Tausug & Kesultanan Sulu
Penulis: Asree Sug
Terbitan: Saba Islamic Media
Harga: RM38.00
Buku ini membedah sejarah kepulauan Sulu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Sug (Tausug)
terdapat dalam cacatan sejarah.Mereka ini disebut sebagai bangsa yang tidak mengenal kekalahan
dan kemusnahan disebabkan keberanian mereka. Malah dalam kamus bahasa Tausug itu sendiri
tidak ditemui perkataan "serah diri". Ahli sejarah rata-rata mengenal Tausug sebagai bangsa
tidak terkalah sebagaimana yang disebut dalam buku "Never Subdued" oleh Franklin Hook.
Tausug telah beperang dengan Sepanyol selama 377 tahun tanpa kekalahan, berperang dengan Jepun
dan kemudian memerangi Filipina selepas Perang Dunia ke-II selama 40 tahun sehingga hari ini mereka
masih kekal melawan.
Ini adalah satu-satunya bangsa Nusantara yang paling keras melawan dan degil mempertahankan Iman dan Islam yang telah mereka anuti dari tujahan kristianisasi penjajah. Mereka berjaya mempertahankan wilayah kepulauan Sulu itu kekal 99% beragama Islam sehingga hari ini. Tausug terkenal sebagai bangsa pembela sehingga digelar sebagai bangsa JURAMENTADO (penyerang berani mati) oleh Sepanyol. Siapa sebenarnya Tausug yang digelar orang Suluk @ Solok oleh orang-orang Melayu ini? Di samping memberi sejarah buku ini turut menjawap persoalan berkaitan Kesultanan Sulu serta isu Pajakan Borneo Utara (Sabah).

No comments:
Post a Comment