Pages

Friday, September 30, 2011

Aku Menjadi Akhwat : Perjalanan Penemuan Jati Diri Muslimah

Aku Menjadi Akhwat : Perjalanan Penemuan Jati Diri Muslimah
Penulis: Haidar Quffah
Terbitan: An-Nadwah
Harga: RM18.00

Kehidupan moden dengan semua daya magnetnya menyerbu kaum muslimin terutama wanita muslimah dengan gencar. Wanita muslimah menjadi target utama sebab benteng kaum muslimin.

Beragam trick pn disusun dunia barat untuk memancing wanita muslimah keluar dari keperibadiannya mulai dari stigma tidak sedap tentang wanita muslimah sehingga sejumlah janji manis agar wanita muslimah masuk perangkap mereka. Alat-alat kosmetik disebar di kalangan wanita muslimah, acara huru-hara -apapun namanya- dianjurkan secara rutin, figure wanita barat dipromosikan untuk menjadi idola wanita muslimah dan lain-lain.

Hasilnya, banyak wanita muslimah terkena panah dunia barat tanpa sedar ia memang dilakukan untuk menghilangkan keperibadiannya dan merubahnya menjadi wanita yang tidak bermakna. Iaitu wanita muslimah yang tidak mengenal Allah ta'ala, Rasulullah saw, Al-Quran dan Sunnah.

Buku ini cuba menyedarkan wanita muslimah yang tenggelam dalam gaya hidup moden dengan bahasa yang menyentuh hati. Pembahasan diawali dengan hal-hal yang fundamental hingga konsep pembentukan keperibadian dan dilengkapi panduan perubahan secara bertahap agar perubahan wanita muslimah kepada keperibadian islami berjalan terukur dan ia menemukan jati dirinya yang hilang ketika ia mengikut di belakang dunia moden.

Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat

Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat
Penulis: Muhamad Ahmad Rasyid
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM6.00

Buku ini adalah berasal daripada petikan daripada salah satu bab dalam buku Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi, jilid ke-4 yang merupakan buku ke-8 dari siri-siri tulisan Muhamad Ahmad al-Rasyid dalam siri buku2 beliau yg bertajuk Ihya’ Fiqh al-Dakwah.

Al-Rasyid dalam penulisan tentang tahaluf ini tidak menunjukkan kecenderungan kepada HARUS atau HARAM tahaluf itu secara mutlak, bahkan ia bergantung kepada beberapa syarat ketat yang mesti dipenuhi oleh gerakan Islam dengan penuh berhati-hati dan waspada.

Tuesday, September 27, 2011

Keharmonian Hidup Bersyariat

Keharmonian Hidup Bersyariat
Penulis: Abu Muaz
Penerbit: Syeikh Publisher
Harga: RM30.00

Monday, September 26, 2011

Ya Allah, Diakah Jodohku

Ya Allah, Diakah Jodohku
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Islam memahami bahawa manusia tidak mungkin boleh hidup bersendirian. Dia memerlukan teman, bahkan lebih daripada sekadar teman. Dia memerlukan suami, dia juga memerlukan isteri. Dialah manusia. Manusia yang ditakdirkan untuk memiliki dan dimiliki. Bersandar dan disandari, saling menyayangi dan saling mencintai.

Setiap orang punya keinginan menyempurnakan agamanya dengan mendirikan rumah tangga, tetapi sukar menemui pasangan yang sesuai. Ada beberapa sebab misi mencari jodoh menemui kesukaran:

· Tidak tahu kriteria yang diimpikan
· Tahu kriteria idaman tetapi tidak tahu bagaimana mencarinya
· Kriteria yang terlalu tinggi
· Hanya menunggu, menunggu dan terus menunggu

Tip daripada Rasulullah SAW dalam memilih calon belahan jiwa, carilah yang cantik parasnya, baik keturunannya, banyak hartanya dan yang paling baik agamanya. Namun, pilihlah calon yang beragama kerana ia lebih baik daripada seluruh isi dunia. Mohonlah petunjuk-Nya lewat Istikharah. Jika belum bertemu, bersabarlah dan yakinlah bahawa jodoh kita sudah ditentukan sejak azali.

Teruslah mencari, berjalanlah tanpa henti. Semoga bertemu permata yang terbaik untuk dirimu, keturunanmu dan agamamu.

Sunday, September 25, 2011

Bencana Akhir Zaman

Bencana Akhir Zaman
Penulis: Fahrur Muis
Terbitan: PTS
Harga: RM14.00

Antara perkara penting yang tidak boleh dipisahkan daripada keimanan setiap Muslim adalah memahami dengan betul mengenai permulaan dan kesudahan kehidupan dunia ini. Kita mesti memahami segala bentuk fitnah dan bencana yang akan terjadi pada akhir zaman dan cara-cara menyelamatkan diri daripadanya. Salah faham dalam perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan dalam membuat kesimpulan dan sikap yang diambil dalam menangani kehidupan di dunia.Di sini penulis akan menjelaskan peristiwa-peristiwa menjelang kehancuran alam semesta dengan memaparkan tanda-tanda kiamat. Akhir-akhir ini ramai orang yang membicarakan hal ini tanpa asas dan pemahaman yang betul. Akibatnya, ramai yang tersesat dan berasa takut. Ironinya, sikap mereka hanya berhenti di situ, tanpa ada usaha menyediakan bekal menghadapi peristiwa yang dahsyat itu.

Fiqah Muallaf: Antara Tuntutan dan Keutamaan

Fiqah Muallaf: Antara Tuntutan dan Keutamaan
Penulis: Ustaz Muhammad Nidzam Abdul Kadir
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku Fiqah Muallaf ini mencungkil secara detail dan terperinci masalah yang dihadapi oleh para muallaf serta mencadangkan jalan penyelesaian terutama yang berkaitan dengan hokum fiqah dan amalan seharian. Buku ini bukan sahaja sangat bermanfaat kepada para muallaf untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka malah amat bermanfaat bagi seluruh umat Islam untuk melihat betapa mudahnya ajaran agama Islam itu dan sekali-kali tidak pernah memberati umatnya.

Sesungguhnya muallaf merupakan golongan yang sangat bertuah kerana mereka diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengenali Islam dan menerima petunjuk dan hidayah daripada-Nya. Hal ini kerana telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh muallaf demi agama Allah.

Wirid Ulama Muktabar

Wirid Ulama Muktabar
Penulis: Muhammad Rifqi Myiddin & Muhammad Subki Abdul Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00

Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. "Justeru itu, setiap pembelian buku ini secara tidak langsung merupakan sumbangan kepada dana tersebut." Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat ialah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta. Pembinaan kini telah mencecah hampir 60% dan kami sedang giat memulakan pembinaan di tingkat tiga.

Justeru itu, kami amat mengharapkan sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada masyarakat Malaysia sehingga pembinaan siap. "Membelilah Sambil Menderma untuk Tabung Pembinaan Masjid Imam Syafie".

Saturday, September 24, 2011

Perubatan Islam: Menangkis Kejahatan Racun Puaka Santau

Perubatan Islam: Menangkis Kejahatan Racun Puaka Santau
Penulis: Ustaz Sharhan Shafie
Terbitan: Sinar Zamdurrani
Harga: RM20.00

Isi Kandungan

Bahagian 1 - Mengenal Santau
Bahagian 2 - Tanda-tanda Terkena Santau
Bahagian 3 - Cara Untuk Menghindari Santau
Bahagian 4 - Guna-guna dan Jin
Bahagian 5 - Rahsia Air Jampi
Bahagian 6 - Penyembuhan Al-Quran
Bahagian 7 - Perisai Menangkis Serangan Syaitan
Bahagian 8 - Doa-doa Mengatasi Santau

Takwil Hadis

Takwil Hadis
Penulis: Umar M. Noor
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Dewasa ini, umat Islam sedang mengalami kesedaran untuk merujuk kepada hadis dalam pelbagai perkara. Fenomena ini amat ketara dalam beberapa siri ceramah agama bukan sahaja di radio dan di televisyen, bahkan dalam artikel laman blog dan buku-buku yang dicetak secara meluas. Senario ini tentu sahaja positif dan selari dengan anjuran Islam agar terpelihara kemurnian sumber akidah dan syariah kita. Namun begitu, perkara ini masih belum diiringi dengan kesedaran untuk menerapkan metode (cara) pentafsiran isi hadis yang tepat sebagaimana manhaj ulama. Akibatnya, berbagai-bagai fatwa pelik yang kita dengar. Kemunculan puak sesat yang mengajarkan doktrin menyimpang daripada kefahaman jumhur ulama menggunakan nama hadis dan sunah makin membimbangkan masyarakat.

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia
Penulis: Umar M. Noor
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Kita dapat berkenalan, berziarah, dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati.

Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan. Jadikan buku ini sebagai bacaan dalam perjalanan, hadiah buat teman dan keluarga atau dijadikan bahan nasihat dalam usrah anda. Mudah-mudahan setelah itu, kita dapat mengamalkan akhlak mereka dan menghidupkannya dalam kehidupan ini.

Friday, September 23, 2011

Mari Kenali Muawiyah bin Abu Sufyan

Mari Kenali Muawiyah bin Abu Sufyan
Penulis: Sahrulazmi Sidek
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM20.00

Setiap kali melihat wajah Muawiyah bin Abu Sufyan, Khalifah Umar al-Khattab pasti menggelar, "Inilah Caeser Arab."

Bapanya, Abu Sufyan, pernah berkata, “Sesungguhnya, anakku ini akan menjadi orang besar, dan dia akan jadi orang yang akan memimpin bangsanya.”

Muawiyah bin Abu Sufyan, selalu disalahtafsir oleh sejarah. Beliau sering dilihat dari aspek yang buruk sahaja. Sehingga melekat di minda kita betapa teruknya beliau.

Sedangkan, begitu banyak catatan yang belum lagi dibongkarkan. Catatan itu telah membuktikan beliau adalah pemimpin super. Inilah tokoh yang lahir secara langsung dari Universiti Tarbiyyah Rasulullah.

Ikuti perjalanan beliau daripada seorang putera bangsawan Arab kepada khalifah umat. Daripada penentang kepada pendokong perjuangan agama.

Mari Kenali Muawiyah bin Abu Sufyan, menyelongkar seluruh perjalanan kehidupan beliau. Beliau dibicarakan dari sudut pandangan yang belum pernah diceritakan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Diari Bagaimana Saya Kurus

Diari Bagaimana Saya Kurus
Penulis: Dzulfikri Zulkifle
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM17.00

Makan spageti di tepi perigi,
Di tepi perigi makan spageti,
Siapa yang makan di tepi perigi?
Tentulah saya Dzulfikri.

“Cukup dengan semua ini! Saya hendak jadi lebih sihat!”

Dzulfikri Zulkifle adalah penulis blog TakNakGemuk.com yang mempunyai ribuan pengikut. Buku ini menceritakan kisah beliau bagaimana dari seorang yang sering diejek dan mempunyai masalah berat badan kepada seorang yang sihat dan berkeyakinan tinggi.

Ikuti bimbingan beliau dalam usaha menurunkan berat badan. Daripada 150 kg turun sehingga 90kg. Bunyinya seperti mustahil, kan?

Selepas habis buku ini, kita akan berkata, “Saya boleh lakukannya!”

Thursday, September 22, 2011

Hiroshima

Hiroshima
Penulis: Salleh De Ran
Terbitan: PTS
Harga: RM23.00

Kisah pengembomam ke atas Hiroshima. Menceritakan bagaimana ia berlaku dan siapa yang menyebabkannya berlaku. Banyak fakta mengejutkan akan ditemukan dalam novel ini.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

Wednesday, September 21, 2011

Tarbiyah Ruhiyah - Petunjuk Praktis Mencapai Derajat Taqwa

Tarbiyah Ruhiyah - Petunjuk Praktis Mencapai Derajat Taqwa
Penulis: Dr Abdullah Nashih Ulwan
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM15.00

Peningkatan aspek ruhiyah akan memacu seseorang untuk selalu beribadah & beramal kebaikan, sebaliknya penurunan aspek ruhiyah akan berdampak pada melemahnya aspek ibadah, dakwah, & ketaatan. Bagaimana cara menumbuhsuburkan aspek ruhiyah? Bagaimana pengaruhnya terhadap perbaikan & kebangkitan umat? Insya Allah melalui buku kecil ini, Anda akan mendapatkan jawabannya secara memuaskan.

Tuesday, September 20, 2011

Act Like A Lady, Think Like A Man (Edisi Bahasa Melayu)

Act Like A Lady, Think Like A Man (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Steve Harvey
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

Buku Act Like a Lady, Think Like a Man, membawa wanita masuk ke dalam peti fikiran lelaki dan menjelaskan konsep serta menjawab soalan berkenaan: - Hukun 90 Hari: Adakah wanita juga perlu meletakkan lelaki dalam tempoh percubaan? - Bagaimana mengenal 'Anak Emak' dan apakah cara bagi mengatasi situasi ini? - Bagaimanakah membaca interaksi pertama antara keluarga dan bakal pasangan anda? - Lima soalan yang perlu diajukan keapda lelaki bagi mengetahui sama ada dia serius ataupun tidak dengan anda. Dan banyak lagi. Sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang telah mendengar keluhan ribuan wanita berkenaan lelaki. Semua yang diperkatakan adalah benar belaka. Buku ini wajib dibaca oleh golongan wanita yang mahu memahami apa yang bermain dalam fikiran lelaki.

Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps

Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps
Penulis: Allan & Barbara Pease
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Monday, September 19, 2011

Travelog Impian Abadi, Itu yang Tertulis

Travelog Impian Abadi, Itu yang Tertulis
Penulis: Raudzah Roslan
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

"Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok".

"Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..."

Penulis menyingkap dan mentafsir makna kehidupan yang dilaluinya dari sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini untuk memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi?

Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul? Atau kita banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh nafsu dan emosi melulu, bukannya akal sihat, sesuai dengan ajaran-Nya?

Terpelanting dari Siratulmustakim

Terpelanting dari Siratulmustakim
Penulis : Suyadi
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

Sewaktu Melintas Titian Sirat, Tiada Harapan Kecuali Kasih-Mu Tuhan.

Mati bukan pengakhiran.

Kita akan dinilai, dihisabn dan dipertanggungjawab atas semua perbuatan kita di dunia. Di Padang Mahsyar sana, kita dihimpun. Melalui neraca keadilan, Mizan, baik dan buruk kita ditimbang.

Sebelum Mahsyar dan Mizan, ada siratulmustakim, laluan ke syurga. Melepasinya, bahagia selamanya. Terpelanting dari siratulmustakim, derita sahajalah akhirnya.

Terpelanting dari Siratulmustakim adalah renungan terbaik. Renungan bagi menenangkan jiwa yang sakit dan penuh dosa. Selagi hayat masih dikandung badan, semoga buku ini menambah bekalan kita daripada dihina dengan azab seksa.

Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiyyah

Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiyyah
Penulis : Surur Shihabuddin Hassan An-Nadawi
Terbitan: Rehal
Harga: RM30.00

Buku itu dikarang menurut Qiraat Asim yang diriwayatkan Imam Hafs ‘An ‘sim melalui Toriq Asy-Syatibiyyah yang menjadi ikutan masyarakat Islam di Malaysia dan sebahagian besar umat muslim di dunia. Ia disusun menepati kaedah penulisan al-Quran Resam Uthmani.

Buku Ilmu Tajwid ditulis lengkap dengan nota kaki sebagai rujukan menggunakan ayat ringkas, tepat dan disokong bantuan gambar rajah. Ini memudahkan pembelajaran pembaca yang tidak mempunyai asas pengetahuan ilmu tajwid.

Antara rujukan ambilan ialah melalui buku At-Tahmid karangan Imam Ibnu Al-Jazari, Al-Wafii karangan As-Syeikh Abdul Fattah Al-Qodhi, Nihaya karangan As-Syeikh Muhammad Makki Nasr Al-Juraisi, buku Ghayatul Murid tulisan As-Sheikh Athiah Qobil Nasr dan Al-Hadi karangan Dr. Muhammad Salim Muhaisin.

Sunday, September 18, 2011

Lentera Cinta Albaicin

Lentera Cinta Albaicin
Penulis:Mazny MR
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

Muhammad Salehuddin menjejaki bumi Granada kerana dua tujuan. Pertama, untuk mengotai janji kepada sahabat baiknya Abdul Hakeem; seandainya peluang pekerjaan yang sengit di Malaysia tidak menjanjikan apa-apa, dia akan mencuba nasib di sana. Keduanya, dia harus melunasi ikrar jihad yang sudah terpateri bersama beberapa orang rafik.

Sallehuddin akan membantu mereka untuk memastikan cahaya dari obor Islam terus menerangi lorong-lorong suram di tanah al-Andalus itu.

Adat orang berdagang, pelbagai pengalaman pahit manis yang terpaksa ditempuhinya. Pandangan sinis masyarakat barat yang menganggap agama Islam sebagai agama yang mengekang hak-hak asasi individu dan keghairahan mereka melabelkan Islam sebagai agama teroris dan agama orthodoks yang memundurkan peradaban, membuatkan semangat Salehuddin berkobar-kobar untuk memerdekakan pemikiran orang-orang yang skeptikal terhadap Islam, baik dari pihak luar mahu pun dari kalangan orang-orang Islam Granada sendiri.

Salehuddin sedar, dia bukan seorang graduan dari Timur Tengah. Juga bukan seorang ustaz yang layak bersyarah. Namun nur hidayah yang diperoleh hasil acuan keluarga membuatkan dirinya menjadi seorang yang berani dan istiqamah dalam bermujahadah.

Dia ingin berkongsi cahaya itu dengan orang-orang di sekelilingnya. Itulah antara sebab mengapa Abdul Hakeem memilih Salehuddin. Akhlak dan budinya menambat hati. Islam itu bukan sekadar menghiasi sepotong nama atau terukir di dada segulung ijazah tetapi dijiwai dan menjadi amalan yang membenteng diri!

Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji Allah kadang kala penuh teka-teki. Kemunculan watak-watak insani seperti Siham yang pendiam, Majeed yang kacak, Mourad yang agresif dan Imam Habib Kassem yang penuh wawasan memeriahkan hari-hari Salehuddin di Lembah Albaicin.

Anehnya, kehadiran Leyla Zulaikha yang pantas menjadi pesona Albaicin hampir-hampir mengundang satu tragedi!

Berjayakah Salehuddin menggaul semua rempah ratus permasalahan Albaicin untuk memasakkan sebuah ukhwah Islami? Dan siapa pula Raden Nur Karmila yang namanya kian terukir indah di persada hati?

Dakwah Fardiyah - Pendekatan Personal Dalam Dakwah

Dakwah Fardiyah - Pendekatan Personal Dalam Dakwah
Penulis : Dr. Sayid Muhammad Nuh
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM15.00

Kegiatan dakwah sering difahami sebagai kegiatan yang berhubungan dengan massa dalam bentuk ceramah-ceramah, aksi-aksi sosial, kegiatan lembaga dakwah, atau semisalnya. Pemahaman yang demikian mempersepsi kegiatan dakwah sebagai kegiatan yang memerlukan sarana, prasarana dan keahlian, di samping massa yang banyak. Kerananya, banyak orang yang tidak mahu terlibat dalam kegiatan dakwah kerana merasa kurang memiliki sarana dan kecekapan.

Padahal ada juga kegiatan dakwah yang boleh dikerjakan oleh siapa saja, tanpa memerlukan berbagai sarana, kecekapan maupun sasaran dakwah dalam bentuk massal. Ia adalah dakwah fardiyah atau dakwah melalui pendekatan personal. Buku ini secara detail dan tuntas membicarakn dakwah jenis ini; tentu sangat bermanfaat bagi siapa saja yang concern dengan persoalan dakwah.

Kumpulan Risalah Dakwah Hasan Al-Banna

Kumpulan Risalah Dakwah Hasan Al-Banna
Penulis : Hasan Al-Banna
Terbitan: Al-'Itishom

Harga:
Jilid 1 - RM58.00
Jilid 2 - RM58.00
Jilid 3 - RM68.00

Majmu'atur Rasail adalah karya monumental Imam Hasan Al-Banna yang menjadi rujukan penting bagi pergerakan Ikhwanul Muslimin. Dan, Ikhwanul Muslimin adalah pergerakan yang memberikan yang memberikan inspirasi bagi kebangkitan kaum muslimin diberbagai negara. Karena itu para aktivis islam perlu mengkajinya, agar mendapatkan gambaran dan contoh konkrit dalam mengusung kebangkitan islam kontemporer.

Buku ini mencoba menghadirkan karya monumental yang akan menuntun Anda memahami salah satu rujukan penting pergerakan dakwah kontemporer, sekaligus belajar bahasa Arab yang menjadi bahasa resmi kekhalifahan islam.

Perjalanan Gerakan Jihad (1930-2002)

Perjalanan Gerakan Jihad (1930-2002)
Penulis : Abu Mush'ab As-Suri
Terbitan: Jazera
Harga: RM45.00

Khilafah Utsmaniyah secara resmi runtuh pada tahun 1924. Setelah melewati masa kemerosotan sejak awal abad 19, kekhilafahan Islam ini pun sirna sama sekali pada awal abad 20. Sebelumnya, negara-negara salib mencabik-cabik wilayah kekuasaan Khilafah Utsmaniyah untuk kemudian membagi-baginya saat keruntuhan khilafah diumumkan. Daulah Utsmaniyah jatuh, berganti fase kolonialisme. Keguncangan tersebut menimbulkan reaksi dalam dunia Islam yang kemudian melahirkan berbagai gerakan Ash-Shafwah Al-Islamiyah (Kebangkitan Islam) dengan berbagai bentuk dengan tujuan mengembalikan kekhilafahan Islam, pemerintahan Islam, dan kebangkitan Islam.

Disebutkan ada enam kelompok gerakan kebangkitan Islam: (1) Ikhwanul Muslimin (IM), (2) gerakan yang serupa dengan IM: Hizb Ar-Rafah (Partai Kesejahteraan) di Turki dan Jamaah Islamiyah di Pakistan, (3) Hizbut Tahrir yang mulai tumbuh di Yordania dan Palestina, (4) Aliran Ishlahi Tarbawi (Reformasi Pendidikan), (5) Jamaah Tabligh dan Dakwah yang lahir di anak benua India, dan (6) Gerakan Salafi dan aliran ahli hadits karena mereka melihat banyaknya bid’ah yang merasuk ke dalam keyakinan kaum muslimin.Ringkasan perjalanan gerakan kebangkitan Islam dari tahun 1930 hingga 2003 disebutkan di awal buku. Termasuk tentang berbagai tahapan pembentukannya hingga membagi berbagai gerakan tersebut menjadi yang beraliran politik, beraliran non politik, beraliran jihadi, dan beraliran menyimpang, dan bagaimana aktivitas mereka pascaserangan 11 September 2001 terhadap gedung WTC di AS.

Buku ini terdiri atas tiga bab yang sarat dengan detil liku-liku pergerakan kelompok-kelompok kebangkitan Islam (baca: jihad). Di dalamnya akan ditemukan gagasan para aktivis jihad agar bisa keluar dari multi krisis yang menimpa mereka sejak tahun 1996. Krisis tersebut di antaranya keyakinan para pemimpin tentang perjalanan jihad yang telah menemui jalan buntu, gagalnya berbagai misi jihad, banyak kader-kader jihad yang dipenjara dan berlindung di tempat-tempat persembunyian dengan kondisi keluarga mereka yang memprihatinkan. Krisis tersebut terus berlanjut di semua bidang, mulai dari krisis pemikiran, politik keuangan, organisasi, dan krisis-krisis lain yang mencekik. Abu Mushab (penulis buku) sendiri menjadi saksi bagaimana sisa-sisa kelompok jihadis berdiskusi untuk mencari solusi dari berbagai permasalahan tersebut.

Dari awalnya hingga hari ini, gerakan jihad telah melalui perjalanan panjang dan berliku. Ia mengalir seiring waktu dan mengalami pasang surut. Ia telah mengalami sekian ujian dan konspirasi baik dalam skala lokal, regional, maupun internasional.

Ini adalah buku yang memuat sejarah kebangkitan Islam dan gerakan jihad sejak runtuhnya khilafah hingga permulaan perang antiterorisme global hari ini. Layaknya pertunjukan di panggung sejarah, buku ini menyuguhkan serangkaian episode perjalanan dan ekperimen gerakan jihad dari masa ke masa yang sangat mempengaruhi peta politik dunia.

Dalam buku ini, penulisnya yang merupakan salah satu mentor jihad menceritakan kronologi, metode perjuangan, dinamika perjuangan yang dihadapi, ujian, konflik internal, intrik, penetrasi intelijen, dan liku-liku Ash-shafwah Al-Islamiyyah (kebangkitan Islam). Termasuk bagian yang sangat fundamental adalah berevolusinya gerakan jihad dari lokal menjadi gerakan internasional. Bagai sebuah janji langit, kemunculan gerakan jihad tak akan pernah mati. Karenanya, evaluasi dan masukan penulis dalam buku ini menjadi catatan penting yang menghubungkan pemikiran dan manhaj antargenerasi.

Saturday, September 17, 2011

Bekal Dakwah Akhwat

Bekal Dakwah Akhwat
Penulis : Haidar Quffah
Terbitan: An-Nadwah
Harga: RM12.00

Buku ini berisi sejumlah bekal yang mesti dimiliki Da'i secara umum dan Akhwat (Aktivis Muslimah) secara khusus, demi kelancaran proses dakwah. Sebuah bekal universal, agar proses dakwah maksimal dan ia sendiri tidak kehabisan bekal. Apa saja bekal itu?Selamat membaca, semoga buku ini dapat membantu upaya pembekalan diri anda.

Kitab Munyatul Musolli

Munyatul Musolli
Karya: Sheikh Daud Abdullah Al-Fathoni
Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy
Penerbit: Pustaka Aman Press Sdn Bhd
Harga: RM9.00

Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang.

Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Juma'at, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq.

Versi ini diharap dapat memudahkan para pelajar dan orang awam memahami kandungannya dengan baik, cepat dan berkesan serta mudah menatapinya ketika bersendirian.

Friday, September 16, 2011

Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar)

Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar)
Penulis : Safiur-Rahman Al-Mubarakpuri
Terbitan: Darussalam Publishers
Harga: RM60.00

A complete authoritative book on the life of Prophet Muhammad (S) by Sheikh Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri. It was honored by the World Muslim League as first prize winner book. Whoever wants to know the whole life style of the Prophet in detail must read this book.

Detik-Detik Masa Dalam Kehidupan Muslim


Detik-Detik Masa Dalam Kehidupan Muslim
Penulis : Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM14.00

Buku ini membahas tentang perhatian Al-Qur'an dan Sunnah tentang masa; ketentuan masa; kewajipan muslim terhadap masa; manusia dengan waktu di antara semalam, sekarang dan akan datang; pandangan sebenar terhadap masa; serta awas dari mensia-siakan masa.

'Amal Jama'i (Pengertian & Tuntunannya)

'Amal Jama'i (Pengertian & Tuntunannya)
Penulis : Hj. Yahya Othman
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM13.00

Risalah ini memberikan penjelasan dalam beberapa persoalan pokok yang berkaitan dengan 'Amal Jama'i sebagai satu disiplin bekerja secara berpasukan dalam medan 'amal Islami.

Thursday, September 15, 2011

Pendidikan Harakah Islamiyyah - Syarah Risalah Al-Ta'alim

Pendidikan Harakah Islamiyyah - Syarah Risalah Al-Ta'alim
Penulis : Sa'id Hawwa
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM39.00

Buku ini menjelaskan risalah Imam Al-Banna yang dinamakan 'Risalah Ta'alim" yang padat dan amat bermakna dengna penjelasannya yang terang dan nyata, tanpa sebarang kekeliruan dan kesamaran.

Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi

Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi
Penulis : Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Wednesday, September 14, 2011

Pasport Khulafak Ar-Rashidin

Pasport Khulafak Ar-Rashidin
Harga: RM32.00

Memaparkan biografi empat Khalifah Ar-Rashidin dan sejarah pemerintahan mereka.

Dapatkan sekarang!!! Disertakan dengan CD MP3 PERCUMA Ayat-ayat Suci Al-Quran 114 Surah!!!

Kitab Cinta: Perjalanan Cinta Menuju Surga

Kitab Cinta: Perjalanan Cinta Menuju Surga
Penulis : Abu Musa Abdurrahim
Terbitan: Gema Insani
Harga: RM40.00

Cinta adalah “makhluk” paling menarik yang pernah menyapa manusia. Di alam raya ini tidak ada manusia yang tidak mengetahui sosok cinta, padahal manusia itu berbeza bahasa, budaya dan negara. Sebenarnya apa yang menarik dari cinta?

Abu Musa Abdurrahim pun tertarik untuk berbincang dengan anda tentang cinta. Lewat sebuah penelitian dari berbagai kitab, telusuran dunia maya, serta perkataan para ahli penulis menyimpulkannya dalam buku ini. Penulis membahagikan buku ini menjadi 9 bab menarik: Definisi Cinta, Manfaat Cinta, Tanda-Tanda Cinta, Pembagian Cinta, Ujian Cinta, Kekuatan Cinta, Solusi Cinta, Nasihat Cinta, dan Sifat-Sifat Pernikahan Nabi.

Kesalahan-kesalahan Pengantin - Dari Sebelum Lamaran Hingga Malam Pertama

Kesalahan-kesalahan Pengantin - Dari Sebelum Lamaran Hingga Malam Pertama
Penulis : Muhammad As-Sayyid Athiyyah
Terbitan: Aqwam
Harga: RM25.00

Kerana menyandang predikat sebagai raja sehari, banyak pasangan pengantin yang sering terbabas melanggar rambu-rambu syariat yang telah digariskan. Oleh kerana itu, hari yang seharusnya bahagia dan penuh berkah pun ternodai dengan dosa. Namun, sayangnya tak banyak pasangan pengantin yang mengetahuinya. Atau, boleh jadi sebenarnya mereka tahu, tetapi tidak berani meninggalkan adat jahiliyah yang berlaku di masyarakat.

Padahal tidak demikian. Selama hayat masih dikandung badan maka selama itulah segala amalan tercatat untuk kemudian kelak dipertanggungjawabkan. Tak terkecuali ketika berada dalam lingkup upacara pernikahan.

Di antara kesalahan pengantin:

- Tidak mengutamakan kesalehan calon pasangan
- Berlebihan dalam menentukan mahar
- Mengenakan cincin kawin
- Membuka aurat
- Melakukan ritual bid'ah dan syirik
- Meninggalkan shalat
- Duduk di hadapan banyak orang
- Tidak berdoa sebelum berhubungan

Dan temukan kesalahan-kesalahan lainnya di dalam buku ini.

Tuesday, September 13, 2011

Hebatnya Zakat

Hebatnya Zakat
Penulis : Ustaz Ghazali Ibrahim
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM23.00

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan. Namun sejauhmanakah kesedaran dan pelaksanaan ibadah zakat dipraktikkan oleh masyarakat Islam di Malaysia?

Meskipun jumlah pungutan zakat kian meningkat saban tahun, namun masih terdapat golongan fakir miskin di negara kita. Jurang perbezaan taraf hidup antara kaya dan miskin masih terlalu ketara dalam masyarakat.

Justeru buku ini dikarang bagi mengupas persoalan zakat dan merungkai hikmah serta kaifiyah pelaksanaannya. Semoga ia menjadi wasilah ke arah menyuburkan rasa peduli umat Islam untuk memikul tanggungjawab sosial disamping menunaikan kewajipan sebagai muslim sejati.

Kembara Hati Di Tanah Suci

Kembara Hati Di Tanah Suci
Penulis : Ustaz Ghazali Ibrahim
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM35.00

Sebahagian umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa ibadah haji itu hanya perlu dilaksanakan jika sudah sampai seru, sesudah pencen, tunggu usia tua dan pelbagai lagi tanggapan sera pemahaman. Hingga terdapat segelintir daripada mereka yang langsung tidak mengambil tahu mengenai ibadah haji. Mereka memberikan persepsi yang pasif dan negatif tentang ibadah haji dan juga Tanah Suci. Bahkan mereka langsung tiada keinginan, inisiatif dan perancangan untuk ke sana.

Semoga buku ini dapat meniupkan semangat untuk merancang bila ingin mengerjakan haji atau umrah. Sesungguhnya haji merupakan salah satu tuntuan rukun Islam yang lima. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam kita hendaklah bersegera menyempurnakannya.

RM42 Billion Pusaka Belum Dituntut?

RM42 Billion Pusaka Belum Dituntut?
Penulis : Ustaz Ghazali Ibrahim
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM25.00

Permasalahan pusaka di kalangan umat Islam yang berlaku hari ini, bolehlah diterjemahkan sebagai Fitnah Harta. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW dalam salah satu hadis yang menggambarkan tentang akibat umat Islam mengabaikan Ilmu Faraid.

Rasulullah SAW telah menyarankan kepada umatnya agar mempelajari atau mengetahui Ilmu Faraid. Kerana Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus pusaka dan juga kunci untuk kita merancang pusaka.

Dengan hadirnya buku ini dapat membuka minda kita:

  • Agar selepas ini terdetik minat untuk mempelajari atau mendalami Ilmu Faraid.
  • Agar selepas ini terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat sesama keluarga bagi menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibubapa kita.
  • Agar kita segera membuat perancangan harta pusaka dengan mengambil langkah menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka atau menulis Surat Pengisytiharan Hibah ataupun menulis Surat Pengisytiharan Harta Sepencarian.

Monday, September 12, 2011

Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub

Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub
Penyusun: Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM46.00

Kitab 'AL-JAUHAR AL-MAUHUB' ini adalah merupakan hasil terjemahan oleh Asy-Syeikh 'Ali bin 'Abdur Rahman Al-Kalantani, yang telah beliau nukilkan daripada "Kitab Lubab Al-Hadith", karangan bagi Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Buku ini merupakan "mau'izah" (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam berbagai lapangan 'ibadat yang perlu bagi setiap mukallaf mengetahuinya.

Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguhnya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Tanggungjawab Melakukan Kerja Rumah Kewajipan Suami Atau Isteri?

Tanggungjawab Melakukan Kerja Rumah Kewajipan Suami Atau Isteri?
Pengarang: Prof.Madya Dr.Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM9.00

Seringkali persoalan tentang melakukan kerja rumah menjadi persoalan dan perbalahan. Siapa yang sepatutnya melakukannya? Tanggungjawab siapa? Suami atau isteri?

Kadang-kadang ia menjadi satu isu yang boleh membawa kepada perbalahan dan lebih buruk membawa kepada salah faham dan keretakan rumahtangga. Walaupun sebenarnya ia bukan persoalan yang terlalu besar tetapi tidak boleh dipandang remeh. Sebenar dan sewajarnya ia boleh dibawa berbincang bersama antara suami dan isteri.

Manakala dengan peredaran zaman sekarang yang menagih pelbagai komitmen khususnya di bandar-bandar besar. Taraf dan gaya hidup yang semakin mendesak, kesibukan si suami dengan urusannya dan begitu juga si isteri. Kedua-duanya bekerja oleh itu masa dan ruang serta kemampuan untuk mengurus dan menjalankan urusan rumahtangga pun semakin terhad dan menekan. Di sini amat memerlukan suatu perbincangan dan perancangan yang teliti. Bagi mereka yang berkemampuan untuk perkara itu, ia boleh digaji atau diupah orang lain untuk menguruskannya. Tetapi bagi mereka yang ‘cukup-cukup’ adalah tidak mungkin untuk menggaji atau mengupah orang untuk membantu.

Di dalam Islam juga telah menyentuh dan memberikan teladan sehubungan dengan isu ini. Contoh juga telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Bagaimana baginda membahagikan waktu, tanggungjawab dan keperluan untuk rumahtangga. Malah ketika itu Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja seorang suami dan bapa sahaja, tetapi baginda juga adalah ketua negara, panglima perang, pemimpin dan Rasulullah. Apa yang diberi contoh oleh Nabi Muhammad S.A.W ini boleh kita jadikan pedoman dan panduan.

Buku ini menyingkap apakah tanggungjawab si suami dan apa pula tanggungjawab si isteri. Semoga ini boleh dijadikan panduan untuk diikuti agar suasana syurga dalam rumahtangga itu berkekalan. Kerana rumahtangga yang bahagia dan tenang adalah berasaskan kesefahaman, kasih-sayang, timbang rasa dan tolak ansur antara kedua belah pihak suami dan isteri.

Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita

Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita
Penulis: Fatimah Haji Omar
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM10.00

Keinginan untuk mendirikan rumahtangga sudah menjadi naluri semulajadi manusia di atas muka bumi ini. Manusia diciptakan dengan pelbagai keistimewaan dan persamaan dengan makhluk yang lain. Akal adalah keistimewaan manusia manakala nafsu pula untuk manusia dan haiwan. Akal bertugas untuk mengawal nafsu daripada menguasai manusia. Islam telah menggariskan pelbagai panduan menerusi sistem perundangan Islam yang meliputi pelbagai aspek termasuklah perkahwinan.

Kesibukan sebahagian manusia dengan urusan duniawi telah menyebabkan mereka tidak memberi ruang untuk melengkapkan diri mereka dcngan ilmu pengetahuan sebelum mendirikan rumahtangga.

Buku Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita ini wajar dijadikan rujkan khususnya bagi para wanita yang menjadi pendokong utama suami bagi memastikan kebahagiaan dan keteguhan rumahtangga tercapai. Perbagai persoalan penting dimuatkan dalam buku ini untuk dijadikan panduan oleh kaum Hawa.

Sunday, September 11, 2011

Keimanan Cinta

Keimanan Cinta
Penulis:Munie Asra
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM18.00

Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Disitu, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cina tua, Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia. Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura mengidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati. Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam pada nama menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya?

Noorah

Noorah
Penulis: Ummu Hani Abu Hassan
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Sebuah bacaan yang penuh inspirasi, ketabahan seorang wanita menghadapi bermacam-macam siri ujian daripada Allah wajar ditekuni oleh pembaca! NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire. Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya dahsyat dan teruk.

Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.

Saturday, September 10, 2011

Real Leaders Don't Do Powerpoint (Edisi Bahasa Melayu)

Real Leaders Don't Do Powerpoint (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Christopher Witt, Dale Fetherling
Terbitan: PTS
Harga: RM23.00

Bill Gates pernah memberi ucapan di majlis penganugerahan ijazah kehormat di Universiti Harvard,

Saya berjaya mempengaruhi sahabat saya, Steve Ballmer (CEO Microsoft) supaya berhenti belajar di universiti. Saya mempunyai pengaruh yang kuat. Itulah sebabnya saya dijemput supaya berucap di upacara penyampaian ijazah. Sekiranya saya dijemput memberi ucapan sewaktu pendaftaran pelajar, saya yakin ramai yang akan berhenti belajar dan tidak akan berada di sini pada hari ini.”

Ada empat lagi ucapan Bill Gates yang menarik dalam buku ini.

Buku ini dapat membantu kita meningkatkan keyakinan berucap, memukau para pendengar dan menjadikan ucapan kita lebih berpengaruh.

Mesej adalah segala-galanya: Gaya penyampaian sangat penting, tetapi hanya membantu kita menyampaikan mesej. Pastikan ucapan kita mempunyai idea hebat.

Minda keliru selalu mengatakan tidak: Sekiranya kita mahu para pendengar berkata “ya”, kita mesti memberi penerangan yang jelas. Beri sebab supaya mereka peduli pada mesej kita.

Beranilah bertindak di luar jangkaan: Seseorang pemimpin tahu perihal adat kebiasaan, dan mereka berani mengetepikan adat kebiasaan pada bila-bila masa.

Seorang pemimpin hebat dapat mempengaruhi pendengar dan menyampaikan mesej, tidak kira berapa besar saiz audiensnya.

Pemimpin hebat jarang menggunakan powerpoint. Mengapa? Buku ini memberi jawapannya.

Misteri Jodoh

Misteri Jodoh
Penulis: Suyadi As-Salmani
Terbitan: PTS
Harga: RM14.50

Jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya. Sebagai insan, kita perlu sentiasa berdoa supaya misteri jodoh yang selama ini belum terungkai menjadi saat indah yang hanya dirasai tatkala ikatan suci pernikahan dimeterai.

Bab 1: Jodoh adalah Rahsia Tuhan
Bab 2: Tamatnya Kisah Cinta
Bab 3: Tempat dan Waktu Mencari Jodoh
Bab 4: Jodoh, Mungkinkah?
Bab 5: Mengukur Cinta, Memilih Jodoh
Bab 6: Jodoh Ideal pada Pandangan Islam
Bab 7: Tip-Tip Mudah Menemukan Jodoh

Pesanan Buat Diri

Pesanan Buat Diri
Penulis: Suhili Nain
Terbitan: PTS
Harga: RM4.50

Fikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjuki kita jalan yang lurus.Manusia diperlihatkan kekuasaan-Nya pada setiap sisi kehidupan. Bagi yang melihat daripada pandangan keimanan, segala yang berlaku merupakan pesanan daripada pencipta buat hamba-Nya yang tercinta.

Dalam buku ini, penulis cuba membawa pembaca menilai setiap sisi kehidupan yang terkadang dilupakan. Penilaian jujur terhadap diri akan membawa pembaca kepada kesedaran bahawa kehidupan yang dilalui banyak tergelincir daripada landasan yang sepatutnya.Perubahan ke arah kebaikan perlu dilakukan untuk membentuk kehidupan yang lebih diredai Tuhan.

Give & Take Antara Hamba dan Pencipta

Give & Take Antara Hamba dan Pencipta
Penulis: Nurulain Ahmad
Terbitan: PTS
Harga: RM9.00

Hubungan antara hamba dan pencipta merupakan hubungan tertinggi yang yang asasnya adalah akidah.Hamba yang memahami hubungan ini akan memeliharanya agar ianya berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Andaikata kita mengatakan mencintai hubungan ini, adakah kita sudah membuktikannya. Pembuktian ini tidak cukup sekadar di mulut sahaja melainkan harus dibuktikan dengan tindakan. Sudahkah tindakan kita membuktikan kita mencintai Allah?

Bukankah sebagai makhluk kita harus mengenal siapa pencipta? Amat pelik jika hamba yang tidak mengenali penciptanya.Sebagai hamba, selayaknya mengabdikan diri sepenuh hati mendedikasikan diri dengan penuh cinta, supaya hubungan yang ada antara hamba dan pencipta terjalin dengan mesra seperti sepasang kekasih.

Friday, September 9, 2011

Di Bawah Naungan Surat At Taubah

Di Bawah Naungan Surat At Taubah
Penulis: Syaikh Abdullah Azzam
Harga: RM53.00

Syaikh Abdullah Azzam, seorang ulama mujahid yang telah mengabdikan dirinya untuk agama ini. Seorang 'alim yg telah menjadikan darahnya sebagai warna untuk mewarnai sejarah ummat ini.

Buku ini adalah pembukuan dari ceramah-ceramah beliau di bumi jihad Afghanistan yang membahas tafsir surat at taubah. Subhanallah, atas kerja keras dari ikhwan di maktab khidmat mujahidin, akhirnya ceramah-ceramah beliau dapat dibukukan dan dicetak ke seluruh dunia.

Fiqih Dakwah

Fiqih Dakwah
Penulis: Jum'ah Amin Abdul Aziz
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM45.00

Dakwah adalah sebuah aktivitas yang terutama bersentuhan dengan manusia dan kemanusiaan. Seringkali ia menyajikan kepada pelakunya serangkaian permasalahan yang pelik dan rumit, serumit kemanusiaan itu sendiri. Oleh karenanya dibutuhkan dai yang berwawasan luas dan memiliki pemahaman yang dalam akan berbagai perangkat yang dibutuhkan; perangkat lunak maupun perangkat kerasnya.

Dakwah berorientasi pembangunan dan perbaikan masyarakat. Namun seringkali -karena kedangkalan wawasan dainya- ia tidak berhasil memberikan kontribusi apapun, tidak juga perwujudan maslahat yang riil. Bahkan terkadang keberadaannya justru memperkeruh suasana dan merusak tatanan masyarakat. Dalam kondisi seperti itu kita jumpai orang menolak dakwah bukan karena benar-benar ingkar, tapi semata karena buruknya akhlak sang dai, atau dangkalnya pengetahuan dia tentang kaidah-kaidah dakwah.

Buku FIQIH DAKWAH ini menyajikan berbagai resep dakwah, utamanya menyangkut prinsip-prinsip dan kaidah-kaidah dakwah sebagai acuan bagi para dai dalam bertindak, sekaligus koreksi atas banyaknya fenomena penyimpangan di jalan dakwah.

Mensufikan Salafi Dan Mensalafikan Sufi

Mensufikan Salafi Dan Mensalafikan Sufi
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit: Uswah
Harga: RM23.00

Dalam buku ini, Dr. Yususf Al-Qaradhawi ingin meluruskan sikap-sikap berlebihan yang diterapkan sebagian Muslim. Dengan mendudukkan sebgai agama Rabbani, Dr. Yususf Al-Qaradhawi berupaya agar ajaran Islam tetap lurus sebagai jalan yang diteladankan Rasulullah, bukan jalan manusia yang sering condong kepada melebih-lebihkan dan meremehkan betapapun manusia itu mengaku sebagai ulama. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga mengangkat teladan Rasulullah sebagai anutan hidup setiap muslim dalam bersikap dan berdakwah.

Thursday, September 8, 2011

Di Dunia Ada Syurga

Di Dunia Ada Syurga
Penulis: Asma Nadia
Terbitan: PTS
Harga: RM11.90

Buku ini mengisahkan liku-liku kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang insan bernama wanita. Setiap cubaan dan dugaan yang datang, diharungi penuh sabar dan disusuli dengan tahajud serta doa pengharapan supaya insan lemah ini mampu menempuhnya, di samping tidak lupa kepada Allah yang maha mengasihani pada setiap hambanya.