Pages

Saturday, March 24, 2012

KITAB AL-HIKAM

KITAB AL-HIKAM
Penulis: Syaikh Ibn 'Atha 'illah as-Sakandari
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM28.00

Setiap insan yang berjalan di muka bumi ini melalui perjalanan kehidupan dengan pelbagai ragam. Ada yang menyenangkan tidak kurang juga yang berliku-liku. Apalagi bagi seorang salik (penempuh jalan) berbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi untuk mencapai tujuan mulianya.

DI BALIK TABIR KEMATIAN

DI BALIK TABIR KEMATIAN
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM39.90

Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah satu kepastian dan wajib kita percayai sebagai seorang hamba Allah yang beriman.Hanya saat kematian itu saja yang kita tidak pasti bila,bagaimana dan di mana. Sabda Rasulullah s.a.w., "Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman." Alangkah indahnya kerana bagi orang yang beriman kematian merupakan hadiah bagi mereka kerana mereka telah melengkapkan persiapan untuk menghadapi kematian menuju ke satu alam yang kekal bagi mereka dan mengecapi kenikmatan syurga yang dijanjikan.

Friday, March 23, 2012

KAMUS AL-MUYASSAR

KAMUS AL-MUYASSAR
Penulis: Dr Hanafi Hj Dollah
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM14.90

Kamus Mudah Sekolah Rendah (Bahasa Arab-Bahasa Malaysia)

"Kamus ini memudahkan pencarian perkataan dan menarik minat belajar"- Dr. Muhammad Zaki Abdul Rahman (UM)

Trilogi Kisah Surah Al-Kahfi : Ashabul Kahfi

Trilogi Kisah Surah Al-Kahfi : Ashabul Kahfi
Penulis: Sahlawati Abu Bakar & Nursyuhada Che Saad
Terbitan: Mazni Irfan
Harga: RM17.00

Sekumpulan pemuda lari menyembunyikan diri ke dalam gua. Bersama seekor anjing, mereka lari daripada penguasa yang zalim yang mahu membunuh mereka.

Apakah yang mendorong Ashabul Kahfi ini mengasingkan diri ke gua? Adakah mereka tidak sanggup menghadapi ujian Allah? Bagaimanakah mereka yang ‘tidur’ ratusan tahun dapat dihidupkan kembali?

*Trilogi Kisah Surah Al-Kahfi: Ashabul Kahfi,* merupakan huraian salah satu daripada tiga kisah dalam Surah Al-Kahfi. Berpandukan al-Quran dan Hadis, buku ini ditulis dari sudut pandangan yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.

Thursday, March 22, 2012

Sistem-Sistem ISLAM

Sistem-Sistem ISLAM
Penulis: Dr Abdul Karim Zaidan
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM35.00

SISTEM-SISTEM ISLAM

Definisi Islam
Rukun-rukun Islam
Ciri-ciri khusus Islam
Sistem-sistem Islam
Objektif-objektif Islam

Rahsia Seksual Lelaki

Rahsia Seksual Lelaki
Penulis: Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00

Buku yang telah disusun oleh Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi ini semestinya perlu dimiliki oleh setiap lelaki yang inginkan jawapan dan penyelesaian permasalahan kesihatan mereka.Buku ini menyajikan maklumat dan pengetahuan tentang seks dan kesihatan reproduktif lelaki melalui.
  • tip-tip kesihatan:BAGAIMANA untuk menjadi 'LELAKI GAGAH'
  • Fakta-fakta berkaitan seksual lelaki yang anda perlu anda ketahui
  • Info-info syariah yang bermanfaat dan berguna
  • Sisipan ilustrasi dan gaya penyampaian maklumat yang menarik
Semoga buku ini dapat mengembalikan semula dunia keceriaan dan keharmonian rumah tangga pembaca di samping meraih keredhaan daripada Allah SWT.

Wednesday, March 21, 2012

Hebatnya Hari Jumaat

Hebatnya Hari Jumaat
Penulis: Ahmad Zaidi Adam
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM22.00

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa, "Sesungguhnya Nabi SAW mengerat kukunya dan menggunting misainya pada Hari Jumaat, sebelum Baginda keluar untuk bersolat." HR: al-Baihaqi dalam al-Syu'ab, no. 2508, ath-Thabarani dalam al-Awsath no. 854.

Martabat Ilmu & Ulama

Martabat Ilmu & Ulama
Penulis: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM28.00

Buku Martabat Ilmu dan Ulama adalah himpunan hadis yang mulia dan juga wasiat-wasiat nabi SAW yang berkaitan dengan ilmu dan ulama.Buku ini dikarang oleh penulis demi memartabat dan memuliakan ilmu selain menerangkan kedudukan orang alim yang mewarisi kepimpinan para nabi.Di samping itu, ia memberi nasihat kepada penuntut dalam menjaga adab-adab menunutu ilmu.

Allah SWT menganjurkan kepada hamba-Nya agar menuntut ilmu.Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi benteng bagi diri seseorang untuk mencegahnya daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan juga kebatilan sama ada dalam perkara agama atau mengejar urusan duniawi.

Justeru,orang yang ingin menuntut ilmu digalakkan untuk berguru dengan orang-orang alim.Sesungguhnya ulama ialah pewaris para nabi yang mebimbing umat manusia ke arah hidup yang bahagia di dunia dan di Akhirat.

Tuesday, March 20, 2012

Penerangan Yang Tepat Untuk Memperbetulkan Beberapa Fahaman Yang Keliru Bab Kenabian Rasulullah

Penerangan Yang Tepat Untuk Memperbetulkan Beberapa Fahaman Yang Keliru Bab Kenabian Rasulullah
Penulis: Dr Ali Jum'ah
Terbitan: Mawleed Publishing
Harga: RM20.00

Isi Kandungan

Bab Pertama : Persoalan umum mengenai Islam dan Aqidah
Fasal 1 : Persoalan tentang pengertian Islam dan menolak kesamaran
Fasal 2 : Persoalan tentang Pegangan dan Tauhid
Bab Kedua : Persoalan berkaitan dengan Nabi SAW dan Fiqh Islam
Fasal 1 : Persoalan yang berkaitan dengan Nabi SAW
Fasal 2 : Persoalan yang berkaitan dengan Fiqh Islam dan sebab-sebab perbezaan pendapat.
Bab Ketiga : Persoalan berkaitan ibadat
Fasal 1 : Persoalan tentang zikir
Fasal 2 : Persoalan tentang solat
Fasal 3 : Persoalan tentang zakat
Fasal 4 : Persoalan tentang puasa
Fasal 5 : Persoalan tentang haji.
Bab Keempat : Persoalan berkaitan tasawwuf dan sufi
Bab Kelima : Persoalan berkaitan dengan ibadat

Saturday, March 17, 2012

Buku Induk Mukjizat Kesehatan Ibadah

Buku Induk Mukjizat Kesehatan Ibadah
Penulis: Jamal Elzaky
Terbitan: Zaman
Harga: RM99.00

Buku Induk Mukjizat Kesehatan Ibadah, Segala Hal yang Ingin Anda Ketahui tentang Rahasia dan Manfaat Medis Wudhu, Shalat, Puasa, Zakat, Haji, Sedekah, Zikir, dan Baca Al-Quran

Inilah buku terlengkap tentang keajaiban medis dalam beribadah. Setelah mengulas tuntas hubungan iman dan ketenangan jiwa, penulis menguraikan kaitan berbagai bentuk ibadah ritual umat Islam dengan kesehatan raga, jiwa, dan akal.

Begitu lengkap dan detail, hingga kita dapat memahami fungsi dan hubungan tiap-tiap organ dengan otak dan jantung. Lebih jauh, kita pun bisa mengetahui secara lebih jelas fungsi medis dalam berbagai ibadah yang selama ini kita lakukan terhadap penjagaan dan perlindungan tubuh dari berbagai penyakit berbahaya. Selamat beribadah lebih giat, lebih sehat, lebih khidmat.

Muhammad bukan Nasionalis

Muhammad bukan Nasionalis
Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM25.00

Barangkali mereka yang tinggal di negara pemerintahan nasionalis mengatakan nabi itu seorang nasionalis. Semasa saya melawat ke Uzbekistan, sebuah negara bekas jajahan komunis, terdapat masjid yang tersergam indah, tok imam yang berjubah dan berkemungkinan boleh menjadi seseorang yang berfikiran komunis, lantas mereka juga mengatakan bahawa nabi seorang komunis.

Tidak sama sekali. Nabi Muhammad SAW adalah 100 peratus Islam, bukannya komunis dan bukan juga nasionalis. Jangan sesekali kita mengatakan bahawa nabi seorang yang berfahaman komunis, nasionalis, demokrasi atau lain-lain fahaman yang menjadi anutan dunia. Inilah yang menjadi teras dalam aqidah.

Friday, March 16, 2012

Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun

Zikir Terapi Diri
Artis: Hafiz Hamidun
Harga: RM19.90

Kandungan album ini:

  1. ASTAGHFIRULLAH (3:32)
  2. LA ILAHA ILLALLAH (3:31)
  3. SUBHANALLAH (3:29)
  4. TAUBATAN NASUHA (3:18)
  5. HASBI RABBI (2:57)
  6. LA HAWLA WA LA (4:25)
  7. ALHAMDULILLAH (3:26)
  8. YA ZALJALA (3:52)
  9. YA LATIF (3:15)
  10. ALLAH (3:35)
  11. LAWKANA BAINANA (BONUS) (3:11)

Wednesday, March 14, 2012

Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa

Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa
Penulis: Dr Zaharuddin Abd Rahman
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.

Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan:

  • Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.
  • Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.
  • Facebook mendedahkan diri kepada zina.
  • Facebook mendedahkan aib diri sendiri.
  • Dan banyak lagi

Benarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, beliau bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.

Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam.

Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Rasul Pilihan 1: Nabi Ayub AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS

Kisah Rasul Pilihan 1: Nabi Ayub AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS
Penulis: Prof. Dr. Saedah Siraj
Terbitan: Inteam
Harga: RM28.00

Buku Siri Asan dan Usin Bercerita, Kisah Rasul Pilihan 1 iaitu Nabi Ayub AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS ini diterbitkan oleh Inteam Publishing Sdn Bhd dalam usaha menanam minat membaca dan mengembangkan kemahiran membaca jawi di kalangan pembaca muda. Tajuk yang dipilih adalah bertujuan supaya pembaca mendapat cerita-cerita Rasul Pilhan dari sumber yang benar dan bukan dari sumber-sumber yang meragukan dan menyeleweng. Ilustrasi yang terdapat di dalam buku ini adalah bertaraf antarabangsa yang berwarna-warni dan sememangnya ia sesuai dengan selera kanak-kanak.

Misteri Kaabah

Misteri Kaabah
Penulis: Fathi Fawzi
Terbitan: Inteam
Harga: RM22.00

Bagaikan matahari yang dikitari planet-planet, setiap saat Kaabah diziarahi para penziarah dan ahli ibadah. Tidak pernah ada yang tahu mengapa Kaabah iaitu berbentuk kubus, tanpa ukiran ataupun kubah. Kesederhanaan bangunan tua itu tidak menghalangi jutaan manusia untuk mengunjunginya dan memuliakannya.

Ke arah sana menghadapnya semua hasrat dan kerinduan umat. Ke sanalah ketundukan dan kekhusyukan ditunjukkan oleh setiap muslin di dalam sembahyang. Ia tetap kukuh berdiri meskipun banyak nafsu serakah manusia yang mencuba untuk meruntuhkan dan merobohkannya. Ia tetap tegak berdiri meskipun dilanda bencana dan malapetaka di sekitarnya. Allah SWT sendiri yang menjaganya ketika Abrahah menyerbu dengan pasukan gajahnya.

Pada beberapa lintasan sejarah, darah manusia pernah tertumpah di sana. Kesesatan dan penyimpangan pernah bersemayam di dalamnya. Namun berkali-kali ia dikotori dan dinistakan, berkali-kali juga melindungi dan menyucikannya kembali.

Empat puluh abad telah berlalu sejak Nabi Ibrahim meninggikan asasnya. Hingga kini, ia tetap menjadi kiblat hati semua umat Islam di seluruh penjuru dunia.

Monday, March 12, 2012

Mengapa Yahudi Berprestasi

Mengapa Yahudi Berprestasi
Penulis: Drs. H. Toto Asmara
Terbitan: Inteam
Harga: RM23.00

Banyak pemilik perusahaan dan pakar di berbagai bidang yang berpengaruh di dunia saat ini adalah keturunan Yahudi. Padahal, secara jumlah mereka jelas kalah dengan umat lslam dan kaum Nasrani. Mengapa bangsa ini begitu mendominasi dunia, bahkan begitu banyak barang yang kita makan atau gunakan merupakan hasil karya atau produksi perusahaan mereka?

K.H. Toto Tasmara menggariskan lima karakter unik orang Yahudi:

1) Ethnocentrism – Memiliki kebanggaan, bahkan fanatisme rasial.
2) Intelligence – Mengembangkan metode kecerdasan yang kuat.
3) Psychological intensity – Daya kesungguhan dan intensitas psikologi.
4) Assertiveness and Aggressiveness – Memiliki kemampuan untuk meyakinkan dan bersifat agresif.
5) Effective group – Memiliki daya gerak dan efektivitas kelompok.

Temukan juga bidang-bidang yang mereka kuasai dan apa hubungannya kegemilangan lslam di masa Andalusia dengan kebangkitan mereka.

Ya Allah Kenapa Aku Diuji?

Ya Allah Kenapa Aku Diuji?
Penulis: Ibn Qayyim Al-Jawziyah
Terbitan: Inteam
Harga: RM18.00

Lulus ujian dan cubaan dengan bimbingan Al-Quran

Wanita Istimewa: 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang

Wanita Istimewa: 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang
Penulis: Dr Karim El-Shazly
Terbitan: Inteam
Harga: RM20.00

Prakata oleh Prof. Madya Dr Harlina Halizah Hj. Siraj

Saturday, March 10, 2012

Psikologi Iblis

Psikologi Iblis
Penulis: Rachmat Ramadhana Al-Banjari
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Buku ini menekankan kajian psikologi dan fisiologi tentang dunia iblis dan pengaruhnya ke atas kehidupan kaum Muslimin dengan landasan nalar keagamaan dan sekaligus ilmiah. Moga dengan kehadiran buku ini boleh membantu umat Islam menghindari kekejian iblis demi mencapai maqam kehidupan yang kaffah di dunia dan akhirat.
Selamat menyelami samudera psikologi iblis laknatullah.

Ya Allah Aku Tidah Layak Untuk Syurga-Mu

Ya Allah Aku Tidah Layak Untuk Syurga-Mu
Penulis: Badiatul Roziqin
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM10.00

Sesungguhnya kita amat mengharapkan syurga-Nya, walaupun kita sedar bahawa diri ini terasa tidak layak ke sana menikmatinya, kerana lumpur dosa yang tidak pernah lekang daripada hati dan jasad ini. Andaikata setiap dosa yang kita lakukan dijelmakan oleh Allah seperti daging barah. Nescaya sekujur tubuh ini akan hilang ditelan oleh barah-barah dosa itu! Begitulah parahnya dosa kita, membiarkan diri kita bergelumang dosa walaupun seringkali tertunduk penuh kesedaran bahawa sesungguhnya adalah tidak mungkin kitam mampu bertahan di neraka-Nya!

Buku ini mengajak kita semua untuk belajar dengan rendah hati bagaimana sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah Azza wa Jalla, memohon keampunan-Nya, mengharap reda-Nya, sebagai hamba yang tidak berdaya dihambat lumpur-lumpur dosa. Ini adalah bacaan motivasi Islam, membangkit kekuatan hati agar segera bersujud kepada-Nya. Dengan sebenar-benar sujud, menebus segala dosa, selagi roh masih dikandung badan sebelum syurga atau neraka terhampar di depan mata kita!

Friday, March 9, 2012

Orang Islam Harus Kaya

Orang Islam Harus Kaya
Penulis: Rachmat Ramadhana Al-Banjari
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00

Jika anda berani membaca buku ini, bererti anda telah berani memasuki zon ujian terbesar bagi umat ini. Iaitu kekayaan. Jadi, ucapkanlah, “Selamat datang ujian harta kekayaan, silakan masuk ke dalam kehidupanku!”.

Namun benarkah anda telah sanggup mengharungi samudera ujian yang maha berat tersebut?
Di sinilah kepentingannya buku ini. Membaca buku ini, anda sebenarnya akan diajak untuk mengerahkan segala fikiran, strategi dan aktiviti usaha anda kepada konsep Tauhid dan kerasulan. Hanya dengan itu anda akan mampu “menyembuhkan kemiskinan” yang dihidapi majoriti umat Islam dewasa ini. Dengan mengembangkan kajian mendalam ke atas kuasa ketauhidan ditambah pula tunjuk ajar Rasulullah S.W.T. dalam mengatasi virus kemiskinan, insya Allah buku ini akan membimbing anda dengan sangat mudah untuk membuka pintu-pintu rezeki yang penuh keberkatan yang tersebar di seluruh penjuru langit dan bumi. Jika anda istiqamah menghayati dan menerapkannya, maka dengan izin Allah anda akan menjadi orang kaya yang hidup dalam lindungan Cahaya-Nya.

Setengah Syukur Setengah Sabar

Setengah Syukur Setengah Sabar
Penulis: Abdillah F.Hasan
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00

Wednesday, March 7, 2012

Talhah bin Ubaidillah

Talhah bin Ubaidillah
Penulis: Al Ghazali
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Kisah hidup Talhah bin Ubaidillah. Beliau adalah antara 10 sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga.

Srikandi-Srikandi yang Benar

Srikandi-Srikandi yang Benar
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Terbitan: PTS
Harga: RM38.00

Merekalah srikandi pada zaman mereka. Kisah mereka melahirkan inspirasi, kisah mereka memberi makna pengorbanan, dan daripada kisah merekalah mengajar erti cinta.

AMINAH

Ibu kepada junjungan agung, Nabi Muhammad SAW. Kisahnya mencoretkan erti cinta seorang isteri kepada suami, dan kasih seorang ibu kepada anak.

FATIMAH

Puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Ayu wajahnya dan elok akhlaknya, sangat mengharum. Kasih sayangnya kepada sang ayah dan cintanya kepada sang suami, tiada tandingan.

RABIATUL ADAWIYAH

Wanita yang tidak punya suami, tidak juga punya anak. Wanita yang cukuplah Allah sahaja untuknya. Hidupnya hanya untuk Ilahi dan kisahnya adalah untuk renungan semua.

Inilah kisah srikandi-srikandi yang benar.

Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis

Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis
Penulis: Ibnu Qayyim Al-Jaiziah
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM29.00

Tuesday, March 6, 2012

Cinta Luar Biasa Di Alam Rumahtangga

Cinta Luar Biasa Di Alam Rumahtangga
Penulis: Datin Seri Latipah Abdullah
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.90

Alangkah indah dan berertinya hidup seorang isteri yang dapat bergandingan dengan suami sepenanggungan duka lara. Tuntutan agama sama-sama dilaksana, sebiduk sehaluan menuju pulau impian. Tetapi alangkah derita dan laranya si isteri apabila suami kurang agama.? tiada kasih tiada gurindam, maki-hamun menjadi ulaman. Penulis berkongsi pengalaman dan amalan biasa-biasa yang memberi impak luar biasa dalam kehidupan berumah tangga. Pesan orang-orang tua dijadikan panduan kerana banyak mutiara berHarga. Pedoman syariat digenggam erat demi kerukunan berpanjangan di celah gelora ujian. Buat isteri mahupun suami, buku ini menyuakan resipi untuk memupuk cinta luar biasa selepas kahwin!

Alahai Pengantin Baru

Alahai Pengantin Baru
Penulis: Jalilah Abdullah
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.90

Di sebalik kisah-kisah yang berlaku pada diri orang lain, kita mungkin akan menemui cerminan diri kita. Inilah mesej yang cuba disampaikan melalui 111 kisah kehidupan yang dimuatkan di dalam buku ini.

Berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kewartawanan, penulis menghimpun kisah yang biasa-biasa tapi kaya dengan iktibar, diolah dengan gaya santai. Sesetengahnya kisah insan biasa yang melakukan sesuatu yang luar biasa. Ada kisah menyayat hati, menyentak emosi, menyentuh naluri. Ada kisah menyubur fitrah, menghidupkan jiwa.

Banyak pula kisah yang merangsang minda dan membantu kejernihan rohani. Kisah-kisah ini merupakan cermin kehidupan yang dekat dengan setiap orang daripada kita. Ada sumber motivasi, bahan renungan dan tip. Buku ini mirip Chicken Soup for the Soul, namun dengan sentuhan nilai Islamik.

Walaupun judul besarnya Alahai Pengantin Baru, buku ini memuatkan banyak kisah lain – kisah rumah tangga, kisah kasih sayang, kisah mencuit hati tentang kefahaman agama, dan umumnya 1001 kisah manusia di ‘universiti kehidupan’. Saiznya yang comel dan unik menjadikan buku ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan, hadiah hari lahir dan sebagainya.

Kaedah Resam Uthmani dalam Al-Quran

Kaedah Resam Uthmani dalam Al-Quran
Penulis: Ustaz Mahadi Dahlan al Hafiz & Ustaz Hj.Azahari Hj.Othman al Hafiz
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM6.00

Himpunan Nama-Nama Si Comel

Himpunan Nama-Nama Si Comel
Penulis: Umum Ainul Muhammad
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM4.50

Sifat 20 - Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraarii

Sifat 20 - Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraarii
Penyusun: Noraine Abu
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM8.00

Wadah Cinta Solehah

Wadah Cinta Solehah
Penulis: Rusnah Abu Samah
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM28.00

Bagaimana Mahu Jadi Pelajar Cemerlang?

• Allah mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
• Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayatnya.
• Semua orang mahu berjaya tetapi segelintir sahaja yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

Petikan di atas merupakan antara tips-tips yang terdapat dalam buku Wadah Cinta Solehah. Buku ini sesuai untuk motivasi para remaja yang mencari erti cinta sebenar sebagai seorang anak muda.

Monday, March 5, 2012

Naskah Cinta Buat Nusaibah

Naskah Cinta Buat Nusaibah
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

"ANA JUMPA DENGAN ISMAIL HANIYYAH SHEIKH"

kata Norazli membusung bangga. Dia cuba memancing ego saya. "Shiekh Ismail suka kat ana.. shiekh..." pancing lelaki berserban dan berjanggut itu lagi dan akhirnya saya dalam hidup ini merasakan Ustaz Toliban telah memintas sya dengan jarak sejauh Ipoh-Kuala Lumpur.Seolah dia telah berdesut di aspal dengan Toyota Harrier dan saya bergerak malas dengan menunggang keldai.Semuanya tentang sosok besar HAMAS itu sangat mengagumkan, seolah-olah dia kesatria tersohor selepas Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi.Saya tidak berkesempatan dalam kunjungan kali pertama dahulu kerana segalanya cemas dan tergopoh-gapah. Jet Israel mengintai-ngintai di celah langit biru, hauskan dan laparkan kematian.

Siapa lelaki dengan wajah yg karismatik, bergurat jernih yg menjadi sebutan dunia itu? Tokoh ini dengan nama sebenar ismail Abdul Salam Ahmed Haniyyah Abu al-'Abd, adalah anak kelahiran Palestin. Dia lahir pada tahun 1962, 14 thn selepas peristiwa Nakbah, di perkhemahan tepi panati suaka politik Palestin. Walau bagaimanapun kedua-dua orang tuanya berasal dari abndar Asqalan. Dia membesar dlm kepayahan kaum pengungsi dan inilah jawpannya mengapa Ismail begitu akrab dengan masyrakat jembel.

"IInsya-Allah kita akan solat berjemaah suatu hari nanti di Masjidil Aqsa," tukas Shiekh Ismail Haniyyah kpd saya dan kata itu meraung-raung di gegendang telinga ini buat selamanya.. Umat sekarang bagi yang belum bermula dan tingkatkan usaha bagi yg sedang bergerak. Insya-Allah Palestin akan Merdeka

Ustaz Azhar Idrus, Daie Sejuta Ummat

Ustaz Azhar Idrus, Daie Sejuta Ummat
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM18.00

Isi Kandungan

1. Tokoh agama dan lingkaran fenomena
2. Ustaz Azhar Idrus, Daie Sejuta Ummat
3. Kejora yang menyinari Langit Malam
4. Bagaimana Ustaz Azhar Idrus bermula
5. Aura dan magnet Ustaz Azhar Idrus
6. Kerikil-kerikil di Jalan Dakwah
7. Man Jadda Wajada
8. Menjawab fitnah yang cuba memalitkan aib
9. Sham Kamikaze: “Ustaz Azhar dan Anak Muda”
10. Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Sunday, March 4, 2012

Imam An-Nawawi

Imam An-Nawawi
Penulis: Abdul Ghani Ad-Duqur
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM16.00

Biografi Imam Muslim

Biografi Imam Muslim
Penulis: Mashyhur Hasan Mahmud Salman
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM18.00

Saturday, March 3, 2012

Kerana Allah, Aku Menikahimu

Kerana Allah, Aku Menikahimu
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM13.00

“Bernikah”, ungkapan ini dahsyat sekali pada pendengaran kita. Bagi yang belum bernikah, ungkapan ini seperti pukulan di siang hari benar. Memanggilkan ritma mimpi yang dahulu dan sejak dahulu sudah diangankan. Mendamba seorang gadis atau jejaka idaman. Berharap agar segera dipertemukan dengannya. Indahnya...

Tetapi bagi mereka yang telah bernikah, ungkapan bernikah boleh jadi adalah kata-kata yang hanya indah di memori sahaja. Kerana mungkin sekarang dia tidak lagi mengecap keindahannya dan terbuang begitu sahaja. Mimpinya dahulu sangat berbeza dengan apa yang dia alami setelah bernikah. Hidupnya bergolak dan menjalani rutin harian tanpa cinta dan kasih sayang.

Ini tidak seharusnya terjadi! Pernikahan perlu diseimbangkan antara harapan dan kenyataan. Harapan yang melambung harus didaratkan dengan akibat dan risiko yang akan dihadapi oleh setiap pasangan.

Sedangkan realitinya haruslah dididik agar menghadapi kenyataan. Tetapi adakah itu sesuatu yang mudah?

Tentu sahaja jawapannya terletak kepada kesungguhan kita berusaha untuk menghadapinya. Agar semua hati beroleh bahagia, tiada lagi air mata dan penderitaan. Nah! Sudah bersediakah anda untuk membahagiakan pasangan anda?

Semoga karya kecil ini memberi manfaat buat para pencinta yang bakal bernikah.

Menilai persamaan dalam al-Quran, Hadis & Bible mengenai kehidupan manusia

Menilai persamaan dalam al-Quran, Hadis & Bible mengenai kehidupan manusia
Penulis: Ahmad Iqram Mohd Nor
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM22.00

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW mengandungi prinsip perundangan, peradaban, petunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segala bentuk makhluk di dunia hingga hari Kiamat. Al-Quran adalah rujukan tertinggi dalam Islam selepas As-Sunnah (Hadis).

Benar dan salah kehidupan seseorang adalah bergantung sejauh mana ia berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Sekiranya pupus rasa keteguhan dalam berpegang dengannya, maka iman seseorang Islam itu telah tercemar. Bertaubat adalah jalan penyembuhan merawat iman yang sakit.

"Holy Bible adalah kitab suci agama Kristian yang mana di dalamnya terkumpul puluhan kitab nabi-nabi terdahulu di antaranya Taurat, Zabur (Mazmur), dan Injil. Di dalamnya mengandungi segala hukum, sejarah dan juga kronologi nabi-nabi dari kalangan bani Israel terdahulu.

Dengan menzahirkan segala isi dan hukum didalamnya serta dibandingkan dengan Al-Quran maka terselahlah kronologi Islam yang telahpun dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Dimana, segala suruhan dan larangan di dalam sesebuah kehidupan manusia itu ada hikmahnya"

Tafsir al-Quran; Surah-Surah Pilihan

Tafsir al-Quran; Surah-Surah Pilihan
Penulis: Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Kupasan tafsir Al-Quran ini amatlah penting untuk kita fahami erti dan susunannya dalam 6,000 lebih patah perkataannya ini. Para alim dan ulama’ handalan amatlah mengambil-berat tentang segala-galanya mengenai Al-Quran. Segenap segi membawa maksud yang penting.

Di dalam agama lain, seperti Kristian misalnya, tiada seorang pun antara paderi mereka yang mengambil tahu segenap pembilangan di dalam Kitab Injil serta juzuk-juzuk yang terkandung di dalamnya. Tetapi, dalam Islam semua usaha dijanjikan ganjaran pahala disisi Allah SWT. Maka para ulama’ serta ilmuan Islam mengambil kira malah memberatkan pemahaman tafsir dan makna dalam hal-hal yang tersebut.

Tok Guru cuba menerangkan kepada kita jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia.

Walaupun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pengajaran bagi kehidupan kita masakini. Tok Guru mengaitkan dengan contoh-contoh setempat dan sesuai dengan masyarakat negara ini.

Friday, March 2, 2012

Cinta 3 Rasa

Cinta 3 Rasa
Penulis: Noraslina Jusin
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian. 1. Resipi cinta suami isteri - menyentuh tentang kerukunan, hubungan dan komunikasi suami isteri. Peranan seorang isteri dalam membentuk rumah tangga. Disisipkan pandangan dan nasihat kepada isteri-isteri yang mengadu kepada penulis tentang masalah yang dialami. 2. Duhai Anak - peranan wanita sebagai seorang ibu dalam m membentuk sahsiah anak-anak khasnya anak perempuan agak tampil menjadi seorang muslimah sejati. 3. Hati Hamba- menjurus kepada hubungan hati wanita sebagai hamba dengan Tuhan. Menyentuh tentang muhasabah diri wanita, juga berkaitan dengan soal fiqah wanita dan hubung kaitnya dengan Allah.

Thursday, March 1, 2012

Perubatan Cara Nabi

Perubatan Cara Nabi
Penulis: Dr Muhammad bin Abdullah
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM26.00

Buku ini diterjemahkan daripada karya asal Imam Jalaluddin as-Suyuthi yang berjudul, As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet. Ditulis kira-kira hampir lima ratus tahun dahulu, buku ini mengandungi pengetahuan tentang perubatan iaitu sebab penyakit dan cara penyembuhannya yang mungkin telah lama dilupakan.

Penulis menghurai dengan terperinci pelbagai penyakit jasmani dan rohani, cara mengubati serta ubat-ubatannya. Semua ini diambil dan digali daripada sumber al-Quran dan hadis. Sabda Nabi SAW: ”Allah tidak menciptakan suatu penyakit tanpa menciptakan ubatnya kecuali mati.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Salah satu di antara sunnah aku adalah pengubatan.”

Penulis buku ini, Jalaluddin Abdurrahman as-Suyuthi juga dikenal sebagai seorang ulama dan penulis prolifik Muslim dalam bidang tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu Islam lainnya. Beliau menjelaskan bahawa pengetahuannya tentang perubatan tidak hanya bersifat akademik semata-mata, melainkan juga didasarkan para praktikal dan pengalaman yang cukup baik. Dari perbicaraanya, jelas bahawa seni perubatan bukan sekadar hasil daripada pengalaman dan nasib baik, melainkan juga ilmu yang diilhamkan oleh-Nya, yang sesungguhnya merupakan rahmat dan takdir Allah SWT : “Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakit aku” (Surah as-Syu’arak: 80)

Ziarah ke Alam Barzakh

Ziarah ke Alam Barzakh
Penulis: al-Imam Jalaluddin as-Suyuti
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM30.00

Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.