Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Thinker's Library
Harga: RM26.00
Buku ini merupakan terjemahan kitab 'MUKASYAFATUL QULUB' karangan Imam Al-Ghazali
Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah utk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.
Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Alah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Dia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment