99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya
Penulis: Abu Marwan
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00
Tidak ada seorang manusia pun yang tidak mendapat belas kasih daripada Allah. Banyak ayat-ayat al-Quran menghuraikan tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Sama ada yang ditaburkan kepada umat manusia, mahupun untuk alam semesta. Al-Quran juga menjelaskan berbagai jalan yang perlu ditempuh untuk mencapai rahmat Allah dalam kehidupan di dunia ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kehidupan damai sejahtera di dunia dan keuntungan serta kebahagiaan abadi di akhirat.
Rahmat Allah meliput setiap gerak alam dan seluruh dimensi kehidupan insan. Apa sahaja yang terjadi dan dilakukan oleh manusia adalah kerana berkat dan rahmat Allah Azzawajalla. Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya sentiasa hidup selaras dengan syariat Allah dan sunnahnya supaya kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa sifat kasih sayang Allah melebihi sifat marah-Nya. Oleh itu Rasulullah sentiasa melarang umatnya daripada bersifat putus asa dengan rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment