Pages

Sunday, November 14, 2010

Fikh Kerahsiaan Wanita

Fikh Kerahsiaan Wanita
Penulis: Dr. Saadudin Mus'ad Hilali (Professor Fikh Perbandingan, Universiti Al-Azhar)
Penterjemah: Fauwaz Fadzil (BA Syariah Islam, Universiti Al-Azhar)
Terbitan: Pelima Media Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00

Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menempati tahta keistimewaannya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyakskan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan manusia sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.

Saidatina Aisyah, seorang "ikon" pejuang kemurnian peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas, buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah dalam merungkai permasalahan wanita, namun buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat Islam, secara tersusun, ringkas tetapi padat. InshaAllah.

KANDUNGAN
  1. Perbahasan Pertama : Hukum Bersuci, Aurat & Berkhatan Terhadap Faraj Wanita
  2. Perbahasan Kedua : Hadas-Hadas Yang Keluar Melalui Faraj
  3. Perbahasan Ketiga : Hukum Bersetubuh, Hukum Bersetubuh Ketika Wanita Hamil Dan Hukum Azal
  4. Pebahasan Keempat : Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengan Wanita Hamil
  5. Perbahasan Kelima : Hukum Melakukan Jenayah Ke Atas Kemaluan Wanita

No comments:

Post a Comment