Pages

Wednesday, January 12, 2011

Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah (Edisi Kemaskini)

Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah (Edisi Kemaskini)
Penulis: Zuraimi Ismail
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM13.00

Anekdot kehidupan Nabi SAW dalam bentuk kreatif. Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah. Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa 'hidup'. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri 'visual' yang berlaku di depan mata!

Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelusuri beberapa tahun sebelum kelahiran baginda lagi untuk menggambarkan suasana yang kondusif yang telah disediakan oleh Allah untuk kelahiran kekasih-Nya. Sentuhan Zuraimi Ismail yang sekian lama menulis tentang sirah Nabi dalam majalah ANIS, ASUH dan majalah i, menjadikan buku ini sangat berbeza daripada buku-buku yang pernah ditulis tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Menghayati nukilan kreatif anekdot-anekdot popular yang banyak diceritakan dalam sejarah ini merupakan satu pengalaman membaca yang cukup mengasyikkan. Buku ini menjanjikan satu kelainan. Persembahannya ringan tapi sangat menghiburkan dan memberi kepuasan membaca.

3 comments:

  1. maksud edisi kemaskini tu apa? hanya tukar cover buku or ada tambahan intipati? saya pernah beli buku ini pd tahun lepas dan menanti sekiranya ada sambungan.

    harap dapat beri penjelasan.

    ReplyDelete
  2. cover sahaja yg ditukar, isi kandungan masih sama

    ReplyDelete
  3. Slm..saya sudah pn membacanya,namun sayangnya saya kehilangan buku ini 3thn yg lalu.mmg buku ini sangat bagus.berbeza drp siri2 pengkisahan sirah nabi muhammad saw.dgn penulisan kreatif begini dapt menarik minat org muda zmn skrg menelusuri kisah baginda,dan memudahkan kita umat islam mengingati sirah junjungan nabi.

    ReplyDelete