Pages

Tuesday, January 15, 2013

Ya Allah, Jagalah Dia Untukku

Ya Allah, Jagalah Dia Untukku
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Hati seseorang akan mudah tertawan apabila melihat suatu kecantikan atau keindahan. Dari mata, akan turun ke hati. Wujudlah perasaan cinta, sayang, rindu, kasih dan yang seumpamanya. Kemudian, hati pula mula berani untuk mendekati si dia. Akan terjalinlah hubungan yang kononnya dianggap rasmi iaitu couple. Apabila sudah bercouple, berani pula melakukan perbuatan-perbuatan yang menjadi mukadimah kepada perzinaan. Akhirnya? Menyemai cinta dengan cara bercouple dalam Islam adalah tidak dibenarkan. 

Ya Allah, Jagalah Dia untukku menyediakan panduan kepada semua lapisan masyarakat bagaimana untuk menyemai cinta disamping meraih keredaan Allah SWT. Sememangnya kita memerlukan cinta daripada si dia. Tetapi cinta kepada-Nya lebih diutamakan dan diperlukan untuk meraih cinta si dia. Setiap cinta memerlukan komitmen. Komitmen yang selari dengan ajaran dan panduan Islam supaya rumah tangga yang dibina mendapat mawaddah. Sebelum si dia menjadi pasangan hidup kita, janganlah dihalalkan perhubungan yang haram. Yakin kepada Allah. Allah akan menganugerahkan pasangan yang terbaik untuk diri kita. Tadahlah tanganmu, berdoalah kepada Allah minta dipermudahkan segalanya. Bertawakallah setelah berusaha. Insya-Allah, Allah akan membantu. 

 Diharapkan dengan adanya naskhah ini, dapat dijadikan panduan bagaimana cara bercinta dalam Islam. Manfaatkanlah ia supaya naskhah yang berada di tangan anda ini sedikit sebanyak mampu membantu untuk mendapatkan pasangan hidup seiring dengan syariat.

No comments:

Post a Comment