Pages

Thursday, December 25, 2014

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah


Menilai Tarikat Al-Tijaniyah 
 Penulis: Syeikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Syeikh Ibrahim Al-Qattan, Syeikh Abd. Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM25.00 

 Ilmu Tasawwuf merupakan antara ilmu yang perlu dituntut oleh setiap muslim yang mukallaf. Tumpuan utama yang ditekankan di dalam ilmu tasawwuf adalah tentang pembaikan jiwa terutamanya hati, kerana hati merupakan raja kepada dalam kerajaan tubuh badan. Sekiranya rajanya baik maka seluruh rakyat jelatanya akan baik, namun sekiranya hatinya atau rajanya rosak maka seluruh rakyat jelatanya akan mengalami kerosakan. 

 Namun yang menjadi kebimbangan dalam kalangan umat Islam adalah penyusupan masuk para penyamar atau mereka yang mahu mengambil kesempatan, berusaha untuk memburukkan ilmu tasawwuf. Inilah sering terjadi mutakhir ini. Malah ini sebenarnya mencacatkan lagi keindahan dan kesempurnaan Islam itu sendiri. 

 Buku ini membawakan penilaian terhadap Tarikat Al-Tijaniyah berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Semoga apa yang diketengahkan oleh penulis dan penterjemah di dalam buku ini dapatkan kita fahami dan nilai serta memberikan ilmu dan panduan yang berguna bagi kita untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment