Pages

Saturday, April 30, 2011

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
Penulis: Dr. Mohammad Ali Toha
Terbitan: PTS
Harga: RM10.90

Setiap manusia dambakan kesihatan. Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.

Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.

Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini.

Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan

Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan
Penulis: Nurasyikin Ahmad
Terbitan: PTS
Harga: RM14.00

KANDUNGAN

Bab 1: Asal Usul Siti Hajar
Bab 2: Terselamat Daripada Raja Namrud
Bab 3: Ketaksuban Penduduk Faddam A'ram
Bab 4: Ibrahim Mencari Tuhan
Bab 5: Cinta Sarah Kepada Ibrahim
Bab 6: Ujian Ibrahim di Kota Haran
Bab 7: Penghijrahan Ibrahim ke Kanaan dan Mesir
Bab 8: Kekuatan Doa Isteri Tercinta
Bab 9: Pertemuan Sarah dan Hajar
Bab 10: Raja Sehari Hajar dan Ibrahim
Bab 11: Cemburunya Sarah Kepada Hajar
Bab 12: Cinta Siti Hajar Kepada Ibrahim
Bab 13: Rahmat Allah ke atas Ibu Ismail
Bab 14: Terpancar Keberkatan di Lembah Mekah
Bab 15: Dugaan Hajar, Ismail Dijadikan Korban

Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Fahami Bacaan Dalam Solatmu
Penulis: Ibrahim bin Hashim, Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

Buku yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca.

Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian untuk orang ramai.

Friday, April 29, 2011

Senarai 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah

Senarai 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah
Penulis: Michael H. Hart
Terbitan: Golden Book Centre Sdn. Bhd
Harga: RM39.50

Buku Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah ini merupakan suatu buku yang ringkas lagi padat mengenai tokoh-tokoh yang hebat dalam sejarah, di mana ia lengkap dengan anekdot, data biografi dan pencapaian yang utama.

Thursday, April 28, 2011

Ensiklopedia Solat

Ensiklopedia Solat
Penulis: Pelbagai Penulis
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM100.00

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Beduk Diketuk

Beduk Diketuk
Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.

Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Wednesday, April 27, 2011

Didik Anak Jadi Pintar

Didik Anak Jadi Pintar
Penulis: Rohani Sheikh Omar
Terbitan: PTS
Harga: RM13.90

Isi Kandungan

Bicara Penulis
Pengenalan
Bab 1: Perkembangan dan Aktiviti Anak-anak 0 hingga 2 Tahun
Bab 2: Kehidupan Anak-anak 2 hingga 3 tahun
Bab 3: Kelasakan Anak-anak 3 hingga 4 Tahun
Bab 4: Bersedia ke Sekolah 4 hingga 5 Tahun
Bab 5: Ke Sekolah - Dari 5 Tahun ke Atas
Analisa Terakhir

Al-Amin: Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah

Al-Amin: Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: PTS
Harga: RM48.00

Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci,
telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti,
dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu,
menolak arak dan madu, menghadap ia keajaiban,
terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru;
pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil,
mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam
Penulis: Mazidah Muhammad
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteri ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad. Justeru, pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan para ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi. Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.

Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia. Buku ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.

Tuesday, April 26, 2011

Tidurnya Mereka 309 Tahun: Ashabul Kahfi

Tidurnya Mereka 309 Tahun: Ashabul Kahfi
Penulis: Abdul Fatah Zakaria
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM20.00

Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang menjadi pusaka dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap Muslim membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran. Berbagai-bagai kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran menjadi iktibar kepada umat Islam, di antaranya ialah kisah Ashabulkahfi di dalam surah al-Kahfi. Surah ini dinamakan surah al-Kahfi kerana terdapat cerita-cerita penghuni gua yang dikenali sebagai Ashabulkahfi. Kisah penghuni-penghuni gua ini merupakan suatu mukjizat ketuhanan yang sangat hebat. Daripada kisah penghijrahan Ashabulkahfi ini, dua perkara yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita,

* Pertama – Iman hendaklah dijaga dan dipelihara.
* Kedua – Jangan sekali-kali bersama dengan masyarakat jahiliah di dalam keadaan tidak berilmu kerana mungkin ianya akan memesongkan kita daripada ajaran Allah SWT.

Harapan moga-moga sumbangan ini dikurniakan ikhlas, dijauhkan sifat riyak, ujub dan suma’h seterusnya menjadi ilmu yang bermanfaat.

Cerita Minoriti Muslim Di China

Cerita Minoriti Muslim Di China
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM20.00

Sudah banyak penulisan yang dibuat mengenai negara China. Pelbagai aspek mengenai negara dan masyarakatnya telah disoroti dalam pelbagai bentuk penulisan sama ada di dalam atau luar negara. Namun begitu, penulisan mengenai kisah-kisah Islam di China tidak banyak terdapat di pasaran. Walhal kisah dan cerita mengenainya cukup banyak sekali melangkaui perjalanan masa selama lebih dari 1400 tahun lamanya. Islam bukan sahaja mempunyai sejarah yang panjang di China tetapi mempunyai kekayaan warisan yang tiada tolok bandingannya.

Sumbangan umat Islam di China dapat dilihat dalam bidang kebudayaan, tradisi, adat resam, kesusasteraan, kesenian dan sebagainya. Warisan dan peradaban Islam masih dipertahankan oleh kumpulan minoriti Muslim di China. Setiap kumpulan berkenaan mempunyai cara hidupnya tersendiri sebagai cerminan kepada kesejagatan yang terdapat pada agama Islam.

Cerita-cerita yang dipaparkan dalam buku ini tidak sekadar meliputi aspek luaran umat Islam di China tetapi juga kisah-kisah tersirat yang penuh tragis, duka dan luka yang dialami oleh penduduk minoriti Muslim di sana. Dengan membaca buku ini, kita akan mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai apa yang berlaku kepada umat Islam di China. Cerita yang selama ini terpendam di bawah lipatan sejarah.

Monday, April 25, 2011

Ilmuwan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun

Ilmuwan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun
Penulis: Nik Mohd Rosdi bin Nik Ahmad
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Tokoh 1 : Syeikh Abu Bakar Al-Ash’ari

Tokoh 2 : Ustaz Abu Bakar Al-Bakir

Tokoh 3 : Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim

Tokoh 4 : Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau

Tokoh 5 : Dr Burhanuddin Al-Helmi

Tokoh 6 : Tuan Guru Haji Muhammad Yasin Kedah

Tokoh 7 : Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

Tokoh 8 : Prof Dr HAMKA

Tokoh 9 : Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek

Tokoh10 : Muhammad Nafis Al-Banjari

Tokoh 11 : Hussain Mohd Nasir Al-Mas’udi Al-Banjari

Tokoh 12 : Syeikh Yusuf Makasar

Tokoh 13 : Tuan Tabal Abdul Samad Muhammad Saleh

Tokoh 14 : Prof Zulkifli Muhammad

Tokoh 15 : Syeikh Nuruddin Ar-Raniri

Tokoh 16 : Haji Ali Pulau Pisang

Sunday, April 24, 2011

Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi

Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi
Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM10.00

Salahuddin Al-Ayyubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita yang menerangi kegelapan. Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir musuh-musuh Islam. Malamnya dihiasi dengan munajat, manakala siangnya bagaikan singa di medan perjuangan. Kejayaannya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaan menundukkan musuh yang kejam.

Salahuddin merupakan tokoh reformasi yang mengajar kita betapa perjuangan dilakukan atas nama etnik sekali-kali tidak membuahkan hasil. Sebaliknya perjuangan atas nama Islam sahaja yang akan memperolehi kejayaan yang gemilang. Pembaharuan pemikiran dan perjuangan yang digerakkannya merupakan sumber inspirasi bagi umat Islam dalam membina jatidiri demi mencapai kemenangan.

Semoga buku ini memberi nafas perjuangan terhadap diri dan semangat umat Islam dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, insya Allah.

Saturday, April 23, 2011

3i: Islam, Iman dan Ihsan

3i: Islam, Iman dan Ihsan
Penulis: Sakinah Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

Apakah yang ada dalam konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan)? Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan 'Aku seorang Islam'. Cukupkah ungkapan sebegitu? Ada juga yang mengungkap 'Saya menerima Islam sebagai agama.' Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan?

Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlsan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap keredaan-Nya.

Konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan) adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu Allah bersama persiapan yang rapi.

Friday, April 22, 2011

Dwilogi Padang Bulan

Dwilogi Padang Bulan
Penulis: Andrea Hirata
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Novel Padang Bulan bermula daripada kisah seorang gadis kecil berusia 14 tahun, Enong namanya, yang sangat gemar pada pelajaran bahasa Inggeris, namun secara mendadak terpaksa berhenti sekolah dan mengambil alih seluruh tanggungjawab keluarga.

Cinta di Dalan Gelas berkisah tentang perjalanan nasib Enong, melalui gaya khasnya - mentertawakan kepedihan, memparodikan tragedi, mengkritik tanpa perlu menjadi sarkastik. Kisah Enong menjadi seperti panggung dalam lembaran-lembaran kertas.

Enong jatuh, bangun, jatuh lagi dan bangun lagi. Kisah Enong bukan sekadar kisah sebuah keluarga yang sederhana, namun kisah impian seorang anak kecil, kisah keberaniannya menjalani hidup dan kisah seorang lelaki yang menjadi berantakan kerana tragedi cinta pertama.

Ranah 3 Warna

Ranah 3 Warna
Penulis: A. Fuadi
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Alif baru sahaja tamat belajar di Pondok Madani. Dia bahkan sampai bermimpi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Impiannya? Tinggi betul. Mahu belajar teknologi tinggi seperti Habibie, lalu merantau sampai ke Amerika.

Terinspirasi semangat pasukan Denmark, Alif mendobrak rintangan berat. Baru sahaja dia tersenyum, badai lain menggempurnya silih berganti tanpa ampun. Alif letih dan mulai bertanya-tanya, "Sampai bilakah aku perlu teguh bersabar menghadapi semua dugaan hidup?" Dia hampir-hampir menyerah.

Rupa-rupanya mantera man jadda wajada sahaja tidak cukup sakti dalam memenangkan hidup. Alif teringat mantera kedua yang diajarkan di Pondok Madani. Man shabara zhafira. Sesiapa yang bersabar akan beruntung. Berbekalkan kedua-dua mantera itu, Alif menyongsong badai hidup satu persatu. Dapatkah dia memenangkan semua impiannya?

Ranah 3 Warna adalah hikayat tentang bagaimana impian tetap wajib dibela habis-habisan walau hidup digelung nestapa tidak berkesudahan. Tuhan sungguh bersama orang yang sabar.

Thursday, April 21, 2011

Saladin - The Hero Who Became A Legend (Seri 1 - Animasi 3D)

Saladin - The Hero Who Became A Legend (Seri 1 - Animasi 3D)
Keluaran: Al-Jazeera TV Production
Harga: 20.00

Diangkat dari kisah pengembaraan seorang pejuang sejati Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Beliau mempunyai watak yang gagah berani menentang kejahatan, jagoh pedang terhandal di tahan Arab dan memiliki kekuatan tubuh yang lasak, namun disebalik watak yang garang beliau memiliki sikap pribadi sopang santun, humoris, romantik dan berkasih sayang.

Muhammad S.A.W Utusan Terakhir

Muhammad S.A.W Utusan Terakhir
Keluaran: Badr International
Harga: 20.00

Rasulullah dan para sahabat meniti ranjau dalam perjuangan jalannya penuh onak dan duri puluhan tahun mereka berjuang penuh iman dan keyakinan siksaan di dalam perjuangan hati terhibur jiwa bahagia kerana kekasih agungnya ujian demi ujian ditimpakan kepada mereka disingkir dan dipinggirkan dari masyarakatnya demi kerana Tuhan mereka tenang saja yakin dan bertawakal.

Koleksi Nasyid Indie Vol.1 - Nasyeed Underground

Koleksi Nasyid Indie Vol.1 - Nasyeed Underground
Harga: 25.90

Senarai Trek:-

1. Selawat Aluan
2. Bukan Niatku
3. Realiti
4. Keceriaanmu
5. Segalanya Ada
6. Di Tangisan Cinta
7. Jodoh dan Takdir
8. Damba RedhaMu
9. Bebaskan
10. Selawat Tawassul
11. Kisah Cinta
12. Teman
13. Masih Ada Cinta
14. Message Undelivered

Wednesday, April 20, 2011

Menangani Anak Biadab

Menangani Anak Biadab
Penulis: Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM16.00

Pepatah ada mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat.” Anak-anak yang telah terlanjur bersikap biadab memerlukan proses pemulihan daripada konsultan atau kaunselor. Namun, corak didikan dan latar belakang keluarga yang mengasuh anak dari kecil memainkan peranan dalam pembentukan sikap mereka menjelang usia dewasa. Buku Menangani Anak Biadab yang membawa penampilan santai, mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun ini amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan para remaja sendiri.

Tuesday, April 19, 2011

Haramkah Rokok?

Haramkah Rokok?
Penulis: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00

Dalam Siri Kajian Hukum kali ini, penulis berbesar hati untuk menekuni isu merokok mengikut perspektif Islam. Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contohnya, di Malaysia, apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21% pada 1985 kepada 31% pada tahun 2000.

Persatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya, Action on Smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada me reka menghisap rokok hampir 10 batang sehari. Laporan ini juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion. Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

Monday, April 18, 2011

Perang Khandaq

Perang Khandaq
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM26.00

Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah. Dinamakan Khandaq (parit) kerana tentera Islam menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang datang menyerang Madinah terdiri daripada beberapa kabilah Arab, Yahudi dan Habsyi. Jumlah mereka 10000 orang, sedangkan tentera Islam cuma 3000 orang.

Dalam perang ini, sekiranya tentera ahzab dapat melepasi parit yang digali itu, tentera ahzab akan meluru dan menghapuskan seluruh Madinah. Tentera Islam terpaksa memperkukuhkan pertahanan dan tentera musuh terus mengepung sambil mencari jalan, perang pun semakin panjang. Pada hari ke-16 perang, tentera ahzab sudah nekad. Cara melepasi parit sudah dirancang. Satu serangan akhir, satu serangan besar akan dilancarkan. Serangan yang akan menentukan siapa yang menang perang. Sementara itu tentera Islam pula sudah berniat syahid. Lalu bagaimana akhirnya perang?

Sunday, April 17, 2011

Misteri Firaun: Musuh Para Nabi

Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
Penulis: Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Terbitan: PTS
Harga: RM60.00

Tentu Anda Ingin Tahu:

Siapakah Firaun dan bagaimana perkembangan tamadun mereka?
Firaun manakah yang terlibat dengan Nabi Musa?
Firaun yang manakah yang membina piramid?
Firaun yang manakah yang terlibat dengan Nabi Yusuf?
Mungkinkah ada di antara Firaun yang mengamalkan kepercayaan yang satu?
Adakah semua Firaun dalam tempoh 3,000 tahun itu sejahat seperti yang disangkakan?
Adakah Firaun yang mengarahkan pembunuhan bayi-bayi lelaki adalah firaun yang sama yang mati lemas ketika mengejar Nabi Musa?

Sejarah merekodkan tamadun Mesir Purba sebagai antara tamadun terhebat sepanjang zaman.
Namun, tidak ramai yang tahu secara terperinci mengenai perkembangan tamadun ini. Apa yang kita hanyalah mengenai Firaun dan Piramid. Sebenarnya banyak misteri yang tersembunyi di sebalik lipatan sejarah tamadun Mesir Purba. Misteri-misteri itu akan dibongkar dalam buku ini.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan gambar rujukan mengenai Firaun dan perkembangan Tamadun Mesir Purba. Ia menjawab persoalan-persoalan kritikal berkaitan Firaun.

Jangan lepaskan peluang bagi memahami sejarah dengan perspektif yang lebih baik.

Saturday, April 16, 2011

10 Tokoh Idola Muslimah

10 Tokoh Idola Muslimah
Penulis: Sakinah Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

Dunia hari ini dihidangkan dengan pelbagai ikon yang ada kalanya bertentangan dengan syariat Islam. Mereka yang dijadikan idola ini sememangnya tidak bersesuaian daripada segi sahsiah juga kehidupan negatif yang tidak layak dicontohi. Demi memantapkan diri, jadikan srikandi Muslimah sebagai idola hidup yang perlu dicontohi.

10 Tokoh Idola Muslimah yang diketengahkan di dalam buku ini mampu memberikan impak besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi. Setiap seorang tokoh dirungkai dengan terperinci merangkumi sejarah hidup, kaitan kisah dengan kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi penghias peribadi. Jadikan tokoh-tokoh ini sebagai inspirasi dalam mentarbiah anak bangsa yang berjiwa besar menjadi pemangkin kepada generasi akan datang.

Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan serta rahsia kehebatan dan kekentalan mereka dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya demi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Friday, April 15, 2011

Andai Bavaria Takdirku

Andai Bavaria Takdirku
Penulis: Nurulsham Saidin, Nieda Lienke
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM18.00

Aisya, seorang wanita Melayu yang berpendidikan tinggi dan menyandang jawatan yang baik telah bertemu dengan seorang lelaki Jerman, Olaf yang ditugaskan ke Malaysia untuk jangka masa dua tahun. Pertemuan yang pada mulanya sebagai sahabat itu kemudiannya membuahkan rasa cinta dan berakhir ke gerbang perkahwinan dua tahun kemudian. Kisah bermula apabila Aisya perlu mengikut suami pulang ke negara asalnya, dan tinggal di sebuah kampung pedalaman di Obermichelbach, Bavaria, Jerman. Di sinilah Aisya mula merasai cabaran sebagai seorang Muslim yang hidup di kalangan penduduk beragama Kristian yang sangat tradisional. Namun, dia mendapat kekuatan untuk menyesuaikan diri kerana suaminya yang penyayang dan sangat memberati agama Islam.

Kala itu, Aisya berpendapat bahawa dia harus berada di sisi suami kerana satu lagi tanggungjawabnya adalah untuk membantu suaminya mempelajari syariat seperti solat dan membaca Al Quran. Dari segi ketauhidan, suaminya tiada keraguan lagi. Kekuatan Aisya adalah abangnya, Ustaz Ashrof yang telah mengingatkannya untuk bersabar, menjadi cerdik dan mengambil keputusan yang betul apabila telah berkeputusan untuk berkahwin dengan seorang yang situasi hidupnya seperti Olaf itu.

Wednesday, April 13, 2011

Imam-Imam Yang Benar: Kisah 4 Imam Mazhab

Imam-Imam Yang Benar: Kisah 4 Imam Mazhab
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM55.00

Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Tuesday, April 12, 2011

Demi Duha

Demi Duha
Penulis: Muhammad Makhdlori
Terbitan: PTS
Harga: RM17.00

Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang pemungut barang terbuang yang bernama Hamdal. Meskipun miskin, Hamdal tidak pernah mengeluh termasuklah ketika dia dan keluarganya dianiaya sehingga dia dihukum penjara. Rahsia ketenangan Hamdal yang dikagumi watak lain seperti Ilham dan Tuan Saleh terletak pada kesungguhannya menjaga solat duha saban hari.

Sebongkah Batu di Kuala Berang

Sebongkah Batu di Kuala Berang
Penulis: Faisal Tehrani
Terbitan: PTS
Harga: RM16.50

Kisah ini bermula di sebuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam. Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka.

Qaseh Puteri: Mengejar Bayangan Qaseh Puteri

Qaseh Puteri: Mengejar Bayangan Qaseh Puteri
Penulis: Moh Dat Molok
Terbitan: PTS
Harga: RM17.00

Buku kedua dalam trilogi 'Qaseh Puteri' ini mengisahkan, bagaimana Tuan Besar Keramat Antonio Arantez mengusir Qaseh Puteri ke Goa bagi menutup segala dosa dan onarnya. Tetapi malang, Flor de La Mar yang dinaikinya dihalang dan dibedil oleh sebuah lancang kepunyaan Acheh. Di sudut lain selepas Panglima Hitam meninggal dunia, Panglima Muda Tun Mahmud dilantik sebagai ketua baru dalam 'Angkatan Singa Laut' bagi menggempur Portugis. Demi persahabatan, Mother Rosalia dan Nyi Gede bersama dengan sebuahghali Portugis yang diketuai oleh Kapten Delgado, pergi menyiasat di tempat kejadian tanpa persetujuan Simao de Mello. Namun kelibat 'puteri junjungan' tidak berhasil dijumpai. Mungkinkah Qaseh Puteri sudah terkorban dalam pertempuran itu?

Kuntum Cinta di Taman Syurga

Kuntum Cinta di Taman Syurga
Penulis: Thoyba Mursyidah
Terbitan: PTS
Harga: RM17.00

Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan. Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan. Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap, sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit? Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.

Monday, April 11, 2011

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Tentang Solat

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Tentang Solat
Penulis: Rohidzir Rais
Terbitan: PTS
Harga: RM40.00

Buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Tentang Solat ini adalah gabungan dua metode berbeza yang disatukan. Keistimewaan metode soal jawab disatukan bersama kelebihan panduan bergambar, serta ditambah pula dengan susun letak berkonsepkan majalah. Tidak cukup dengan itu, buku ini dipersembahkan dalam empat warna. Semua kelebihan ini menjadikan buku ini begitu istimewa. Bukan mudah bagi sebuah penerbitan tempatan menerbitkan buku agama seperti fikah semewah ini kerana kos yang tinggi. Namun PTS melangkah dengan berani apabila memutuskan menghasilkan buku agama dengan spesifikasi menyamai buku memasak, majalah hiburan dan buku-buku mewah lain.

Sunday, April 10, 2011

Biar Orang Cina Pimpin Islam

Biar Orang Cina Pimpin Islam
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu, mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagi orang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu. Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.

Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkan itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakan sama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

Saturday, April 9, 2011

Ajaibnya Wanita

Ajaibnya Wanita
Penulis: Muhammad Jaya
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Di sebalik kelembutan seorang wanita tersimpan 1001 misteri ciptaan maha hebat. Ciptaan wanita begitu istimewa dan sangat berbeza dengan lelaki. Wanita dengan kelembutannya dapat melahirkan zuriat bagi memastikan keturunan umat Adam tidak terputus dari muka bumi ini. Kerana AJAIBNYA WANITA ini, kewujudannya mengundang pelbagai persoalan mengenai kedudukannya dalam fikah Islam.

Begitu juga hal berkaitan hukum masalah kontemporari yang semakin bertambah seiring dengan kepesatan teknologi perubatan. Timbul pelbagai persoalan mengenai penyakit pembunuh no 1 bagi wanita, seksologi antara suami isteri, ginekologi, penggunaan alat kosmetik, pembedahan plastik yang akhirnya berkait dengan masalah ibadah dan syariat.

Pecahkan kebuntuan anda bagi setiap persoalan yang dilontarkan. Kini semua jawapan sudah dipadatkan dalam buku AJAIBNYA WANITA. Buku yang lengkap dan sarat dengan informasi ibadah serta kesihatan wanita ini sudah berada di tangan anda. Anda tidak akan rugi memilikinya kerana sebab-sebab berikut:

1. Membicarakan isu fikah kontemporari digabungkan dengan ilmu perubatan khusus untuk semua wanita terutama Muslimah.

2. Merungkai persoalan yang wanita sering malu-malu untuk berbicara berkenaan perkahwinan dan seksologi dalam hubungan suami dan isteri.

3. Kajian ginekologi yang membahaskan sebab-sebab wanita mengalami haid, hamil dan menopaus dan kesannya kepada ibadah, akhlak dan muamalah.

4. Kaedah mencegah barah rahim, barah payudara, penyakit kelamin dan sebagainya.

5. Padat dengan tip-tip menarik untuk kesihatan diri rahsia kekal sihat mengikut syariat seperti tip mencegah bau badan, kaki berbau dan penjagaan gigi.

Jatuhkan egomu juga wahai kaum Adam! Dakaplah buku ini seperti mana anda mendakap kehangatan tubuh isteri anda. Hadiahkan juga buat wanita kesayangan anda. Mudah-mudahan dengan membaca buku ini memberi manfaat dalam mencungkil rahsia wanita justeru memantapkan ibadah kepada Allah yang Maha Esa.

Friday, April 8, 2011

Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
Penulis: Fahrur Muis & Muhamad Suhadi
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Hadis Arba’in. Nama ini sudah tidak asing lagi di telinga kita. 42 hadis yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi, pada awalnya hanya 26 hadis yang dimuatkan dalam judul Ibnu Solah. Isinya adalah hadis-hadis nabi yang ucapannya ringkas, tetapi maknanya luas. Imam Nawawi memberi judul kumpulan hadis ini dengan al-Arba’in. Ia menjadi popular kerana kandungannya banyak memberi manfaat dan ramai orang menghafalnya.

Ia turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada para ulama kerana mereka menghafalnya dan mengguna pakai hadis ini bagi menjelaskan ruang lingkup agama. Mengapa Hadis Arba’in relevan sepanjang masa?

• Setiap hadis adalah asas utama dalam agama Islam.
• Semua hadis adalah hadis sahih yang sebahagian besar terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
• Setiap hadis dimuatkan bab tersendiri supaya dapat memperjelaskan makna hadis yang masih samar.

Menarik dalam buku ini :

• Syarah (huraian) hadis ini disampaikan secara ringkas dan padat, namun tetap enak dibaca dan tidak meninggalkan maksud yang sepatutnya disampaikan.
• Memanfaatkan pelbagai rujukan termasuk huraian daripada Imam Nawawi, Ibnu Daqiq al-Id dan Syeikh Usaimin.

Thursday, April 7, 2011

Armada Laut Umawiyyah

Armada Laut Umawiyyah
Penulis: Sahrulazmi Sidek
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM29.90

Di dalam sejarah, Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya tidak pernah berperang atau menyebarkan dakwah Islam di jalan laut.

Namun, Rasulullah pernah diisyaratkan oleh Allah, bahawa usaha itu pasti berlaku selepas hayatnya. Melalui mimpi, beliau melihat umatnya berlayar di Laut Hijau, bagai raja-raja yang duduk di atas singgahsana.

Wednesday, April 6, 2011

Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad

Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad
Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Buku ini ditulis untuk umat Islam bagi menjawab segala persoalan dah tohmahan yang dilontarkan kepada nabi. Jawapan-jawapannya diambil daripada kitab-kitab suci pelbagai agama serta pandangan tokoh-tokoh intelek bukan Islam kepada nabi. Buku Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad pasti memantapkan pemahaman kita perihal Islam di samping menjelaskan maklumat sebenar kepada bukan Islam.

KANDUNGAN

Bab 1: Muhammad, Rasul Akhir Zaman
Bab 2: Pendirian Pada Kesucian Kitab Bible
Bab 3: Nabi Muhammad di Dalam Kitab Bible
Bab 4: Nabi Muhammad di Dalam Kitab Agama Hindu
Bab 5: Nabi Muhammad di Dalam Kitab Buddha
Bab 6: Kejujuran Muhammad Diakui Musuh-Musuhnya
Bab 7: Muhammad Hidup Tanpa Kepura-puraan
Bab 8: Ramalan yang Terbukti Benar
Bab 9: Muhammad Pembawa Risalah Saintifik
Bab 10: Pandangan Tokoh-Tokoh Bukan Islam Mengenai Muhammad
Bab 11: Epilog

Tuesday, April 5, 2011

Baldatun Thoiyyibatun

Baldatun Thoiyyibatun
Penulis: Pelita Dalam Kaca
Terbitan: Pustaka Kanzun Mahfiyyan
Harga: RM30.00

Novel ini sangat menarik kerana pengarang memaparkan situasi Malaysia pada tahun 2020, apabila Islam menjadi teraju dalam pemerintahan negara.

Bagaimanakah sistem politik Malaysia pada tahun 2020? Inilah yang cuba diterjemahkan oleh novel BALDATUN THOIYYIBATUN, sebuah novel futuristik mengenai Negara Islam Moden yang melaksanakan sistem Islam sepenuhnya berdasarkan al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Pengarang begitu optimis mengenai senario politik Malaysia yang cemerlang setelah melalui evolusi politik lantas melahirkan sebuah Negara Islam Moden yang pertama pada permulaan millennium ini. Novel ini membawa pembaca mengalami sendiri hawa kehidupan dalam keindahan dan kesyumulan Islam, melalui pengalaman lawatan satu minggu Dr. Lleyton Hewitt ke Malaysia/Tanah Melayu bermula pada 13 Ogos 2020 hasil jemputan dari seorang pembesar Melayu untuk memahami Konsep Cahaya Ilahi; menelusuri ke dalam liku-liku kehidupan nyata masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada semua kesempurnaan Islam yang selama ini terpendam oleh hegemoni Barat dan Yahudi.

Monday, April 4, 2011

Menjadi Wanita Super Dengan Asmaul Husna

Menjadi Wanita Super Dengan Asmaul Husna
Penulis: Sulaiman Al-Kumayi
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Sunday, April 3, 2011

Wahai Tuhan Engkaulah Penyembuh

Wahai Tuhan Engkaulah Penyembuh
Penulis: Datuk Ismail Kamus & Ustaz Wahid Abd Hanif
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. Disertakan juga lafaz dan cara beristighfar yang digunakan untuk membersihkan hati agar doa kita lebih cepat sampai kepada Allah SWT serta dimakbulkan. Istighfar dan taubat juga boleh menghindarkan diri kita daripada bersarangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri, sebaliknya diganti dengan sifat mahmudah. Buku ini juga menampilkan susunan wirid dan zikir untuk pendinding diri serta merawat gangguan jin, syaitan, sihir dan santau. Keseluruhan amalan yang terkandung dalam buku ini merupakan “senjata” bagi orang Mukmin yang mungkin lebih hebat dan berkesan daripada senjata lahiriah yang digunakan untuk memerangi musuh.

Saturday, April 2, 2011

Isabella

Isabella
Penulis: Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Penterjemah: Dato' Abdullah Hussain
Terbitan: Pelima Media
Harga: RM16.00

Kiblat hidup Isabella adalah kebenaran dan itulah yang menjadi buruannya. Menjadi puteri kepada ketua paderi besar Cordoba tidak menumpulkan kepekaannya untuk menangkap "signal-signal" kebenaran hakiki. Ikuti kisah hidupnya,dilimpahi hidayah dan bertemu Islam sebagai suatu cara hidup yang mengisi puas akal dan jiwa manusianya. Dia peruntukkan hidup dan matinya demi keyakinannya. Suatu hadiah berharga untuk pencinta Islam dan kedamaian.

Sebuah novel klasik yang pernah tampil buat pertama kalinya di khalayak pembaca di Malaysia lebih 20 tahun lalu. Kini tampil semula menemui generasi baru,anak-anak kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang pernah mendapat suntikan inspirasi daripada kisah perjuangan Isabella mencari dan mendakap erat kebenaran Islam.

Friday, April 1, 2011

Cahaya Hati: Nasehat & Mutiara Hikmah al-Habib Umar bin Hafidz

Cahaya Hati: Nasehat & Mutiara Hikmah al-Habib Umar bin Hafidz
Terbitan: Pustaka Basma
Harga: RM25.00

Dalam teori dakwah, sebagus apapun ajaran Islam, namun apabila seorang da’i tidak dapat menyampaikan ajaran tersebut dengan cara yang baik, boleh jadi akan ditinggalkan dan dijauhi oleh umat. Kerana salah satu faktor penentu keberhasilan dakwah adalah kaedah yang tepat yang digunakan oleh sang da’i dalam menyampaikan bahan.

Dalam hal ini, al-‘Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, mengemasnya dengan bijak dan menarik. Sehingga dakwahnya pun dapat diterima oleh berbagai pihak. Buku inu berisi sari ceramah al-‘Allamah al-Habib Umar bin Hafidz dalam serangkaian kunjungan dakwahnya, baik di Indonesia ataupun di beberapa negara lain.

Di dalamnya juga disertakan profil singkat al-‘Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Tujuannya adalah agar kita semakin kenal dengan sosok yang menjadi rujukan umat dunia saat ini. Buku ini juga kami lengkapi galeri foto-foto eksklusif perjalanan dakwah al-Habib Umar bin Hafidz.

Sebuah buku yang benar-benar dapat menuntun kita untuk semakin dekat kepada Sang Penguasa Alam, Allah swt, cinta kepada Sang Pembawa Risalah, yaitu Baginda Rasulullah saw, beserta para sahabat, dan Ahlul Bait Rasul.