Berfikir Gaya Al-Fateh
Penulis: Muhammad Syaari Abdul Rahman
Terbitan: PTS
Harga: RM35.00
Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilan Berfikir Gaya Al-Fateh.
Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut:
- Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam
- Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II?
- Apakah 'kuasa mental' dan 'kekuatan minda' sebenar Al-Fateh?
- Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh?
- Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman?
- Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?
No comments:
Post a Comment