Pages

Monday, January 28, 2013

Rasulullah Tokoh Transformasi

Rasulullah Tokoh Transformasi
Penulis: Shuib Sulaiman
Terbitan: Syeikh Publisher
Harga: RM32.00 

Memperkatakan peribadi Baginda junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW, samalah ertinya kita memperkatakan seluruh isi al-Quran. Ini kerana akhlak baginda SAw adalah seluruh isi al-Quran itu sendiri. Memperkatakan Al-quran pula samalah ertinya memperkatakan wahyu yang keseluruhannya merupakan dari Allah SWT. Kalau demikian sudah jelas kepada umat islam bahawa Rasulullah adalah satu peribadi yang dipimpin sepenuhnya oleh Allah SWT. Demikianlah yang dinyatakan oleh AllahSWT dengan maksudnya "Tiadalah sesuatu yang datang daripada Rasulullah melainkan adalah wahyu." Tidak kira sama ada perkataan, perbuatan mahupun diam, semuanya adalah wahyu. Tidak kira sama ada perkara utama atau cabang, pokok atau ranting, kecil atau besar, remeh atau penting, Rasulullah SAw tidak melakukan bersandarkan nafsu melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah SWT. Oleh itu apakah masih ada siapa-siapa di kalangan manusia yang mahu mempertikaikan atau mahu mencacat-celakan figura ciptaan Allah SWT ini?

No comments:

Post a Comment