Pages

Monday, March 18, 2013

Kompas Umat Akhir Zaman


Kompas Umat Akhir Zaman 
Penulis: Umar Muhammad Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM35.00 

 Buku ini menerangkan tanda-tanda kiamat yang kecil, diikuti dengan tanda-tanda kiamat yang besar, dan berlanjutan dengan pelbagai peristiwa dahsyat selepas kematian seperti pedihnya azab Neraka dan indahnya nikmat Syurgawi. Setiap perbahasan berpaksikan rujukan yang sahih dan dilengkapi dengan huraian hikmah daripada para ulama. Buku ini menggabungkan antara akidah akhir zaman dengan panduan akhlak yang dapat menyucikan jiwa dan membuka mata hati. Oleh sebab adanya keimanan dengan kehidupan selepas mati, adanya azab kubur, Syurga dan Neraka, semua ini mesti menerbitkan tingkah laku diri yang sesuai dengan peraturan Islam dan akhlak mulia. Buku ini sangat baik untuk bahan muhasabah diri atau bahan tazkirah untuk masyarakat. Harapan penulis, perbahasan-perbahasan yang tercantum dalam buku ini boleh menjadi kompas penunjuk arah bagi perjalanan umat akhir zaman menuju Allah.

No comments:

Post a Comment