Pages

Saturday, June 18, 2011

11 Golongan Yang Didoakan Malaikat

11 Golongan Yang Didoakan Malaikat
Penulis: Walid Faruqi
Terbitan: Iraza Publication
Harga: RM18.00

Selawat daripada Allah SWT menunjukkan sanjungan kepada hambaNya, manakala selawat malaikat pula bermakna doa kepada manusia. Kita tahu bahawa malaikat adalah makhluk yang bersih dari dosa. Mereka amat dekat kepada Allah SWT, justeru doa mereka juga sangat makbul. Orang yang mendapat doa daripada para malaikat sudah tentu menjadi orang yang sangat bertuah kerana diampuni dosa-dosanya dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.

Buku ini memaparkan 11 golongan yang mendapat doa para malaikat. Segala amalan yang dilakukan oleh setiap golongan tersebut, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dan tidaklah pula menjadi satu bebanan kepada umat Islam. Hanya iman dan ketakwaan menjadikan kita komited untuk menunaikan hak-hak Allah SWT serta menjaga hubungan sesama manusia.

Buku 11 Golongan yang Didoakan Malaikat ini membawa pembaca menyelami fadhilat dan ganjaran semasa hidup di dunia dan di akhirat serta memberi suntikan motivasi agar melaksanakan amalan yang selama ini mungkin dianggap sebagai remeh-temeh. Selain itu, buku ini turut memuatkan kupasan dari sudut fiqh berhubung setiap amalan yang dilakukan oleh golongan tersebut.

Semoga kita beroleh hidayat dan kekuatan untuk melaksanakannya. Ini kerana, setiap antara kita berpeluang mendapat keistimewaan tersebut, namun hanya mereka yang mengamalkan syariat Islam dengan ikhlas dan istiqamah sahaja bakal menikmati doa malaikat seterusnya dilimpahi rahmat Allah SWT.

No comments:

Post a Comment