Pages

Saturday, October 31, 2015

Panduan Wakaf, Hibah & Wasiat Menurut Al-Quran & As-Sunnah


Panduan Wakaf, Hibah & Wasiat Menurut Al-Quran & As-Sunnah 
 Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin 
 Terbitan: Pustaka Imam asy-Syafi'i 
 Harga: RM40.00 

 Tidak banyak buku yang beredar di kalangan ummat Islam hari ini yang membicarakan persoalan wakaf, hibah, dan wasiat. Padahal permasalahan ini tidak kurang pentingnya untuk diketahui oleh umat Islam dengan baik. Lebih-lebih lagi pada akhir-akhir ini, ketika kesedaran umat Islam mula bangkit untuk mewakafkan, menghibahkan, serta mewasiatkan sebahagian hartanya di jalan Allah Ta'ala, sebagaimana yang dianjurkan dalam agama dan menjadi salah satu tolok ukur kebaikan seseorang. 

 Buku yang ada di hadapan Anda ini menjadi buah tangan kepada umat Islam tentang perbahasan selok-belok wakaf, hibah, dan wasiat yang sangat diperlukan oleh mereka. Di dalamnya turut disertakan contoh-contoh kongkrit, sehingga mudah difahami dan dipraktikkan. 

 Buku karya Syaikh al-'Allamah Muhammad Soleh al-’Utsaimin ini mengupas secara tuntas mengenai wakaf, hibah, dan wasiat; serta isu-isu berkaitannya secara terperinci. Beliau turut melakukan tarjih pada beberapa pendapat yang saling berbeza (atau diperselisihkan) dan mengemukakan pendapat terkuat daripadanya. Sehingga para pembaca tidak merasa keliru dan was-was.

Tuesday, October 27, 2015

Munajat Sufi


Munajat Sufi 
 Penulis: Imam al-Ghazali 
 Terbitan: Mitra Press 
 Harga: RM20.00 

 Sesungguhnya kitab ini menggambarkan tentang para sufi dan upaya mereka dalam mendekatkan diri kepada Tuhan. Salah satu media yang paling utama adalah doa. Mereka berdoa dengan penuh khusyuk sehingga antara dirinya dan Tuhannya tidak ada pembatas. Sepertinya sangat dekat. 

Orang-orang sufi yang dimaksudkan dalam kitab ini mencakup para nabi, rasul, para sahabat, dan tabiin. Sehingga doa-doa mereka yang makmul dan terpilih dikumpulkan pula dalam kitab ini sehingga dapat kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari. 

 Semoga kehadiran kitab ini dapat membantu kita sekalian dalam berdoa kepada Allah swt

Khulasoh Madad Nabawi


Khulasoh Madad Nabawiy 
 Penulis: al-Habib Umar bin Hafidz 
 Harga: RM15.00 

 Buku ini berisi wirid-wirid harian yang disusun oleh al-'Allamah al-Imam al-Habib Umar bin Hafidz yang dinukil dari wirid-wirid yang disusun oleh para tokoh ulama dan auliya', yang mana semuanya berdasarkan dengan al-Quran dan al-Hadits.

Sunday, October 25, 2015

Mempertajam Mata Bathin Dan Indra Keenam


Mempertajam Mata Bathin Dan Indra Keenam 
 Penulis: Imam al-Ghazali 
 Terbitan: Mitra Press 
 Harga: RM19.00 

 Buku tersebut merupakan intisari dari karya besar Al Hujjatul Syekh Imam Al Ghazali, berjudul Mukhasyafatul Qulub. Kitab ma'rifat ini membimbing pembaca untuk dapat melakukan riyadha, baik lahir mahupun batin, baik secara jasad mahupun ruh. Sehingga boleh menggunakan mata batin secara maksima.

Wednesday, October 21, 2015

4M - Ma'rifat, Mahabbah, Muraqabah, Muhasabah


4M - Ma'rifat, Mahabbah, Muraqabah, Muhasabah 
 Penulis: Achmad Sunarto 
 Terbitan: Penerbit Ampel Mulia Surabaya 
 Harga: RM15.00

Tuesday, October 13, 2015

Falsafah Hidup


Falsafah Hidup 
 Penulis: Prof Dr Hamka 
 Terbitan: Pustaka Dini 
 Harga: RM29.00 

 Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. 

Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa. Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. 

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

Tuesday, October 6, 2015

Pentingnya Larangan Riba Dalam Islam


Pentingnya Larangan Riba Dalam Islam 
 Penulis: Syeikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM25.00

Monday, October 5, 2015

RABBANIYYIN BUKAN RAMADANIYYIN- BERAMAL SEPANJANG MASA


RABBANIYYIN BUKAN RAMADANIYYIN- BERAMAL SEPANJANG MASA 
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi 
Terbitan: Blue-T Publication 
Harga: RM20.00 

 “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Rabb kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan); ‘ Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih. Dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.’ Kamilah pelindung-pelindung-Mu dalam kehidupan dunia dan di akhirat. Di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.