Pages

Monday, September 26, 2011

Ya Allah, Diakah Jodohku

Ya Allah, Diakah Jodohku
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Islam memahami bahawa manusia tidak mungkin boleh hidup bersendirian. Dia memerlukan teman, bahkan lebih daripada sekadar teman. Dia memerlukan suami, dia juga memerlukan isteri. Dialah manusia. Manusia yang ditakdirkan untuk memiliki dan dimiliki. Bersandar dan disandari, saling menyayangi dan saling mencintai.

Setiap orang punya keinginan menyempurnakan agamanya dengan mendirikan rumah tangga, tetapi sukar menemui pasangan yang sesuai. Ada beberapa sebab misi mencari jodoh menemui kesukaran:

· Tidak tahu kriteria yang diimpikan
· Tahu kriteria idaman tetapi tidak tahu bagaimana mencarinya
· Kriteria yang terlalu tinggi
· Hanya menunggu, menunggu dan terus menunggu

Tip daripada Rasulullah SAW dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali.

Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu.

No comments:

Post a Comment