Pages

Sunday, December 19, 2010

Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam

Transformasi Fikah Semasa: Evolusi Hukum Islam
Penulis: Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Terbitan: PTS
Harga: RM22.50

Keperluan kepada hukum Islam semasa bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam pada hari ini sangat-sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah.

Sekiranya syariat Islam hanya agama semata-mata, segala perubahan ini mungkin tidak merupakan cabaran besar terhadap corak amalannya. Kerana ritual keagamaan biasanya tidak tertakluk kepada apa-apa perubahan masyarakat memandangkan sifat dan nilainya yang dogmatik. Tetapi Islam lebih besar daripada agama semata-mata dalam konsep di atas. Ianya suatu dasar hidup. Oleh kerana hidup manusia ini berkembang maka cabaran yang terpaksa dihadapi ialah pengembangan tafsiran dan amalannya agar sesuai dengan keperluan setiap perkembangan yang ada.

Buku ini menyingkap perubahan yang berlaku kepada hukum fikah yang tertakluk dengan perubahan masa, tempat, teknologi dan persekitaran. Buku ini penting bagi memahami akar hukum Islam.

No comments:

Post a Comment