Pages

Friday, October 19, 2012

Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam

Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam
Penulis: Dr Majid Irsan Kailani
Terbitan: ABIM & Thinker's Library
Harga: RM38.00

Judul asal buku: Hakadza Zhahara Jilu Shaluddin Wa Hakadza ‘Adat Al-Quds

Apa yang menarik buku ini ialah mengenai testimonial kejayaan Salahuddin merampas Baitul Maqdis bermula dengan pengaruh Imam Al Ghazali, yang hidup sebelum itu lagi. Imam Al Ghazali, Hujjatul Islam, telah membina satu kerangka pemikiran yang harmoni, berpandukan epistemologi ilmu yang jernih dari agama, melahirkan gagasan Islah yang meresap pemikiran generasi selepas itu.

Hampir 2-3 generasi selepas Al Ghazali, kemudian disambut oleh Sheikh Qadir Al Jailani, yang menubuhkan madrasah penting, yang melahirkan ramai alumni Madrasah Al-Ghazali. Kemudian mereka ini yang menduduki kerusi penting dalam pentadbiran negara, mufti agama, panglima tentera dan guru agama. Sheikh Nuruddin Al Zanki, khalifah yang ada ketika itu terkenal dengan sikap zuhud dan alimnya, telah membuka jalan kepada kelahiran Salahuddin Al Ayubi yang memimpin tentera umat Islam yang akhirnya berjaya merampas Baitul Maqdis.

Ramai yang mungkin melihat sosok Salahuddin dan Al Ghazali secara keperibadiannya, dan tidak nampak kaitan antara dua tokoh ini. Buku Dr Majid adalah testimonial yang relevan untuk kita kaji dan ambil iktibar. Testimonial ini dapat menyingkirkan sindrom menunggu 'hero' yang akan menyelamatkan umat Islam, tatkala diserang pelbagai penjuru hari ini. Apabila cara kesinambungan legasi Al Ghazali membina generasi Salahuddin dapat diambil iktibar, sebenarnya kita boleh terlibat sekali dalam proses islah tersebut, tidak semestinya menunggu dengan hampa siapa yang menyelamatkan umat Islam.'

No comments:

Post a Comment