Sunday, May 29, 2016

Hadith 40 (Jawi)


Hadith 40 (Jawi) 
Mustafa Abdul Rahman 
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar 
Harga: RM25.00

Saturday, May 21, 2016

Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental


Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental 
 Penulis: Dr. Wan Noorina, Dr Nik Salida Suhaila, Dr. Wan Abdul Fattah 
Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.40 

 Isu “Fiqh Dental“ ini ialah satu bidang yang perlu diterokai dengan lebih meluas. Banyak persoalan mengenai hukum rawatan pergigian dalam Islam perlu dijelaskan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Hal ini penting supaya masyarakat lebih memahami selari dengan tuntutan ilmu dan taaruf antara satu sama lain. Perbincangan yang harmoni dalam fiqah pergigian merupakan satu wadah agar wujudnya pencerahan tentang persefahaman antara fakta saintifik pergigian dengan hukum-hukum Islam. 

 Keistimewaan buku Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ini adalah membicarakan kesihatan diri iaitu dari segi aspek pergigian gabungan daripada sains dan syariah. Selain itu, buku ini dilengkapkan dengan beberapa hukum-hukum berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai. Gaya penulisan buku ini menngunakan laras bahasa yang mudah difahami meskipun kadang kala diselitkan dengan istilah sains dan fiqah.

Fiqh Medic - Mengupas Hukum-hakam dalam Dunia Perubatan Kontemporari


Fiqh Medic - Mengupas Hukum-hakam dalam Dunia Perubatan Kontemporari 
 Penulis: Fauwaz Fadzil Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM18.00 

 KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DARIPADA BUKU INI : 

 *Selari dengan perkembangan teknologi yang telah menemukan pelbagai kaedah dan metodperubatannya,penulis cuba menampilkan kebersamaan fiqh dalam setiap permasalahan yang diutarakan. 

 *Bertunjangkan dalil dan hujah daripada al-Quran,hadis serta koleksi fatwa daripada para ulama dan badan fatwa,ia dengan sendirinya meningkatkan lagi kualiti buku ini. 

 *Penulis mendatangkan kesimpulan dan pandangan yang amat baik setelah memnbentangkan setiap permasalahan dengan penuh tertib dan tersusun,selain cuba meraikan setiap permasalahan berdasarkan konteks atau situasi yang biasanya berlaku dalam masyarakat di Malaysia. 

 *Fakta kemas,padat.ringkas dan sangat memadai untuk memberi kefahaman kepada orang awam.

Monday, May 9, 2016

Al-Hikam: Menyelam Ke Samudera Ma'rifat & Hakekat


Al-Hikam: Menyelam Ke Samudera Ma'rifat & Hakekat 
 Penulis: Syekh Ibnu Atha'illah 
 Terbitan: Amelia Surabaya 
 Harga: RM40.00 

Karya besar Abu Fadhil Ahmad Bin Muhammad Bin Abdul Karim Bin Abdurrahman Ibnu Athaillah, yang lebih dikenal dengan nama Syekh Ibnu Athaillah. Kitab ini membahas dengan mendalam inti ketauhidan -HAKIKAT-MAKRIFAT, akhlak pendaki ilmu tasawuf, nasehat-nasehat untuk perbaikan hati/jiwa. Penjelasannya diterjemahkan dari Syarah Al-Hikam oleh Muhammad Bin Ibrahim yang lebih popular dengan sebutan Syekh Ibnu Ibad dan juga dari terjemahan Syarah Al-Hikam Syekh Abdullah As-Syarqawi.

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Jawi)


Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah 
Penulis: Haji Said Haji Ibrahim 
Terbitan Darul Ma'rifah 
Harga: RM38.00 

Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaaan sahih dan ciri-cirinya, aqidah-aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah masalah uluhiyah, rububiyah, dan masalah-masalah keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain-lainnya. Kitab ini disusun dengan keterangan dan huraian dari dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith dan juga disertakan perbincangan dan kesimpulan untuk memudahkan para pembaca dan pengguna kitab ini memahami intisari isi kandungannya secara berkesan. 

 Kitab ini memberi kefahaman yang menyeluruh mengenai masalah-masalah aqidah untuk menangani aqidah-aqidah yang bercanggah dengan "Aqidah Ahli Sunnah Waljama`ah". Misalnya aqidah Mu`tazilah, Jabariah, Qadariah dan lain-lain. Oleh itu, kitab ini adalah sangat sesuai dibaca dan dipelajari di kelas-kelas pengajian ta'mir masjid dan surau untuk di jadikan kitab bacaan dan pelajaran dalam ilmu tauhid dan aqidah. Kitab ini juga sangat memberi faedah dan manfaat kepada orang-orang mu'min seluruhnya, khususnya kepada para pengajar dan pelajar mempelajari ilmu tauhid dan aqidah.

Tuesday, May 3, 2016

Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu?


Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu? 
 Penulis: Syed Alwi Alatas 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM21.00 

 Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk selalu menegakkan solat dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukan. Dan berilah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang belum lagi tergerak hatinya untuk tunduk sujud kepada-Mu. Masih ramai yang bersikap acuh tak acuh berkenaan solat, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia adalah warisan agung. 

Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya? Buku ini membenarkan sebuah hadis Nabi yang menyebutkan bahawa pada akhir zaman, solat akan menjadi sesuatu yang ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda: “Jika Islam dilucutkan, sekeping demi sekeping, orang-orang akan berpegang kuat pada perkara yang berikutnya. Perkara pertama yang akan hilang ialah pemerintahan dan kerajaan, dan yang terakhir ialah solat.” (Riwayat Ibnu Hibban) 

Kini kita boleh lihat betapa ramai manusia tidak bersolat. Ada yang pandai berbicara tentang hal-hal berkenaan agama, tapi tidak bersolat. Ada yang telefon pintarnya melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Ada Muslimah yang pakai tudung, tapi tidak bersolat. Inilah yang cuba disingkap oleh penulis ... menjawab kepada persoalan mengapa orang Islam tidak mahu bersolat, sehingga keadaan ini melemahkan ummah. Walhal jika solat dijaga dengan penuh tanggungjawab dan amanah, umat Islam mampu berdiri teguh di tengah-tengah musuh Islam. 

Justeru, MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU? mengajak, menyeru dan memberi motivasi kepada pembaca untuk bangun mendirikan solat ... agar dengannya kita muncul dan berada kembali di tempat sewajarnya, iaitu sebagai umat terbaik.

Monday, May 2, 2016

Kitab 'Sirrul Asrar Wa Madzharul Anwar Fima Yahtaju Ilaihil Abrar'


Kitab 'Sirrul Asrar Wa Madzharul Anwar Fima Yahtaju Ilaihil Abrar' 
 Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Terbitan: Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 
 Harga: RM65.00

Hadis Qudsi


Hadis Qudsi 
 Penulis: KHM Ali Usman, Dr HMD Dahlan dan HAA Dahlan 
 Terbitan: Victory Agencie 
 Harga: RM35.00 

 Dalam usaha menjelaskan Hadis Qudsi dalam buku ini, penulis cuba menghubungkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-Hadis Nabawi. Terdapat juga kata-kata mutiara dari para sahabat dan para tabi’in yang diharapkan dapat menambahkan pengetahuan kepada pembaca. Mudah-mudahan buku ini dapat memberi dorongan dan inspirasi kepada pembaca untuk mengenali hakikat diri dan kenyataan hidup di dunia yang bersifat sementara ini.

Sunday, May 1, 2016

Kitab "Nurul Yaqin Fi Sirah Sayyidil Mursalin"


Kitab "Nurul Yaqin Fi Sirah Sayyidil Mursalin" 
 Penulis: Sheikh Muhammad Al-Khudhori 
 Harga: RM26.00