Pages

Thursday, January 31, 2013

Rahsia Yahudi Dalam Filem

Rahsia Yahudi Dalam Filem
Penulis: Ibnu Yaacob
Terbitan: Moon Media
Harga: RM34.00

Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakat sesebuah negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun. Ia adalah agenda utama Illuminati. Ia adalah rancangan rahsia Dajjal.

Monday, January 28, 2013

Tamil Translation of The Holy Qur'an

Tamil Translation of The Holy Qur'an
Translation by: Maulavi Al Haj A Mohamed Sirajudeen Noori
 Published by: A.S. Noordeen
RM 75.00

Nasyid Animasi Ana Muslim: Allah Raja Manusia

DVD Nasyid Animasi Ana Muslim: Allah Raja Manusia
Harga: RM19.90

Nasyid Animasi Ana Muslim: Mari Berdoa

DVD Nasyid Animasi Ana Muslim: Mari Berdoa
Harga: RM19.90

Rasulullah Tokoh Transformasi

Rasulullah Tokoh Transformasi
Penulis: Shuib Sulaiman
Terbitan: Syeikh Publisher
Harga: RM32.00 

Memperkatakan peribadi Baginda junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW, samalah ertinya kita memperkatakan seluruh isi al-Quran. Ini kerana akhlak baginda SAw adalah seluruh isi al-Quran itu sendiri. Memperkatakan Al-quran pula samalah ertinya memperkatakan wahyu yang keseluruhannya merupakan dari Allah SWT. Kalau demikian sudah jelas kepada umat islam bahawa Rasulullah adalah satu peribadi yang dipimpin sepenuhnya oleh Allah SWT. Demikianlah yang dinyatakan oleh AllahSWT dengan maksudnya "Tiadalah sesuatu yang datang daripada Rasulullah melainkan adalah wahyu." Tidak kira sama ada perkataan, perbuatan mahupun diam, semuanya adalah wahyu. Tidak kira sama ada perkara utama atau cabang, pokok atau ranting, kecil atau besar, remeh atau penting, Rasulullah SAw tidak melakukan bersandarkan nafsu melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah SWT. Oleh itu apakah masih ada siapa-siapa di kalangan manusia yang mahu mempertikaikan atau mahu mencacat-celakan figura ciptaan Allah SWT ini?

Thursday, January 24, 2013

Aku Muslim

  Aku Muslim
Penulis: Nur Khairunnisa Iskandar
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM18.00

Ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Saya telah menghadiri satu majlis ilmu untuk memberikan pengisian slot tentang kewajipan solat. Kelompok pendengarnya sekitar 20 orang yang terdiri daripada wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun. Antara persoalan yang saya lontarkan, “Kalau ada seorang anak kecil bertanyakan kepada kita, ‘Ibu ... kakak, siapa Allah?’ Apa kita nak jawab?” “Allah Tuhan kitalah.” “Tuhan itu apa?” “Tuhan tu Allah lah.” Mula terdengar bisikan dan tawa daripada para hadirin di hadapan saya. Apakah masalah yang ada pada kelompok ini? Kurang berfikir? Kurang belajar? Atau langsung tidak pernah berfikir dan belajar? Mereka Muslim? Ya tetapi tidak kenal Allah? Satu perkara yang perlu dirisaukan. Jadi, Islam hanya pada kad pengenalan sahaja? Sembang-sembang, renung-renung ... “Aku Muslim?”, menyentuh topik-topik yang ringan dan santai bermula dengan hikmah kejadian manusia sehinggalah ke topik muhasabah Islam dalam diri, dengan harapan ia dapat menjadi medium bagi para pembaca membuka minda, merenung dan menilai kualiti diri sebagai seorang Muslim. Wallahua’lam.

Faridah al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id

Faridah al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id
Penulis: Ahmad Bin Muhammad Zain
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM10.00

Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad yang tidak bercampur dengan syak dan keraguan. Mudahnya akidah Islam bermakna kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT sebagai Rabb dan Illah secara pasti dan tanpa keraguan. Oleh sebab membina akidah itu wajib, maka para ulama Islam menyatakan bahawa mempelajari ilmu yang berkaitan akidah itu adalah fardhu ain dan wajib ke atas semua mukalaf. Kitab Faridah al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id yang berada di tangan anda ini adalah antara bahan ilmiah yang ideal dalam memberikan kefahaman ilmu akidah yang mantap. Hal ini kerana buku ini membahaskan perbahasan tauhid asas secara mudah. Disertakan dengan huraian ringkas menggunakan bahasa Melayu moden di samping mengekalkan ciri-ciri tulisan Jawi daripada teks asal. Buku ini padat dengan penerangan pada ruangan nota kaki yang membantu kefahaman.

Al-Hayah - Kamus Istilah Muamalat

 Al-Hayah - Kamus Istilah Muamalat 
Penulis: Mohd Soberi Awang
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM17.00

Dinamakan dengan ‘al-Hayah’ yang bermaksud kehidupan, selari dengan persoalan muamalat yang merupakan persoalan kehidupan. Mengadunkan istilah-istilah muamalat yang digunakan oleh ulama-ulama Islam klasik dan juga kontemporari. Menyediakan jadual kadar timbangan, sukatan, ukuran jarak dan luas yang pernah diguna pakai pada masa silam. Terdapat juga istilah-istilah muamalat yang diguna pakai dalam al-Quran dan as-Sunnah bagi memudahkan para pengguna.

Wednesday, January 23, 2013

Kayakan Diri Anda Dengan Teknik FLIP

  Kayakan Diri Anda Dengan Teknik FLIP 
Penulis: Nua Kidal & Cikgu Murni
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM15.00

Hidup anda akan kaya dengan teknik FLIP kerana buku ini mengupas fenomena ketidakseimbangan hidup serta menganjurkan langkah-langkah untuk mentransformasikan diri ke arah yang lebih positif. Teknik FLIP turut mendidik cara-cara untuk menjana sumber kewangan anda dengan teknik yang teratur dan efektif. Ia menyediakan tip-tip bagi menjadikan anda bukan sahaja kaya harta tetapi kaya kasih sayang dan bermotivasi. Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk menilai tahap kemajuan diri serta keluarga sama ada dari segi kehidupan, pekerjaan, kewangan dan lain-lain. Seterusnya teknik FLIP memaparkan resipi kejayaan para hartawan yang pernah gagal pada awalnya tetapi bangkit semula dan terus berjaya hingga ke hari ini.

Manisnya Persaudaraan Dalam Islam

  Manisnya Persaudaraan Dalam Islam
Penulis: Muhammad Zuhaili & Izzati Farhana
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00

Keteguhan ikatan persaudaraan sesama umat Islam amat dititikberatkan dalam usaha mewujudkan kesatuan umat Islam yang kukuh. Malah, persaudaraan yang dijalinkan atas dasar akidah adalah lebih kuat memandangkan umat Islam berpegang kepada dasar yang satu iaitu Islam. Buku ini memaparkan kisah-kisah teladan, syarat-syarat serta hak-hak persaudaraan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pembaca mengenai hebatnya persaudaraan yang dituntut dalam Islam. Buku ini menerangkan konsep dan dasar akidah Islam secara mudah dan ringan. Disertai kisah-kisah teladan yang memberi inspirasi dan mendidik jiwa. Memberi panduan dan tip menghayati ukhuwah yang sebenar. Dipersembahkan secara ringkas, padat dan santai serta dihiasi dengan lakaran yang berkaitan.

Tafsir Al-Quran Di Radio

Tafsir Al-Quran Di Radio (Juz 1-30)
Penulis: Ustaz Ahmad Sonhadji B. Mohamad
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM18.00 setiap juz

Berfikir Gaya Champion

Berfikir Gaya Champion
Penulis: Hizamnuddin Awang @ Web Sutera
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM17.00

Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam. Menjadikan Rasulullah SAW teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki. Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.

Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.

Tuesday, January 22, 2013

Menjadi Murabbi Itu Mudah

Menjadi Murabbi Itu Mudah
Penulis: Muhammad Rosyidi
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM20.00

Menjadi murabbi tak sesulit yang dibayangkan. Kunci untuk membuktikan bahawa menjadi murabbi itu benar-benar mudah hanya satu. Mencubanya! Ya, cuba saja! Hanya yang belum pernah mencuba akan mengatakan sulit.

50 Sup Champion Resipi Rasulullah

50 Sup Champion Resipi Rasulullah
Penulis: Web Sutera
Terbitan: Must Read
Harga: RM24.90

50 Sup Champion Resipi Rasulullah bermatlamat untuk mengaspirasikan pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini. Ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap.

Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan.

Saturday, January 19, 2013

Akidah Islam Menurut Empat Madzhab

Akidah Islam Menurut Empat Madzhab
Penulis: Prof. Dr. Abul Yazid Abu Zaid Al-Ajami
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM69.00 

Dalam Islam, perbedaan dalam masalah akidah sejatinya merupakan hal tabu dan dilarang. Berbeda halnya dengan permasalahan fikih yang meniscayakan toleransi dalam perbedaan pendapat, selama masih bersandar kepada dalil-dalil sahih lagi kuat. Banyak dari kita yang menganggap bahwa perbedaan pendapat fikih di antara empat madzhab fikih Islam, dibarengi dengan pemahaman dan keyakinan akidah yang berbeda-beda.

Bahkan parahnya lagi, tidak sedikit yang menyimpang dari akidah yang dianut oleh keempatnya. Padahal, para imam itu memiliki akidah yang sama; yaitu akidah Ahlu Sunnah wal Jama'ah, biarpun pendapat fikih mereka acapkali berbeda. Namun yang sangat disayangkan adalah mayoritas kaum muslimin tidak mengetahui hal ini.

Akidah imam empat madzhab fikih; Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi'i, dan Ahmad adalah sebagaimana ditegaskan oleh Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad, sesuai dengan apa yang menjadi pegangan para sahabat dan tabi'in. Tidak ada perbedaan diantara mereka dalam masalah ushuluddin (pokok agama). Sungguh perbedaan fikih di antara para imam fikih tidak lantas membuat akidah dan keyakinan mereka pun berselisihan. Bagaimanakah akidah dan keyakinan yang mereka anut? Jawabannya ada di dalam buku ini.

Rahsia-Rahsia Besar di Sebalik Sirah Rasulullah

Rahsia-Rahsia Besar di Sebalik Sirah Rasulullah
Penulis: Saari Sungib
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM30.00 

Allah mengutuskan Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya. Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul. Buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita.

69 Jam Di Neraka Zionis

69 Jam Di Neraka Zionis
Penulis: Nooorazman Mohd Samsuddin
Terbitan: ITBM
Harga: RM20.00
 
Buku bertajuk 69 Jam Di Neraka Zionis membongkar kezaliman dan kekejaman para komando rejim Israel yang telah menyerang, membunuh, menangkap, menculik dan memenjarakan para sukarelawan secara kejam. Pendedahan rahsia kekuatan jiwa sukarelawan dan kehadiran pertolongan daripada Allah yang telah membantu mereka mengharungi sat-saat getir 'neraka' ciptaan komando rejim Zionis Israel.

Buku ini adalah kisah benar rentetan peristiwa para sukarelawan yang telah memperjudikan nyawa mereka demi menyertai misi menghantar bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Peristiwa berdarah ini terjadi apabila kapal Mavi Marmara diserang oleh ratusan komando rejim Zionis Israel setibanya kapal itu di perairan selatan Cyprus.

Banyak nyawa terkorban dan tercedera disebabkan oleh serangan membabi buta rejim Zionis laknatullah. Yang hidup dan tercedera diseksa dan dijadikan tawanan tanpa melakukan kesalahan. Rejim Zionis yang ganas dan zalim telah bertindak sesuka hati mereka melakukan kebiadapan terhadap para sukarelawan yang tidak bersenjata.

Dengan membaca buku ini, kita dapat menyelami ketabahan dan pengorbanan para sukarelawan yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi untuk membantu rakyat Palestin yang telah lama tertindas oleh rejim Zionis Israel. Syabas buat para sukarelawan Malaysia yang sungguh berani dalam menghadapi dugaan sepanjang penyertaan misi untuk menghantar bantuan kemanusian ke Gaza. Al-fatihah buat sukarelawan yang telah syahid. Semoga pemergian mereka menjadi pemangkin semangat penganut Islam lain untuk terus menyambung perjuangan membantu rakyat Palestin.

Friday, January 18, 2013

Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun

Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun
Penulis: Toto Suharto
Harga: RM20.00

Buku ini bermaksud menelusuri dan menggali pemikiran sejarah Ibnu Khaldun (1332-1406 M), seorang sejarawan Muslim yang hidup pada abad Pertengahan Islam. Penelusuran dan penggalian dilakukan dengan telaah filsafat keilmuan (Epistemologi), sehingga pemikiran sejarah Ibnu Khaldun , baik dari aspek ontologis, epistemologis maupun aksiologis dapat dimunculkan.

Buku ini berhasil menemukan bahwa Ibnu Khaldun adalah perintis dan pelopor studi sejarah kritis. Sejarah dalam pandangannya bukan hanya bermaksud menjawab pertanyaan apa, siapa, kapan dan di mana sebuah event  terjadi, tetapi lebih dari itu sejarah seyogyanya dapat menjawab pertanyaan mengapa dan bagaimana. Sejarah kiranya harus ditulis dengan metode kritis, yaitu metode yang menekankan kepada kesaksian langsung sebagai sumber sejarah, disamping juga menekankan perlunya interpretasi bagi setiap peristiwa sejarah. Ibnu Khaldun menawarkan bahwa ilm al-‘umran (ilmu sosial dan kultur) dapat dijadikan sebagai alat bantu dalam interpretasi sejarah, sehingga sejarah menjadi berdimensi sosial atau social history.

Buku ini sangat penting, karena ia dapat dijadikan landasan teoritis bagi upaya penulisan ulang sejarah Islam, dalam rangka terwujudnya sejarah Islam yang obyektif dan ilmiah. Buku ini sangat dianjurkan bagi para mahasiswa IAIN, terutama jurusan Sejarah Peradaban Islam, para mahasiswa jurusan sejarah pada umumnya dan bagi sejarawan Muslim yang mempunyai concern yang besar terhadap penulisan sejarah Islam.

Mengapa Banyak Larangan?

Mengapa Banyak Larangan?
Hikmah dan efek pengharaman dalam akidah, ibadah, akhlak serta makan-minum
Penulis: Tauhid Nur Azhar
Terbitan: Tinta Media
Harga: RM40.00

Dengan akalnya, manusia mencoba bertanya soal larangan-larangan Allah. Tidaklah Allah membebani makhluk-Nya, kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Apa-apa yang telah dia larang kepada makhluk-Nya, pasti terdapat hikmah di dalamnya. 

Ketika manusia dilarang minum khamar, berbuat sihir, riya dalam salat, makan babi, lalai dalam salat berjamaah, mengumbar aurat, berbuat kerusakan di bumi, makan dan minum sambil berdiri, dan sebagainya, apakah hikmah di balik larangan-Nya itu semua? Kita harus mencari jawabannya. 

Manusia sebagai makhluk yang berakal pastinya tidak akan tinggal atau begitu saja patuh dan taat menjauhi larangan-larangan Allah tersebut. Pasti di dalam hatinya bertanya-tanya, "Mengapa Allah melarang berbuat ini dan meninggalkan ini?" Tauhid Nur Azhar secara cerdas dan detail mengupas tuntas hikmah di balik larangan-larangan ini. Semoga Allah senantiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua. Amin.

Iman dan Kehidupan

Iman dan Kehidupan
Penulis: Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM22.00

Thursday, January 17, 2013

Bingkisan Mutiara

Bingkisan Mutiara - Imam Suyuthi
Penterjemah: Syed Ahmad Semait
Pustaka Nasional
Harga: RM77.00

Merupakan bimbingan seharian untuk mereka yang ingin beramal bakti kepada Allah Taala. Terdapat empat puluh bab yang setiap satu dikupas dengan jelas, lalu diserikan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dan diakhiri dengan doa.

Induk Pensucian Diri

Induk Pensucian Diri - Said Hawwa
Penterjemah: Syed Ahmad Semait
Pustaka Nasional
Harga: RM110.00

Penulis membicarakan perihal tazkiyatun-nafsi, atau pensucian diri dan semua selok-belok ilmu tasawuf, atau ilmu yang menunjukkan cara-cara mensucikan kebatinan seseorang manusia dalam menujukan diri kepada Allah s.w.t.

Belitan Iblis - Ibnul Qayyim

Belitan Iblis - Ibnul Qayyim
Penterjemah: Syed Ahmad Semait
Pustaka Nasional
Harga: RM53.00

Buku ini membicarakan hal kepercayaan yang sesat atau terkeluar dari iktikad yang benar (sama ada dilakukan dengan sengaja atau tidak) disebabkan kekeliruan atau penyaduran dari kepercayaan luar yang ditempelkan ke dalam kepercayaan Islam, serta perihal bid'ah, hingga menjejas akidah.

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in
Penulis: Ahmad Khalil Juma’ah
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Buku ini adalah usaha untuk menghimpunkan hadis-hadis tentang wanita-wanita muslimah, kemudian menunjukkan peranan besar mereka dalam sejarah, hingga akhirnya dapat diketahui anatomi keperibadian wanita muslimah. Buku ini juga adalah usaha lanjutan penulis untuk mengetahui susuk wanita muslimah secara lebih mendalam, khususnya mengenai kontribusi mereka dalam bidang keilmuan, kedudukan dan keutamaan mereka; sambil membuka berbagai dimensi keperibadian mereka yang lain.

Penyingkapan Hati Kepada Rahsia-Rahsia Ilahi Jilid 1

Penyingkapan Hati Kepada Rahsia-Rahsia Ilahi Jilid 1
Imam Ghazali
Pustaka Nasional
Harga: RM65.00

Sebuah buku tasawuf ulung yang memuatkan 111 bab yang membicarakan tentang sifat dang bicara hati yang patut dikenali setiap insan, agar dia dapat mengelakkan diri dari kelalaian yang membinasakan.Setiap bab dibicarakan dengan jelas, memberi panduan dan tauladan melalui hikayat dan penerangan wahyu dan Hadis. Antara perkara yang terselit adalah: perihal menundukkan hawa nafsu, sifat amanah dan sebagainya.

Majalah Al-Ustaz Isu No.10 - Selepas Aku Bersyahadah

Majalah Al-Ustaz Isu No.10 - Selepas Aku Bersyahadah
Terbitan:Telaga Biru
Harga: RM9.00

Wednesday, January 16, 2013

Dingin Salju Wisconsin

Dingin Salju Wisconsin
Penulis: Nurulsham Saidin
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Enam belas tahun lalu, dalam Dingin Salju Indiana, tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Di sana Jannah, Murni, dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan.

Kini, lewat Dingin Salju Wisconsin, Jannah mengamanahkan sepupunya Sarah yang akan melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat untuk mencari seorang kawan yang tidak pernah pulang-pulang dari sana iaitu Icon. Bersama-sama Sarah adalah Marissa dan Ainun.

Konflik bermula apabila Sarah tiba-tiba jatuh cinta pada Syamsul. Kemunculan pasangan suami isteri, Kak Noor dan Abang Azam yang begitu daif keadaan hidupnya menambah ritma pada novel ini. Begitu juga kehadiran Abang Halim yang tidak pernah pulang ke Malaysia berbelas tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan. Apakah nasib Sarah seterusnya? Dapatkah dia menemui Icon seperti yang diamanahkan?

Bimbingan Mu'minin

Bimbingan Mu'minin
Imam Ghazali
Penterjemah: Syed Ahmad Semait
Pustaka Nasional
Harga: RM85.00

Ringkasan kitab besar Ihya' Ulumiddin ini mengenalkan kita kepada aspek-aspek ibadat dan adat kebiasaan manusia, dan membicarakan perkara yang membinasakan manusia dan perihal yang menyelamatkannya.

Fikih Hiburan

Fikih Hiburan
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM25.00

Buku ini merupakan sebuah kajian ilmiah tentang hiburan dan permainan yang dibolehkan dan diharamkan dalam Islam.

Matan Al-Jurrumiyah (Jawi)

Matan Al-Jurrumiyah (Jawi)
Penulis: Syeikh As-Shanhaji
Terbitan: Jabal Maraqy Enterprise
Harga: RM11.00

Tuesday, January 15, 2013

Metode Sosiologi: Kaidah-Kaidah Baru

Metode Sosiologi: Kaidah-Kaidah Baru
Penulis: Anthony Giddens
Terbitan: Pustaka Pelajar
Harga: RM33.00 
 
Buku ini adalah edisi baru & revisi dari sebuah karya yang telah memapankan dirinya sebagai sebuah teks dasar dalam teori sosiologi. Bahagian pertama buku ini menyediakan analisis kritis terhadap beberapa aliran yang mengemuka dalam falsafah sosial. Pada bahagian selanjutnya disediakan serangkaian konsep yang relevan dalam rangka memahami produksi dan reproduksi masyarakat.

Propagandis Zaman

Propagandis Zaman
Penulis: Subky Latif
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM39.00

PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan. 

Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar. Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing. 

Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah. Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca.

Ya Allah, Jagalah Dia Untukku

Ya Allah, Jagalah Dia Untukku
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Hati seseorang akan mudah tertawan apabila melihat suatu kecantikan atau keindahan. Dari mata, akan turun ke hati. Wujudlah perasaan cinta, sayang, rindu, kasih dan yang seumpamanya. Kemudian, hati pula mula berani untuk mendekati si dia. Akan terjalinlah hubungan yang kononnya dianggap rasmi iaitu couple. Apabila sudah bercouple, berani pula melakukan perbuatan-perbuatan yang menjadi mukadimah kepada perzinaan. Akhirnya? Menyemai cinta dengan cara bercouple dalam Islam adalah tidak dibenarkan. 

Ya Allah, Jagalah Dia untukku menyediakan panduan kepada semua lapisan masyarakat bagaimana untuk menyemai cinta disamping meraih keredaan Allah SWT. Sememangnya kita memerlukan cinta daripada si dia. Tetapi cinta kepada-Nya lebih diutamakan dan diperlukan untuk meraih cinta si dia. Setiap cinta memerlukan komitmen. Komitmen yang selari dengan ajaran dan panduan Islam supaya rumah tangga yang dibina mendapat mawaddah. Sebelum si dia menjadi pasangan hidup kita, janganlah dihalalkan perhubungan yang haram. Yakin kepada Allah. Allah akan menganugerahkan pasangan yang terbaik untuk diri kita. Tadahlah tanganmu, berdoalah kepada Allah minta dipermudahkan segalanya. Bertawakallah setelah berusaha. Insya-Allah, Allah akan membantu. 

 Diharapkan dengan adanya naskhah ini, dapat dijadikan panduan bagaimana cara bercinta dalam Islam. Manfaatkanlah ia supaya naskhah yang berada di tangan anda ini sedikit sebanyak mampu membantu untuk mendapatkan pasangan hidup seiring dengan syariat.

Monday, January 14, 2013

Khusyuk Dalam Solat

  Khusyuk Dalam Solat
Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terbitan: Nufair Street Sdn Bhd
Harga: RM13.00

Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah S.W.T., terlalu banyak halangan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat. Memenuhi segala tuntutan syarat-syaratnya dan menepati segala perbuatan dan pengucapan sebagai suatu ibadah khusus yang menggambarkan percakapan atau dialog antara hamba dan Khaliq.

Sesungguhnya amat sukar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam solat, ada kalanya tumpuan dan ingatan sesorang itu kepada Allah S.W.T. di dalam solat hanya sedikit saja. Selebihnya hanyalah ucapan-ucapan yang terlompat dari lidah tanpa kawalan hati dan kesedaran fikiran.

Generasi Mendatang Generasi Yang Menang

Generasi Mendatang Generasi Yang Menang
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM6.00

Buku ini membicarakan tentang sifat-sifat generasi yang membawa kemenangan islam di masa mendatang.

Tuesday, January 1, 2013

Dol Said - Pahlawan Naning

Dol Said - Pahlawan Naning
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM21.00

DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka, berasal dari suku Semelenggang. Beliau adalah penghulu Naning yang kesembilan. Dol Said mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Beliau seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau dilantik sebagai Penghulu Naning meng-gantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 semasa berumur 26 tahun. Penentangan Dol Said berpunca apabila pihak British meminta Naning memberi satu per sepuluh daripada hasil pertaniannya. Dol Said enggan tunduk kerana menganggap Naning negeri yang merdeka.