Pages

Saturday, September 10, 2011

Real Leaders Don't Do Powerpoint (Edisi Bahasa Melayu)

Real Leaders Don't Do Powerpoint (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Christopher Witt, Dale Fetherling
Terbitan: PTS
Harga: RM23.00

Bill Gates pernah memberi ucapan di majlis penganugerahan ijazah kehormat di Universiti Harvard,

Saya berjaya mempengaruhi sahabat saya, Steve Ballmer (CEO Microsoft) supaya berhenti belajar di universiti. Saya mempunyai pengaruh yang kuat. Itulah sebabnya saya dijemput supaya berucap di upacara penyampaian ijazah. Sekiranya saya dijemput memberi ucapan sewaktu pendaftaran pelajar, saya yakin ramai yang akan berhenti belajar dan tidak akan berada di sini pada hari ini.”

Ada empat lagi ucapan Bill Gates yang menarik dalam buku ini.

Buku ini dapat membantu kita meningkatkan keyakinan berucap, memukau para pendengar dan menjadikan ucapan kita lebih berpengaruh.

Mesej adalah segala-galanya: Gaya penyampaian sangat penting, tetapi hanya membantu kita menyampaikan mesej. Pastikan ucapan kita mempunyai idea hebat.

Minda keliru selalu mengatakan tidak: Sekiranya kita mahu para pendengar berkata “ya”, kita mesti memberi penerangan yang jelas. Beri sebab supaya mereka peduli pada mesej kita.

Beranilah bertindak di luar jangkaan: Seseorang pemimpin tahu perihal adat kebiasaan, dan mereka berani mengetepikan adat kebiasaan pada bila-bila masa.

Seorang pemimpin hebat dapat mempengaruhi pendengar dan menyampaikan mesej, tidak kira berapa besar saiz audiensnya.

Pemimpin hebat jarang menggunakan powerpoint. Mengapa? Buku ini memberi jawapannya.

No comments:

Post a Comment