Islam dan Idealisme Zaman Moden
Penulis: Dr. Fadhlullah Jamil
Terbitan: Karisma Publications
Harga: RM28.00
Buku ini merupakan hasil kajian penulis tentang Islam pada zaman moden. Zaman moden yang bermula sekitar tahun 1800 M, umat Islam di seluruh dunia sering dilanda dengan pelbagai ancaman dan konflik. Ancaman dan konflik itu biasanya berkait rapat dengan kegiatan jahat lagi khianat pihak penjajah Barat dan sekutu mereka yang enggan menghormati hak umat Islam untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sejati. Akibatnya, pergolakan dan krisis tidak pernah tamat. Dalam hal ini, tumpuan diberi kepada soal ancaman Zionisme, Qadianisme, Sekularisme serta gerakan yang bercorak tentera di wilayah-wilayah kediamanan umat Islam, kekeliruan yang dicetuskan oleh modernisme dan berikutnya tindak balas umat Islam dalam bentuk pan-Islamisme, gerakan Islah dan tajdid, dan intifadah. Bab-bab yang lain ialah mengenai gerakan Muhammadiyah di Indonesia, Pemikiran dan perjuangan Allamah Muhammad Iqbal, Pemikiran Sayyid Ahmad Khan, Pemikiran dan Perjuangan Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan kes Intifadah di Palestine.

No comments:
Post a Comment