Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit
Penulis: Ustaz Raflis Sabirin
Terbitan: MMP Communications Sdn Bhd
Harga: RM32.00
Bukan menidakkan kemampuan perubatan moden namun aspek penjagaan kesihatan serta kaedah merawat penyakit turut termaktub dalam al-Quran yang menjadi panduan hidup sepanjang hayat umat Islam.
Buku Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit membongkar ilmu perubatan yang terkandung dalam al-Quran melalui kupasan ayat-ayat untuk membantu menyembuhkan penyakit berdasarkan amalan.
Penulisnya, Raflis Sabirin, berkata sebahagian besar isi kandungan buku ini adalah pengalaman beliau selama 27 tahun mengubati penyakit menggunakan ayat al-Quran serta koleksi siri kesihatan tulisannya yang dimuatkan dalam majalah Milenia Muslim sepanjang 2010.
Buku setebal 264 halaman ini turut menyediakan gambar herba yang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit seperti kencing manis, jantung, kanser payu dara, angin ahmar dan ketumbuhan selain dijelaskan cara penyediaannya berserta ayat yang perlu dibaca.
Ia memperincikan kaedah merawat sendiri menggunakan kalam Allah dan herba pilihan seperti buah keras, jambu batu, kulit manggis, lidah buaya, kulit limau nipis, halia tua, daun sanna, telur ayam kampung, air zamzam dan madu lebah asli.
Penulis turut mengajak pembaca merenung dan memikirkan hakikat kehidupan yang semakin maju dengan segala kemodenan hingga menjurus kepada pelbagai penyakit, tidak ketinggalan penyakit rohani hingga menyebabkan berlaku gejala sosial.
Justeru, di samping mendapat manfaat daripada kalimah Allah untuk mengubat pelbagai jenis penyakit, secara tidak langsung usaha menjadikan al-Quran sebagai rujukan akan mendekatkan manusia dengan Penciptanya.

No comments:
Post a Comment