Pages

Wednesday, October 8, 2014

Menunggumu di Pintu Syurga


Menunggumu di Pintu Syurga 
 Penulis: Linda Rafar, Bahruddin Bekri 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 Selama ini saya hanya dikenali sebagai seorang anak seni. Saya menyanyi dan saya berlakon. Lalu apabila disebutkan nama Linda Rafar, perkara pertama yang datang dalam fikiran orang lain, adalah seorang artis. Tidak lebih daripada itu. 

 Namun, sejujurnya, gelaran yang paling saya sukai, paling saya gemari bukanlah artis ataupun selebriti, tetapi saya paling suka adalah gelaran sebagai seorang ibu. Saya adalah ibu, dan saya berbangga dengan gelaran itu. 

 Lalu saya menuliskan kisah ini, bukan atas kapasiti saya sebagai seorang selebriti, tetapi sebagai seorang ibu yang kehilangan seorang anak. Memang bukan saya sahaja yang pernah merasai kehilangan anak, bukan sahaja seorang yang pernah melalui jalan pedih perih ini, tetapi tidak ramai yang berkongsi tentang 'rasa' itu, dan saya beranikan diri untuk berkongsi 'rasa', kerana dalam 'rasa' itu ada banyak perkara yang dapat dijadikan panduan, yang dapat dijadikan teladan, khasnya kepada ibu-ibu dan para bakal ibu. Ini kerana anak kita walaupun umurnya lebih muda daripada kita, belum tentu akan hidup jauh lebih lama daripada kita. Pedihnya pengalaman itu, saya fikir tidak akan hilang.  
Tujuan kedua saya menuliskan buku ini untuk penghargaan kepada arwah Memen. Penghargaan bukan kerana dia anak saya, tetapi kisah-kisah selama dia masih hidup, sebenarnya menyentuh hati ramai manusia, yang sayangnya saya tidak sedar. Lalu pada ketika dia sudah tiada, barulah kisah demi kisah datang kepada saya. Kisah-kisah yang memberi hikmah kepada yang mahu mengambilkan hikmahnya. Semoga, dengan buku ini, kita semua akan mendapatkan rahmat daripada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment