Pages

Tuesday, April 26, 2011

Cerita Minoriti Muslim Di China

Cerita Minoriti Muslim Di China
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM20.00

Sudah banyak penulisan yang dibuat mengenai negara China. Pelbagai aspek mengenai negara dan masyarakatnya telah disoroti dalam pelbagai bentuk penulisan sama ada di dalam atau luar negara. Namun begitu, penulisan mengenai kisah-kisah Islam di China tidak banyak terdapat di pasaran. Walhal kisah dan cerita mengenainya cukup banyak sekali melangkaui perjalanan masa selama lebih dari 1400 tahun lamanya. Islam bukan sahaja mempunyai sejarah yang panjang di China tetapi mempunyai kekayaan warisan yang tiada tolok bandingannya.

Sumbangan umat Islam di China dapat dilihat dalam bidang kebudayaan, tradisi, adat resam, kesusasteraan, kesenian dan sebagainya. Warisan dan peradaban Islam masih dipertahankan oleh kumpulan minoriti Muslim di China. Setiap kumpulan berkenaan mempunyai cara hidupnya tersendiri sebagai cerminan kepada kesejagatan yang terdapat pada agama Islam.

Cerita-cerita yang dipaparkan dalam buku ini tidak sekadar meliputi aspek luaran umat Islam di China tetapi juga kisah-kisah tersirat yang penuh tragis, duka dan luka yang dialami oleh penduduk minoriti Muslim di sana. Dengan membaca buku ini, kita akan mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai apa yang berlaku kepada umat Islam di China. Cerita yang selama ini terpendam di bawah lipatan sejarah.

No comments:

Post a Comment