Pages

Friday, December 31, 2010

Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir Dan Doa

Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir Dan Doa
Penulis: Tuan Hj Dr Zahazan Mohamed & Ustaz Rohidzir Rais
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:
  • KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.
  • KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran.
  • KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia.
  • ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.

Anakku Hebat Anakku Soleh

Anakku Hebat Anakku Soleh
Penulis: Tuan Hj Dr Zahazan Mohamed
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM39.90

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Koleksi Buku Ustaz Zahazan Mohamed

1) 101 Kisah & Pengajaran Daripada al-Quran, al-Hadis & Hayatus Sahabah - RM29.90
2) 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih - RM29.90
3) 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran - RM25.90
4) 300 Hadis Bimbingan Ke arah Mencari Reda Allah - RM25.90
5) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya - RM19.90
6) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Umrah dan Adab Ziarah Madinah Tapi Anda Malu Bertanya - RM20.00
7) Anakku Hebat Anakku Soleh - RM39.90
8) Indahnya Saat Bersama-Mu - RM19.90
9) Doa & Zikir Harian - RM6.00
10) Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari - RM12.00
11) Doa, Zikir & Munajat Yang Didengari Allah - RM12.00
12) Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir Dan Doa - RM12.00
13) Hadis 40 Imam Nawawi - RM23.00
14) Zikir, Doa & Wirid di Tanah Suci - RM12.00
15) Soal Jawab Remeh Tentang Haji Tapi Anda Malu Bertanya - RM20.00
16) 101 Rekreasi Hati - RM17.00
17) Soal Jawab A-Z Tentang Munakahat Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya - RM30.00

Wednesday, December 29, 2010

Syaamil Al-Quran Miracle The Reference 22 In 1

Syaamil Al-Quran Miracle The Reference 22 In 1
Harga: RM180.00

The Miracle 22 in 1

1. Terjemah Tafsiriyah Per Kata
2. Keyword
3. Sistem Pewarnaan Tajwid
4. Panduan Hukum Tajwid
5. Terjemahan Kementerian Agama
6. Munasabah Ayat dan Surah
7. Tafsir Ath-Thabari
8. Tafsir Ibnu Katsir
9. Hadits Sahih
10. Doa dan Zikir
11. Kosakata
12. Asbabunnuzul
13. Doa Dalam Al-Qur’an
14. Khazanah Pengetahuan
15. Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
16. Asmaul Husna Effect
17. Indeks Tematik
18. Sirah Nabawiyah (bonus)
19. Atlas Sirah Nabawiyah (bonus)
20. Analisis Peta (bonus)
21. Zikir Al-Ma’thurat (bonus)
22. DVD metod SYABANA (bonus)

Tuesday, December 28, 2010

Krisis Fatwa: Dilema Antara Prinsip & Penyimpangan

Krisis Fatwa: Dilema Antara Prinsip & Penyimpangan
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi
Terbitan: Pustaka Syuhada
Harga: RM10.00

Dewasa ini banyak didapati keganjilan dan kontroversi yang berlaku tentang fatwa Islam kontemporari (masa kini) dari kalangan intelekual, pakar dan orang yang menamakan diri sebagai ulama. Sehingga umat Islam menjadi keliru, bingung dan kabur tentang nilai-nilai Islam. Banyak perkara yang aneh dan pernyataan yang tergesa-gesa dalam menyelesaikan masalah keIslaman, membesarkan masalah yang kecil dan memperkecilkan masalah yang besar. Selain itu banyak penyelewengan hukum Islam yang terjadi disebabkan oleh faktor kepentingan politik, ekonomi, ideologi atau kepentingan peribadi.

Dr. Yusuf Qaradhawi, salah seorang ulama besar Islam dan tetap konsisten dengan penyebaran ilmu dan amalnya di dalam buku ini berusaha memberikan ilmu dan petunjuk untuk mengawal penyelewengan hukum Islam dan memastikan fatwa Islam tetap benar, hukum-hukumnya terasa indah, mudah, berkat, aman dan nyaman.

Monday, December 27, 2010

Hijrah - Terbaru Dari Abdul Latip Talib

Hijrah
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM35.00

Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan satu tempat bagi menuju ke tempat lain. Hijrah Rasulullah adalah meninggalkan Kota Mekah dan berpindah ke Madinah demi mengikut perintah Allah dan RasulNya. Sebelum itu Sayidina Jaafar bin Abi Talib bersama rombongannya berhijrah ke Habsyah bagi menyelamatkan diri daripada kekejaman musyrikin Quraisy. Mereka berhijrah bagi menyelamatkan akidah daripada ancaman musuh.

Peristiwa hijrah Rasulullah dan para sahabatnya adalah dengan perintah Allah, bukan kehendak mereka sendiri. Walaupun Allah berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan hijrah boleh berlaku sepenuhnya melalui mukjizat nabi, namun Allah tidak menghendakinya sedemikian. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang digabungkan antara perlindungan Allah dengan ikhtiar manusia. Memang Rasulullah mendapat perlindungan Allah, tetapi beliau juga terpaksa menempuh perjalanan yang serba pahit. Walaupun Rasulullah yakin Allah akan melindunginya namun, beliau perlu berikhtiar merencanakan perjalanannya supaya selamat sampai. Beliau juga bersembunyi di Gua Thsur selepas berpesan kepada anaknya supaya menghantar makanan dan susu.

Sebab-sebab berlakunya hijrah. 1 - Ancaman, tekanan dan penyeksaan yang kuat daripada kaum Quraisy Mekah kepada Nabi Muhammad dan pengikutnya. 2 - Pemulauan yang dilakukan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib hingga mereka menderita akibat kekurangan makanan. 3 - Kaum Quraisy juga mengancam nyawa Rasulullah. Beberapa percubaan dilakukan bagi membunuh nabi tetapi tidak berjaya. 4 - Penduduk Madinah yang sering berperang sesama mereka memerlukan seorang pemimpin yang boleh mendamaikan serta menyatukan mereka. Lalu mereka menjemput Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.

Sunday, December 26, 2010

Mak, Abah... Redailah Anakmu

Mak, Abah... Redailah Anakmu
Penulis: Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Fatimah Syarha Mohd Noordin & Ida Ezyani Othman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00

Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak. Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh. Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-Quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.

Saturday, December 25, 2010

Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis: Membongkar Rahsia Alam Jin & Sihir

Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis: Membongkar Rahsia Alam Jin & Sihir
Penulis: Malik Faisal
Terbitan: PTS
Harga: RM26.50

Alam ghaib adalah misteri yang tidak akan dapat diterokai manusia tanpa bantuan wahyu Allah dan hadis Rasulullah. Penulis berusaha menyusun dan memperkenalkan kepada pembaca hakikat kejadian jin menurut al-Quran dan hadis serta kisah-kisah di sebaliknya.

Buku ini terbahagi kepada dua fasa iaitu:

Fasa pertama: Pembongkaran secara tuntas mengenai alam jin.

Fasa kedua: Pengumpulan dan teknik ruqyah daripada al-Quran dan hadis bagi dijadikan senjata bagi melindungi diri daripada gangguan iblis, jin dan syaitan.

Kandungan:

Bab 1: Akidah Senjata Mukmin
Bab 2: Beriman Kepada Alam Ghaib
Bab 3: Alam Jin
Bab 4: Hakikat Kejadian Jin
Bab 5: Kelebihan dan Kekurangan Jin
Bab 6: Hubungan Jin dan Manusia
Bab 7: Syaitan, Iblis, Qarin dan Khadam
Bab 8: Tahdirul Arwah
Bab 9: Pengenalan Ruqyah Syariyah
Bab 10: Proses Ruqyah
Bab 11: Sihir
Bab 12: Rawatan Khusus Sihir
Bab 13: Ruqyah Saka
Bab 14: Kaedah Meruqyah
Bab 15: Merawat Angin Ahmar, Kanser dan Buta
Bab 16: Ayat Ruqyah Khusus
Bab 17: Mitos Berkenaan Jin dan Syaitan
Bab 18: Cara Mengelakkan Jin
Bab 20: Tip Meruqyah
Bab 21: Azimat

Friday, December 24, 2010

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh
Penulis: Muhammad Syaari Abdul Rahman
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Kandungan

Bab 1: Kuasa Semangat Pemuda
Bab 2: Kuasa Pemikiran Strategik
Bab 3: Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif
Bab 4: Kuasa Kerja Berpasukan
Bab 5: Kuasa Contoh
Bab 6: Kuasa Pidato Berpengaruh
Bab 7: Kuasa Iman dan Tawakal
Bab 8: Kuasa Jihad dan Pengorbanan
Bab 9: Kuasa Diplomasi dan Kebajikan
Bab 10: Kuasa Bahasa
Bab 11: Kuasa Sentuhan Ulama
Bab 12: Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif


Thursday, December 23, 2010

Indahnya Hidup Tanpa Derita

Indahnya Hidup Tanpa Derita
Penulis: Noor Laila Aniza Zakaria
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

Himpunan 40 kisah dugaan dan badai rumah tangga, dilengkapi dengan pakej nasihat, tip-tip keagamaan dan psikologi. Ditulis berdasarkan pengalaman penulis berdepan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang perlukan jalan penyelesaian.

Wednesday, December 22, 2010

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Penulis: Dr. Adi Hashman
Terbitan: PTS
Harga: RM19.90

Buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' ini membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.

Buku ini membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.

* Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
* Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
* Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
* Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
* Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
* Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat

Tuesday, December 21, 2010

Wajah Politik Muawiyah Bin Abi Sufian

Wajah Politik Muawiyah Bin Abi Sufian: Sahabat Nabi dan Pakar Strategi
Penulis: Hepi Andi Bastoni
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM22.00

Monday, December 20, 2010

Indahnya Malam Pengantin

Indahnya Malam Pengantin
Penulis: Ummu Nayla
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Buku ini menjelaskan adab-adab malam pertama supaya suami dan isteri merasai indahnya malam pengantin.

Sunday, December 19, 2010

Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam

Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam
Penulis: Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Terbitan: PTS
Harga: RM22.50

Keperluan kepada hukum Islam semasa bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam pada hari ini sangat-sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah.

Sekiranya syariat Islam hanya agama semata-mata, segala perubahan ini mungkin tidak merupakan cabaran besar terhadap corak amalannya. Kerana ritual keagamaan biasanya tidak tertakluk kepada apa-apa perubahan masyarakat memandangkan sifat dan nilainya yang dogmatik. Tetapi Islam lebih besar daripada agama semata-mata dalam konsep di atas. Ianya suatu dasar hidup. Oleh kerana hidup manusia ini berkembang maka cabaran yang terpaksa dihadapi ialah pengembangan tafsiran dan amalannya agar sesuai dengan keperluan setiap perkembangan yang ada.

Buku ini menyingkap perubahan yang berlaku kepada hukum fikah yang tertakluk dengan perubahan masa, tempat, teknologi dan persekitaran. Buku ini penting bagi memahami akar hukum Islam.

Saturday, December 18, 2010

Manhaj Hidup Muslim

Manhaj Hidup Muslim
Penulis: Al-Syahid Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM16.00

Pengakuan sebagai Muslim tidak mendatang sebarang erti kepada seseorang seandainya kepercayaannya, keimanannya, akhlaqnya, budi perangainya dan 'amal kerjanya sama seperti orang bukan Islam. Orang yang digelar Muslim itu mempunyai identitinya tersendiri dan mereka mempunyai panduan yang tersendiri pula dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi menjamin kejayaan, keselamatan dan kemuliaan hidup mereka.

Buku ini insya Allah akan menjelaskan secara terperinci makna dan pengertian Iman, Islam dan Muslim. Memandangkan kandungannya yang sungguh baik kami berharap buku ini bukan sahaja menjadi bahan bacaan para penuntut yang ingin mendalami kefahamannya tentang Islam malah ia akan digunakan dalam kumpulan-kumpulan perbincangan (usrah) yang sejak akhir-akhir ini menjadi satu institusi tarbiyyah yang berkesan.

Seorang Ibu Bukan Sebarangan Ibu

Seorang Ibu Bukan Sebarangan Ibu
Penulis: Muhammad Hassan
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM6.90

Sudah menjadi fitrah manusia dicipta berpasang-pasangan.Berkeinginan untuk saling menyayangi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa perkara sebelum membina sebuah syurga rumah tangga.

Bagi seorang lelaki, persediaan yang rapi mestilah dilakukan supaya bahtera rumah tangga yang dikemudinya nanti akan dapat belayar dengan baik. Segala keperluan asasi perlulah disediakan bagi memenuhi keperluan seisi keluarga.

Manakala bagi wanita, kemampuan mendidik anak-anak itulah yang menjadi kayu ukur baginya untuk berkahwin. Sekiranya dia sudah mampu untuk mendidik anak-anak yang bakal dilahirkan, ia memberi petunjuk bahawa dia sudah bersedia. Tangan yang menghayun buaian ini jugalah yang bakal menggoncangkan dunia kelak.

Friday, December 17, 2010

Koleksi Buku Ustaz Amaluddin Mohd Napiah

1) Bawa Hatimu Kepada Tuhan
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

2) Lembutkanlah Hatimu
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

3) Tuhan Itu Dekat
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM22.00

Thursday, December 16, 2010

Samudera Cinta Sarah Dan Ibrahim A.S. - Siri Rumah Tangga Para Nabi

Samudera Cinta Sarah Dan Ibrahim A.S. - Siri Rumah Tangga Para Nabi
Penulis: Ibnu Sahid As-Sundy
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM14.00

Sebagaimana kisah Sarah dan Ibrahim A.S. yang penuh dengan romantika dan perjuangan. Di dalamnya kita boleh menikmati sekaligus merasakan betapa besar gelora perjuangan keluarga mereka dalam membangun peradaban baru berlandaskan Tauhid. Berbagai persoalan keluarga seperti tidak punya anak pada masa yang lama, atau adanya wanita lain dalam rumahtangganya, serta persoalan-persoalan lain, tetapi mereka mampu melaluinya, kerana semua itu ada dalam serambinya cinta. Kecintaan mereka yang besar hanya kepada Allah SWT semata, bagaikan gelombang yang mengheret semua persoalan di dalam serambi cinta mereka, ini menjadikan jalan bagi datangnya keredhaan Allah SWT. Dalam kisah Sarah - Ibrahim A.S. terkandung banyak pengajaran dan keteladanan, buat mereka yang sedang resah dan gelisah, untuk segera melakukan perubahan dan suasana baru dalam rumah tangga mereka.

Wednesday, December 15, 2010

I love Quran and You?

I love Quran and You?
Penulis: Rizal Abdur Rahman
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM14.00

Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam menjadi magnet luar biasa bagi umat agama lain. Ia menyimpan pengetahuan dan keistimewaan yang melebihi kitab lainnya. Namun ternyata kaum muslimin belum sepenuh mencintai kitabnya dengan memperlakukannya sesuai haknya.

Kini saatnya mengetuk hati kita berkali-kali. Dan bertanya di dalam hati sudah seserius apa kita mengakrabi Quran. Apakah selama ini kita memang benar-benar mencintainya, ataukah hanya perkataan di bibir saja. Buku ini diharapkan menjadi motivasi yang bagus buat remaja kita agar mengenal Quran. Sehingga mereka mahu untuk menjadikannya teladan dan petunjuk hidupnya.

Buku ini diharapkan menjadi motivasi yang bagus buat remaja kita agar mengenal al-Quran. Sehingga mereka mahu untuk menjadikannya teladan dan petunjuk hidupnya.

Tuesday, December 14, 2010

Koleksi Buku Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi

1) Tautan Hati - RM29.90
2) Denyut Kasih Medik - RM23.00
3) Syabab Musafir Kasih - RM22.90
4) Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul - RM12.00
5) Palestin Tak Pernah Gentar: Fatwa Kontemporari & Penyelesaiannya - RM20.00
6) Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang - RM17.00
7) Petua Membuat Orang Jatuh Cinta - RM19.90
8) Mak, Abah, Redailah Anakmu - RM12.00
9) Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah - RM45.00
10) Kisah Haiwan Madinah Zaman Rasulullah - RM45.00
11) Duhai Teman Sejatiku - RM16.90

Monday, December 13, 2010

Palestin: Masalah Kita Bersama

Palestin: Masalah Kita Bersama
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd
Harga: RM15.00

KANDUNGAN
  1. Al-Quds Menurut Keyakinan Umat Islam
  2. Al-Quds Diyahudikan Secara Terang-Terangan
  3. Hakikat Peperangan Antara Umat Islam Dan Israel
  4. Gugurnya Tuntutan Bangsa Yahudi Atas Al-Quds Dan Palestin Secara Umum
  5. Apakah Kita Tahu Musuh Kita?
  6. Inilah Musuh Kita
  7. Bahaya Zionis Terhadap Dunia
  8. Janganlah Kamu Lemah Dan Minta Damai Padahal Kamu Yang Berjaya

Sunday, December 12, 2010

Fomula Rabbani Pelajar Cemerlang

Fomula Rabbani Pelajar Cemerlang
Penulis: Abdullah Khairi Haji Haroon & Ahmad Fathur Rahman Haji Haroon
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM16.00

Formula kecemerlangan pelajar yang perlu diteroka dan dihadam oleh setiap pelajar, guru dan ibubapa. Menyingkap tip dan teknik belajar untuk cemerlang.

Friday, December 10, 2010

Seindah Mawar Berduri

Seindah Mawar Berduri
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM29.80

Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. Haruskah cinta itu ditolak takkala usia remaja yang diharungi menuntut tumpuan untuk mencicip madu ilmu yang akan menjadi bekalan untuk mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat?

Khazinatul Azrar, seorang siswa jurusan Sains di sebuah universiti terdidik dalam landasan agama sejak kecil. Ketinggian sahsiah dirinya benar-benar memukau insan-insan yang berada di sekelilingnya. Tsabit, Mukhlisin, dan Asyraf, masing-masing mengimpikan cinta Khazinatul Azrar. Dengan kelebihan tesendiri, masing-masing berusaha memenangi hati gadis dambaan. Ibarat mawar berduri, cantik dipandang tetapi memiliki duri sebagai pelindung diri. Khazinatul Azrar tidak mudah tersirna dengan kilauan cinta berlandaskan nafsu. Baginya, cinta yang agung dan kudus hanyalah cinta kepada Allah. Namun adakah ada insan yang berjaya mencuri hatinya? Seindah Mawar Berduri menyingkap segala-galanya. "

Thursday, December 9, 2010

Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil

Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil
Penulis: Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.

Bagaimana menggunakan buku ini:

* Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
* Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
* Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
* Hadiah kepada isteri tersayang.
* Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

Wednesday, December 8, 2010

Koleksi Buku Dr. Rusly Abdullah (Chef Li)

1) Menjejaki Jutawan Senyap
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

2) Aku Tak Nak Miskin
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

3) Petunjuk Jalan Kekayaan
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

4) Biar Kecil Asalkan Berhasil
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

5) OKB! Orang Kaya Bertaqwa
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Tuesday, December 7, 2010

Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (Edisi Jimat)

Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (Edisi Jimat)
Penulis: Muhammad Alexander
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM24.00

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.

Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

Sunday, December 5, 2010

Ulama Warisan Rasulullah: Biografi Ulama Habaib

Ulama Warisan Rasulullah: Biografi Ulama Habaib
Penulis: M.A. Uswah
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM25.00

Ulama Habaib ialah ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW. Biografi mereka dihimpunkan dalam buku ini sebagai mengingati jasa-jasa mereka yang kekal mengharum meskipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Ulama habaib yang diceritakan dalam buku ini terdiri daripada ulama habaib seluruh dunia termasuk dari Yaman, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Singapura. Sebahagian daripada ulama-ulama habaib ini dianggap sebagai wali Allah dan mempunyai karamah tersendiri.

Antara ulama habaib yang terkenal termasuk Habib Muhammad Husein al-Aidrus, Habib Alwi Muhammad al-Haddad, Habib Ahmad Alwi al-Haddad, Habib Muhammad Idrus al-Habsyi, dan Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Seorang daripada mereka iaitu Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pernah menjadi mufti Johor dan dianggap ulama dan sejarawan yang hebat pada zamannya.

Saturday, December 4, 2010

Aku Nikah Akan Dikau

Aku Nikah Akan Dikau
Penulis: Dr Engku Ahmad Zaki
Terbitan: Must Read
Harga: RM19.90

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati, difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Garis panduan yang disediakan bukan sekadar tentang perbahasan tanggungjawab suami isteri dalam kehidupan berkeluarga, malah ia turut menekankan proses pemilihan pasangan sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga. Pendek kata, kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga tidak akan wujud melainkan rumah tangga yang berdiri di atas tapak keimanan dan ketakwaan yang tulus ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.

Diharap buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan institusi keluarga sehingga berupaya melahirkan generasi yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.

Friday, December 3, 2010

Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW

Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW
(Terjemahan dari Mausu’ah min Akhlaqi ar-Rasul)
Penulis: Mahmud al-Mishri
Penerbit: Pena Pundi Aksara
Harga: RM300.00

Rahsia sukses Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah Islam adalah senantiasa bersenjatakan budi pekerti mulia. Hal ini diakui oleh banyak pihak- non muslim mahupun muslim. Ensiklopedia ini merupakan kunci pembuka pintu-pintu kemuliaan akhlak Nabi Muhammad untuk kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ensiklopedia ini memerincikan akhlak-akhlak beliau yang nescaya menjadi panduan bagi pembaca yang menginginkan hidup selalu berhias akhlak mulia.

Thursday, December 2, 2010

Bila Allah Menduga Kita

Bila Allah Menduga Kita
Penulis: Syed Alwi Alatas
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM19.90

BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.

Wednesday, December 1, 2010

Dajjal 'Sudah' Muncul dari Khurasan

Dajjal 'Sudah' Muncul dari Khurasan
Penulis: Abu Fatiah Al Adnani
Terbitan: Pustaka Mujaddid
Harga: RM30.00

Dajjal 'Sudah' Muncul dari Khurasan membicarakan mengenai perihal Beghawan Shri Satya Sai Baba. Dia adalah seorang lelaki kribo, berbadan gempal dan berpakaian merah. Para pengikutnya yang telah menjangkau puluhan juta orang yakin Sai Baba boleh menyembuhkan orang lumpuh, buta dan kanser, bahkan mampu menghidupkan orang mati. Dari tangannya keluar tepung ajaib dan boleh menyeru hujan, dia boleh berpindah dari satu negara ke negara yang lain dengan pantas serta mampu mengawal waktu. Dia mengaku dirinya Al Masih dan ada juga mengaku sebagai tuhan. Adakah dia merupakan dajjal yang dijanjikan muncul pada akhir zaman?