syahidkah pengebom berani mati? 
- Adakah wanita boleh melibatkan diri dalam peperangan? 
- Apakah hukum isteri meminta talak daripada suami yang dipenjarakan? 
- Apakah hukum tawanan yang mogok lapar? 
- Hukum perjanjian damai dengan Israel 
- Hukum menggadai bumi Palestin dan menerima ganti rugi daripada hasil jualan itu 
- Hukum wanita membuka aurat dalam keadaan terpaksa 
- Hukum membocorkan rahsia

Atlas Rasulullah s.a.w.


Atlas Rasulullah s.a.w. 
 Penulis: Sami bin Abdullah Al-Maghluts 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM85.00 

 Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan: 

- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 
- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul
- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah 
- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah 
- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi 
- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w. 
- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi 
- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin 
- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain 
- Piagam Madinah yang Tersohor 
- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq 
- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam 
- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat 
- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin 
- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy

Wednesday, February 12, 2014

Mastika Hadith Rasulullah SAW: Muqaddimah & Jilid 1 (Versi Rumi)


Mastika Hadith Rasulullah SAW: Muqaddimah & Jilid 1 (Versi Rumi)  
 Terbitan: JAKIM 
 Harga: RM30.00 

 Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah SAW merupakan intisari daripada kandungan ketiga-tiga jilid Mastika Hadith iaitu jilid satu berkaitan aman, jilid dua berkaitan hukum syarak, jilid tiga berkaitan puasa, zakat, sedekah dan khairat. "Mastika Hadith Jilid 1" berkaitan hadith-hadith Rasulullah SAW sebanyak 143 hadith dengan makna dan huraian serta 40 hadith lagi. Tiap-tiap pula diterangkan darjatnya sama ada sahih atau hasan. Walau bagaimanapun, pengarang tetap menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai dalil-dalil yang asasi dan sumber hukum yang utama.

Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati


Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati 
 Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziah 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini membahaskan mengenai hukum-hukum dan ciri-ciri roh, membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan. Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah. 

 Allah telah memberikan taufik untuk meneliti kembali berbagai-bagai persoalan, mentakhrij hujah-hujahnya serta menjelaskan perkara-perkara yang masih samar supaya dapat dipersembahkan kepada para pembaca di seluruh dunia Islam dalam format yang lebih menarik.

Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan Di Malaysia (1951-2004)


Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan Di Malaysia (1951-2004) 
Penulis: Dr. Riduan Mohamad Nor 
 Terbitan: Jundi Resources 
 Harga: RM35.00 

 Pendidikan merupakan wacana yang penting dalam membina peradaban dan ketamadunan sesebuah negara. Semenjak zaman penjajahan Barat lagi, Malaysia telah mengalami transformasi pendidikan sehangga mewajahkan negara sebagaimana yang ada pada hari ini. Latar belakang pendidikan di Malaysia begitu unik dengan kepelbagaian kaum dan agama. PAS sebagai sebuah parti politik turut menyumbang dalam perkembangan pendidikan di tanahair ini. Meskipun terdapat sorotan kajian yang menyentuh secara umum peranan PAS dalam kemajuan dan perkembangan pendidikan di Malaysia, belum ada kajian secara sistematis dan berfokus mengenainya. 

 Secara keseluruhan kajian ini telah menghasilkan satu dokumentasi sejarah yang komprehensif terhadap peranan dan sumbangan PAS dalam pertumbuhan dan perkembangan pendidikan dalam negara ini sejak ia ditubuhkan lima puluh tahun yang lalu.

Monday, February 10, 2014

The Power Of Akhlak


The Power Of Akhlak 
 Penulis: Amru Khalid 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM15.00 

Buku ini memaparkan variasi keagungan akhlak Islam dalam bentuk yang mudah, semata-mata didorong oleh kepentingan membina keperibadian seseorang yang sesuai dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Buku ini juga dapat memberikan rangsangan agar seseorang selalu komited dengan perwatakan akhlak Islam serta menghuraikan kepentingan dari setiap jenis akhlak tersebut.

Hitam Putih Cinta


Hitam Putih Cinta 
 Penulis: Dr. 'Aidh Al-Qarni 
 Terbitan: Aqwam 
 Harga: RM16.00 

Cinta memang kerapkali mengundang kebahagiaan, meskipun harus menempuhi jalan yang terjal. Sesuatu yang sangat sulit, menjadi mudah kalau cinta telah terpateri. Bahkan, nyawa pun tak segan-segan dikorbankan.

Hitam putih cinta anak manusia selalu mewarnai dunia. Ada orang-orang yang benar dalam melabuhkan cintanya. Namun, tak sedikit pula orang yang salah dalam menempatkan cintanya. Dengan bahasa mengalir dan sastera yang indah, Dr. Aidh Al-Qarni mengajak kita menelusuri kisah para perindu syurga dan pecinta kenikmatan dunia. Hal ini penting bagi kita agar kita dapat menjawab pertanyaan: Cinta yang ada pada kita sudah benar ataukah belum?

Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir Hingga 12 Bulan Pertama


Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir Hingga 12 Bulan Pertama 
 Penulis: Haiza Noor, Norizan Abu Samah 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM15.00 

 Di antara isi kandungan menarik: 

 - Dorongan kuat untuk mendorong bayi menyusu 
- Mendidik bayi baru lahir 
- Perkembangan pancaindera & jiwa bayi
- Perkembangan anak: gangguan-gangguan & rawatannya 
- Penjagaan bayi dari bulan pertama hingga bulan ke 12 
- Cara perkembangan & fungsi-fungsi penting pada bayi 
- Bagaimana perkembangan anak saya hingga berusia 1 tahun

Sunday, February 9, 2014

Pendekatan Dakwah Wali Songo 9


Pendekatan Dakwah Wali Songo 9 
 Penulis: Abd Latif Juffri 
 Terbitan: Pustaka Azhar 
 Harga: RM29.00

Hentian Terakhir


Hentian Terakhir 
 Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM12.00 

 Setiap zaman akan ada ulama yang memperbaharui urusan hidup manusia. Ulama zaman lampau telah berjasa serta memudahkan kita semua. Zaman ini yang penuh dengan segala macam tribulasi, lalu Allah I mendatangkan ulama yang mengajarkan urusan dunia dan akhirat kepada umat hari ini dengan kata dan perilakunya. 

 Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan anugerah kepada ummah. Pemimpin yang pernah memerintah wilayahnya. Pemimpin yang istiqamah dalam segala situasi. Seorang yang istimewa, juga sering kelihatan aneh oleh seterunya. Kata-katanya memukau, walau ada juga yang mencemuh. Cebisan kata beliau kami rakamkan dalam buku ini, agar menjadi azimat dalam hidup menuju Allah.

Saturday, February 8, 2014

Manajemen Diri Pemuda


Manajemen Diri Pemuda 
 Penulis: Dr. Akram Ridha 
 Terbitan: Asy-Syaamil 
 Harga: RM18.00 

 Hampir semua orang menginginkan kejayaan dalam hidupnya. Dan hanya orang yang berputus asa saja yang tak menginginkan kejayaan. Namun tidak semua manusia yang menginginkan kejayaan, mengetahui jalan untuk berjaya. Tidak sedikit di antara mereka yang hanya sekadar ingin saja tanpa tahu jalan yang harus dilakukan. Sehingga keinginan untuk berjaya hanya tinggal angan-angan. Mahunya sukses, tetapi yang terjadi adalah kegagalan.

Inspirasi Khutbah Rasulullah


Inspirasi Khutbah Rasulullah 
Penulis: Rohidzir Rais 
 Terbitan: Inspirasi Media 
 Harga: RM29.00 

 Alangkah bertuahnya generasi sahabat yang berpeluang bertentang mata dengan baginda, menghadam setiap nasihat yang keluar daripada bibir mulia Rasulullah SAW. Bersama Baginda, segala pertelingkahan dan perbezaab pendapat dapat diselesaikan, sehingga Masyarakat islam hidup dengan aman dan harmoni. 

Malangnya, dalam masyarakat muslim kini, kekhilafan dalam kalangan ilmuwan islam yang diharapkan memimpin umat, sebaliknya menyemarakkan lagi api permusuhan sesama mereka. Akhirnya tinggallah masyarakat muslim larut dalam kekeliruan dan percanggahan yang tidak berkesudahan. Pelbagai pandangan dan ulasan tokoh-tokoh agama dan politik, hanya menambahkan lagi kekusutan masyarakat, yang akhirnya menjauhkan diri daripada islam. 

 Justeru, sudah masanya kita kembali semula kepada pandangan dan nasihat Rasulullah SAW yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Memahami khutbah-khutbah Rasulullah SAW dalam konteks dunia moden adalah sangat penting bagi mengembalikan kepercayaan dan kebergantungan masyarakat kepada Rasulullah SAW dan mematuhi panduan yang diberikan. Selain perbahasan hadis dalam kerangka dunia kini, buku ini juga ditampilkan dalam susun atur yang moden, berwarna dan mesra pembaca. Gambar fotografi,graf,gambar rajah dan malah ilustrasi dimuatkan dalam buku ini bagi mengindahkan lagi penampilannya agar pembaca dapat memahami khutbah-khutbah RAsulullah ini dengan mudan dan teruja meneladaninya.

Friday, February 7, 2014

Kebengisan Malaikat Malik


Kebengisan Malaikat Malik 
 Penulis: Mansur Abdul Hakim 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM32.00 

 Penyebab penduduk neraka menyeru Malik adalah kerana setelah mereka dimasukkan ke dalam neraka, semua hubungan dengan mereka terputus sama sekali. Dialog penghuni neraka dengan penjaganya dinyatakan berulang-ulang dalam bentuk uslub yang banyak. Kemudian pada akhirnya ianya berakhir pada permohonan kepada pemimpin penjaga neraka 'Malik a.s.' agar ia meminta syafaat kepada Tuhan untuk menghentikan seksaan mereka.

Misteri Penjelmaan Syaitan & Senjata Orang Mukmin Melawannya


Misteri Penjelmaan Syaitan & Senjata Orang Mukmin Melawannya 
Penulis: Hamid Abu Bakar 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM36.00

Hijrah Champion Gaya Rasulullah


Hijrah Champion Gaya Rasulullah 
Penulis: Web Sutera 
Terbitan: Must Read 
Harga: RM19.90 

 Para champion tidak akan pernah jemu mencontohi Rasulullah SAW. Padanya ada petunjuk jalan keselamatan, sari pati khazanah peradaban akhlak dan kunci segala penyelesaian. Marilah hidupkan semula nafas zaman ketika akhlak berada di puncaknya. Sebarkan ia kepada seluruh umat supaya mereka beroleh nikmat. Buku ini menawarkan 42 kisah penghijrahan yang mendorong ke arah perubahan positif!

Thursday, February 6, 2014

Insya Allah Ada Jalan (DVD) - Menampilkan Maher Zain


Insya Allah Ada Jalan (DVD) - Menampilkan Maher Zain 
 Edaran: Universal Music 
 Harga: RM49.90 (4 DVD)

Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Humaira (Diari Besar)


Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Humaira; Beserta Asbabun Nuzul, Hadis Sahih dan Indeks Tematik (Diari Besar) 
Terbitan: Humaira 
 Harga: RM70.00 
Saiz: A5 - 148 mm x 210 mm 

 Pilihan Warna: 
(1) Pink (2) Ungu (3) Dark Brown (4) Hitam 

 Kelebihan Al-Quran Ini 

 1) Resam Uthmani beserta Tajwid Kod Warna 
 Resam rasmi Malaysia. Diwarnakan beberapa huruf dan tanda bacaan bagi mewakili hukum tajwid tertentu bagi memudahkan kita di dalam pembelajaran membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul. 

 2) Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat) 
 Ayat Al-Quran diturunkan secara bertahap tahap dan mengikut peristiwa. Jadi, bagi ayat ayat tertentu, disertakan sebab sebab turunnya ayat tersebut bagi kita memahami dengan lebih dalam makna ayat itu. 

3) Hadis Sahih 
 Hadis hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Al-Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut. 

 4) Indeks Tematik 
 Indeks pencarian tema tema perbahasan tertentu di dalam Al-Quran merangkumi semua perkara. Ia memudahkan kita di dalam mencari ayat ayat tertentu yang membahaskan perkara perkara tertentu seperti hukum fara'id, akidah, muamalah dan sebagainya. 

 5) Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) 
Al-Quran ini telah disemak oleh Lembaga Tashih Al-Quran KDN dan telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan.

Wednesday, February 5, 2014

Pola Makan Rasulullah SAW


Pola Makan Rasulullah SAW 
Penulis: Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad Sayyid 
 Terbitan: Almahira 
 Harga: RM53.00 

 Akhir-akhir ini banyak sekali penyakit menyeramkan muncul akibat pola makan yang salah, yang menjadikan makanan hanya sebagai penghilang rasa lapar dan pemberi kenikmatan sesaat, tanpa mempedulikan kandungan dan kehalalannya. Padahal Rasulullah saw telah mengajarkan cara makan yang baik dan benar, yang tidak sekedar membuat kita kuat dan sihat, tapi juga kebal terhadap serangan berbagai macam penyakit. 

 Apa saja makanan yang baik dan menyehatkan menurut Rasulullah saw? Bagaimana beliau mengatur mengatur waktu makan sehari-hari? Menu apa saja yang biasa beliau santap setiap harinya sehingga jarang sekali penyakit boleh hinggap di tubuh beliau? Bila waktu makan dan minum yang tepat menurut beliau? Bagaimana kiat beliau dalam menggunakan makanan dan minuman sebagai ubat yang boleh menyihatkan sekaligus menyembuhkan penyakit? 

 Penulis buku ini berusaha menghuraikan hal di atas secara tuntas disertai dalil-dalil pendukung menggambarkan berbagai makanan berkualiti dan baik yang dimuat Al-Quran dan Al-Hadits sekaligus dianjurkan supaya diambil oleh orang sihat maupun orang sakit. Di bahagian akhir, penulis juga memberikan program diet aman Islami dan resepi masakan yang boleh dimanfaatkan untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit, dari penyakit ringan sampai penyakit berat, dari gangguan saat sedang datang bulan sampai penyakit tumor dan kanser.

Senyuman Malaikat Ridhwan


Senyuman Malaikat Ridhwan 
Penulis: Mansur Abdul Hakim 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM38.00 

 Berkaitan dengan malaikat dan sifat-sifatnya, di sini akan dijelaskan tentang kewujudan malaikat Ridhwan. Ianya kerana adanya hadis-hadis yang menyebutkan kewujudan malaikat Ridhwan sebagai penjaga syurga.

Saturday, February 1, 2014

Surah Al-Kahf - Text, Translation & Commentary


Surah Al-Kahf - Text, Translation & Commentary 
 Penulis: Sheikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM40.00 

 As the war on Islam intensifies, and as the day approaches when the imposter Euro-Jewish State of Israel would make its bid to become the ruling State in the world, and the false Messiah (i.e., Dajjal) would rule the world from Jerusalem and declare that he is the true Messiah, I fear that there would be many, particularly governments which declare their friendship for USA and hence for Israel, who would want to ban books on the Qur'an. 

 I therefore pray most humbly, and ask my gentle readers to also kindly join in the prayer, that Allah Most High might protect books (such as this humble quartet of books on Surah al-Kahf) that use the blessed Qur'an to explain, to expose and to challenge those in the godless modern age who are waging wicked war on Islam. Amin. 

This first volume of four, containing 'Text Translation and Modern Commentary of Surah al-Kahf', makes its appearance just before main work on the subject entitled 'Surah al-Kahf and the Modern Age' and is meant to function as a companion volume to that main work.

Mendekati Sunnah


Mendekati Sunnah 
Penulis: Muhammad Rivai Batubara, Ahmad Akhyar Batubara 
 Terbitan: Alam Raya Enterprise 
 Harga: RM12.00 

 Bab 1: Umat Manusia Memerlukan Bimbingan Sunnah 
Bab 2: Kedudukan Sunnah Sebagai Sumber Utama Ajaran dan Perundangan Islam Serta Keistimewaannya Bab 3: Sejarah Pembukuan Hadis dan Biografi Ringkas Para Tokoh Sunnah