Pages

Sunday, June 28, 2015

Syekh Abu Al-Hasan Al-Syadzili


Syekh Abu Al-Hasan Al-Syadzili 
 Penulis: Dr. Makmun Gharib 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM24.00 

 Kisah hidup sang wali dan pesan-pesan yang menghidupkan hati

Buku ini memaparkan riwayat hidup al-Syadzili, ajaran tasawufnya, perihal tarekat yang dirintisnya, keilmuannya, dan murid-muridnya. Karya berharga tentang orang saleh yang hidupnya memperkaya kehidupan spiritual kita; yang mempersembahkan hidupnya untuk Sang Khalik dan segenap makhluk; yang sangat mencintai Allah dan Rasulullah dan dicintai segenap manusia. Mengenal dan meneladani sosok saleh ini semoga menjadi wasilah tamba ati, obat hati, dari penyakit-penyakit yang menghalangi kita mengenal Allah dan Rasulullah.

Wednesday, June 24, 2015

Konspirasi Terakhir: New World Order


Konspirasi Terakhir: New World Order 
 Penulis: Muhammad Nurani Maarif 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.90 

 KONSPIRASI TERAKHIR: NEW WORLD ORDER merupakan kesinambungan daripada buku Membongkar Rahsia Dajjal, Fitnah 2012-Konspirasi Galaktik dan The Arrivals yang diterbitkan sebelum ini. Konspirasi, sebenarnya sudah lama menjadi tema yang dilaungkan. Namun, masih ramai yang belum faham, apakah maksud dan tujuan ‘rancangan’ itu diadakan? Sudah tiba masanya kita didedahkan dengan pelbagai konspirasi yang lama membelit. Pelbagai permasalahan sebenarnya bermula dengan sifat kedengkian puak dajjal ini demi menyesatkan dan menyusahkan kehidupan manusia. 

 Ramai yang menganggap istilah konspirasi sebagai satu teori yang penuh propaganda dan tekaan semata-mata, bahkan mempercayainya adalah sesuatu yang aneh dan membuang masa. Namun, buku rentetan konspirasi ini boleh dijadikan sebagai wadah awal untuk menjelaskan segala rahsia yang sekian lama tersembunyi.

Siapakah Pengikut & Penyokong Dajjal?


Siapakah Pengikut & Penyokong Dajjal? 
 Penulis: Abu Muhammad Arafah Adha 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM28.00 

 Buku yang menyampaikan pesanan Rasulullah SAW berkaitan dengan bahaya dajjal yang kita tidak tahu bila dia akan muncul. Bila mengingatkan kisah Rasulullah SAW menyampaikan berita tentang dajjal baginda menangis dalam keadaan bimbang kalau-kalau umat Islam ada yang tidak mampu berhadapan dengan fitnah dajjal sehingga para sahabat menyangka seolah-olah masa kedatangan dajjal telah dekat dan terlalu hampir. 

 Bila kita menceritakan berkaitan Dajjal, kita tidak akan dapat pisahkan kisah Dajjal itu dengan pemimpin umat Islam yang Allah takdirkan akan muncul pada akhir zaman yang bergelar Imam Al-Mahdi yang juga kita tidak boleh pisahkan dengan kisah turunnya Nabi Isa (a.s) yang bakal membunuh Dajjal hakiki.

Sunday, June 21, 2015

Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari


Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari 
 Penulis: Mohd Khairul Anwar Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
Harga: RM33.00 

 Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari merupakan travelog perkongsian pengalaman Mohd Khairul Anwar Ismail, yang melakukan misi kemanusiaan ke Syria bersama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS). 

 Beliau menyaksikan sendiri kepahitan, penderitaan, kepayahan, kepedihan dan kesengsaraan rakyat Syria akibat kezaliman dan kekejaman pemerintah mereka. Malah Mohd Khairul Anwar Ismail hampir menjadi mangsa tembakan para snipers yang berhati kering dan tidak berhati perut. Beliau turut ditangkap dan disoal siasat oleh tentera IS.

Setelah Ammar Tinggalkan Kita


Setelah Ammar Tinggalkan Kita 
 Penulis: Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) 
 Terbitan: Karya Bestari
 Harga: RM28.00 

 Buku kedua ini merupakan sambungan daripada buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' terbitan Karya Bestari pada tahun 2014. 

 'SETELAH AMMAR TINGGALKAN KITA.' Satu lagi himpunan catatan kenangan mengenai Ahmad Ammar setelah hampir satu tahun setengah pemergiannya. Setiap baris ayat yang tercatat merupakan kata-kata motivasi buat kita sama ada ibu, ayah, kakak, adik, abang, sahabat ataupun sesiapa jua yang tidak pernah bersua muka dengannya tapi 'terpana' dengan perjuangannya. Setiap ayat yang disusun tetap menggodak perasaan. 

Namun, buku ini turut mengandungi mesej perjuangan penuh jiwa. Kekentalan usaha Ammar dalam menjejak 'tamadun dunia' meremangkan semangat mereka yang membaca. Tanpa nama, almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam meninggalkan satu fenomena patriotik dan Islamik di kalangan anak-anak muda tempatan dan luar negara. 

 Bacalah dengan lapang dada. Biarkan jika ada air mata yang menitis. Moga akan muncul lagi jutaan 'Ammar' yang akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Yawaaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uquubat Ahli Al-Kabaair (Pada Membicarakan Dosa-Dosa Besar)


Al-Yawaaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uquubat Ahli Al-Kabaair (Pada Membicarakan Dosa-Dosa Besar) 
Karya: Al-Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani 
 Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
 Penerbit: Jabal Maraqy 
 Harga: RM14.00 

 Kitab ini pada asalnya ditulis dalam tulisan jawi dan telah digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama, dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama. 

 Di antara isi kandungan kitab ini adalah menyatakan tentang betapa seksanya orang yang melakukan dosa besar dan akan berhadapan dengan kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat kelak serta bagaimana gambaran syurga dan sekalian orang yang berada di dalamnya.

Tarbiah Sentap


Tarbiah Sentap 
 Penulis: Adnin Roslan 
 Harga: RM25.00 

 "Buku paling sentap di dunia! Gugur jantung sebab banyak kali kena headshot!" 

 "Tarbiah Sentap telah membuka hati aku selama ini. Kata-kata yang membuatkan aku sedar dari kesilapanku..." 

 "Alhamdulillah! Most of my hijrah steps were initiated by Tarbiah Sentap coz saya dah lama nak berhijrah cuma tak cukup kuat..." 

 "Bila saya baca buku ni, saya rasa macam pegang something yang sangat berharga! Memang dulu saya usaha jaga ikhtilat tetapi saya ragu-ragu dengan apa yang saya buat. Dengan adanya buku ini, ia kembali membuatkan langkah saya semakin kuat! Moga ramai di luar sana yang dapat hidayah melalui buku ini!" 

 "Alhamdulillah, ibu suka sangat baca buku Tarbiah Sentap. Ibu cakap, dia suka cara ustaz menulis! Ibu sampai bawak buku tu ke hospital. Buku Tarbiah Sentap menjadi hiburan ibu dan ayah saya sekarang!" 

 "Saya dah habis baca buku tu. Dari start saya baca sampai habis, saya terfikir: 'Penulis ni masuk dalam fikiran pembaca ke apa? Semua benda yang terdetik di hati, semuanya di hurai sejelas-jelasnya!!" 

 "Baca bab 1 pun saya dah sedih mengenang dosa-dosa lampau!" 

 "Ketagih baca buku Tarbiah Sentap. Lagi baca, akan lagi seronok. Seronok sebab kena batang hidung sendiri! Aku dah jatuh hati dengan buku Tarbiah Sentap ni...." 

 "Sebelum tidur baca buku Tarbiah Sentap. Gila sentap...."

Friday, June 12, 2015

Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah


Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah 
Karya: Sheikh Daud Abdullah Al-Fathoni 
Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
Penerbit: Jabal Maraqy 
Harga: RM14.00 

 Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang. 

Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Juma'at, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq. 

Versi ini diharap dapat memudahkan para pelajar dan orang awam memahami kandungannya dengan baik, cepat dan berkesan serta mudah menatapinya ketika bersendirian.

Thursday, June 11, 2015

Kenali Rasul Kita Muhammad s.a.w: Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia


Kenali Rasul Kita Muhammad s.a.w: Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia 
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM89.00 

 Buku Kenali Rasul Kita Muhammad merupakan hasil terjemahan daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian, makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda secara menyeluruh. 

 Kelebihan buku ini: 
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail. 
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik. 
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini. 
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca. 
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna. 
• Ekstra! Profil para perawi dan CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

Monday, June 8, 2015

Tasawuf Untuk Kita Semua


Tasawuf Untuk Kita Semua 
 Penulis: Muhammad Fethullah Gulen 
 Terbitan: Republika 
 Harga: RM46.00 

 Bagi manusia, kalbu bukan saja istimewa tapi juga penting. Istimewa karena interaksi Allah subhanahu wa ta’ala dengan manusia terjadi di dalam kalbu. Penting karena kebaikan seluruh anggota badan manusia bergantung pada baik dan tidaknya kalbu. Karenanya, setiap diri kita berkewajiban menjaga kalbu agar tetap dalam fitrahnya. Salah satu jalan yang bisa kita tempuh untuk memelihara sekaligus meningkatkan kemampuan kalbu adalah tasawuf. 

 Di buku ini jalan tasawuf dijelaskan penulisnya melalui idiom-idiom yang berlaku dalam praktik sehari-hari para pelaku tasawuf, seperti: Taubah, muhâsabah, tafakur, khalwat, khauf, wara’, taslîm, dan yang lainnya. Penjelasannya didasarkan pada pengalaman pribadi penulisnya dan pengalaman orang-orang mulia yang juga menempuh jalan yang sama dari kalangan sufi-sufi besar yang tetap berpegang teguh pada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. 

Dengan pendekatan ini, pembaca bisa menemukan potret hakiki dari tasawuf seperti apa adanya. Dan, dengan cara ini pula siapapun diri kita bisa memahami tasawuf dengan sangat mudah. Karena memang tasawuf untuk kita semua. Setiap kita memiliki kalbu. Setiap kita mempunyai kesempatan untuk memelihara dan meningkatkan kemampuan kalbunya. Dan, setiap kita diberi kemampuan untuk mengupayakannya. Pertanyaan besarnya adalah mau atau tidak kita menjalankannya. Dan, buku ini bisa menjadi bekal awal bagi kita menapaki bukit-bukit zamrud kalbu.

Sunday, June 7, 2015

Terapi Ruhani Untuk Semua


Terapi Ruhani Untuk Semua 
 Penulis: Habib Ali al-Jufri 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM46.00 

 Tanpa disadari, banyak yang terlewat dalam hari-hari kita. Kemarin adalah waktu yang telah berlalu; apa yang telah kita selipkan pada waktu yang tak lagi kita kuasai itu? Kemarin adalah rentangan hari yang telah lewat; apa yang sudah kita tambahkan pada masa yang tak akan pernah kembali itu? 

Apabila hari demi hari berlalu begitu saja tanpa ada upaya pendekatan diri kepada Tuhan, tanpa kita mampu menjadikannya titian menuju-Nya, lalu apa tujuan hidup kita? Pernahkah terbesit di benak kita pertanyaan-pertanyaan semacam itu dan kita melewatkannya tanpa jawaban? Kenapa? Di antara persoalannya adalah kita tak punya teman dekat yang berbicara dari hati ke hati. 

 Inilah buku yang membidik hati. Untaian kata dan seruan bijaksana dalam buku ini seperti mengetuk pintu kesadaran. Sesekali ketukan itu terdengar kencang, membuat kita segera terjaga; sesekali terdengar lembut, membuat kita ingin lekas menyambut. Menyadarkan kita bahwa hidup adalah menapaki jalan Tuhan; mengingatkan bahwa ada rambu-rambu perintah dan larangan yang harus diperhatikan.

Wednesday, June 3, 2015

#Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria


#Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria 
 Penulis: Heliza Helmi, Roziyah Mahamad 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM19.00 

 Manusia ini ada dua jenis. Satu seperti telur dan satu lagi seperti bola tenis. Bayangkan telur dibaling pada batu. Apa yang akan jadi? Ya, telur akan pecah dan isinya akan melekat pada batu. Sekarang, bayangkan pula bola tenis dibaling pada batu. Apa akan jadi? Bola tenis itu akan melantun, betul? Apabila dibaling lagi kuat, bola itu akan melantun lebih tinggi. 

 Begitulah seperti hidup kita. Batu diumpamakan seperti ujian. Sekiranya jadi seperti telur, apabila diberikan ujian kita akan bersedih, kecewa, ataupun putus asa bersama dengan ujian itu. Namun, sekiranya kita memilih bagi menjadi bola tenis, apabila mendapat satu ujian, kita akan bangkit lagi tinggi. Dan ujian itu adalah bagi menaikkan darjat kita, menjadikan diri kita lebih baik, dan mengampunkan dosa kita sekiranya kita sabar, redha, dan bersangka baik pada Allah s.w.t. 

 Hayati setiap bait cerita #Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria. Rasai seolah-olah kita berada di bumi Syam dan turut sama berjuang menjadi mujahid dan mujahidah!

Tuesday, June 2, 2015

Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani


Buku Putih Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Penulis: Dr. Said Musfir Al-Qahthani 
 Terbitan: Darul Falah 
 Harga: RM65.00 

 Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani merupakan sosok ulama yang sangat terkenal, khususnya di kalangan ahli tarekat. Di luar kalangan ahli tarekat pun namanya sangat harum. Banyak ulama besar yang hidup semasa dengannya yang tidak sungkan untuk menghadiri majelis pengajiannya. Hal ini cukup sebagai bukti keluasan dan kedalaman i1mu beliau. 

 Beliau terkenal dengan akhlaknya yang sangat mulia. Seorang yang zuhud dan ahli ibadah. Beliau juga terkenal dengan kefasihannya, hujah-hujahnya yang kuat, kata-katanya yang menyentuh kalbu. Sehingga banyak orang yang bertobat setelah mendengar khutbah beliau. 

 Banyak karamah yang terdapat pada dirinya. Karamah yang diakui oleh banyak ulama besar. Tetapi tak jarang juga ada yang dilebih-lebihkan oleh pengikut, murid, atau orang yang terpesona oleh kharisma beliau. Sehingga mengkultuskan beliau, yang sampai kepada tarap syirik. 

 Pengarang sangat obyektif dalam memberi penilaian kepada, behau. Tentunya penilaian yang berimbang dengan "kaca mata" AI-Quran dan. As-Sunnah. Sebagaimana pemahaman para Salafus-Shalih. Asal buku ini me'rupakan risalah ilmiah untuk memperoleh gelar doktor dari Universitas Qurra, Makkah Al-Mukarramah, Fakultas Dakwah dan Ushuluddin, Program Studi Akidah. Dan telah berhasil memperoleh nilai cum laude. 

 Buku ini menghadirkan sosok Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dalarn perspektif akidah Ahlussunnah wal Jarnaah. Nilai plus dan minus yang dinisbatkan pada Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani akan tampak transparan dan obyektif, terlepas dari pernak-pernik syirik, bid'ah, khurafat dan cerita-cerita takhayul yang menakjubkan. Sernoga Allah menuntun kita menuju Shirathal Mustaqim.

Tasawuf Modern - Jalan Mengenal & Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT


Tasawuf Modern - Jalan Mengenal & Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT 
 Penulis: Prof. Dr. Nasaruddin Umar 
 Terbitan: Republika 
 Harga: RM32.00 

 Setelah terpinggirkan, kini tasawuf menjadi pilihan. Masjid, majlis taklim, dan perkantoran sering menyelenggarakan kajian. Pesertanya beragam, terutama kelas menengah perkotaan. Tasawuf telah menjadi trend di masyarakat modern. 

Sebagai sebuah jalan, tasawuf rawan penyimpangan. Bercita-cita dapat lebih mengenal Allah SWT, yang terjadi justeru akrab dengan musuh-Nya. Maksud hati ingin membangun kedekatan dengan Allah, yang didapati justeru kesesatan. Tidak ada yang salah dengan jalannya. Dan, jangan pernah menyalahkan jalannya. Periksalah diri kita, sudah benarkah jalan yang kita pilih dan jalani? 

 Buku yang ditulis oleh guru besar Universitas Islam Negeri Jakarta ini, boleh menjadi panduan dan tuntunan dalam memilih dan menjalani tasawuf. Dimulai dari pertanyaan perlukah kita bertasawuf, lalu dilanjutkan dengan perlu tidaknya mursyid, bagaimana proses bertasawuf, hingga bagaimana hubungan tasawuf dengan seni. Sebuah buku yang dapat menjadikan kita memilih tasawuf dengan penuh keyakinan, bukan kerana ikut-ikutan. Insya Allah.

Monday, June 1, 2015

Di Balik Kesulitan Ada Kemudahan


Di Balik Kesulitan Ada Kemudahan 
 Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Terbitan: Delta Prima Press 
 Harga: RM20.00 

Buku yang hadir ini akan menuntun para pembaca bagaimana harus mengambil sikap saat menghadapi musibah dalam hidup. Lewat buku ini pula pembaca akan diajak untuk menanamkan keyakinan dalam hati bahawa Allah benar-benar akan memberikan yang terbaik untuk manusia.

Semoga kita mampu menjadi hamba-hamba Allah yang sabar dan sanggup menjalani setiap ujian yang diberikanNya.