Pages

Monday, September 12, 2011

Tanggungjawab Melakukan Kerja Rumah Kewajipan Suami Atau Isteri?

Tanggungjawab Melakukan Kerja Rumah Kewajipan Suami Atau Isteri?
Pengarang: Prof.Madya Dr.Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM9.00

Seringkali persoalan tentang melakukan kerja rumah menjadi persoalan dan perbalahan. Siapa yang sepatutnya melakukannya? Tanggungjawab siapa? Suami atau isteri?

Kadang-kadang ia menjadi satu isu yang boleh membawa kepada perbalahan dan lebih buruk membawa kepada salah faham dan keretakan rumahtangga. Walaupun sebenarnya ia bukan persoalan yang terlalu besar tetapi tidak boleh dipandang remeh. Sebenar dan sewajarnya ia boleh dibawa berbincang bersama antara suami dan isteri.

Manakala dengan peredaran zaman sekarang yang menagih pelbagai komitmen khususnya di bandar-bandar besar. Taraf dan gaya hidup yang semakin mendesak, kesibukan si suami dengan urusannya dan begitu juga si isteri. Kedua-duanya bekerja oleh itu masa dan ruang serta kemampuan untuk mengurus dan menjalankan urusan rumahtangga pun semakin terhad dan menekan. Di sini amat memerlukan suatu perbincangan dan perancangan yang teliti. Bagi mereka yang berkemampuan untuk perkara itu, ia boleh digaji atau diupah orang lain untuk menguruskannya. Tetapi bagi mereka yang ‘cukup-cukup’ adalah tidak mungkin untuk menggaji atau mengupah orang untuk membantu.

Di dalam Islam juga telah menyentuh dan memberikan teladan sehubungan dengan isu ini. Contoh juga telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Bagaimana baginda membahagikan waktu, tanggungjawab dan keperluan untuk rumahtangga. Malah ketika itu Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja seorang suami dan bapa sahaja, tetapi baginda juga adalah ketua negara, panglima perang, pemimpin dan Rasulullah. Apa yang diberi contoh oleh Nabi Muhammad S.A.W ini boleh kita jadikan pedoman dan panduan.

Buku ini menyingkap apakah tanggungjawab si suami dan apa pula tanggungjawab si isteri. Semoga ini boleh dijadikan panduan untuk diikuti agar suasana syurga dalam rumahtangga itu berkekalan. Kerana rumahtangga yang bahagia dan tenang adalah berasaskan kesefahaman, kasih-sayang, timbang rasa dan tolak ansur antara kedua belah pihak suami dan isteri.

No comments:

Post a Comment