Pages

Tuesday, August 30, 2011

Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan Matan Ad-Durrah

Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan Matan Ad-Durrah
Penulis: Ustaz Haji Mohd Nazri Bin Abdullah
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM25.00

Al-Quran merupakan satu kitab mukjizat agung yang sering menjadi tumpuan kajian oleh segenap golongan ilmuwa dan cendekiawan. Tanpa berasa jemu, mereka mencedok segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran. Ia membincangkan kaedah pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat yang mutawatir daripada Baginda Rasulullah S.A.W. Kepentingan dan keutamaan ilmu ini adalah amat besar sekali kerana ia merupakan maklumat penting bagi mereka yang mempelajari ilmu pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat.

Adalah diharaapkan, dengan terbitnya buku ini, ia boleh dimanfaatkan oleh setiap individu yang ingin mendalami Al-Quran terutamanya bagi mereka yang ingin mendalami dan mengkaji ilmu Al-Qiraat. Ia sesuai dibaca dan dijadikan bahan bacaan untuk semua peringkat, terutamanya bagi golongan profesional, pusat pengajian tinggi, ma'ahad tahfiz dan para pelajar sekolah menengah yang ingin mendalami jenis-jenis bacaan Al-Quran.

4 comments: