Pages

Friday, November 5, 2010

Bila Zina Jadi Budaya

Bila Zina Jadi Budaya
Penulis: Mohd Syamil & Adriana Balqis
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. Banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adalah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.

No comments:

Post a Comment