Monday, December 28, 2015

Menjadi Manusia Ma'rifat dan Berjiwa Besar


Menjadi Manusia Ma'rifat dan Berjiwa Besar 
 Penulis: Imam Ghazali 
 Terbitan: Mitra Press 
 Harga: RM20.00 

 Manusia yang sukses segala-galanya ialah mereka yang memiliki kebahagiaan dan kedamaian lahir-batin. Mereka yang memiliki kehidupan yang seimbang; di dunia beruntung dan di akhirat mendapatkan kebahagiaan yang hakiki. 

 Rahasia untuk mencapai hal tersebut, mestilah kita menempuh JALAN MA`RIFAT (jalan orang-orang yang arif). Orang ma`rifat adalah mereka yang berjiwa besar. Mereka mampu mengubah kegagalan menjadi keberhasilan, mampu mengubah kesulitan menjadi kemudahan, mampu mengubah lawan menjadi kawan, mampu mengubah kesedihan menjadi kebahagiaan, mampu mengubah sakit menjadi sebuah kenikmatan, dan lain sebagainya. 

 Buku ini membimbing kita untuk menjadi manusia yang `berarti` bagi sesama dan mulia di hadapan Allah swt. Bacalah dengan tuntas, maka seakan-akan kita mendapatkan energi luar biasa untuk bangkti dan bersemangat. Bangkit berjuang menjalani hidup dan terpacu untuk beramal baik.

Wahyu Agung (Al-Fath Ar-Rabbani)


Wahyu Agung (Al-Fath Ar-Rabbani) 
 Penulis: As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani 
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM26.00 

 Dalam buku Al-Fath Ar-Rabbani ini, kumpulan mutiara hikmah dan pesan-pesan menuju kedamaian, ketenteraman hati dan keluhuran sikap laku dipaparkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Di tengah-tengah kegersangan mental ini, wasiat-wasiat dan nasihat-nasihatnya dapat kita jadikan muara rujukan, tempat kita kembali menggapai kenyamanan dan kebahagiaan dengan mendekatkan diri kepada Allah Azza Wajalla. Jihad melawan nafsu untuk menaklukkan kecintaan dan sikap bergantung pada dunia. Pula menjauhkan sifat-sifat dan perilaku yang tidak terpuji. Dan selalu berusaha melaksanakan berbagai macam kebajikan.

Ar-Ruh Al-Amin: Belajar Membaca Al-Quran Bertajwid Dalam Masa 50 Jam

Ar-Ruh Al-Amin: Belajar Membaca Al-Quran Bertajwid Dalam Masa 50 Jam
Penulis: Hj Muhammad Roihan Hasbullah Nst
Terbitan: Pustaka Syuhada 
Harga: RM12.00

Rahsia Pentafsiran & Huraian Bermakna: Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W


Rahsia Pentafsiran & Huraian Bermakna: Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W 
Penulis: Al-Allamah Syed Abdullah Sirajuddin 
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd. 
Harga: RM27.00

Kaedah Merawat Saka


Kaedah Merawat Saka 
 Penulis: Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM17.00

 Saka adalah makhluk halus yang diwarisi daripada leluhur seperti ayah, nenek, atau datuk dalam keadaan sedar ataupun tidak. Saka atau jin yang diwarisi kebiasaannya memerlukan waris bagi memberi makanan atau persembahan kepadanya. Makhluk ini kemudiannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya apabila waris mengabaikannya. Ini mungkin terjadi kerana leka atau waris tidak mengetahui kewujudannya. 

 Dalam syariat Islam, bergantung kepada jin dan syaitan adalah dilarang dan boleh membawa kepada syirik. Seperti yang disebut dalam surah Al-Jin ayat 6: "Dan sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga, dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." 

 Kaedah-kaedah rawatan dalam buku ini adalah panduan berdasarkan pembelajaran dan pegalaman penulis. Dinasihatkan para pesakit supaya mendapatkan perhatian daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini pegangan syariatnya.

Telaga Cinta Para Sufi Agung


Telaga Cinta Para Sufi Agung 
 Penulis: Mojdeh Bayat dan Muhammad Ali Jamnia 
 Terbitan: Saufah 
 Harga: RM36.00 

 Rasulullah Saw. pernah bersabda bahwa ketika seseorang telah benar-benar mencintai Allah, maka ia akan melangkah dengan kaki-Nya, melihat dengan mata-Nya, dan mendengar dengan telinga-Nya. Itulah yang terjadi kepada para sufi. Dunia sufi adalah dunia yang penuh dengan misteri dan lumuran cinta, yang tak semua orang dapat mengerti hakikatnya. Hanya mereka yang benar-benar telah lebur dalam jalinan asmara dengan Sang Kekasih yang akan mengerti dan merasakan keagungan cinta sejati. Buku ini ibarat permadani terbang yang akan membawa Anda memasuki telaga kisah dan legenda para sufi agung. Dengan membaca buku ini, Anda akan merasakan sebuah pengembaraan luar biasa yang benar-benar indah dan berkesan, yang berbeda dengan kisah-kisah modern saat ini.

Sunday, December 27, 2015

Perubatan Al-Quran Rawatan Penyakit Kronik


Perubatan Al-Quran Rawatan Penyakit Kronik 
 Penulis: Hj Lokman Abdul Hamid 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM63.00 

 Buku kedua Haji Lokman. Pengamal Perubatan Islam yang suka membantu mereka yang sakit fizikal sihat dan pulih kembali. Berbekal ayat Quran dan amalan zikir. Insyaa Allah ia dapat memulihkan pesakit.

Bismillah Bismillah Bismillah (Menuju Jalan Kebenaran)


Bismillah Bismillah Bismillah (Menuju Jalan Kebenaran) 
 Penulis: Hb. Zulkifli bin Muhammad bin Ibrahim bin Shahab Banahsan Ir. Sentot Budi Santoso bin Danuri bin Abdullah. 
 Terbitan: Mutiara Kertas 
 Harga: RM70.00 

 Kandungan dalam buku ini memuat telaah inklusif tentang hakikat manusia, Tuhan dan alam semesta berdasarkan surah Al-Fatihah menurut fahaman Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

Rahasia Ilmu Ghaib Al-Ghazali (Intisari Kitab Al-Aufaq)


Rahasia Ilmu Ghaib Al-Ghazali (Intisari Kitab Al-Aufaq) 
 Terbitan: Penerbit Ampel Mulia 
 Harga: RM13.00 

 Kitab Al-Aufaq adalah salah satu karya Imam Al-Ghazali yang memuatkan berbagai macam wifik, azimat, rajah mahupun doa-doa. Terlalu banyak rahsia yang terkandung di dalam kitab tersebut dan tidak semunya boleh dijelaskan. Kerana itu, buku ini tidak dinamakan Terjemah Kitab Al-Aufaq, tetapi “Rahasia Ilmu Ghaib Al-Ghazali: Intisari Kitab Al-Aufaq.”

Al-Durr Al-Nafis - Mutiara Yang Indah


Al-Durr Al-Nafis - Mutiara Yang Indah 
 Penulis: Maulana Al-Allamah Al-Fahhamah Ak-Mursyid 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM14.00 

 Naskhah Al-Durr Al-Nafis ini meruupkan sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu tauhid. Kitab ini sering disyarahkan di sekolah-sekolah pondok, masjid, surau atau madrasah. Dalam usaha menghidupkan dan menyuburkan ilmu-ilmu agama yang telah ditulis oleh ulama terdahulu, kitab ini telah ditulis semula dengan tulisan rumi tanpa membuat pindaan terhadap teks asalnya. Ini bagi memberikan peluang dan ruang untuk mereka yang ingin mengikuti majlis pengajian ilmu ini tetapi kurang mahir dalam tulisan jawi, lebih-lebih lagi tulisan Jawi lama.

Tarim Kota Sejuta Wali


Tarim Kota Sejuta Wali 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM18.00 

 Ya Tarim wa ahlaha... Kata-kata tersebut berkait rapat dengan penduduk Tarim yang dikenal soleh dan dekat dengan Allah. Para zuriat Rasul SAW berhijrah ke Kota Tarim untuk menyelamatkan akidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Kemudian dari sinilah kaum Alawiyin melahirkan generasi dakwah yang telah menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia dengan akidah murninya. 

 Saat berkunjung ke Kota Tarim, Sayyidina Abu Bakar bermunajat dengan tiga doa : 
✔ Semoga Kota Tarim diberi kemakmuran 
✔ Semoga diberikan berkat sumber airnya 
✔ Semoga dipenuhi oleh orang-orang soleh hingga datangnya hari kiamat 

 Buku ini membahaskan mengenai : 
✔ Keadaan Geografi Kota Tarim 
✔ Ciri khas para penduduknya 
✔ Apa sahaja yang ada di Kota Tarim mulai dari masjid, bangunan bersejarah hingga institusi pendidikannya 
✔ Dilengkapi foto-foto eksklusif Kota Tarim

Mengubat Cara Nabi


Mengubat Cara Nabi 
 Penulis: Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM25.00

Ensiklopedi Yahudi


Ensiklopedi Yahudi 
 Penulis: Dr. Thariq As-Suwaidan 
 Terbitan: Pustaka Imam Syafii 
 Harga: RM200.00 

 Buku ini membahas tentang agama, sejarah, akidah, kitab dan berbagai macam sekte-sekte dalam agama Yahudi. 

Dengan membaca buku ini, nescaya anda mengenal 90% siapa Yahudi dan apa yang akan mereka lakukan terhadap kaum Muslimin, dan 10% nya anda lengkapi mengenalnya bila berkesempatan menghadapi langsung orang-orang Yahudi ini.

Wednesday, December 23, 2015

KAIFIYAT MEMPERTAJAM MATA HATI DALAM MENGENAL ALLAH


KAIFIYAT MEMPERTAJAM MATA HATI DALAM MENGENAL ALLAH
Penulis: Syeikh Ibnu 'Athoillah as-Sukandary
Harga: RM26.00

Antara isi kandungan buku ini :-
- Pengertian makrifat
- Tanda orang yang berjaya
- Orang yang mendapat taufiq dan orang yang celaka
- Hakikat karomah
- Hijab antara makhluq dan Khaliq
- Iman dan keyakinan
- Doa sebagai manifestasi keimanan
- Pengaruh nafsu dan syaitan
- Nikmat dan musibah
- Syarat-syarat amal yang diterima
- Tanda-tanda buta mata hati

Sunday, December 13, 2015

Taubat - Imam Al-Ghazali


Taubat - Imam Al-Ghazali 
 Terbitan: Penerbit Ampel Mulia 
 Harga: RM13.00

Wednesday, December 9, 2015

Allah Penyembuhku Wahyu Ubatku


Allah Penyembuhku Wahyu Ubatku 
 Penulis: Ustaz Sharhan Safie 
 Terbitan: Al-Ruqyah Thobibi 
 Harga: RM30.00 

 1. Dalil Allah Penyembuhku Wahyu Ubatku 
 2. Mengatasi Rasa Takut 
 3. Mengatasi Penyakit Orang Selalu Was Was 
 4. Mengatasi Penyakit Suka Marah 
 5. Mengatasi Berprasangka Buruk 
 6. Mengubati Dari Gigitan Binatang Berbisa 
 7. Mengubati Dari Gangguan Syaitan 
 8. Mengubati Kanak-Kanak Daripada Terkena Gangguan Syaitan
 9. Mengubati Diri Daripada Terkena Saka 
 10. Mengubati Diri Dari Terkena Santau 
 11. Mengubati daripada Terkena Sihir 
 12. Menghindari diri daripada pengaruh negatif 
 13. Mengubati penyakit hati 
 14. Mengubati diri dari hasad dengki 
 15. Mengubati diri agar sentiasa bersifat mulia 
 16. Menghindari diri dari suka memfitnah 
 17. Mengubati diri dari disaluti rasa kecewa 
 18. Mencegah diri dari melakukan dosa 
 19. Penyembuhan kurang keyakinan diri 
 20. Mengubati diri agar sentiasa rajin beribadat 
 21. Penyembuhan penyakit sembelit 
 22. Mengubati sakit tubuh badan 
 23. Mengubati sakit tumit 
 24. Mengubati diri agar kuat semangat 
 25.Mengubati sakit rabun mata 
 26. Mengubati penyakit gastrik 
 27.Mengubati diri dari murung (stress) 
 28. Mengubati penyakit barah
 29. Mengubati penyakit lelah (asma) 
 30. Mengubati penyakit kencing manis 
 31. Mengubati penyakit jantung 
 32. Mengubati pendarahan hidung 
 33. Mengubati sakit kepala 
 34. Mengubati sakit dada 
 35. Mengubati penyakit batuk berterusan 
 36. Mengubati penyakit demam panas 
 37. Mengubati penyakit mata 
 38. Mengubati penyakit batu karang 
 39. Mengubati luka pada badan 
 40. Mengubati penyakit urat saraf 
 41. Mengubati penyakit bisul 
 42. Mengubati sakit giti 
 43. Mengubati penyakit lumpuh atau stroke 
 44. Mengubati sakit perut 
 45. Mengubati penyakit darah tinggi 
 46. BONUS Ayat ayat penyembuhan

Tuesday, December 8, 2015

Tafsir Al-Jaelani, Syekh Abdul Qadir Jaelani


Tafsir Al-Jaelani 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir Jaelani 
 Terbitan: Sahara 
 Harga: RM45.00 

Pembuka Pintu Ilahi dan Kunci-Kunci Kegaiban yang Menjelaskan Kalimat-Kalimat Al-Qur'an Beserta Hikmah-Hikmahnya. 

 Ini bukanlah tafsir pada umumnya - sebagaimana yang sudah pernah Anda baca, kitab ini lebih merupakan inspirasi-inspirasi dan isyarat-isyarat yang mendenyutkan kehidupan, ruh, dan gerakan yang mengalir dari hati seorang hamba yang selalu berhubungan dengan Allah. perasaan itu menguasai seluruh gerakan anggota tubuh dan hatinya yang diam, yang merasa tenang di sisi Allah. Inilah ekspresi tentang berbagai macam perasaan, emosi, gerakan ketenangan, inspirasi, isyarat, dan limpahan cahaya.

Monday, December 7, 2015

Kifayah Al-Muhtadi: Bekalan Bagi Orang Yang Mendapat Petunjuk


Kifayah Al-Muhtadi: Bekalan Bagi Orang Yang Mendapat Petunjuk 
 Penulis: Al-Alim Al-Amil Wa Al-Allamah Al-Kamil Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM34.00 

 Kifayah al-Muhtadi adalah merupakan sebuah kitab, kuning karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma'il al-Fathani. Kitab ini juga merupakan syarah bagi kitab Sullam al-Mubtadi pada membicarakan Ilmu Tauhid atas jalan al-Salaf al-Soleh dan ilmu Fiqh atas mazhab Imam Syafi'i yang rajih dan pada akhir kitab ini terdapat beberapa nasihat dari Syeikh Daud bin Abdullah. al-Fathani. 

 Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular clan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan. juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan agama. 

 Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan. Jawi. Bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah perkataan. asalnya. Amat digalakkan agar para pembaca dapat mempelajari kitab ini melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang pengajian pondok. Semoga kitab, ini mendatangkan manfaat buat para pembaca dan penuntut ilmu yang minat mendalami ilmu melalui kitab-kitab seperti ini.

Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih ALLAH


Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih ALLAH 
 Penulis: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM18.00 

 HEBATNYA RASULULLAH ini menghimpunkan cara pengurusan yang dilaksanakan yang akhirnya membawa kita menelusuri jejak-jejak kebijaksanaan baginda, baik dari sudut perniagaan, ketenteraan, dakwah mahupun berkeluarga. Sungguh! Baginda suri teladan sepanjang zaman. Tidakkah kita teruja untuk mahu mencontohi baginda?

Wednesday, December 2, 2015

Manzil: Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan


Manzil: Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan 
 Penulis: Maulana Muhammad Zakaria Al- Kandahlawi 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM1.50

Tuesday, December 1, 2015

Buku Saku Tasawuf dan Tarekat


Buku Saku Tasawuf dan Tarekat 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir al-Jailani 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM24.00 

 Kini Anda telah hadir di dunia ini. Tujuan kehadiran Anda di dunia adalah menjalani tahapan demi tahapan rintangan, cobaan, dan karunia menuju ke haribaan-Nya. Hanya Dialah yang kita tuju. Hanya kepada-Nya-lah hidup kita berserah. Hanya Dialah sumber cinta segala cinta kita. Buku ini mengulas dasar-dasar tasawuf dan etika sufistik. Anda akan dibimbing selangkah demi selangkah menyadari tujuan sejati hidup ini. Anda akan diarahkan untuk memahami kepentingan utama Anda di dunia ini: untuk lebih dekat kepada Tuhan sebagai “Asal Sejati” sekaligus “Tujuan Akhir”. Karya berharga ini penting dimiliki oleh setiap muslim yang ingin menghayati nilai-nilai keagamaan lebih dari sekadar ritual yang kering secara spiritual.

Kitab Pati Rahsia


Kitab Pati Rahsia 
 Penulis: Haji Nik Mahmud bin Wan Ismail (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja) 
 Harga: RM8.00 

 Kitab Pati Rahsia ini dihiasi di dalamnya nama-nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, kelebihan Bismillahi Rahmani Rahim, surah al-Fatihah, ayat-ayat, hizib-hizib dan lain-lainnya.