Jin dalam Al-Quran
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00
Ketika al-Quran dan sunah mengkehendaki kita percaya kepada perkara yang ghaib termasuk jin, ia bertujuan membawa kita menyedari betapa sedikit pengetahuan kita. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi sekelumit gambaran tentang pelbagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, sama ada yang dikenali mahupun yang belum atau tidak pernah dikenali hakikatnya sama sekali. Memang sejak mula lagi al-Quran mengingatkan ada wilayah tertentu dalam kehidupan ini yang mana akal dapat berperanan dan ada pula yang ditetapkan-Nya berada di luar kemampuan akal. Allah SWT tidak memberi kemampuan itu kepada manusia kerana wilayah itu tidak diperlukan dalam melaksanakan kehidupan seharian sebagai hamba dan khalifah di permukaan bumi ini. Cukuplah dengan akal yang ada pada manusia dalam setiap gerak dan langkahnya. Atau boleh jadi Allah SWT menerangkan tentang jin, syaitan, dan malaikat bagi menyedarkan kita banyak perkara yang tidak diketahui, termasuk selok-belok kita sendiri.
No comments:
Post a Comment