Perubatan Cara Nabi
Penulis: Dr Muhammad bin Abdullah
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM26.00
Buku ini diterjemahkan daripada karya asal Imam Jalaluddin as-Suyuthi yang berjudul, As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet. Ditulis kira-kira hampir lima ratus tahun dahulu, buku ini mengandungi pengetahuan tentang perubatan iaitu sebab penyakit dan cara penyembuhannya yang mungkin telah lama dilupakan.
Penulis menghurai dengan terperinci pelbagai penyakit jasmani dan rohani, cara mengubati serta ubat-ubatannya. Semua ini diambil dan digali daripada sumber al-Quran dan hadis. Sabda Nabi SAW: ”Allah tidak menciptakan suatu penyakit tanpa menciptakan ubatnya kecuali mati.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Salah satu di antara sunnah aku adalah pengubatan.”
Penulis buku ini, Jalaluddin Abdurrahman as-Suyuthi juga dikenal sebagai seorang ulama dan penulis prolifik Muslim dalam bidang tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu Islam lainnya. Beliau menjelaskan bahawa pengetahuannya tentang perubatan tidak hanya bersifat akademik semata-mata, melainkan juga didasarkan para praktikal dan pengalaman yang cukup baik. Dari perbicaraanya, jelas bahawa seni perubatan bukan sekadar hasil daripada pengalaman dan nasib baik, melainkan juga ilmu yang diilhamkan oleh-Nya, yang sesungguhnya merupakan rahmat dan takdir Allah SWT : “Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakit aku” (Surah as-Syu’arak: 80)

No comments:
Post a Comment