Pages

Tuesday, November 30, 2010

Murabahah: Teori, Aplikasi & Isu Dalam Perbankan Islam Semasa

Murabahah: Teori, Aplikasi & Isu Dalam Perbankan Islam Semasa
Penulis: Zaharuddin Abd Rahman
Terbitan: Truewealth Publishing
Harga: RM29.00

Buku Murabahah: Teori, Aplikasi & Isu Dalam Perbankan Islam Semasa dihasilkan bagi memenuhi kekurangan informasi berkenaan konsep perbankan Islam tersebut sekaligus memperjelaskan kekeliruan dan ketidakfahaman berkenaan konsep Murabahah yang diamalkan di dalam bank-bank lain.

Ia merupakan satu usaha untuk memperkenalkan dengan lebih terperinci konsep Murabahah kepada umum, sama ada ahli akademik, pengamal perbankan Islam, para pelajar dan juga bagi sesiapayang mempunyai minat untuk memahami proses Murabahah yang dijalankan oleh institusi kewangan Islam kontemporari.

Buku ini mampu memberikan idea yang lebih jelas kepada para pembaca dan peminat isu kewangan Islam tentang bagaimana konsep, pelaksanaan, bentuk produk dan isu semasa yang berlegar di sekitar konsep jual beli secara Murabahah. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan silibus dan rujukan bagi para pelajar di universiti dalam memahami produk perbankan Islam yang bernama Murabahah dengan lebih terperinci.

Monday, November 29, 2010

From Cat Stevens to Yusuf Islam

From Cat Stevens to Yusuf Islam
Penulis: Hermawan Aksan
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

From Cat Stevens to Yusuf Islam menelurusi liku-liku kehidupan awal Cat Stevens mengharungi dunia kemasyhuran dan kekayaan sebagai penyanyi pop dalam mencari kebenaran untuk kembali kepada fitrah hatinya. Dan dia bertemu Islam setelah mengharungi pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran. Akhirnya dia menjadi pejuang agama yang berjuang dengan mendidik diri dan keluarganya, membina sekolah Islam dalam misi pendidikan, mengutus misi kemanusiaan sejagat, malah mengungguli kehidupan total sebagai seorang Islam dalam segenap aspek kehidupannya.

Sunday, November 28, 2010

Koleksi Buku Tentang Faraid & Pengurusan Harta Pusaka

1) Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid - Prof Dr Wahbah Zuhaili & Syaikh Muhammad Ali Shabuni, Pustaka Azhar, RM18.00
2) Urus Harta Sebelum Mati - Ustaz Md Ghazali Ibrahim, Must Read, RM20.00
3) Bahagi Biar Adil: Mempelajari Konsep Ilmu Faraid Dan Kaedah Dalam Pembahagian Pusaka - Md Ghazali Ibrahim, Must Read, RM18.00
4) Bagaimana Mengurus Harta Pusaka - Mohd. Fitri Abdul Rahma, PTS, RM19.00

Saturday, November 27, 2010

Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)

Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)
Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM55.00

Kompilasi 3 dalam 1 Siri Aku Terima Nikahnya: Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta.

Friday, November 26, 2010

Biografi Sayyid Ahmad Al-Badawi

Doa Untuk Arwah Ibu Bapa
Penulis: Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Linggi
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM16.00

"Beliau adalah merupakan seorang ulama' ahli sufi dan pejuang Islam yang terkenal. Sayyid Ahmad al Badawi RA telah berjuang dan melibatkan diri dalam perang Salib antara umat Islam dan orang-orang Krisitian pada ketika itu. Pada tahun 1248 Masihi, Sayyid Ahmad al Badawi RA bersama dengan sebahagian pengikutnya telah bergerak dengan semangat menuju ke kawasan tentera Salib yang berdekatan dengan Mansurah. Dengan kita membaca kisah-kisah beliau, akan datang semangat cintakan Islam. Ini kerana penting bagi kita untuk mengenal ulama' dan para wali Allah, mereka telah banyak menghabiskan usia dan waktu mereka demi kepentingan umat Islam.

Imam Sufyan ibn Uyainah RA pernah berkata: "Hikayat-hikayat itu adalah satu batalion daripada batalion tentera-tentera Allah. Dengannya Allah menguatkan hati-hati para waliNYA".

Buku ini juga menyelitkan zikir-zikir, salawat-salawat dan qosidah ke atas Rasulullah SAW yang diilhamkan kepada Sayyid Ahmad al Badawi RA.

Doa Untuk Arwah Ibu Bapa

Doa Untuk Arwah Ibu Bapa
Penulis: Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Linggi
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM15.00

Buku ini mengandungi doa-doa khas untuk arwah ibu bapa yang telah meninggalkan kita. Doa-doa yang terdapat di dalam kitab kecil ini merupakan doa yang mustajab lagi baik diamalkan oleh setiap umat Islam. Ini kerana kita bermohon kepada Allah agar menempatkan kedua ibu bapa kita berada dalam keadaan selamat dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Inilah tanda sebagai anak yang soleh dan solehah yang tidak melupakan mereka.

Thursday, November 25, 2010

Menyeru Kepada Allah - Panduan Untuk Pendakwah Muda

Menyeru Kepada Allah - Panduan Untuk Pendakwah Muda
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Penerbit: Rijal Media
Harga: RM14.00

KANDUNGAN

Prinsip 1: Hidayah Itu Milik Allah
Prinsip 2: Bersangka Baik
Prinsip 3: Mencintai Bahasa Arab
Prinsip 4: Menelusuri Kisah Sirah Dan Teladan
Prinsip 5: Perbaiki Dirimu Terlebih Dahulu
Prinsip 6: Benar Dalam Penyampaian Dan Tindakan
Prinsip 7: Pendakwah Itu Penyelamat

Wednesday, November 24, 2010

Doa-Doa Harian Rasulullah

Doa-Doa Harian Rasulullah
Penulis: Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Linggi
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM15.00

Buku ini mengandungi doa-doa harian yang diamalkan oleh Nabi SAW yang tercinta di dalam kehidupan 24 jam seharian Baginda SAW. Doa-doa yang terdapat di dalam kitab kecil ini merupakan doa yang mustajab lagi baik diamalkan oleh setiap umat Islam. Ini kerana Rasulullah SAW tidak meninggalkan doa-doa ini yang sentiasa diucapkan oleh Baginda SAW dengan penuh perasaan kasih dan cinta kepada Allah.

Doa-Doa Untuk Para Imam

Doa-Doa Untuk Para Imam
Penulis: Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al Linggi
Penerbit: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM15.00

Allah Memuliakan Rasulullah


Allah Memuliakan Rasulullah
Penyusun: Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM16.00

KANDUNGAN 
* Gambar-Gambar Berkaitan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam 
* Allah Memuliakan Nasab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam 
* Allah Memuliakan Hari Kelahiran Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam 
* Allah Memuliakan Nama Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam 
 * Allah Memuliakan Sifat-Sifat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bau Yang Wangi 
 * Allah Dan Malaikat Bersalawat Ke Atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Syafaat 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Al-Quran Al-Karim 
* Allah Menyebut Anggota Tubuh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dalam Al-Quran 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bersumpah Terhadap Dirinya 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dalam Surah Al-Dhuha 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Manusia Pertama Yang Dibangkitkan Dari Kubur 
* Allah Memuliakan Maqam Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dan Sesiapa Yang Menziarahinya 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Bulan Terbelah Menjadi Dua 
* Allah Memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam Dengan Binatang Dan Pokok Menghormatinya
 * Qosidah Indah Kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam

Himpunan Doa Amalan Penjagaan Di Dunia & Akhirat

Himpunan Doa Amalan Penjagaan Di Dunia & Akhirat
Penyusun: Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00

Himpunan Doa Amalan Penjagaan Di Dunia & Akhirat merangkumi Yaasiin, Tahlil, Talqin, Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Tuesday, November 23, 2010

Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam

Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam
Penulis: Dr. Abdullah Naseh Ulwan
Penterjemah: Ahmad Hasan Mohd Nazam & Mohd Nizam Mohd Ali
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM20.00

Buku yang mengajarkan cara mentarbiah anak-anak tentang seks, mendisiplinkan mereka dan membimbing mereka ke arah yang benar dalam mengenal erti 'seks' yang sebenar.

Monday, November 22, 2010

Al-Quran Terjemahan Mushaf Al-Masar

Al-Quran Terjemahan Mushaf Al-Masar
Harga: RM60.00

Keistimewaan Al-Quran Mushaf Al-Masar:

1) Terdapat Kaedah al-Mubin iaitu kaedah menterjemah al-Quran berdasarkan perubahan perkataan dalam Bahasa Arab. Ia tidak terdapat pada al-Quran yang berada di pasaran.

2) Terjemahan al-Quran yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

3) Terdapat tajuk dan sub tajuk dalam terjemahan tersebut bagi memudahkan pembaca memahami isi kandungan al-Quran.

4) Warna latar yang berbeza pada setiap juz bagi memudahkan pembaca mengenal pasti bahawa mereka telah berpindah dari satu juz kepada juz yang baru.

5) Terjemahan al-Quran Mushaf al-Masar bermula dari kanan ke kiri. Ini lebih memudahkan pembaca. Tidak seperti al-Quran terjemahan lain yang ada di pasaran.

6) Disediakan indeks perkataan terjemahan yang merupakan alat kepada sistem al-Mubin.

7) Disediakan indeks perkataan Bahasa Arab. Tidak terdapat dalam al-Quran yang diterbitkan di Malaysia.

8) Disediakan indeks perkara yang terkandung di dalam al-Quran dalam bagi memudahkan pengguna.

9) Disediakan ringkasan kepada kitab terkenal Imam an-Nawawi 'at-Tibyan' yang menjelaskan tentang fadhilat dan hukum berkaitan al-Quran

10) Disediakan tiga riben penanda.

Sunday, November 21, 2010

Koleksi Karya Faisal Tehrani

1) Tunggu Teduh Dulu (Novel) - RM29.00
2) Bahlut (Novel) - RM23.00
3) Maaf Dari Surga (Novel) - RM18.80
4) Detektif Indigo Kembali (Novel) - RM16.00
5) Rahsia Ummi (Novel) - RM19.00
6) Ketupat Cinta (Novel) - RM23.90
7) Tuhan Manusia (Novel) - RM21.90
8) Bila Tuhan Berbicara (Drama) - RM21.90
9) Kekasih Sam Po Bo (Cerpen) - RM28.90
10) Ingin Jadi Nasrallah (Puisi) - RM35.00
11) Karya Nan Indah (Panduan Penulisan Kreatif) - RM29.00

Saturday, November 20, 2010

Terbaru: Palestin Kami Datang

Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: RM17.00

Friday, November 19, 2010

Teras Utama Sistem Pengurusan Islam

Teras Utama Sistem Pengurusan Islam
Penulis: Auni Haji Abdullah
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM25.00

Sesungguhnya sejarah tamadun Islam kaya dengan tradisi dan budaya pengurusannya yang istimewa. Kemunculan tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang pernah mencipta sejarah gemilang dalam sejarah peradaban dunia sudah banyak diperkatakan. Segala pencapaian tamadun Islam itu tentulah didukung oleh kekuatan satu tradisi dan budaya pengurusannya tersendiri.

Keupayaan pengurusan para penganut Islam di zaman silam ialah satu faktor pemangkin yang penting kepada kelahiran dan penyuburan tamadun Islam dalam sejarah tamadun dunia.

Thursday, November 18, 2010

Hadiah daripada Pengantin

Hadiah daripada Pengantin
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM3.00

Perkahwinan adalah fitrah manusia. Ia juga lambang kemajuan seorang dalam hidupnya. Justeru itu, mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik bersejarah ini dengan lebih bermakna. Tidak hairan dalam memberikan persembahan berbeza kepada tetamu, tuan rumah sanggup melakukan pelbagai perkara bagi menarik minat orang ramai. Tidak kurang juga yang sanggup berhabisan agar kelihatan lebih anggun.

Buku kecil Hadiah daripada Pengantin ini adalah buah tangan terbaik untuk dihadiahkan kepada tetamu. Tentu mereka yang mendapatbuku ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Bayangkan ganjaran yang diperoleh oleh tuan rumah daripada pemberian buku ini. Berbeza dengan bunga telur atau gula-gula yang akan habis dimakan atau dibuang, buku ini kekal untuk tempoh yang lama. Selagi ia dibaca dan dimanfaatkan, ganjaran pahalanya akan tetap diperoleh oleh tuan rumah.

Buku ini mengandungi doa, tip dan panduan untuk menjalani hidup berumah tangga. Sama ada mereka yang belum berkahwin, akan berkahwin atau sudah lama berkahwin, buku ini pasti menjadi pedoman melayari bahtera perkahwinan.

Wednesday, November 17, 2010

Hadiah Untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis

Hadiah Untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis
Penulis: Wan Shuhairi Wan Mohamad
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Secara fitrah, manusia menyukai perkahwinan. Baik mereka yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Perkahwinan ibarat sempadan yang memisahkan dunia bujang dan dunia berkahwin. Bagi mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik peristiwa bersejarah yang lebih bermakna.

Buku Hadiah Untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis menjadi rujukan penting bagi pasangan yang mengharapkan lahirnya keluarga bahagia di bawah cahaya Islam. Selain mengharapkan bantuan keluarga, saudara dan rakan, pertolongan Allah tidak harus dilupakan.

Buku ini menghidangkan doa-doa yang sunat diamalkan mengikut situasi. Terdapat sepuluh fasa perkahwinan bermula dari fasa memilih sehingga fasa membina keluarga. Diharapkan ia dapat membantu merungkai segala kerumitan sepanjang menuju kebahagiaan suami isteri.

Tuesday, November 16, 2010

Koleksi Buku Burhan Sodiq

1) Ya Allah Aku Tak Ingin Sendiri - RM14.90
2) Engkau Memang Cantik - RM15.00
3) Kerana Cinta Harus Memilih - RM13.90
4) Ya Allah, Aku Jatuh Cinta - RM14.90
5) Mendakap Berkat Ramadan - RM16.90

Semua buku di atas terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd

Monday, November 15, 2010

Siri Di Mana Atuk

Siri “Di Mana Atuk” menceritakan tentang Hasnan, keluarga Hasnan dan rakan-rakannya. Ikuti kisah mereka yang penuh dengan pengembaraan, hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan sebagai pembentuk akhlak murni anak-anak.

Siri Di Mana Atuk (Atukku Sayang, Kerana Si Putih, Memori Terindah Di Kampung Tok Batin)
Penulis: Nazzam Nazri
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM10.00 setiap siri

Sunday, November 14, 2010

Fikh Kerahsiaan Wanita

Fikh Kerahsiaan Wanita
Penulis: Dr. Saadudin Mus'ad Hilali (Professor Fikh Perbandingan, Universiti Al-Azhar)
Penterjemah: Fauwaz Fadzil (BA Syariah Islam, Universiti Al-Azhar)
Terbitan: Pelima Media Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00

Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menempati tahta keistimewaannya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyakskan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan manusia sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.

Saidatina Aisyah, seorang "ikon" pejuang kemurnian peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas, buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah dalam merungkai permasalahan wanita, namun buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat Islam, secara tersusun, ringkas tetapi padat. InshaAllah.

KANDUNGAN
  1. Perbahasan Pertama : Hukum Bersuci, Aurat & Berkhatan Terhadap Faraj Wanita
  2. Perbahasan Kedua : Hadas-Hadas Yang Keluar Melalui Faraj
  3. Perbahasan Ketiga : Hukum Bersetubuh, Hukum Bersetubuh Ketika Wanita Hamil Dan Hukum Azal
  4. Pebahasan Keempat : Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengan Wanita Hamil
  5. Perbahasan Kelima : Hukum Melakukan Jenayah Ke Atas Kemaluan Wanita

Saturday, November 13, 2010

Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah

Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah - Kisah-Kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia
Penulis: Saari Sungip
Terbitan: Rijal Media
Harga: RM21.90

Mendekati dan mengenali sejarah Islam bererti kita belajar dari kegemilangan Islam masa lalu. Fadzil Noor, Dr Yusuf Al-Qardawi, Hassan Al-Banna, Ayatollah Khomeini dan Tengku Hasan Krueng Kali kini sudah menjadi barisan legenda yang dikenang sepangjang hayat. Mereka adalah orang-orang yang berjiwa besar mempertahankan kesyumulan Islam. Kehadiran buku ini bertamu di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Buku yang sarat dengan fakta ini menjadi bahan bacaan wajib bagi mereka yang cinta pada Islam dan ingin mengenali tokoh-tokoh yang berjuang disebalik kejayaan Islam. Ada beberapa sebab mengapa anda harus memilih buku bertajuk Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah:
  1. Mengenali denan lebih mendalam pejuang-pejuang Islam yang kental dan berhati waja di negara seperti Malaysia, Mesir dan Indonesia.
  2. Mengambil segala inti pati perjuangan mereka lalu serapkan di nurani kita betapa besar jasa dan perjuangan mereka mempertahankan Islam.
  3. Kisah susur galur tertubuhnya gerakan Islam seperti PAS, HAMAS, HISBULLAH dan IKHWANUL MUSLIMIN.
  4. Mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti yang mereka lakukan.

Friday, November 12, 2010

Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin

Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin
Penulis: Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Terbitan: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Harga: RM16.00

Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas baginda meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.

Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa Ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan
  • Bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan pentadbiran
  • Bagaimana mereka menangani konflik
  • Apa pembaharuan yang mereka lakukan
  • Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka

Thursday, November 11, 2010

Tawaran Diskaun 10% Untuk Koleksi Novel Telaga Biru

1) Melodi Hati - Iwan Reaz, RM20.00
2) Tautan Hati - Fatimah Syarha Mohd Noordin, RM29.90
3) Cinta Granada - Radwa Ashour, RM23.00
4) Rona-Rona Cinta Damascus - Sheila Wani , RM23.00
5) Denyut Kasih Medik - Dr Farhan Hadi, RM23.00
6) Sesejuk Maaf Di Kalbu - Nor Atiqah Ghazali, RM17.00
7) Rindu Andalusia - Radwa Ashour, RM23.00
8) Cinta Ain Naqilah - Athirah Taha, RM20.00
9) Tragedi Cinta Taj Mahal - Aneesah Aliyyah , RM17.00
10) Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha Mohd Noordin, RM22.90
11) Terasing - Hilal Asyraf , RM20.00
12) Lorong Kematian - Geidurrahman El-Mishry, RM23.00

Wednesday, November 10, 2010

Koleksi Buku Herry Nurdi Berkaitan Zionis

1) Mossad (Behind Every Conspiracy) - RM37.00
2) Belajar Islam Dari Yahudi - RM40.00
3) Konspirasi Intelektual Yahudi - RM40.00
4) Jejak Freemason & Zionis di Indonesia - RM40.00
5) Membongkar Perancangan Israel Raya - RM25.00

Tuesday, November 9, 2010

Kitab Ar-Risalah Imam Syafii

Kitab Ar-Risalah Imam Syafii
Penterjemah: Dr. Muhammad Amar Adly MA
Terbitan: Jasmin Publications
Harga: RM20.00

Dalam Kitab Ar-Risalah ini, As-Syafii menjelaskan hadis perseorangan dan penggunaannya sebagai hujah, mengupas syarat-syarat kesahihan hadis dan keadilan para perawi, menolak khabar mursal dan munqathi', serta hal-hal lain yang dapat diketahui melalui daftar isi.

Kitab Ar-Risalah ini merupakan kitab perdana di bidang Usul Fiqah, bahkan terbilang kitab perdana di bidang Usul Hadis Fakhrurrazi di dalam kitab Manaqib Asy-Syafii (hlm.57) menyebutkan, "Sebelum Imam Asy-Syafii para ulama telah membicarakan masalah-masalah Usul Fiqah, mengajukan dalil dan kritik, tetapi mereka tidak memiliki aturan universal yang menjadi rujukan dalam mengetahui dalil-dalil syariat, serta kaedah perbandingan dan tarjihnya. Asy-Syafii lalu menemui Usul Fiqah dan meletakkan sebuah aturan universal yang menjadi rujukan bagi umat untuk mengetahui berbagai tingkatan dalil syariat. Dengan demikian, kedudukan Asy-Syafii terhadap ilmu syariat sama seperti kedudukan Aristotle terhadap ilmu akal".

Menurut saya, kitab Ar-Risalah sepatutnya menjadi kitab bacaan wajib di Universiti Al-Azhar serta universiti lainnya dan sebaiknya dipilihkan beberapa bahagian darinya untuk dijadikan bacaan para pelajjar sekolah menengah di pusat pengajian dan madrasah biasa, agar mereka memperoleh pengetahuan tentang pandangan yang benar dan hujah yang kuat, serta penjelasan yang tidak mereka temui padanannya dalam kitab-kitab ulama lain dan sastera para sasterawan.

Monday, November 8, 2010

Membongkar Perancangan Israel Raya

Membongkar Perancangan Israel Raya
Penulis: Herry Nurdi
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM25.00

Dalam buku ini, penulis mengungkap dua strategi besar yang akan menjadi pendokong utama rancangan Zionis Israel di Dunia Islam. Strategi pertama, Israel harus membangun dirinya sebagai negara paling kuat di rantau ini. Ertinya, Israel harus sangat berpengaruh pada dunia Arab secara politik, lobi dan terutama kekuatan ketenteraan. Strategi kedua, harus memecah-belahhkan negara-negara di Dunia Islam, terutama di Timur Tengah dan Asia Selatan menjadi negara-negara kecil, lemah yang berasaskan kesukuan dan terikat pada sentimen sektarian.

Saturday, November 6, 2010

Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata

Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
Penulis: Mohd Syamil & Adriana Balqis
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM21.90

Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.

MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.

Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam di Malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

Friday, November 5, 2010

Bila Zina Jadi Budaya

Bila Zina Jadi Budaya
Penulis: Mohd Syamil & Adriana Balqis
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. Banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adalah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.

Thursday, November 4, 2010

Begitu Romantis Rasulullah SAW

Begitu Romantis Rasulullah SAW
Penulis: Muhammad Syauqi Banna
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM16.90

Keluarga merupakan wadah terpenting dalam membina peradaban sesebuah bangsa. Kejayaan sebuah negara tidak mungkin wujud tanpa dilandasi dengan kuatnya asas keluarga dalam masyarakat. Ibarat sebuah bangunan, keluarga adalah asas yang akan menentukan kukuh atau tidaknya bangunan itu

Di antara batu asas keluarga itu adalah terciptanya suasana harmoni dan romantis antara suami isteri. Keluarga yang sihat dan kukuh tidak akan mungkin terwujud jika hubungan antara suami dan isteri tidak terjalin dengan baik.

Sebagai tokoh teladan terutama bagi umat Islam, kita layak meneladani sisi-sisi kehidupan Rasulullah. Sebagai pemimpin besar yang berhasil menanamkan asas peradaban umat Islam, baginda tidak hanya memberikan teladan bagaimana menjadi pemimpin, panglima perang, negarawan, ahli politik dan sebagai seorang dai’e (pendakwah) baginda juga menjadi cermin keteladanan dalam membina rumah tangga harmoni dan romantis.

Ternyata benar, baginda benar-benar yang terbaik, pemimpin terbaik, sahabat terbaik, ayahanda terbaik, suami bahkan insan terbaik diutus Tuhan buat sekalian alam..., galilah apa yang ada dalam dirinya, dan teladanilah!

Wednesday, November 3, 2010

Bijak Solat (VCD)

Bijak Solat (VCD)
Abang Syah Inteam & Shoutul Fikrah
Terbitan: Inteam Records Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Sebuah album VCD berkonsep hiburdidik bagi menarik minat kanak-kanak bersolat di samping menambah ilmu pengetahuan mereka tentang solat.

Album ini menampilkan Abang Syah Inteam sebagai hos manakala adik-adik dari kumpulan Shoutul Fikrah sebagai pelajar-pelajar yang mendalami ilmu dan kaedah bersolat.

Album ini memuatkan bacaan-bacaan dalam solat, wudhu' dan terjemahannya serta visual rukun-rukun solat dan wudhu' bagi menambah kefahaman kanak-kanak tentang solat.

Turut dimuatkan 3 buah nasyid yang berjudul Wudhu' Sempurna, Bijak Solat dan Marilah Bersolat bagi menambah keceriaan dan menarik minat anak-anak menonton VCD ini.

Album dalam format VCD ini sesuai untuk tontonan kanak-kanak dari usia 3 tahun ke usia remaja.

Tuesday, November 2, 2010

DVD Panduan Lengkap Umrah 3D

DVD Panduan Lengkap Umrah 3D
Penyusun: Dato'Hj Daud Che'Ngah
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM25.90

Ramai umat Islam kali pertama menunaikan ibadat umrah, tidak mendapat gambaran sepenuhnya dengan hanya menerima maklumat melalui ceramah, radio atau tv.
Perjalanan ibadat umrah yang betul dapat dipersembahkan melalui video animasi 3D, DVD ini memaparkan panduan untuk mengerjakan ibadat umrah, di samping memberikan informasi berguna.

Monday, November 1, 2010

DVD Panduan Solat 3D

DVD Panduan Solat 3D
Penyusun: Ustaz Misdi Al-Haj
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM24.90

DVD Panduan Solat 3D ini memberikan panduan asas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan menggunakan teknologi animasi terkini. Video 60 minit ini akan menerangkan aspek yang relevan tentang:

* maksud sebenar solat dan kenapa umat Islam perlu mematuhinya

* peristiwa Israk Mi'raj yang membawa kepada perintah solat

* cara-cara berwuduk dan hukum yang membatalkannya

* azan dan iqamah

* panduan asas solat 5 waktu lengkap dengan bacaan surah-surah dan maksudnya

* pengetahuan untuk solat jemaah, solat jumaat dan lain-lain perkara yang berkaitan

* cara-cara mengerjakan solat untuk orang kurang upaya seperti solat duduk dan baring

* perkara-perkara yang membatalkan solat

* koleksi doa-doa lazim selepas solat

* animasi bonus tentang panduan mengerjakan mandi wajib