Pages

Saturday, May 28, 2011

Dari Penjara Taliban Menuju Iman

Dari Penjara Taliban Menuju Iman
Penulis:Anton Kurnia
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman adalah sebuah "inside story” atau sebuah “travelog” apa yang berlaku di bumi Afghanistan selepas keruntuhan WTC pada 11 September 2001 dan diikuti dengan serangan Amerika dan sekutunya ke atas bumi umat Islam itu. Tokoh yang dimaksudkan ialah seorang wartawan terkenal British yang juga seorang pejuang fahaman feminisme bernama Yvonne Ridley. Beliau ditahan oleh tentera Taliban dan dipenjara selama sepuluh hari pada tahun 2001. Kesalahannya - menyeludup masuk ke Afghanistan dengan menyamar memakai burka (purdah) untuk mendapatkan sebuah berita eksklusif tentang kehidupan kaum wanita di Afghanistan.

Setelah dibebaskan dan kembali ke England, beliau masuk Islam dan berjuang membela Islam serta berusaha untuk membebaskan belenggu Islamofobia yang melanda dunia Barat. Buku karya Anton Kurnia ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yang digembar-gemburkan sebagai rejim yang paling sadis di atas muka bumi ini. Peristiwa ini sangat meninggalkan kesan dalam kalbu Yvonne dan telah mengubah kehidupannya. Tanpa diduga, selama dalam tahanan, Yvonne mendapat layanan terbaik daripada Taliban.

Apabila Yvonne bebas, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk Islam dan berjuang untuk mendaulatkan agama Allah dan umat Islam di mata dunia. Bagaimana? Anda baca pengembaraan beliau seterusnya dalam buku ini.

No comments:

Post a Comment