Pages

Sunday, November 30, 2014

Saya Sayang Allah: Kisah-Kisah Terbaik daripada Al-Quran


Saya Sayang Allah: Kisah-Kisah Terbaik daripada Al-Quran 
 Penulis: PTS One Sdn. Bhd 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Nabi Adam a.s. adalah manusia pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t. daripada tanah. Semua malaikat dan iblis diperintahkan Allah untuk sujud kepadanya. Iblis yang dijadikan daripada api dan merasakan dirinya lebih mulia, tidak berpuas hati dan enggan menurut perintah Allah s.w.t. Maka, iblis dibuang dari syurga. Disebabkan itu, iblis berjanji bahawa dia dan kaumnya akan menyesatkan manusia hingga hari kiamat. Kisah-Kisah Terbaik daripada Al-Quran menghimpunkan pelbagai kisah teladan, perjuangan, dan kehidupan tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., 25 Rasul Allah s.w.t., serta para sahabat. Buku ini padat dengan ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni untuk tatapan kawan-kawan. Cerita yang terkandung dalam buku ini adalah pembelajaran asas dalam sejarah Islam. Segalanya menyeronokkan dan santai untuk pembacaan kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment