Pages

Thursday, June 30, 2011

Tok Kenali: Pembangunan Pemikiran Umat Islam Nusantara

Tok Kenali: Pembangunan Pemikiran Umat Islam Nusantara
Penulis: Hayati Ridhwan
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

"Kisah Tok Kenali ulama tersohor ini dirungkai sendiri oleh cicit beliau dengan gaya penceritaan yang menarik, segar dan menyentuh sanubari. Menelusuri kisah hidup wali Serambi Mekah yang ditulis penulis baru yang berbakat besar ini membuktikan ilmu itu akar umbi kejayaan hidup...." - Abdul Latip Talib

Apabila Hati Rindu Menikah

Apabila Hati Rindu Menikah
Penulis: Mas Udik Abdullah
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Bernikahlah,
Sudah diciptakan dua insan yang hidup di dunia,
Takdir Allah yang menyatukan dua manusia,
Mengingatkan yang hidup ini hanya sementara,
Jangan lagi kau memikirkan harta benda semata.

Berbahagialah manusia,
Kepada yang sudah menemukan fitrahnya,
Bagi membentuk keluarga yang sakinah,
Bernikahlah engkau segera,
Apabila saatnya sudah tiba,
Jangan jadikan alasan bagi menunda.

Wednesday, June 29, 2011

Bercinta Kerana Allah

Bercinta Kerana Allah
Penulis: Misbah Em Majidy
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Sesungguhnya amat besar pernanan cinta yang Allah hadirkan di dalam diri kita. Ia bukan sekadar membuai perasaan, bukan sekadar membolehkan kita merasai nikmat duniawi semata-mata, malah ia lebih daripada itu. Cinta adalah satu anugerah yang menjadi pintu bagi kita menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat, pintu rahmat yang membolehkan kita mengecap reda dan cinta-Nya. Justeru, selayaknya kita memaknakan cinta itu sebaik-baiknya.

Pernahkah terlintas di fikiran kita, sedalam mana cinta kita kepada Allah Sang Pencipta? Ikhlaslah kita mencintai-Nya? Adakah Dia juga membalas cinta kita? Sedalam mana cinta-Nya kepada kita? Mari kita renung jauh ke dalam diri, ke lubuk hati. Benarkah kita mencintai-Nya?

Tugu cinta yang dibina hanya kerana Allah yang membantu kita menggapai reda-Nya. Andai kita mampu merealisasikannya semasa hidup didunia, maka kita adalah manusia beruntung dan bakal meneguk nikmat yang tiada ternilai harganya di akhirat kelak. Namun, andai nafsu dunia dibiarkan menjadi raja, maka cinta yang tidak dipandu cahaya hanya sia-sia. Kerana cinta kita itu tiada nilainya walaupun sedikit pun di sisi Allah.

Marilah tuluskan cinta kita hanya kerana Dia. Naskhah ini menitipkan bait-bait indah agar cinta kita hanya ditujukan kepada-Nya. Tataplah setiap perkataan, semaklah setiap helaian dan carilah kecintaan yang hakiki demi kebahgiaan abadi di sana nanti.

Islam, Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia

Islam, Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia
Penulis: Saari Sangib
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Dalam Islam, penyempurnaan hak-hak Allah akan menjamin kesahteraan hak-hak seluruh manusia dan setiap makhluk ciptaan-Nya. Dasar hak asasi manusia dalam Islam adalah bertunjangkan kepada usaha menegakkan hak-hak kolektif melalui penyempurnaan tanggungjawab individu. Motif individu dalam menjalankan tanggungjawab pula didorong oleh perasaan taat, pasrah dan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Objektif perlindungan terhadap keselamatan jiwa hanya mempunyai erti yang hakiki jika ianya bertujuan untuk mencapai dan memenuhi suatu objektif yang lebih unggul dan mulia. Menurut syariat Islam, kehidupan di dunia ini tidak ada ertinya jika tidak dikaitkan dengan persediaan bagi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Dengan itu objektif perlindungan jiwa mestilah berjalan seiring, bahkan mengukuhkan satu objektif lagi yang lebih mulia, iaitu perlindungan terhadap ad-Din. Pada masa yang sama, perlindungan terhadap keselamatan ad-Din ini pula merangkumi aqidah, ibadah, hukum-hakam dan syariah serta akhlak dan tingkah-laku.

Tuesday, June 28, 2011

Sepuluh Tokoh Musyrik dalam Al-Quran

Sepuluh Tokoh Musyrik dalam Al-Quran
Penulis: Harun Arrasyid Hj Tuskan | Abu Azka Al-Madani
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM25.00

Memaparkan sejarah hidup 10 orang yang terkenal dalam kalangan musyrik yang kisah mereka ada terselit dalam Al-Quran. Mengapa Allah selitkan kisah mereka dalam Al-Quran? Allah menurunkan wahyu tersebut untuk mendedahkan identiti dan hati budi mereka. Mereka tokoh yang licik dalam tipu daya dan pandai berpura-pura serta bermuka-muka. Justeru, Allah singkap segala rahsia isi hati mereka.

Ada antara mereka yang menjadi pemuka kaum munafik yang hanya berpura-pura Islam, sedangkan jiwa dan raga mereka amat benci dengan Islam dan Rasulullah S.A.W. Ada pula antara mereka menjadi orang hadapan dalam konspirasi penentangan, penyeksaan dan pemualauan kaum Muslim. Ada juga yang asalnya Islam tetapi apabila telah dilimpahi nikmat kekayaan menjadi kufur dan menyanggah syariat serta perintah Rasul.

Manakala ada juga tokoh yang dihormati dalam kalangan musyrik lantaran kebaikan dan khidmat baktinya kepada Baitullah. Walaupun tidak memeluk Islam namun beliau merupakan antara orang yang cukup berjasa dalam hidup Rasulullah S.A.W. Beliau bukan sahaja pernah memelihara Nabi malah tetap menjadi pelindung Baginda daripada sebarang tindakan kaum kafir Quraisy.

Allah mewahyukan secebis ayat sebagai contoh, iktibar dan kutukan untuk renungan umat Islam. Watak dan sikap yang Allah gambarkan mewakili individu musyrik itu tetap wujud sepanjang zaman. Baik pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabiin, salafussoleh hinggalah ke akhir zaman. Justeru, kisah yang dipaparkan ini memandu kita untuk mengenali mereka agar sentiasa berwaspada dengan segala tindak-tanduk, karenah dan tipu daya mereka.

Tujuh Tokoh Terukir Dalam Al-Quran

Tujuh Tokoh Terukir Dalam Al-Quran
Penulis: Harun Arrasyid Hj Tuskan | Abu Azka Al-Madani
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM25.00

Tujuh Tokoh Terukir dalam Al-Quran sarat dengan iktibar dan teladan. Sumber panduan yang menjadi penyuluh menerangi lorong yang bakal dilalui, agar tidak tersandung akar dan terpijak duri. Merekalah yang diibaratkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai bintang-bintang dilangit, meneladani kehidupan mereka akan mendapat petunjuk.

Ikuti kisah atau peristiwa yang mereka lalui sehingga mendapat perhatian daripada Allah S.A.W. Perhatian tersebut sekali gus mengundang wahyu diturunkan mengenainya. Ada yang berupa teguran terhadap kesilapan atau kekhilafan yang mereka lakukan. Ada juga sebagai jawapan atau penyelesaian masalah yang mereka adukan kepada Rasulullah S.A.W. Mereka menjadi sebab musabab Allah S.W.T memberi petunjuk bagi menyerlahkan keindahan dan kesyumulan Islam.

Monday, June 27, 2011

Biografi Osama Bin Laden

Biografi Osama Bin Laden
Penulis: Muhammad Zakaria
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM25.00

SYEIKH OSAMA BIN LADEN ialah mujaddid era kita. Setiap 100 tahun Allah SWT akan menghantar seseorang untuk memperbaharui agama Islam. Tidak dinafikan konsep jihad, tauhid, al-Wala wal-Bara' pada hari ini merangkumi kehidupan umat Islam dan alhamdulillah umat Islam pada hari ini mempunyai ramai anak lelaki yang sanggup untuk mengorbankan diri dan kekayaan mereka demi kerana Allah SWT.

Syeikh Osama bin Laden pada hari ini disayangi oleh umat Islam dan bukan umat Islam dengan menunjukkan bahawa bilangan yang sedikit boleh mengalahkan bilangan yang ramai, yang lemah boleh menentang yang gagah dan yang tertindas boleh bangun menentang penguasa yang zalim.

Kita malu dengan pencapaian diri kita sendiri apabila membaca tentang kehidupan manusia luar biasa dan mujahid ini.

Sunday, June 26, 2011

Darah-darah Haid, Nifas & Istihadhah

Darah-darah Haid, Nifas & Istihadhah
Penulis: Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.

Saturday, June 25, 2011

Pedoman Mu'amalat Dan Munakahat

Pedoman Mu'amalat Dan Munakahat
Penulis: Haji Osman Jantan
Terbitan: Pustaka Nasional
Harga: RM37.50

Buku ini padat dengan penjelasan yang berpandukan nash-nash Al-Quran dan Sunnah yang mendasari istimbath hukum dan disertakan hikmat-hikmat syariatnya. Kandungannya disediakan dengan sistematik dan bahasanya mudah diikuti dan difahami.

Friday, June 24, 2011

Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang Menuju Allah


Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang Menuju Allah
Penulis: Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqsidi
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM65.00

Buku ini merupakan teman para mukhlisin yang menuju kepada Allah. Buku ini membicarakan persoalan-persoalan hati dalam meniti hari-hari sebagai seorang hamba Allah, berdalilkan Al-Qur’an & sunnah, atsar sahabat & hikmah-hikmah daripada mereka yang menempuh jalan Allah. Sungguh, sangat besar hikmah yang terdapat dalam kitab ini, bersinar umpama cahaya terang.

Kitab ini ditulis oleh seorang ulama’ besar pada zamannya, Imam Ahmad bin Qudamah. Al-Imam merupakan mutiara ummat Islam, kembalinya ke rahmatullah ketika umurnya hanya 38 tahun namun curahan ilmunya sehingga kini ditelaah & dipelajari. Inilah petanda darjat yang mulia di sisi Allah. Al-Imam ketika hidupnya merupakan seorang guru, khatib dan juga qadhi. Beliau pula berguru dengan guru-guru yang terkenal seperti Khatib Marda, Ibrahim bin Khalil, Ibnu Abdul ad-Daaim dan banyak lagi.

Adab-Adab Bersama Al-Quran


Adab-Adab Bersama Al-Quran
Penulis: Imam Nawawi
Penterjemah: Ustaz Hj. Anwar Fakhri Bin Hj. Omar
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM12.50

Buku ini merupakan buku yang penting untuk menjadi tatapan kaum muslimin dan muslimat. Ini memandangkan Al-Quran merupakan perlembagaan hidup setiap muslim. Segala tindak tanduk dan perjalanan hidup kita semestinya berlandaskan kepada tuntutan Al-Quran. Tidakkah Aisyah pernah menyatakan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W. adalah Al-Quran? Tidakkah Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk menyusun kehidupan manusia dan alam ini supaya semuanya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat? Tidakkah Al-Quran merupakan rujukan utama dan sumber perundangan Islam yang tidak boleh ditukar ganti? Tidakkah... Tidakkah...?

Untuk semua itu, Al-Quran mempunyai kedudukan tertinggi di dalam Islam. Penganutnya dituntut supaya membacanya setiap masa dan paling kurang mengkhatamkaannya sebulan sekali. Ada di kalangan salaf megkhatamkannya setiap minggu dan ada yang setiap tiga hari. Ada yang lebih singkat daripada itu. Al-Quran mengambil tempat yang paling istimewa di dalam diri mereka. Mereka membaca dengan tartil dan menjaga adab-adabnya. Ia menjadi panduan berguna dan rujukan utama dalam menjalani kehidupan di dunia. Dengan itu Al-Quran menjadi makanan rohani dan bekalan dalam merempuh kehidupan di dunia dan menempuh kebahagiaan hidup di akhirat.

Tuesday, June 21, 2011

Manhaj Haraki: Strategi Perjuangan dan Politik dalam Sirah Nabi SAW

Manhaj Haraki: Strategi Perjuangan dan Politik dalam Sirah Nabi SAW
Penulis: Syaikh Munir Muhammad al-Ghadhban
Penerbit: Robbani Pres
Harga: Jilid 1 - RM70.00, Jilid 2 - RM60.00

Perjuangan harakah Islam di masa sekarang, dengan berbagai karakter, masalah, dan solusinya, memiliki kemiripan dengan perjuangan Nabi SAW dahulu. Melalui buku ini, marhalah demi marhalah pergerakan nabi dikupas seraya dianalisis, kemudian diaplikasikan ke dalam perjuangan harakah Islam kontemporari.

Pengakuan Tokoh Nonmuslim Dunia Tentang Islam

Pengakuan Tokoh Nonmuslim Dunia Tentang Islam
Penulis: Dr. Raghib As Sirjani
Harga: RM70.00

Palestina: Kewajipan Yang Terlupakan

Palestina: Kewajipan Yang Terlupakan (1135 Gerakan Untuk Membebaskan Palestina)
Penulis: Dr. Raghib As Sirjani
Harga: RM90.00

Monday, June 20, 2011

Ziarah Masjid Di Malaysia

Ziarah Masjid Di Malaysia
Penulis: Latifah Hamzah
Terbitan: JAKIM
Harga: RM100.00

Buku ini memuatkan perihal ringkas 113 buah masjid di seluruh Malaysia yang disusun mengikut negeri.

Istilah-Istilah Fiqh dan Usul: Empat Mazhab

Istilah-Istilah Fiqh dan Usul: Empat Mazhab
Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Terbitan: JAKIM
Harga: RM35.00

Israiliyyat & Hadith Palsu Dalam Kitab-kitab Tafsir


Israiliyyat & Hadith Palsu Dalam Kitab-kitab Tafsir
Penulis: Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahibah
Terbitan: JAKIM
Harga: RM30.00

Sunday, June 19, 2011

Al-Quran Rasm Uthmani - Bertajwid dan Disertai Makna

Al-Quran Rasm Uthmani - Bertajwid dan Disertai Makna (1 set mengandungi 10 jilid)
Susunan: Ustaz Mahadi bin Dahlan & Ustaz Azharuddin Sahil
Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid

Harga setiap jilid:
Jilid 1 - RM15.00
Jilid 2 - RM14.00
Jilid 3 - RM15.00
Jilid 4 - RM14.00
Jilid 5 - RM15.00
Jilid 6 - RM16.00
Jilid 7 - RM16.00
Jilid 8 - RM16.00
Jilid 9 - RM17.00
Jilid 10 - RM19.00

Al-Quran Rasm Uthmani - Bertajwid dan Disertai Makna ini diterbitkan sebagai suatu usaha yang amat baik dan perlu mendapat sokongan. Ini adalah kerana model pendekatan yang dipakai, seperti penempatan ayat-ayat yang panjang tepat disertai dengan terjemahan yang selari menurut pengertian yang mudah difahami. Dengan cara ini para pembaca dapat memahami secara mudah mengikut potongan-potongan ayat tersebut. Oleh itu, pendekatan ini dapat menggalakkan pembaca untuk dapat mengerti dan memahami ayat-ayat al-Quran.

Ianya juga dilengkapi dengan hukum-hukum tajwid yang relatif lengkap, sehinggalah pembaca tidak akan mengalami kesalahan dalam membaca al-Quran.

Insya-Allah al-Quran ini dapat dijadikan sebagai salah satu rujukan sunni, khusus para pelajar yang hendak memahami isi kandungan al-Quran secara mudah dan dapat membacanya secara tepat dan betul.

Saturday, June 18, 2011

4 Pemimpin Ajaib - Khulafa' Ar Rasyidin

4 Pemimpin Ajaib - Khulafa' Ar Rasyidin
Penulis: Umar Hafiz
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM20.00

Kehidupan Rasulullah dan para sahabat adalah sejarah yang sebaiknya dicatat dengan penuh berharga. Kejayaan pembangunan peradaban tersebut ditambah dengan hasil geranasi setelah Rasulullah disaat menyambung tampuk kepimpinan setelahnya.

Khulafa' Ar-Rasyidin merupakan bukti kejayaan warisan Rasulullah. Wafatnya Rasulullah tidak mungkin akan hilangnya Islam dimuka bumi. Perjalanan kesinambungan warisan Rasulullah memupuk kejayaan menerusi janji-janji yang ditinggal pasti. Empat khalifah pertama ini, Islam mencapai titik puncak kejayaanya. Sebuah kejayaan yang belum pasti akan berulang hingga ke hari ini. Sehinggakan fitnah-fitnah akhir zaman yang hadir disaluti oleh kedengkian musuh-musuh Islam.

Buku yang ada ditangan anda ini merungkai seluruh kehidupan Empat Khalifah tersebut yang memaparkan kemuncak kekaguman dan keagungan empat pemimpin paling ajaib. Cerita lebih lanjut berkenaan kisah hidup empat pemimpin ini. Suka duka dan pahit manis perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran yang di warisi Rasulullah.

11 Golongan Yang Didoakan Malaikat

11 Golongan Yang Didoakan Malaikat
Penulis: Walid Faruqi
Terbitan: Iraza Publication
Harga: RM18.00

Selawat daripada Allah SWT menunjukkan sanjungan kepada hambaNya, manakala selawat malaikat pula bermakna doa kepada manusia. Kita tahu bahawa malaikat adalah makhluk yang bersih dari dosa. Mereka amat dekat kepada Allah SWT, justeru doa mereka juga sangat makbul. Orang yang mendapat doa daripada para malaikat sudah tentu menjadi orang yang sangat bertuah kerana diampuni dosa-dosanya dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.

Buku ini memaparkan 11 golongan yang mendapat doa para malaikat. Segala amalan yang dilakukan oleh setiap golongan tersebut, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dan tidaklah pula menjadi satu bebanan kepada umat Islam. Hanya iman dan ketakwaan menjadikan kita komited untuk menunaikan hak-hak Allah SWT serta menjaga hubungan sesama manusia.

Buku 11 Golongan yang Didoakan Malaikat ini membawa pembaca menyelami fadhilat dan ganjaran semasa hidup di dunia dan di akhirat serta memberi suntikan motivasi agar melaksanakan amalan yang selama ini mungkin dianggap sebagai remeh-temeh. Selain itu, buku ini turut memuatkan kupasan dari sudut fiqh berhubung setiap amalan yang dilakukan oleh golongan tersebut.

Semoga kita beroleh hidayat dan kekuatan untuk melaksanakannya. Ini kerana, setiap antara kita berpeluang mendapat keistimewaan tersebut, namun hanya mereka yang mengamalkan syariat Islam dengan ikhlas dan istiqamah sahaja bakal menikmati doa malaikat seterusnya dilimpahi rahmat Allah SWT.

Friday, June 17, 2011

Ad-Daa' Wa Ad-Dawaa'

Ad-Daa' Wa Ad-Dawaa'
Macam-macam Penyakit Hati Yang Membahayakan & Resepi Pengubatannya
Penulis:Ibnul Qayyim Al-Jauziyah
Terbitan: Pustaka Imam As-Syafi'i
Harga: RM90.00

“Setiap penyakit pasti ada obatnya. Apabila obat tersebut sesuai dengan penyakitnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah.” (Shahiih Muslim: 2204)

Thursday, June 16, 2011

Rahsia & Petua Rawatan Pada Tumbuh-Tumbuhan dengan Ayat-ayat Al- Quran

Rahsia & Petua Rawatan Pada Tumbuh-Tumbuhan dengan Ayat-ayat Al- Quran
Ustaz Sharhan Shafie
Terbitan: Sinar Zamdurrani
Harga: RM18.00

Menangkis Kejahatan Makhluk Halus: Kaedah Rawatan Islam

Menangkis Kejahatan Makhluk Halus: Kaedah Rawatan Islam
Penulis: Ustaz Sharhan Shafie
Terbitan: Sinar Zamdurrani
Harga: RM25.00

Ustaz Sharhan Shafie adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian terbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam). Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan.

Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehansif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengalaman perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Kini beliau merupakan peneraju dan penasihat Kumpulan At-Thobibi Sinar Zamdurrani dan mempunyai klinik rawatan beliau sendiri. Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.

Wednesday, June 15, 2011

Travelog Misteri: Israel Kuasai Dunia

Travelog Misteri: Israel Kuasai Dunia
Penulis: Mohd Nadzri Kamsin
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM37.90

Bab pertama buku ini menceritakan secara sepintas lalu mengenai sebuah bangsa yang menganggap diri mereka sebagai bangsa istimewa dan menjadi pilihan Tuhan. Ini kerana kebanyakan nabi lahir dari kalangan mereka. Malah salah satu surah dia dalam Al-Quran juga dinamakan sempena nama bangsa mereka. Bab kedua pula menghuraikan serba sedikit mengenai sejarah diaspora mereka yang panjang dan unik. Bagaimana komuniti bangsa ini boleh wujud hampir di seluruh dunia? Bagaimana sejarah diaspora mereka bermula? Bab ini turut menceritakan kisah suka dan duka yang berselindung di balik tabir diaspora itu. Diaspora banyak memberi kesan kepada bangsa ini. Tanpa diaspora, perjalanan bangsa ini dalam sejarah manusia mungkin berlainan.

Bab ketiga pula agak agresif dan provokasi. Dalam bab ini, penulis menyingkap kisah sekolompok manusia yang berasimiliasi dengan bangsa ini dan menjadi sebahagian daripada mereka. Asimiliasi itu menyebabkan kelompok ini 'lebih Yahudi dari Yahudi' itu sendiri. Bab keempat menerangkan secara terperinci mengenai kelahiran Zionis dan peristiwa-peristiwa yang mengiringi kelahiran itu. Manakala bab kelima pula menceritakan mengenai kewujudan negara haram, Israel. Dalam bab kelima ini, penulis berhujah berdasarkan fakta-fakta yang sah mengenai sebuah negara haram yang selayaknya dihapuskan dari peta dunia. Namun realitinya, Israel terus berkembang.

Dalam bab enam hingga lapan, penulis dengan berani, menyingkap tabir rahsia yang selama ini melindungi kemegahan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia. Negara yang memegang kuasa veto di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini sebenarnya hanya mengikut telunjuk sebuah bangsa yang dihina oleh seluruh dunia iaitu Yahudi. Negara itu dikuasi dalam hampir semua aspek penting sesebuah negara - politik, kewangan, undang-undang, media dan sosial. Malah, dasar-dasar pemerintahan negara terutama yang melibatkan hubungan luar, turut dicampuri oleh bangsa zionis ini. Semuanya berpaksikan kepentingan sebuah negara haram - Israel.

Bab terakhir buku ini pula adalah satu analisis penulis mengenai calon-calon kuasa besar dunia seterusnya lantaran Amerika Syarikat sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhannya. Analisis ini dilakukan dari segenap aspek meliputi sejarah, keadaan politik dan kestabilan negara, status ekonomi, kuasa ketenteraan, tenaga kerja intelek dan jaringan kekuatan antarabangsa. Israel menjadi 'calong kegemaran' kerana ciri-ciri mereka sebagai kuasa besar jelas kelihatan. Apatah lagi mereka mampu menjadikan sebuah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sebagai proksi segala perancangan jahat mereka untuk menguasai dunia. Satu travelog panjang yang membongkar misteri perjalanan sebuah bangsa yang bercita-cita dan sedang bersedia untuk menguasai dunia.

Tuesday, June 14, 2011

Pelaburan Emas (Kaedah, Pendekatan dan Strategi)

Pelaburan Emas (Kaedah, Pendekatan dan Strategi)
Penulis: Saat Sukami
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Selepas kejatuhan ekonomi, ramai orang mula menyedari di sebalik kejatuhan yang tidak diduga, rupa-rupanya ada 'benda' yang tidak tergugat. 'Benda' itu adalah emas. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat dan ketika nilai mata wang menyusut, emas dengan senyap bergerak melawan arus. Nilainya secara perlahan-lahan mulai naik.

Negara-negara yang mempunyai rizab emas yang banyak, ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas. Begitu juga bagi mereka yang pernah beringat ketika ekonomi cemerlang sebelumnya, mereka dapati pelaburan mereka yang selama ini 'tidur' tiba-tiba bangkit menunjukkan belang walaupun mereka sebenarnya tidak pernah berniat melabur dengan cara membeli emas.

Kini, emas menunjukkan kehebatannya dan manusia kembali 'memburunya'. Namun, seperti pelaburan-pelaburan lain yang pernah cemerlang pada masa lalu, adakah kita yakin yang emas benar-benar memberikan keuntungan kepada kita? Ataupun adakah sekali lagi kita akan hanyut bersama-sama leburnya pelaburan kita yang gagal?

Buku ini membincangkan peranan emas dalam membantu kita merancang pelaburan pada masa hadapan. Buku ini juga disyorkan kepada mereka yang berminat mahu melibatkan diri dalam pelaburan emas. Buku ini mengupas mengenai:

- Aspek fizikal emas dan kaedah menentukan ketulenan emas
- Kaedah penentuan harga emas
- Bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia
- Pembekal pelaburan emas di Malaysia
- Perancangan, risiko dan strategi pelaburan emas
- Penipuan dalam pelaburan emas

Monday, June 13, 2011

Kaedah Jibril: Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz al-Quran

Kaedah Jibril: Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz al-Quran
Penulis: Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
Terbitan: PTS
Harga: RM12.00

Menghafal al-Quran menjadi impian setiap individu Muslim. Ternyata banyak kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang mendalami al-Quran sebagaimana yang diterangkan dalam banyak hadis Rasulullah. Tidak kira berapa usia anda ketika mula menghafalnya, sama ada tua atau muda, sejarah membuktikan, Rasulullah mula menghafal al-Quran pada saat pertama menerima wahyu dan diangkat menjadi rasul iaitu pada usia 40 tahun. Dengan segala kemahuan yang ada, berbekalkan semangat yang jitu, 30 juzuk al-Quran tidak lagi mustahil untuk dihafal.

Kaedah Jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan.

Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami langkah-langkah menghafal setiap ayat al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang usia!

Quranic Super Healing

Quranic Super Healing
Penulis: Ustaz Mustamir
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Setiap manusia mahukan kesihatan. Ada yang berpendapat sihat itu adalah kekal segar tanpa masalah. Mungkin pula sihat itu adalah sembuh daripada penyakit yang sedia ada. Menjadi sihat adalah salah satu nikmat agung yang dikurniakan kepada kita selain diizinkan hidup, ada masa lapang, anugerah kekayaan dan waktu muda remaja.

Namun sayang, kita ini sukar sihat. Sekiranya tidak sakit tubuh badan dengan terbeban kanser, diabetes, darah tinggi dan seribu macam penyakit lagi, ada pula sakit jiwa. Sakit pada hati. Mungkin itu teruk sakitnya seperti skizofrenia mahupun mania. Mungkin pula sakit yang halus seperti dengki, benci dan keras hati. Walau apapun namanya, semua itu tetap penyakit. Kita yang menderita terasa perit.

Begitu dahsyat dunia, putus asa sahajakah kita?

Tidak. Syukur, kita ada al-Quran. Mukjizat nabi yang teragung. Kitab yang dijanjikan Tuhan sebagai penyembuh dan ubat untuk orang beriman. Tuhan menawarkan kesihatan nurani dan jasmani buat mereka yang membaca, menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran al-Quran.

Quranic Super Healing mengungkap rahsia al-Quran dari segi kesihatan dengan asas ilmu perubatan. Melalui hujah dan analisis ilmiah, terungkap yang al-Quran sememangnya mempunyai potensi luar biasa sebagai ubat kepada pelbagai penyakit. Bukan sahaja penyakit jiwa, bahkan penyakit jasad.

Mukjizat Surah Al-Kahfi

Mukjizat Surah Al-Kahfi
Penulis: Muhammad Makhdlori
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Adakah mengelakkan fitnah Dajal itu penting? Sudah pasti, ya.

Fitnah Dajal itu adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah Dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan sekadar gosip-gosip liar. Fitnah Dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik.

Namun, Tuhan itu Maha Adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah al-Kahfi. Mukjizat Surah al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Mukjizat Surah al-Kahfi memperlihatkan kehebatan surah ini. Bukan hanya dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya. Antaranya adalah:

- Rahsia Ashabul Kahfi
- Rahsia Zulkarnain
- Rahsia pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir
- Rahsia teguran Allah kepada Nabi Muhammad

Ternyata, ini adalah surah pendinding Dajal. Ini adalah mesej daripada Tuhan kita.

Travelog Ramadan: Menyingkap Tabir Hamba Dan Pencipta

Travelog Ramadan: Menyingkap Tabir Hamba Dan Pencipta
Penulis: Syahrul Nizam Junaini
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Ramadan adalah bulan rahmat yang sengaja Allah ciptakan kepada hambaNya yang beriman. Dilimpahi segala kebaikan dan pahala yang berganda berbanding hari-hari dalam bulan lain. Para ulama menyifatkan Ramadan sebagai sebuah universiti atau madrasah, di mana tempoh sebulan berpuasa adalah proses bagi pembelajaran atau muhasabah selain latihan kepada umat Islam, agar nanti apabila Ramadan sudha berlalau mereka menjadi orang yang beriman sebagaimana merekan berada dalam bulan Ramadan.

Sunday, June 12, 2011

Kisah Nabi dalam al-Quran & Injil

Kisah Nabi dalam al-Quran & Injil
Penulis: Muhamad Jaya
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Umumnya, kisah-kisah para nabi baik dalam kitab mahupun dalam al-Quran memiliki alur cerita yang sama, namun secara terperinci dan gaya bahasa mahupun penyusunan kalimahnya,
antara Injil dan al-Quran terdapat versi cerita yang berbeza. Terdapat banyak nabi-nabi Israel dalam Injil Perjanjian Lama. Bagi membatasi penulisan ini dan juga agar relevan dengan keimanan umat Islam, maka hanya sebahagian sahaja nabi-nabi Israel yang ditulis dalam buku ini.

Tetapi bagi melengkapkan buku ini, penulis turut mengutip nabi-nabi yang tidak dikenali dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru tetapi terdapat dalam al-Quran seperti Nabi Hud, Soleh, Syuaib dan Nabi Muhammad sehingga buku ini saling lengkap-melengkapi kekurangan nabi-nabi itu.

100 Tokoh Dalam Dakapan Rasulullah SAW

100 Tokoh Dalam Dakapan Rasulullah SAW
Penulis: Hepi Andi Bastoni
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM35.00

Buku yang anda tatap saat ini, mungkin sudah banyak beredar di pasaran. Bahkan, di antara buku-buku tersebut tidak sedikit yang penyusun jadikan rujukan. Namun, setiap buku tentu mempunyai keistimewaan tersendiri. Isi kandungan buku ini boleh dikatakan lengkap, sehingga sangat memungkinkan untuk dijadikan bahan rujukan. Bahasanya pun sengaja ditulis sesederhana mungkin agar boleh dinikmati pembaca pelbagai usia. Sistem penyusunan nama para sahabat sengaja disusun mengikut abjad. Bukan bermaksud merendahkan kemuliaan sebahagian sahabat Rasulullah atas yang lain, tetapi semata-mata untuk memudahkan penggunaannya.

Penulisan buku ini bersifat pemaparan kisah hidup para sahabat Rasulullah secara umum. Kerana itu, isinya pun lebih didominasi cerita yang bersifat penuturan tanpa analisis yang mendalam kecuali beberapa hal sahaja yang sangat diperlukan. Tentunya sistem ini mempunyai kelemahan, tetapi kelebihannya juga banyak. Dengan menggunakan sistem ini, objektif penulisan akan lebih terjaga. Penyusun berusaha semaksimum mungkin untuk tidak berpihak kepada sebahagian sahabat atau meminggirkan sahabat yang lain.

Saturday, June 11, 2011

Kisah Para Nabi

Kisah Para Nabi: Pengajaran & Iktibar
Penulis: Ustaz Johari Yaman
Terbitan: Nadi Minda Resources
Harga: RM75.00

Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah

Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah
Penulis: Ustaz Johari Yaman
Terbitan: Nadi Minda Resources
Harga: RM55.00

Buku Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW ini merupakan himpunan kisah 70 wanita-wanita pada zaman Rasulullah saw yang dijanjikan syurga oleh Allah swt ,kerana pengorbanan, kesungguhan, keberanian, keikhlasan, kejujuran, kesabaran, keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt .

Kehadiran mereka telah meninggikan lagi martabat kaum wanita sehingga syurga-syurga Allah dipenuhi bau harum kerana ganjaran yang mereka perolehi sebagai anugerah yang tidak dapat ditandingi.

Himpunan kisah-kisah wanita agung dan terbilang dalam sejarah Islam ini pasti akan memberi motivasi, semangat dan dorongan kepada kaum hawa dalam memartabatkan diri mereka kepada suatu tahap tertinggi, membuktikan bahawa wanita berhak mengecapi kesenangan, kebahagian dan meraih keadilan dalam kehidupan secara saksama seperti sebagaimana dikehendaki agama.

Kesungguhan , pengorbanan , kebaktian , kesabaran dan kasih sayang yang telah ditonjolkan mereka memberi pengajaran , pedoman , dan teladan yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Mengenali Rasulullah SAW

Mengenali Rasulullah SAW
Penulis: Ustaz Johari Yaman
Terbitan: Nadi Minda Resources
Harga: RM75.00

Sesungguhnya biografi Rasulullah saw merupakan satu-satunya sumber terkuat dalam bicara keteguhan iman dan semangat keagamaan yang sehingga kini masih diperlukan oleh umat Islam sebagai bahan asas dan terpenting dalam penyebaran Islam untuk menghidupkan obor keimanan agar tidak mudah terpadam oleh amukan kebendaan.

Buku ini merupakan sebuah buku yang istimewa khusus buat semua umat Islam masa kini. Ini kerana dalam buku ini dikupas dengan terperinci sejarah kehidupan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw bermula daripada kelahiran Baginda sehingga tahun kewafatan Baginda.

Keistimewaan Buku Ini:

- Setiap peristiwa yang diceritakan di dalam buku ini adalah mengikut susunan tahun-tahun hijrah di mana pembaca boleh mengetahui secara terperinci semua peristiwa besar yang berlaku dalam Islam contohnya seperti Sejarah Permulaan Azan, Sejarah Permulaan Puasa, Sejarah Permulaan Zakat dan sebagainya lagi.
- Turut dimasukkan juga bab berkaitan dengan Sifat-Sifat Dan Keperibadian Nabi Saw yang boleh kita jadikan sebagai contoh dan roll-model buat setiap umat Islam masa kini.
- Terdapat juga bab yang berkaitan dengan Zikir-Zikir Dan Doa-Doa yang biasa diamalkan oleh Rasulullah saw dalam kehidupan baginda seharian.

Bimbingan Penghayatan & Kesempurnaan Solat

Bimbingan Penghayatan & Kesempurnaan Solat
Penulis: Ustaz Johari Yaman
Terbitan: Nadi Minda Resources
Harga: RM75.00

Kandungan yang terdapat dalam buku ini menjurus kepada semua persoalan yang berkaitan dengan bab solat bermula daripada bab asas sehingga bab-bab yang lebih mendalam.

Antara kandungan atau bab yang terdapat dalam buku ini ialah:

- Bab Wuduk Dan Tayammum
- Bab Azan Dan Iqamah
- Bab Solat Dan Khaifiat ( Cara Perlaksanaannya )
- Bab Wirid Dan Doa
- Bab Sujud
- Bab Roh Solat ( Mencapai Kekhusyukkan Dalam Solat )
- Bab Solat Berjemaah
- Bab Solat Jamak Dan Qasar
- Bab Solat Khauf ( Solat Dalam Keadaan Takut )
- Bab Mengkhada Solat
- Bab Solat Jumaat
- Bab Solat-Solat Sunat
- Bab Solat Jenazah
- Bab Doa (Disertakan Himpunan Doa-Doa Para Nabi, Para Sahabat Dan Tabiin )
- Bab Zikir Serta Cara-Caranya
- Bab Sejarah Kehidupan Imam 4 Mazhab ( Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Syafie ).
- Bab Nama-Nama Allah Yang Baik ( Asma Al-Husna )

Thursday, June 9, 2011

Quranology (Ilmu Di Sebalik Sebuah Kitab Agung)

Quranology (Ilmu Di Sebalik Sebuah Kitab Agung)
Penulis: Mohammad Asraff Ayob
Terbitan: Must Read
Harga: RM19.90

Kandungan al-Quran layak dijadikan panduan hidup kerana ia datang daripada pencipta kita iaitu Allah SWT, bukannya manusia biasa. Sudah tentu Allah SWT selaku pencipta produk (manusia) tahu bagaimana cara membaikinya jika ia rosak dan al-Quranlah ‘manual book’ atau ‘user guide’ bagi produk manusia itu. Tambahan pula, hanya al-Quran sahaja dijamin sebagai satu-satunya buku/kitab yang tidak ada cacat-cela, kesalahan fakta atau teori, unsur plagiat atau apa-apa jua kelemahan sekalipun. Pendek kata, ia adalah buku ‘zero defect’!

Tahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia adalah peristiwa ‘Nuzul Quran’ atau turunnya al-Quran? Mengapa peristiwa ini diklasifikasikan begitu penting? Jawapannya tidak lain kerana sepanjang lebih 1400 tahun sejak al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan pelbagai peristiwa hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran manusia di muka bumi ini. Itulah yang bakal dialami jika kita benar-benar berinteraksi dengan al-Quran. Maka, buku ini menyediakan 13 bab yang mengetengahkan kelebihan dan keunikan al-Quran supaya anda akan lebih mudah ‘jatuh cinta’ dengannya.

Wednesday, June 8, 2011

Bersuci Itu Satu Keindahan

Bersuci Itu Satu Keindahan
Penulis: Nor Amin Sayani bin Zainal
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM9.90

Asas kesempurnaan ibadah itu adalah bersuci yang merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Bersuci itu juga adalah simbol keindahan ajaran Islam kepada semua umat manusia. Menghuraikan bab-bab berikut:

- Taharah
- Najis
- Istinjak
- Darah Wanita
- Air Manusia
- Mandi Hadas
- Sunat Fitrah

Tuesday, June 7, 2011

Detik Kelahiran Si Permata Hati

Detik Kelahiran Si Permata Hati
Penulis: Mazneera Zainal
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Perasaan gementar dan takut sering menghantui bakal-bakal ibu menjelang hari melahirkan. Buku ini amat menarik dan sesuai dijadikan panduan bagi membina keyakinan serta fikiran yang positif. Tahniah kepada penulis! Sekiranya saya bertemu dengan buku ini sebelum melahirkan bayi saya, insya'Allah saya berkeyakinan dan lebih menikmati detik-detik manis kelahiran itu.

- Khairun Nisa' Binti Harun, ibu muda kepada bayi comel dan sihat, Muhammad Anas Al-Ikram -

Ajaibnya Sedekah - Semakin Bersedekah Semakin Kaya

Ajaibnya Sedekah - Semakin Bersedekah Semakin Kaya
Penulis: Muhammad Muhyidin
Terbitan: PTS
Harga: RM11.90

Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

Kembara Tetamu Allah: Sujudku Di Hadapan Tuhan Yang Abadi

Kembara Tetamu Allah: Sujudku Di Hadapan Tuhan Yang Abadi
Penulis: Ezee Rahmani
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Kembara Tetamu Allah adalah catatan menuju percutian abadi yang sering dinanti oleh setiap umat Islam. Catatan ini bukan sahaja menceritakan pengaIaman dan perkongsian perasaan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima ini, namun diselitkan kisah-kisah sejarah di setiap tempat yang diziarahi buat tauladan umat Islam semua. Menunaikan haji dalam keadaan fizikal yang kurang sihat menjadi penguat semangat dan detik-detik manis yang kekal dirasai penulis sehingga kini.

Allah membentangkan hamparan yang cukup luas lagi indah bagi menyambut kedatangan para tetamu-Nya ke Tanah Suci sehingga perasaan malu tebal dirasai tatkala berada di halaman rumah-Nya.

Pengalaman menunaikan fardu haji tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang sudah melaksanakan ibadat itu. Aroma haji nyata luar biasa. Ia suatu detik dalam kehidupan manusia yang pastinya menjadi ingatan seumur hidup. Ingatan ini tentunya bersebab. Mengapa Allah mewajibkannya sekali seumur hidup? Malah mengapa pula ia menjadi Rukun Islam yang kelima?

Pengalaman yang dicatatkan oleh Ezee Rahmani membantu khalayak pembaca bagi merasai nikmat menunaikan fardu haji selain dapat memotivasikan mereka bagi melakukannya dengan cara terbaik. Pastinya perjalanan suci melalui jalan yang dilalui oleh Nabi Muhammad dan para sahabat awal berbekalkan iman, amal, kasih sayang dan persaudaraan tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang pernah merasainya.

Monday, June 6, 2011

Tafsir Fi Zilalil Quran Edisi Bahasa Melayu

Tafsir Fi Zilalil Quran Edisi Bahasa Melayu (Set Lengkap 11 Jilid)
Penulis: Sayyid Qutb
Terjemahan: Dato' Yusoff Zaky Haji Yacob
Terbitan: Pustaka Darul Iman
Harga: RM1500.00

Sunday, June 5, 2011

Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi

Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi
Penulis: Armansyah
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Dalam sejarah kenabian Muhammad, tidak ada mukjizat selain dari pembelahan bulan yang mendatangkan kontroversi sepanjang zaman kecuali peristiwa Israk dan Mikraj. Ada yang menganggap kisah tersebut hanyalah khayalan dan mimpi Nabi Muhammad. Ada yang menganggap itu hanyalah cerita rekaan para penulis hadis. Persoalan ini menjadi begitu kompleks sehingga golongan yang mengingkarinya berhujah dengan fakta-fakta sumber hadis yang sahih. Manakala golongan pembela pula sebahagiannya memendamkan hujah itu dan membiarkan iman memutuskan kebenarannya.

Buku Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi menjawab dakwaan-dakwaan yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad menggunakan hujah al-Quran, hadis, fakta saintifik dan logik yang menggunakan analogi yang mudah diterima malah sering dialami di sekeliling kita.

Indeks Prestasi Nafsu

Indeks Prestasi Nafsu
Penulis: Shuib Sulaiman
Terbitan: PTS
Harga: RM5.00

Nafsu adalah makhluk yang diciptakan Allah untuk manusia. Permulaan penciptaan nafsu menunjukkan kepada kita bahawa nafsu merupakan makhluk yang degil dan angkuh terutama ketika dalam keadaan yang kuat. Nafsu hanya mengakui keesaan Allah sebagai Tuhan apabila berada dalam keadaan yang lemah.

Buku ini membawa pembaca menilai prestasi nafsu mereka sama ada menuju kepada kebaikan atau keburukan. Secara fitrahnya kejadian manusia sering lalai dan leka kerana manusia sering tewas kepada nafsu. Nafsu yang terarah akan membawa pemiliknya mendapat keredaan Allah.

Akademi Ramadan

Akademi Ramadan
Penulis: Abdul Razak Muthalib
Terbitan: PTS
Harga: RM3.50

Akademi Ramadan terbuka buat semua! Penerimaan kemasukan hanya setahun sekali. Pelajar perlu bersedia daripada segi rohani dan jasmani. Tujuan akhir adalah kembali kepada fitrah insani. Menjadi hamba yang taat kepada Tuhan langit dan bumi. Akademi ini mengajar erti kehidupan! Tiada beza darjat dan harta, miskin dan kaya dirai serupa, asal hati reda menerima, terus berusaha sedaya upaya. Sesungguhnya Akademi Ramadan adalah hadiah daripada pencipta kepada hamba-hamba-Nya.

ISI KANDUNGAN

Bab 1 : Berita Gembira Bagi Mereka yang Berpuasa
Bab 2 : Akademi Ramadan Menuju Puncak Takwa
Bab 3 : Ramadan Anugerah Ilahi Penuh Bererti
Bab 4 : Awas! Maklumat Palsu Tentang Ramadan Bab
5 : Hari Raya adalah Ibadah, perlu disambut Mengikut Sunah

Saturday, June 4, 2011

Panduan Hukum Islam – I’lamul Muwaqi’in

Panduan Hukum Islam – I’lamul Muwaqi’in
Penulis: Ibnu Qayyim Al Jauziyah
Terbitan: Pustaka Azzam
Harga: RM110.00

BUKU PERTAMA

- Pendapat para ulama seputar peringkat pendukung fatwa dan syarat-syaratnya serta orang yang boleh memberikan fatwa
- Haramnya memberikan fatwa dalam masalah agama berdasarkan ra’yu karena perbedaan nash dan ra’yu yang tidak memiliki dasar untuk diterima
- Riwayat orang-orang terpercaya tentang penolakan ra’yu
- Sebagian wisas para sahabat
- Surat Umar bin Khaththab
- Pembahasan seputar qiyas (analogi)
- Pengaruh kalimat tauhid
- Hukum syara’; penyamaan antara dua hal yang serupa
- Hadits Mua’dz bin Jabal ketika diutus Rasulullah ke Yaman
- Ketetapan hukum nabi Daud dan nabi Sulaiman apakah hukuman yang dikenakan kepada seorang penjahat harus sama dengan tindak kejahatannya?
- Perbedaan pendapat seputar nash; apakan nash itu mencakup hukum sehala peristiwa
- Istishhab dan pembagiannya
- Kesalahan orang-orang yang berpegang teguh pada qiyas

BUKU KEDUA

- Celaan terhadap emosi dan sabar dalam mencari kebenaran
- Setiap individu memiliki tingkatan dalam beribadah kepada allah
- Larangan memberi fatwa dalam masalah tanpa didasari ilmu
- Uraian seputar taqlid
- Larangan empat imam madzab untuk bertaqlid kepada mereka
- Haramnya fatwa dan hukum agama yang bertentangan dengan al Qur’an, gugurnya ijtihad dan taqlid saat datangnya al Qur’an serta ijma’ ulama dalam hal tersebut

BUKU KETIGA

- Perubahan dan perbedaan fatwa berdasarkan perubahan waktu, tempat, kondisi, niat serta sesuatu yang terjadi kemudian
- Allah tidak menurunkan suatu keterangan untuk mentembah nama-nama yang dibuat-buat
- Pemolehan hiyal bertentangan dengan prinsip saddudz-dzara’i kebanyakan siasat itu bertentangan dengan pijakan para imam mujtahid

BUKU KEEMPAT

- Bolehnya mengikuti fatwa yang bersumber dari golngan salaf
- Berbagai macam pertanyaan
- Kewajiban perawi, mufti, hakim, dan saksi
- Beberapa sikap yang harus dimiliki oleh seseorang yang menetapkan dirinya sebagai mufti
- Beberapa perkataan Imam Ahmad tentang sifat-sifat seorang mufti
- Empat macm mufti dan kedudukannya
- Fatwa seorang hakim dan hukum farwanya
- Beberapa kondisi dilarangnya memberikan fatwa
- Yang dilakukan seorang mufti jika kejadian serupa terulang lagi
- Seluruh imam berpendapat berdasarkan hadits, jika benar, maka itulah madzhabnya
- Apa yang dilakukan mufti dalam menjawab pertanyaan yang mengundang beberapa pengertian
- Penanya bukan pengendali fatwa
- Jika dua orang mufti berselisih
- Fatwa Rasulullah saw

Friday, June 3, 2011

Terapi Solat Tahajud

Terapi Solat Tahajud
Penulis: Mohammad Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM23.00

Isi Kandungan

Bahagian 1: Anatomi Sistem Kekebalan Tubuh
Imunologik Fungsi Sistem Limbik dan Peranan Kunci Hipotalamus
Kelenjar Adrenalina dan Rembesan Kortisol
Kesan Kortisol pada Sistem IMUN Stres, Coping Mechanism dan Ketahanan Tubuh Imunologi
Komunikasi antara Sel dalam Sistem Imun
Sistem Ketahanan Tubuh Imunologik Gerak Balas Ketahanan Tubuh Non-Spesifik
Gerak Balas Ketahanan Tubuh Spesifik Protein Antibodi (Imunoglobulin)
Neuropeptida dan Sel Imunokompeten

Bahagian 2: Psikoneuroimunologi Solat Tahajud
Analisis Makna Islam Keseluruhannya
Niat Ikhlas dan Hakikat Khusyuk dalam Solat
Hakikat Khusyuk dalam Solat
Hakikat Solat Tahajud
Solat Tahajud dan Keperluan Pemeliharaan Homeostasis
Fisiologi Nafsu dan Peranan Iman
Pola Ritma Sirkadian Fungsi Fisiologikal Pengamal Solat Tahajud
Psikoneuroimunologi Solat Tahajud

Bahagian 3: Pengaruh Solat Tahajud pada Peningkatan Gerak Balas Ketahanan Tubuh
Kerangka Konseptual Penyelidikan Reka Bentuk
Penyelidikan Gerak Balas Ketahanan Tubuh Imunologik Para Pengamal Solat Tahajud
Pengaruh Solat Tahajud pada Peningkatan Gerak Balas KetahananTubuh Imunologik
Menemui Parameter Ikhlas

Thursday, June 2, 2011

Ayo Marah (Buku Komplit Manajemen Marah)

Ayo Marah (Buku Komplit Manajemen Marah)
Penulis: Irawati Istadi
Terbitan: Pustaka Inti
Harga: RM44.00

Ayo Marah merupakan buku siri pendidikan anak yang ke-3 yang ditulis oleh Irawati Istadi. Seorang Pakar Praktisi Pendidikan Anak dan Pakar Parenting Pengurusan Keluarga. Ayo Marah merupakan buku yang membahas secara praktis bagaimana mengurus kemarahan orang tua terhadap anak, biasanya marah cenderung berdampak negatif, namun Irawati Istadi mencuba mengendalikan dan mengurus rasa marah itu menjadi positif di dalam bukunya.

Banyak orang ketika mendengar kata marah, terlintas di benak mereka wajah yang kusut dan menyeramkan. Bayangan seperti itu tidak salah, juga tidak sepenuhnya benar. Kerana setiap sikap ada pengurusannya, termasuk marah.

Memangnya bisa? Saat marah, jangankan untuk mengurus, sedang diri kita sendiri saja tidak mampu dikuasai, apalagi mengurusnya? Pertanyaan dan pernyataan seperti itu juga banyak terlontar saat kita berkomentar tentang marah. Ahirnya disimpulkan bahwa marah adalah hal ‘haram’ yang sama sekali tidak boleh terjadi dengan kita. Atau seolah kita tidak akan pernah marah untuk selamanya. Intinya, “DILARANG MARAH” maka “JANGAN MARAH!”. Benarkah demikian? Sedang marah adalah juga sebahagian dari fitrah manusia, sebagaimana sifat-sifat lainnya.

Di dunia pendidikan, sifat marah juga menjadi bahan diskusi yang panjang, apakah marah itu boleh saat mendidik? Apakah ia adalah hal yang sama sekali tidak diperbolehkan? Bagaimana pengaruhnya terhadap psikologi anak didik? Atau malah marah adalah sikap yang perlu ditunjukkan kepada peserta didik pada saat-saat tertentu?

Irawati Istadi dalam Bukunya “Ayo Marah” Mencoba memberikan nuansa positif dari sifat marah yang merupakan fitrah manusia, apalagi saat berperanan sebagai orang tua. Hampir seluruh orang tua pasti pernah marah terhadap buah hatinya.. Lalu, salahkah sifat marah mereka itu? Kalau salah mengapa manusia dikurniai sifat marah? Temukan jawaban terbaiknya dalam buku Ayo Marah Karya Irawati Istadi ini.

Wednesday, June 1, 2011

Fatimah: Kisah Puteri Nabi

Fatimah: Kisah Puteri Nabi
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

Segala-galanya bermula daripada sebuah keluarga yang dimuliakan oleh Allah. Lahir seorang puteri yang mulia, bernama Fatimah. Beliau adalah susuk wanita yang dijadikan teladan sejak zaman-berzaman. Taatnya kepada Allah, patuhnya kepada Nabi, setianya kepada suami dan sayangnya kepada anak-anak, adalah sebuah kisah indah yang sempurna. Inilah novel, yang menceritakan kisah indah dan sempurna itu. Diceritakan oleh watak-watak yang mengagumi Fatimah. Dikisahkan dengan penuh hikmah, bukan sekadar untuk dikenang tetapi untuk dikalungi pada peribadi.