Pages

Monday, September 24, 2012

Hukum-Hakam Azan & Iqamat

 Hukum-Hakam Azan & Iqamat 
Penulis: Ustaz Muhammad Haidzir Hussin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Azan dan iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah. Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat, malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat Islam. Buku ini perlu dimiliki kerana ia menyentuh isu dan hukum berkaitan azan serta iqamat secara terperinci, menukilkan pendapat-pendapat ulama secara ilmiah, menjawab permasalahan yang berkaitan dengan azan serta iqamat dan memberikan panduan berguna bagi para muazin.

No comments:

Post a Comment