Penulis: Haddad Alwi
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00
"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (iman dan keselamatan) untukmu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang beriman." (surah at-Taubah:128)
Tidak hanya di dunia ini sahaja, bahkan sehingga di akhirat sekalipun Rasulullah masih memikirkan dan mengurus keselamatan umatnya. Semua itu hanya wujud kerana rasa cinta beliau kepada umatnya. Di sisi yang lain, al-Quran menyebutnya sebagai uswatun hasanah, iaitu contoh yang baik. Seluruh kehidupannya penuh dengan kisah teladan dan akhlak yang perlu kita contohi.
Nabi Muhammad sudah wafat lebih 14 abad silam, namun kasih sayangnya tidak pernah mati. Dan Rasulullah harus setiasa dihidupkan dalam hati setiap individu muslim. Maka buku ini memaparkan kisah Rasulullah dari aspek perjuangan, cinta, pengorbanan dan akhlak mulia. Pembaca buku ini dapat mengeratkan ikatan cinta kepada Sang Rasul, lalu terdorong bagi meneladaninya.
No comments:
Post a Comment